Friday, July 31, 2009

PEMBUNUH KUGAN MASIH BEBAS BERSAMA KITA

Hampir 8 bulan berlalu, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang pendakwaan dibuat terhadap sebelas anggota polis yang dituduh membunuh Kugan Ananthan sewaktu dalam tahanan mereka di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.

Kugan ditahan pada 15 Januari tahun ini selepas disyaki terbabit dalam sindiket mencuri kereta, dan ditemui mati dalam tahanan polis lima hari kemudian. Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan laporan bedah siasat pertama, kematian Kugan berpunca dari paru-paru berair, namun penelitian ahli keluarga mangsa dan media mendapati terdapatnya kesan cedera dan luka pada tubuh mangsa.

Laporan bedah siasat kedua di Pusat Rawatan Universiti Malaya menunjukkan Kugan mengalami kecederaan buah pinggang, pendarahan dalaman pada jantung, paru-paru, leher dan tapak kaki, serta 10 kesan lecuran pada tubuh yang menurut peguam N Surendran konsisten dengan tanda penderaan.

Namun belum sempat laporan bedah siasat kedua diselesaikan, polis bertindak menyerbu PRUM dan merampas sampel tubuh Kugan. Keluarga mangsa kini di mahkamah bagi menuntut kerajaan supaya memulangkan sampel itu untuk diteruskan kajian keatasnya. Kerajaan bagaimanapun enggan.

"Mahkamah Tinggi telah mendengar bantahan awal dari Timbalan Pendakwaraya yang menbantah permohonan ibu Kugan supaya sampel dapat dipulangkan untuk di bedah siasat. Polis telah merampas sampel tubuh mangsa meskipun sedar bahawa laporan bedah siasat belum selesai dan doktor masih menjalakan ujian toksik keatas sampel terbabit. Keluarga mangsa mahu sampel ini dipulangkan untuk mengetahui punca kematian Kugan," kata peguam N Surendran.

"Malang sekali apabila Pejabat Peguam Negara membantah permohonan ini atas dasar teknikal. Bantahan ini dibuat oleh Pejabat Peguam Negara yang sehingga ke hari ini tidak mendakwa mana-mana pembunuh mangsa," tegas Surendran.

Mahkamah akan membuat keputusan keatas bantahan Peguam Negara pada 4 Ogos nanti. Sekiranya bantahan kerajaan diterima, permohonan keluarga Kugan supaya bedah siasat dapat disambung semula sekiranya sampel dipulangkan akan ditolak.

Sekiranya bantahan kerajaan ditolak, peguam akan meminta mahkamah menentukan apakah rampasan sampel tubuh Kugan ini sah di sisi undang-undang atau tidak sah.

-TVANTARA

Alfatehah

Alfatehah, adek perempuan Ust Misbahul-Munir telah meninggal dunia jam 4.00 subuh tadi. Jenazahnya akan dibawa ke Sungai Tiang Darat untuk dikebumikan pagi ini juga . Semoga Allah menempatkannya bersama mereka yang solehin.

Thursday, July 30, 2009

Hujan tidak, banjir pun tidak, tetapi Umno lemas di daratan!

Selepas pilihanraya umum 2004, Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO meraikan kemenangan terbesar didalam sejarah dengan menguasai 198 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.

UMNO sendiri memenangi 109 daripada 198 kerusi Barisan Nasional. Secara keseluruhannya, jumlah Ahli Parlimen Melayu di dalam Dewan Rakyat ketika itu adalah 126 orang atau 57% daripada isi Dewan Rakyat.

Apakah sumbangan besar UMNO didalam penggal tersebut sebagai parti yang hebat? Apakah sumbangan besar 109 ahli Yang Berhormat parti Melayu itu sepanjang tempoh tersebut?

Apapun sumbangan mereka, mungkin terjawab bila didalam pilihanraya umum 2008, jumlah 109 itu dicantas dan UMNO hanya menang 78 kerusi sahaja. Barisan Nasional pula kehilangan majoriti dua pertiganya bila hanya memenangi 140 kerusi daripada 222 kerusi yang ditandinginya.

Tetapi pilihanraya umum Mac 2008 itu menyaksikan lonjakan jumlah ahli-ahli Yang berhormat berketurunan Melayu di Dewan Rakyat. Hari ini jumlah ahli Dewan Rakyat Melayu ialah 131 orang kesemuanya atau hampir 60% dari jumlah keseluruhan ahli Dewan Rakyat.

Maka jika pencapaian politik yang menjadi ukuran, ternyatalah tidak berasas mengatakan bahawa Melayu semakin lemah. Yang lemah bukannya Melayu tetapi UMNO.

Oleh yang demikian, apakah perlu di bantu UMNO sebuah parti yang lebih 50 tahun diberi kepercayaan memakmurkan anak bangsa sendiri tetapi gagal. UMNO bukan sahaja gagal didalam memperkasakan orang-orang Melayu tetapi juga telah merosakkan hubungan antara kaum di Malaysia dengan segala bentuk ketidak adilan perlaksanaan polisi kerajaan yang diterajuinya.

Hari ini UMNO, MIC, MCA dan GERAKAN yang berpolitik atas dasar etnik telah buntu di Semenanjung Malaysia. Pendek kata, bukan sahaja orang Melayu menolak UMNO, orang Cina dan India juga menolak parti-parti politik yang telah bersama UMNO sekalian lama di dalam kerajaan.

Pimpinan di dalam PAS yang mahu bekerjasama dengan UMNO harus mencari alasan yang lebih kukuh kerana alasan untuk menyatukan dan memperkuatkan Melayu adalah alasan yang amat-amat daif sekali. Baca artikel sepenuhnya di sini

Komen saya : Hujan tidak, banjir pun tidak; tetapi Umno kini sedang lemas didaratan dan terpekik terlolong minta diselamatkan.TGNA amat bijak sekali bila beliau mengatakan 'buat apa kita nak pergi selamatkan Umno yang sedang kelemasan? Biarkanlah dia mampuh!"

Sebenarnya PAS dan PKR (calon Melayu) yang berdepan dengan Umno; manakala DAP pula berdepan dengan MCA dan Gerakan. Sekiranya kita tolong Umno , bererti kita membunuh PAS!

Jelasnya, jika kerusi UMNO jatuh..ia tidak jatuh ke tangan DAP..tetapi jatuh ketangan PAS atau PKR..jadi dimana logiknya Melayu hilang kuasa ? Yang hilang cuma kuasa dan kerusi UMNO saja!!!!

Wednesday, July 29, 2009

Pak Pandir buat laporan polis

Bernama melaporkan : Adun BN Buat Laporan Polis Terhadap Sivakumar :

IPOH, 28 Julai (Bernama) -- Empat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Selasa membuat laporan polis terhadap bekas Speaker yang juga Adun Tronoh V. Sivakumar kerana menggunakan kepala surat rasmi Yang Dipertua Dewan Negeri Perak.

Pengerusi Kelab Penyokong BN, Datuk Nadzri Ismail berkata tindakan Sivakumar melakukan perbuatan itu adalah kesalahan yang serius dan berunsur jenayah.

"Kami menggesa pihak berkuasa menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan segera bagi membendung salah laku seperti ini...seperti biasa Sivakumar dan gerombolan daripada pakatan pembangkang bertindak mengikut 'undang-undang rimba'.

"Mereka telah mengenepikan proses bertamadun dan tindakannya itu adalah satu tindakan 'penyamaran' yang merupakan perlakuan jenayah," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Nadzri yang juga Adun Manjoi berkata Sivakumar tidak mempunyai sebarang hak untuk memanggil mana-mana individu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana beliau bukan lagi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan bukan juga pengerusi jawatankuasa berkenaan. Baca pula penjelasan Sivakumar di sini

Tuesday, July 28, 2009

Zambry Kudeta halang Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Perak bersidang

MAHU CURIKAH?
Menteri Besar Kudeta Perak, Zambry Kadir telah menyalahgunakan pasukan keselamatan dan undang-undang ikut sesuka hatinya. Kali ini, beliau telah mengarahkan serpasukan polis supaya berkawal disekeliling pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri seawal jam 7.00 pagi tadi.

Mereka menghalang sekumpulan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri yang tiba disitu pada jam 9.45 pagi , daripada memasuki bangunan tersebut untuk bersidang.

Pertengkaran mulut selama hamper 30 minit berlaku antara mereka dengan Ketua CID Ipoh , Glenn Anthony dan Ketua Pembantu Setiausaha Kerajaan Negeri, Shamshuzaman Sulaiman yang menghalang mereka masuk.

Adun Simpang Pulai Chan Ming Kai, salah seorang Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri kemudiannya berkata kepada Glenn , tindakan terpaksa diambil keatasnya.

“ Maafkan saya, tetapi saya perlu memberitahu anda bahawa kami tidak ada pilihajn lain tetapi membuat laporan polis terhadap anda kerana anda telah menghalang kami memasukki bangunan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Glen berkata, beliau bukan menghalang mereka daripada masuk kebangunan tersebut, tetapi sekadar menurut perintah Setiausah Kerajaan.

MAU CURIKAH?
Akhirnya, Anggota PR, termasuk Speaker V. Sivakumar, yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri meminta satu surat rasmi daripada Pejabat Setiausaha Negeri menyatakan mereka tiedak dibenarkan masuk kedalam bangunan untuk bermesyuarat.

Pada jam 10.45 pagi, lebih kurang, Shamshuzaman muncul membawa surat yang ditandatangainya olehnya.

Dalam surat tersebut dinyatakan, bahawa “ dengan perintah Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Dr Abdul Rahman Hashim), Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri yang di jangka bersidang pada hari ini tidak boleh di adakan kerana tidak ada notis diberikan kepada Setiausaha dewan”.

Selepas sedikit lagi pertengkaran , akhirnya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri berundur pada jam lebih kurang 11.15.

Mereka akan datang lagi pada hari Khamis yang akan datang.Tunggu apa akan jadi seterusnya.

Monday, July 27, 2009

Umno Hijack Isu Pembunuhan Beng Hock kepada Isu Pegang Lilin

UMNO telah berjaya mengalihkan pandangan ummat Islam dari persoalan kematian mendiang Teoh Beng Hock kepada persoalan ‘pegang lilin’.Ummat dan bangsa lain berbahas berhubung kematian beliau, ummat Islam dibawa oleh UMNO untuk berbahas isu ‘pegang lilin’.

Mungkin bagi sebahagian ummat Islam persoalan ‘pegang lilin’ ini begitu penting, kerana mereka tak faham dan berjaya dikelirukan oleh UMNO. Tetapi walau penting bagaimana sekalipun, isu ini tidak sepatutnya menenggelamkan isu kematian seorang yang tidak bersalah ditangan SPRM!

Samalah seperti dahulu apabila berlakunya peristiwa Memali. UMNO tonjolkan isu azimat, tangkal dan jampi (Kertas Perintah Peristiwa Memali (1986), m/s: 15-17).UMNO sentiasa memesongkan pandangan rakyat, khususnya ummat Islam dari isu yang sepatutnya menjadi tumpuan mereka. Dalam kes Memali, persoalan pembunuhan kejam orang kampung yang tidak bersalah dan tidak bersenjata ditangan Polis Hutan atas arahan UMNO.

Begitu juga persoalan kezaliman undang-undasng ISA yang ditentang As-Syahid Ust Ibrahim Libya.Kini dibawa isu ‘pegang lilin’, ‘anak luar nikah’ dan sebagainya supaya diketengahkan.

Soal pembunuhan yang jelas salah terus didiamkan. Inilah sebabnya mengapa kita TIDAK boleh jadikan UMNO sebagai kawan. Mereka sentiasa berusaha memperbodohkan rakyat, ummat Islam khususnya. Bukannya mahu jadikan ummat Islam lebih bijak. Baca seterusnya di sini

Tok Guru Nik Aziz : Desperado Umno macam Laila Majnun

Tuan Guru bersama Laila Majnun?

Tuan Guru Nik Aziz didalam kenyatan rasminya kepada TVPAS pagi ini dengan tegas menafikan bahawa beliau menyebut soal perpaduan antara Umno dan PAS.

Tuan Guru mencabar media massa supaya membuktikan dengan rakaman vudeo atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulur salam perpaduan Umno-PAS.

“Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun," kata Tok guru dipejabatnya, mengibaratkan kejadian ini menunjukan sikap ‘desperado’ Umno yang gilakan PAS.

“Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti,” kata Nik Aziz lagi.

“Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato’) Mustapha Mohamed,” kata Nik Aziz lagi sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan disebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Sehubunganitu, hari ini, Tuan Guru Nik Aziz menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa.

Sumber : sini

Sunday, July 26, 2009

Kenapa Zambry phobia dengan pemasangan lilin?

Oleh Misbahul Munir

Saya juga hadir dalam program yang menjadi isu hangat sekarang ini di Perak. Pimpinan UMNO mengambil kesempatan kononnya perbuatan Hj Nizar dan beberapa ADUN PAS yang lain melakukan amalan syirik yang bercanggah dengan Islam. Mufti Perak juga buat kenyataan yang sama. Ada juga pimpinan PAS yang turut memberi gambaran yang negatif dalam isu ini

Pada pagi Jumaat seminggu yang lalu, Pakatan Rakyat Perak mengadakan sidang akhbar di Pejabat DAP Ipoh bagi menunjukkan rasa simpati terhadap insiden buruk yang sungguh menyayat hati itu. Dalam kenyataan bersama itu, Pakatan Rakyat melahirkan rasa terkejut dan simpati terhadap kejadian yang menimpa Teoh Beng Hock, PR Perak mendesak isu ini disiasat dan mahu SPRM bertanggungjawab sepenuhnya.

Selepas kenyataan akhbar, masing-masing yang hadir diberi lilin untuk dinyalakan. Saya sempat bertanya untuk apa ?. Mereka menjawab untuk menunjukkan rasa simapati dan berkabung di atas kematian Beng Hock.

Saya bertanya lagi, adakah ini upacara agama Budha atau Kristian. Mereka menjawab bukan upacara agama, ini simbolik sahaja.Kemudian lilinpun dinyalakan, masing-masing berdiam diri seketika sebagai tanda kesedihan dan simpati

Kesoknya keluar di dada-dada akhbar sehingga menjadi isu hangat. Yang tidak tahu menahu majlis tersebut juga turut membuat kenyataan, Zambry pula berlagak alim dan warak kononnya amalan ini bercanggah dengan Islam, beliau menyindir sinis Hj Nizar.

Saya bertanya dengan YB Khalil Lim dan juga Muhammad K. Y. Tiang yang sebelum ini mereka adalah penganut ajaran budha, Keluarga mereka penganut budha yang cukup taat kepada ajarannya. Mereka menafikan yang upacara menyalakan lilin putih ini sebagai upacara agama Budha, ini budaya dan adat resam sebagai tanda berkabung sahaja, begitu juga memakai baju hitam.

Menurut Ann Wan Seng Abdullah yang sebelum ini juga penganut Budha, kalau upacara agama dalam kematian, mereka menyalakan colok merah, lilin putih yang dinyalakan tidak ada kaitan dengan agama, lagipun upacara itu diadakan di tempat lain yang mayat si mati tidak ada di situ.

Menurut YB Khalil yang sering berulang alik ke Cina, umat Islam di negeri Cina, juga menyalakan lilin dalam majlis-majlis tertentu sebagai satu budaya dan adat resam, malahan ketika umat Islam beramai-ramai ke Masjid untuk solat Sunat Aidil Fitri, mereka membawa lilin yang dinyalakan ketika berjalan ramai-ramai sambil bertakbir hari raya.

Jadi menyalakan lilin selain adat resam dan budaya sesuatu kaum, ia juga sebagai tanda simbolik bagi kita menyatakan rasa simpati dan kesedihan terhadap kematian yang seumpama itu. Teoh Beng Hock bukan mati biasa, kematiannya mengejutkan dan penuh misteri serta menjadi tanda tanya.

Kita mengesyaki kematiannya merupakan perbuatan jenayah dan khianat.Lilin dalam upacara orang Melayu juga menjadi amalan biasa, orang Melayu yang terpengaruh dengan gaya hidup barat juga menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi, lilin yang diucuk di tengah-tengah kek dinyalakan kemudian ditiup sambil orang ramai mengucapkan selamat hari jadi

Orang Melayu yang tinggi semangat kemelayuannya pula mengadakan majlis ulang tahun dengan pulut kuning. Semua majlis tersebut tidak ada kena mengena dengan agama, itu hanya adat resam budaya sahaja,selagi tidak ada unsur-unsur khurafat dan syirik dan menyalahi syariat, ia tidak bercanggah dengan agama

UMNO menuduh pembangkang mempolitikkan isu ini, sebenarnya UMNOlah yang mempolitikkan isu ini, UMNOlah yang cuba mengambil kesempatan dalam isu bagi membangkitkan sentimen perkauman

Ini bukan persoalan siapa yang mati, tetapi punca kematian itu yang menimbulkan persoalan dan misteri yang SPRM dan kerajaan BN wajib memikul tanggungjawab ini.Sebaliknya isu ini semakin menyatukan berbagai kaum di negara ini.

Orang Melayu, Cina dan India begitu ramai menghadiri upacara pengkebumian jenazah Beng Hock di Alor Gajah Melaka bagi menunjukkan simpati, kesetiakawanan dan solidariti.


Komen Ipohmali : Keterangan gambar diatas : Pakatan Rakyat mengadakan Press Media di Wisma MCA berhubung penahanan dua orang dari Ipoh yang ditahan di Kuala Lumpur kerana memasang lilin disana sebagai bantahan ' One Black Malaysia' . Dua orang tersebut diberikan penghargaan dengan sejambak bunga dan majlis memasang lilin turut diadakan sebagai simbolik bantahan terhadap penahanan tersebut .Banner dibelakang tertulis ' Selamatkan Demokrasi' bukan sebab ada sesiapa pun yang mati pada masa itu.

Mufti Harusani , bila mengeluarkan fatwa keatas tingkah laku Umno, semuanya pakat 'Harus' sahaja ; tapi bila buat fatwa keatas PAS, dia jadi 'Haramsani pula! Kita janganlah pula marahkan Zambry yang cuba membangkitkan isu tersebut. Kita harus simpati kepada Zambry kerana khabarnya, Zambry masih terlalu phobia memegang lilin - ikut ceritanya , sewaktu kecil-kecil dulu beliau pernah bermain dengan lilin lalu terbakar hangus.....! Kesian dia!

Saturday, July 25, 2009

MIC mahu jadi jagoan penduduk Kampung Buah Pala.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak yakin MIC akan memberikan wang sejumlah RM3.2 juta untuk penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor membeli semula tanah itu seperti dinyatakannya semalam.

Lim berkata ini berdasarkan pengalaman parti itu yang didakwanya gagal menangani masalah pemberian saham anak syarikat MIC, MAIKA Holdings kepada ahlinya.

Katanya, MIC dan parti komponen BN yang lain harus bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul di Kampung Buah Pala kerana ia berpunca daripada mereka.

Turut dilaporkan, seorang penyokong MIC telah menyerang pembantu khas Timbalan Ketua Menteri II,, M Sattees.. Inilah gara-gara terlalu ghairah mahu muncul sebagai jagoan rakyat di Kampung Buah Pala!

Thursday, July 23, 2009

Zambry bukan jenis pakai fatwa - Nik Aziz

Puak-puak Umno/BN bukan nak
pakai sangat fatwa Alim Ulama;
mereka lebih bermotifkan politik
semata-mata

KOTA BHARU - Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan menyahut cabaran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin di Ipoh Jumaat lalu.

Alasan ulama besar dalam Pas itu ialah kenyataan itu dikeluarkan oleh orang politik dan tidak ada kena mengena dengan fatwa Islam.

“Zambry ini orang politik bukan orang kaji Islam. Apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai, itu pandangan saya. Dia orang politik, saya jawab cara politiklah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Zambry yang meminta ulama dalam Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Pemberita yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut mengulangi soalan berkenaan yang meminta Nik Abdul Aziz memberikan pandangannya mengikut hukum Islam tentang tindakan Mohammad Nizar tetapi Menteri Besar Kelantan itu menyatakan hanya itu jawapannya.

“Zambry yang bertanya...usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai. Siapa yang halau menteri besar dan rampas dewan?” katanya.

Wakil media sekali lagi membangkitkan soalan yang sama sambil cuba memberikan penerangan yang lebih lengkap, Nik Aziz hanya menjawab: “Biar dulu, itu jawapan saya.”

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi Nik Salleh pula berkata, isu itu bukanlah satu yang besar dan ia tidak perlu diperbesarkan sambil mengulas tindakan itu sebenarnya bergantung pada niat.

“Sebenarnya ia bergantung pada niat. Dewan Ulama akan bermesyuarat dalam sehari dua ini. Bagi saya isu lilin bukanlah satu isu yang besar jika ia nak dikaitkan dengan akidah. Sebaliknya isu yang paling penting untuk ditegur ialah isu aurat di kalangan pemimpin wanita UMNO, pelaksanaan syariah, pembaziran dan banyak lagi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama Pas untuk kemukakan sebarang pandangan.

-Sinaran Harian

NUJ ugut berarak ke pejabat PM

author:Jimadie Shah Othman

Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu mengancam berarak ke pejabat perdana menteri jika pengerusinya Amran Ahmad dipecat selepas mengadukan dua kes perbelanjaan syarikat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Ahli majlis eksekutif NUJ itu Wan Syamsul Amly Wan Seadey berkata, mereka "tidak teragak-agak untuk bertindak lebih jauh" jika organisasi media itu terus-menerus "cuba menindas suara pekerja"."Mula-mula syarikat keluarkan surat tunjuk sebab.

Lepas ini mereka akan pecat Amran dan mana-mana ahli yang bersuara lantang membela hak pekerja-pekerja di Utusan Melayu.

"Jika ini berlaku, kami semua membantah sekeras-kerasnya dan mungkin membawa perkara ini ke perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang merupakan presiden Umno," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 17 Julai lalu, Amran dikenakan tindakan disiplin tersebut atas dakwaan "menfitnah" kumpulan media berpengaruh itu susulan tindakannya membuat dua aduan kepada SPRM seperti dilaporkan di Malaysiakini dan Harakahdaily.

Difahamkan, beliau diminta membuat penjelasan bertulis kepada pengurusan Utusan Melayu (M) Berhad selewat-lewatnya Selasa lalu - kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan yang lebih serius diambil terhadapnya.

Bagaimanapun masih belum jelas bentuk-bentuk tindakan tersebut.Pada 25 Jun lalu, ketua kesatuan wartawan akhbar Umno itu melaporkan perbelanjaan ubahsuaian satu pejabat biro RM46,000 kepada suruhanjaya tersebut.

Sementara dua bulan sebelumnya, NUJ Utusan mengadu kos membeli dua set tiang gol dan jaring penghadang di sebuah kilangnya di Perai, Pulau Pinang yang didakwa "terlalu mahal" RM160,000.Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Kesatuan sekerja itu masih lagi bergelut untuk memeterai perjanjian bersama (CA) penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelarasan gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu.

Bagaimanapun perjuangan mereka untuk mendapatkan tuntutan CA itu masih gagal walaupun perjanjian lama yang telah tamat pada 31 Julai tahun lepas.Malaysiakini difahamkan, dalam jawapannya terhadap surat 14 Julai lalu, Amran antaranya:

  • Mempertikaikan nama jawatannya “wartawan Gred 4” seperti dalam surat, sedangkan aduannya kepada SPRM didakwa atas kapasiti sebagai pengerusi NUJ cawangan itu.

  • Memaklumkan tindakannya bukanlah peribadi, sebaliknya tindakan selepas diputuskan dalam mesyuarat exco NUJ Utusan.

  • Menyanggah kewajaran tindakan disiplin itu kerana menurut Seksyen 21 dan Seksyen 22, Akta Kesatuan Sekerja 1959, pegawai-pegawai kesatuan sekerja diberikan kekebalan daripada sebarang tindakan, sekiranya ia berkaitan dengan urusan kesatuan.

  • Menjelaskan bahawa Amran tidak pernah menfitnah syarikat, sebaliknya hanya meminta SPRM menyiasat perbelanjaan Utusan yang didakwa melibatkan kos yang tinggi.

    -Malaysiakini
  • Siasat SPRM Hingga Ke Lubang Cacing - Razaleigh

    Kerana bimbangkan kematian Teoh Beng Hock adalah petanda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bertukar penyangak, pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah berkata siasatan "sehingga ke lubang cacing" harus dijalankan bagi mencari motif dan punca kematian mangsa.

    Razaleigh berkata rakyat Malaysia tidak lagi berasa selamat sekiranya seorang saksi yang dipanggil membantu siasatan ditemui mati dibawah pengawasan pihak berkuasa.

    "Kejadian ini amat buruk untuk negara. 50 tahun kita merdeka, perlukan orang yang dipanggil untuk disiasat keluar dalam keranda," katanya.

    Razaleigh berkata penubuhan Suruhanjaya Diraja Siasatan keatas kematian Teoh Beng Hock tiada ada gunanya sekiranya kerajaan tidak melaksanakan saranan-saranan suruhanjaya terbabit, sepertimana yang dapat dilihat dari siasatan keatas kes V.K Lingam dan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

    Razaleigh berkata meminggirkan saranan Suruhanjaya Diraja adalah seperti "menghina Yang Di-Pertuan Agong".

    Pemimpin veteran itu menambah SPRM memburu kesalahan-kesalahan kecil tetapi tidak mempedulikan kes-kes besar dan berkata SPRM perlu diteliti semula.

    "Rakyat mahu tahu, saya juga mahu tahu, bagaimanapun kematian ini boleh berlaku? Bagi seorang saksi, siapa yang akan beri bukti berkenaan perbelanjaan RM2,400 sedangkan ada orang dengan jutaan wang ringgit terus melata dengan bebas dan tidak dipanggil untuk disiasat," tegas beliau.

    Wednesday, July 22, 2009

    SPRM - Sila semak kad pelaporan kamu!

    Talam dua muka, pilih bulu, hipokrit - itulah antara ungkapan yang disasarkan kepada polis dan SPRM oleh rakyat, pembangkang dan pemerhati politik.

    Terbaru: SPRM digelar Suruhanjaya Pelindung Rasuah Malaysia. Tuduhan terhadap SPRM bukan dibuat secara melulu. Hakikatnya ialah Teoh mati kerana siasatan RM2,400 membabitkan EXCO Pakatan Rakyat Selangor.

    Malah ada bukti, saksi lain didera, dicaci dan diugut SPRM. Pada masa sama, SPRM membisu dan tutup mata terhadap kes penyelewengan oleh pemimpin BN. Antara kes di Selangor ialah:

    1. Skandal PKFZ yang menelan dana awam sehingga RM12.5 bilion

    2. Hasil siasatan SELCAT, sebuah cabang Dewan Undangan Selangor yang mendedahkan Khir Toyo dan isterinya menyalahgunakan dana awam jutaan ringgit untuk, antara lain, melancong ke Disneyland di Amerika syarikat dan Paris serta Australia di samping menyalahguna dana Balkis.

    3. Kerajaan Selangor mendedahkan Mantan MB Selangor itu membeli tujuh apartment mewah di Arab Saudi menggunakan dana kerajaan negeri secara mencurigakan

    4. Pembinaan istana Khir Toyo yang dianggarkan RM23 juta ringgit di Seksyen 7 Shah Alam

    5. Wakil BN bergegas menghabiskan peruntukan RM27 juta dalam tempoh dua bulan sebelum pilihanraya umum Mac 2008.

    Ini hanya segelintir kes/aduan yang dilaporkan kepada BPR/SPRM di Selangor. Di peringkat nasional pelbagai aduan dibuat bersabit gejala rasuah dalam pembelian kapal selam dan peralatan lain semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan.Namun SPRM dan polis diam seribu bahasa.

    Puluhan lagi laporan mengenai penyelewengan kuasa dan rasuah politik membabitkan wakil BN dibuat di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan negeri lain, namun jawapan SPRM "masih dalam siasatan" atau "kes dibuang, tak ada bukti."

    Ehsan: Suara Keadilan

    Tuesday, July 21, 2009

    Sejak bila SPRM jadi Institusi orang Melayu?

    Beberapa pencacai Umno/BN melemparkan tuduhan bahawa Isu kematian Teoh Beng Hock telah dieksploitasi oleh Pakatan Rakyat menjadi isu politik dan perkauman.

    Isu kematian TBH adalah satu tragedy yang mengundang banyak tanda Tanya dan pentadbiran Najib Tun Razak perlu dipertanggungjawabkan.

    Siapa kah yang mempolitikan isu ini sebenarnya kalau bukan Umno/BN sendiri?

    Siasatan SPRM keatas 7 ADUN Pakatan Rakyat Selangor berkisar kepada peruntukan RM500,00 kepada setiap mereka. Salah satu fokus siasatan SPRM adalah hal yang membabitkan pembelian bendera yang bernilai RM2,500 sahaja ; bukankah ini tidak setara dengan aduan Pakatan Rakyat terhadap skendal PKFZ – RM12 Billion dan istana mewah Khir Toyo yang dilaporkan melibatkan RM24 juta namun tiada apa-apa tindaklan diambil.

    Jelas, bahawa SPRM dipergunakan untuk menyiasat 7 ADUN Pakatan Rakyat Selangor lebih kearah motif politik untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan di Selangor setelah mereka berjaya di Perak dengan Modus Operandi yang sama, tatkala mengenakan tuduhan rasuah keatas Jamaluddin dan Osman.

    Kematian misteri Teoh Beng Hock di pejabat SPRM Selangor bukanlah isu perkauman kerana tidak kira Melayu, Cina atau India jika berlaku kematian ia melibatkan kehilangan nyawa rakyat Malaysia.

    Namun pencacai Umno/BN turut mendakwa Pakatan Rakyat cuba menjadikan isu kematian TBH berupa perkauman atau rasis.Siapa yang rasis sebenarnya?

    Pada 19 Julai lalu, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Zainul Ariffin Mohammed Isa telah menulis kesimpulan bahawa seolah-olah Pakatan Rakyat telah menjadikan kesedihan kematian Teoh sebagai modal politik dan serangan orangramai adalah kemarahan orang bukan-Melayu terhadap institusi Melayu. [KLIK] Sejak bila SPRM jadi institusi orang Melayu?

    Siapa yang rasis? Apabila Tan Boon Hwa, seorang lagi yang disiasat bersama-sama Teoh Beng Hock, tetapi di bilik berasingan., sewaktu memberi keterangan beliau berulangkali dipanggil ‘Cina Bodoh’.oleh pegawai yang menyiasat.

    Beliau dikenakan tekanan mental dan fizikal ketika disoal-siasat oleh SPRM. Boon Hwa dipaksa berdiri selama empat jam oleh pegawai SPRM yang mengugut akan mencederakannya dan akan menculik isterinya jika beliau tidak "bercakap benar".

    Naib Presidennya, Salahuddin Ayub menegaskan, pemimpin Umno sepatutnya menjaga imej dan integriti SPRM dan polis bukannya menjadikan kedua-dua institusi tersebut kuda tunggangan mereka. Baca lagi di sini

    Zambry lebih baik tanyakan nombor ekor !

    Zambry, Menteri Besar Kudeta tu minta Tok Guru PAS keluarkan fatwa tentang . DS Nizar pegang lilin!

    Sejak bila pula Zambry ni nak rujuk kepada fatwa? Memang tabiat Umno ni mana nak berpandu kepada fatwa, Lebih baik Zambry minta fatwa daripada mantan PM Dollah Badawi berkenaan pegang bahu Michele Yeoh yang heboh dikatakan orang dulu tu….

    Tapi bagaimana pun baiklah juga Zambry yang cuba-cuba berjinak dengan agama dan mahu mendapatkan fatwa daripada Tok Guru PAS.Tetapi kalau sekadar hanya nak tahu sajer pun sia-sialah sahaja kalau langgar juga!

    Rasanya adalah lebih baik Zambry minta fatwa Tok Guru berkaitan rampasan kuasa Umno /BN di Perak ! Apa macam? Sanggupke?

    Berkenaan hukum pegang lilin , walau bagaimanapun,Timbalan Mufti Kedah ada menyatakan “ Mereka yang hadir juga tidak membuat sesuatu yang merujuk kepada perbuaran keagamaan, jika sekadar berdiri bersama lilin tidak mengapa”

    Seperkara lagi, apa yang perlu kita ingat ialah Fatwa Bekas Mufti Perlis dulu, Dr Asri yang berkata :

    Perdana Menteri atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di tugu berkenaan sempena Hari Pahlawan 2008 agar bertaubat kepada Allah. . Pernah ke kita dengar puak-puak tu bertaubat daripada melakukan perkara tersebut?

    Ah! Serupalah dengan si Zambry Kudeta ini; pernahkah kita dengar yang dia bertaubat berkaitan penggunaan bomoh dalam Dewan Undangan Negeri Perak tidak lama dulu?

    Zambry , Zambry , kamu ingat orang sudah lupa tentang isu kamu main bomoh dulu tu ke? Daripada bertanyakan fatwa daripada Tok Guru, lebih baik Zambry bertanyakan nombor ekor kat bomoh dia hari itu!

    Sunday, July 19, 2009

    Bila anak bini kau kena , baru padan muka!

    Amat janggal sekali tuduhan seorang pemimpin Umno tinggi ini merujuk tragedi pembunuhan saksi yang disoal oleh PSRM . Bagaimanalah agaknya kalau anak bini dia yang menerima nasib malang macam itu?

    Ini bukan persoalan politik, bangsa atau ugama.Ini adalah persolan kemanusiaan sejagat dalam menuntut keadilan dan kebenaran. Sikap seperti mana yang ditunjukahn oleh pemimpin Umno ini amat memalukan . Apakah tiada rasa sikap kemanusiaan pada diri orang semacam ini?

    Lihat di sini reaksi janggal seorang pemimpin tinggi Umno [KLIK]

    Rakyat tuntut SPRM di siasat

    Di anggar seramai 300 orang berhimpun secara aman di luar Ibu Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam pagi kelmarin kerana menuntut supaya SPRM disiasat atas tragedi pembunuhan Teoh Beng Hock sewaktu dalam siasatan di pejabat mereka pada 16 Julai lalu.

    Mereka menyifatkan kejadian tersebut terlalu kejam dan mereka menuntut keadilan bagi pihak mangsa yang terbunuh.Lihatlah bagaimana pihak polis menyuraikan perhimpunan tersebut dan anda nilailah sendiri pasukan polis kita dalam menjalani tugas mereka, yang sepatutnya memberikan perlindungan dan keselamatan kepada rakyat , bukan sekadar untuk keselamat gulunga yang tertentu sahaja.Lihat video berikut :

    Friday, July 17, 2009

    Pakatan Rakyat Perak berarak serah memorandum kepada SPRM


    Ipoh : Sejurus habis sidang media pagi tadi, Pakatan Rakyat Perak telah pergi ke Ibu Pejabat SPRM Perak yang jaraknya lebih kurang 400 meter dari Wisma DAP di sini tengahari tadi.


    Hampir 50 penyokong dan pimpinan Pakatan rakyat telah berarak dengan berjalan kaki kesana.Mereka semuanya memakai baju hitam dan telah menarik perhatian ramai pengguna jalan raya yang turut memberikan sokongan moral dengan membunyikan hon kereta masing-masing.


    Pimpinan Pakatan Rakyat telah menemui pegawai PSRM di pejabat untuk menyerahkan memorandum meminta supaya SPRM memberikan beberapa penjelasan berhubung trajedi kematian Teo Beng Hock dan beberapa isu lain.


    Dato Ngeh Khoo Ham berkata, seperti mana biasa, pegawai yang ditemui tidak pernah jemu berjanji akan menyiasat. Ngeh juga mengumumkan Pakatan Rakyat akan mengadakan 'Nyalaan Lilin' di pejabat PSRM malam esok.Beliau berharap pihak polis tidak menganggu acara tersebut sebagai memperingati mendiang Teo Beng Hok.

    Besar Kemungkinan Dibunuh - Ngeh


    Merujuk kepada trajedi kematian Teoh Beng Hock yang dikatakan terjatuh dari dari tingkat 14 di Ibu Pejabat SPRM Selangor petang kelmarin, Dato Ngeh Khoo Ham berkata, “Besar kemungkinan beliau telah dibunuh.”

    Ngeh berkata demikian dalam sidang media disini yang diadakan oleh Pakatan Rakyat Perak pagi tadi.

    “Pihak CIA pernah menggunakan dadah dalam melakukan penyiasatan mereka supaya seseorang itu hilang kewarasannya,” kata Ngeh.

    Beliau berkata, “Beng Hock dipanggil oleh SPRM sebagai saksi untuk memberi keterangan keatas ADUN Pakatan Rakyat yang sedang disiasat PSRM; tetapi PSRM telah gagal untuk memberikan perlindungan yang sewajarnya keatas beliau sebagai seorang saksi.PSRM perlu bertanggung jawab atas apa yang telah berlaku keatas beliau.”

    Ngeh juga mendakwa, siasatan yang dilakukan keatas beberapa ADUN keturunan Cina Pakatan Rakyat di Selangor oleh SPRM itu bukanlah suatu siasatan yang sebenarnya.Langkah tersebut hanyalah suatu tindakan ‘harassment’ semata-mata.

    “Saya amat yakin, bahawa mereka yang disiasat oleh SPRM itu adalah bersih belaka,” terang Ngeh.

    “Tetapi mengapa tiga katak di Perak tidak pun disiasat oleh mereka walaupun laporan terlah dibuat,” tanya Ngeh.

    “Ternyata bahawa SPRM adalah suatu cabang Jabatan Perdana Menteri,” kata Ngeh.

    Thursday, July 16, 2009

    Khir Toyo Digantung Setahun Kerana Lari Dari Disiasat

    Sidang Dun Negeri Selangor hari ini meluluskan usul menggantung Adun Sungai Panjang Dr Mohd Khir Toyo selama setahun berkuat-kuasa serta merta melalui undi suara.

    Usul ini dibentangkan oleh Jawatankuasa Keistimewaan dan Hak dan disepakati oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat bagi menghukum bekas Menteri Besar Selangor itu yang enggan menghadirkan diri ke siasatan penyelewengan dana Balkis membabitkan isterinya.

    Kata sepakat ini diluluskan oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat tanpa sebarang masalah dari wakil-wakil rakyat BN, yang mengambil keputusan keluar Dewan membantah usul menggantung Khir Toyo.

    Ini bermakna, Adun Sungai Panjang itu hanya boleh kembali ke Sidang Dun sebagai wakil rakyat pada Julai tahun hadapan.

    Sumbangan Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB) kepada Balkis dikesan digunakan untuk menampung projek-projek isteri adun-adun Umno-BN.

    Yang Dipertua Balkis, iaitu Zaharah Kechik, yang juga isteri Dr Mohamad Khir Toyo, memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac 2008 - tiga hari selepas pilihanraya umum ke-12 - untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian.

    Wang sebanyak RM9.9 juta itu kemudian disalurkan ke sebuah akaun lain sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.

    Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat berpendapat wang Balkis itu tidak seharusnya dipindahkan kepada Bakti kerana perlembagaan Balkis menyatakan wang RM9.9 juta itu sepatutnya disalurkan kepada kerajaan atau tabung yang didirikan oleh kerajaan dengan kelulusan daripada ketua pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 13 Mac bagaimanapun berjaya dihalang menteri besar baru Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.

    Usul itu juga melibatkan penggantugan enam bulan empat wakil rakyat yang mempersoalkan integriti Selcat. Mereka adalah Adun Sabak Warno Dogol, Adun Batang Kali Isa Abdul Kasim, Adun Dengkil Marsum Paing dan Adun Hulu Bernam Mohamad Idris Abu Bakar.

    Mereka tidak akan menerima elaun masing-masing sehingga tamat tempoh penggantungan.

    Anwar-Saiful : Mana laporan Pusrawi?

    Pendakwaraya berkata pihaknya tidak mempunyai laporan perubatan Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Kuala Lumpur keatas penuduh, Saiful Bukhari Azlan.

    Menurut laporan itu, Saiful mengadu mengalami tenesmus iaitu kesukaran dan kesakitan ketika membuang air besar. Setelah diperiksa Dr Mohamed Osman, di dapati dubur Saiful “tidak mengalami pendarahan aktif”, “tiada kesan ulser atau nanah” dan “tiada kesan koyak atau calar”.

    Dr Mohamed Osman memeriksa penuduh beberapa jam sebelum membuat Saiful laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun tahun lalu. Saiful mendakwa dia telah dirogol, sebelum pendakwaraya menukar tuduhan kepada sukarela.

    Pendakwaraya juga berkata pihaknya telah menyerahkan laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur kepada pasukan pembelaan.

    Mahkamah bersambung esok jam 9 pagi.

    -TVAntara

    Wednesday, July 15, 2009

    Apabila Najib Mengadap Sultan Perak

    Oleh: DZULKARNAIN TAIB

    Langkah Perdana Menteri Najib Razak mengadap Sultan Azlan 5 Februari lau merupakan titik hitam dalam sejarah politik Perak yang telah mencetuskan krisis terburuk negeri itu yang didalangi oleh Umno-Barisan Nasional.

    Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan dalam temuramah eksklusif bersama Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib pada majlis pelancaran buku beliau, "How To Judge The Judges (Bagaimana menghakimi hakim)" edisi kedua di Ipoh baru-baru ini menyifatkan pertemuan Sultan-Najib sebagai kesilapan amat besar.

    Berikut sedutan wawancara dengan NH Chan mengenai keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan yang dianggap salah dan tidak mengikut Perlembagaan serta kupasan berhubung kemelut politik Perak.

    DT: Mengapa, pada pandangan Datuk bekas-bekas hakim yang lain berdiam diri dan tidak menyuarakan pendapat mereka berhubung keputusan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan yang dilihat sebagai tidak selari dengan Perlembagaan Negara?

    NH: Bagaimana mereka hendak memberi respons kerana apa yang saya katakan ialah mengapa hakim-hakim tersebut membuat penghakiman yang bukan berlandaskan undang-undang.

    Saya tidak fikir mereka mampu memberi komen. Hanya satu sahaja cara mereka boleh memberi pendapat iaitu dengan mengatakan "saya hakim dan boleh buat apa saja yang saya suka.

    Saya mentafsir undang-undang dan saya tidak perlu menurutnya". Mereka boleh berkata begitu tetapi bagaimana mereka membuat tafsiran kepada sesuatu yang sudah amat jelas maksudnya.

    Bolehkah mereka berhujah,"jika perkara itu tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah ia membawa maksud ia boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah?" (merujuk kepada kuasa dan keputusan Speaker yang tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah). Kalau mereka buat juga tafsiran sedemikian mereka akan memperbodohkan diri sendiri.


    DT: Sampai bila rakyat boleh menerima keputusan hakim yang jelas tidak mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan?

    NH:Pada masa sekarang mereka tidak lagi boleh lari daripada kritikan dan penelitian rakyat terhadap segala penghakiman mereka yang tidak mengikut lunas undang-undang yang betul.

    Pada satu ketika dahulu tidak ada siapa dikalangan bekas hakim mahu menerangkan mengenai undang-undang kepada masyarakat umum. Umpamanya kalau masyarakat membaca mengenai sesuatu keputusan hakim dalam akhbar mereka tidak akan tahu sama ada penghakiman itu betul atau salah.

    Mereka akan beranggapan ianya betul kerana datang daripada seorang hakim. Apa yang saya lakukan sekarang ialah saya akan berkata keputusan itu adalah daripada hakim tetapi perlembagaan mengatakan sesuatu yang lain daripada apa yang diputuskan oleh hakim berkenaan.

    DT:Apakah yang menyebabkan Datuk bersungguh-sungguh mahu menerangkan mengenai Perlembagaan kepada masyarakat?

    NH:Saya tidak berniat berbuat demikian pada mulanya tetapi sahabat saya, Ngan Siong Hing, meminta saya menulis mengenai badan kehakiman. Saya menjawab apa lagi yang hendak ditulis mengenai badan kehakiman.

    Bagaimana saya hendak menulis berhubung sesuatu yang sudah jelas kepada semua orang. Sahabat saya itu menjawab, "apa yang jelas pada anda mungkin tidak jelas kepada kami sebab kami orang awam sentiasa berfikir terdapat sesuatu yang misteri mengenai keputusan-keputusan hakim.

    Kami fikir ada semacam aura mengenai peribadi hakim yang menyebabkan mereka tidak boleh dipertikaikan". Saya menjawab hakim-hakim juga adalah manusia biasa, mereka melakukan kesilapan.

    Walau bagaimanapun hakim seperti Augustine Paul mengeluarkan penghakiman bertulis yang tidak kena mengena dengan isu yang dibicarakan. Hakim seperti beliau boleh menulis panjang lebar mengenai perkara-perkara mengarut (gobbledegook) tanpa orang awam mengetahuinya.

    Saya meminta akhbar media perdana menyiarkan artikel saya tetapi tidak satu pun mahu menerima. Apabila ia disiarkan dalam internet, tidak semena-mena saya jadi popular.

    DT: Faktor apa yang mendorong Datuk mula menulis mengenai keputusan-keputusan hakim yang dianggap bercanggah dengan Perlembagaan?

    NH:Saya rasa ia bermula dengan krisis politik Perak. Saya melihat dan membaca dalam akhbar ramai pihak seperti profesor undang-undang, peguam menulis mengenai perkara tersebut tetapi kebanyakannya bersilang pendapat antara satu sama lain.

    Saya mula berfikir sama ada mereka telah membaca dan mendapati apa yang dikatakan dalam Perlembagaan dan apa yang mereka debatkan adalah berbeza.

    Jadi apabila saya menulis buat kali pertama saya berpendapat itulah untuk kali pertama dan terakhir tetapi saya dihujani dengan permintaan supaya saya terus menerangkan kepada orang ramai apa yang mereka tidak faham mengenai keputusan hakim.

    Sebagai manusia rakyat boleh rasakan sesuatu tidak kena apabila hakim membuat penghakiman yang salah walaupun mereka tidak tahu di mana kesilapan itu kerana mereka bukan peguam.

    Saya pun berfikir sekiranya saya boleh terangkan bahawa undang-undang sebenarnya bukanlah sulit tetapi mudah maka orang ramai akan memahaminya dengan senang.

    DT:Adakah Datuk berpendapat bekas-bekas hakim yang lain juga patut memainkan peranan yang sama sekiranya mereka berpendapat ada penghakiman yang salah?

    NH:Untuk memberi penjelasan mengenai sesuatu penghakiman, seseorang itu perlu tahu apa yang diperkatakannya. Kalau sesuatu salah dihuraikan maka akan hilanglah kredibiliti dalam sekelip mata.

    Sebelum saya memberi komen saya akan meneliti dahulu permasalahannya dan meneliti jawapan saya beberapa kali. Dengan cara itu kredibiliti saya tidak terjejas.

    Kebanyakan bekas hakim tidak tahu apa hendak buat kerana negara ini mempunyai Akta Hasutan; kalau silap cakap atau tulis diri akan menjadi susah. Mujur orang seperti saya dan sahabat saya, (Datuk Gopal) Sri Ram arif mengenai undang-undang secara mendalam dan kami tahu apa yang kami katakan dan mampu mempertahankan kenyataan kami.

    DT:Apakah contoh kes di mana enam orang hakim yang Datuk telah dikenalpasti gagal melaksanakan undang-undang menurut Perlembagaan terlibat secara langsung?

    NH:Terdapat satu penghakiman lisan Mahkamah Persekutuan berkaitan krisis Perak yang mana saya telah mengkritiknya. Setelah penghakiman bertulis dikeluarkan ia lebih teruk daripada penghakiman lisan terdahulunya. Semasa saya melancarkan buku saya ("How To Judge The Judges", edisi kedua) saya mengatakan apa yang perlu saya lakukan ialah menjelaskan undang-undang secara mudah difahami; orang awam akan faham apa yang diputuskan oleh hakim dan apakah undang-undang yang diperkatakan itu. Selepas itu anda sendiri akan mampu menghakimi hakim.

    Seseorang hakim itu perlu melaksanakan keadilan menurut undang-undang. Beliau tidak boleh membuat keputusan yang bertentangan dengan undang-undang. Kalau seorang hakim melakukannya jua, lebih baik kita buang sahaja undang-undang yang ada.

    DT:Adakah mudah bagi orang awam untuk menghakimi hakim?

    NH:Apabila kita memahami undang-undang akan mudahlah menghakimi seseorang hakim itu. Dalam Internet semua orang sekarang menilai hakim walaupun mereka belum membaca buku saya. Tugas saya hanya menjelaskan undang-undang dalam bahasa yang mudah difahami dan selepas terpulang kepada pembaca.

    Jika para hakim tidak mahu mengikut undang-undang, saya akan memberi penjelasan apa kepada orang ramai apakah undang-undang yang sebenar supaya mereka boleh membuat penilaian samada hakim itu mengikut undang-undang atau tidak. Tugas seorang hakim hanya melaksanakan keadilan menurut undang-undang, itu sahaja.

    DT:Apakah kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak lantikan Barisan Nasional sah disisi undang-undang?

    NH:Speaker tidak boleh dipecat kecuali dalam tiga perkara - beliau sendiri meletak jawatan atau diturunkan daripada jawatan disebabkan perbuatan jenayah atau atas keputusan DUn sendiri. Dalam krisis Perak Speaker tidak diturunkan daripada jawatan beliau. Sekiranya mahu dilakukan DUN mesti membuat proses pengundian tetapi BN melantik calon mereka sebagai Speaker sebelum proses ini dibuat.

    DT:Sekiranya Speaker lantikan BN adalah haram bagaimana pula dengan keabsahan Dr Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar?

    NH:Keputusan terperinci hakim Mahkamah Tinggi menjelaskan isu tersebut begitu juga Profesor Andrew Harding yang menyatakan apa yang dikatakan hakim tersebut adalah tepat dan betul. Saya pun bersetuju dengan pendapat beliau.

    Apa yang dinyatakan oleh hakim itu ialah berdasarkan Artikel 16(6) pihak manakah yang layak menentukan sama ada menteri besar telah hilang majoriti dalam DUN kerana kalau dikatakan Sultan tidak ada peruntukan sedemikian dalam Perlembagaan Negeri Perak.

    Pada mulanya saya sendiri berpendapat menteri besar boleh menentukan perkara ini dan dengan itu apa yang dinyatakan dalam Artikel 16(6) adalah relevan tetapi hakim Mahkamah Tinggi itu telah menunjukkan bahawa pendapat saya tersasar.

    Beliau berkata tidak ada sesiapa yang boleh menentukan sama ada menteri besar telah kehilangan majoriti kecuali undi diadakan dalam Dewan. Oleh yang demikian kesalahan terbesar Najib (Razak) ialah langkah beliau pergi mengadap Sultan.

    Sekiranya Najib ke Dewan sudah tentunya beliau mampu mengenepikan menteri besar ketika itu daripada jawatannya kerana Nizar (Jamaluddin) sendiri tidak tahu pada saat itu bahawa terdapat tiga ADUN Pakatan Rakyat yang telah belot
    .


    DT:Jadi Najib telah tersilap langkah dengan mengadap Sultan Azlan?

    NH:Saya bukan ahli politik tetapi dalam dunia politik atau pun peperangan kalau anda tersilap langkah anda akan terperangkap dan tidak boleh lari. Begitu juga halnya dengan Najib. Kalaulah beliau tidak mengadap Sultan semua kemelut politik kini tidak akan berlaku.

    Kalaulah beliau selesaikan isu kedudukan menteri besar di DUN Perak pada ketika beliau mempunyai sokongan daripada tiga ADUN Pakatan Rakyat yang belot tersebut sudah tentu beliau akan berjaya mengenepikan Nizar sebagai menteri besar melalui undi tidak percaya.

    Di sini saya bukan bercakap mengenai undang-undang tetapi berhubung taktik dan strategi. Najib telah membuat langkah politik yang salah dan kini terpaksa menanggung kesannya.

    DT:Kesimpulannya apakah natijah daripada langkah Najib mengadap Sultan telah membuahkan satu kesilapan politik yang amat besar dan kesan yang mendalam?

    NH:Sebagai bekas Ketua Hakim Negara, Sultan Azlan sudah tentu arif bahawa sekiranya baginda mahu membuat keputusan baginda tidak boleh berjumpa dengan satu pihak sahaja.

    Sekiranya sebelah pihak sahaja mahu mengadap Sultan, baginda perlu bertegas dan mengatakan sebelah pihak lagi juga perlu ada bersama semasa mengadap. Baginda sepatutnya menerima kedua-dua pihak mengadap pada masa yang sama.

    Sekiranya baginda menerima mengadap sebelah pihak sahaja maka rakyat akan mempunyai tanggapan bahawa Sultan telah dipengaruhi oleh Najib. Sama ada betul atau tidak Najib mempengaruhi Sultan adalah tidak penting kerana tanggapan rakyat itu lebih mustahak.

    Jikalau seorang ahli politik membuat kesilapan taktikal dan kesilapan itu boleh dihidu oleh orang awam maka jika saya menjelaskan mengenai isu ini rakyat juga boleh memahaminya. Semua orang mampu menilai sama ada sesuatu yang terjadi itu betul atau salah. Sekiranya seseorang itu telah membuat kesalahan kita akan tahu dia telah melakukan kesalahan.

    DT:Adakah Zambry takut beliau akan kalah sekiranya DUN Perak dibubarkan?

    NH:Saya rasa semua pihak bersetuju bahawa sekiranya pilihan raya baru diadakan di Perak BN akan kalah teruk.

    DT:Mengapa BN masih terus mahu menindas dan menafikan hak rakyat Perak untuk mempunyai kerajaan pilihan mereka?

    NH:Saya pun tidak tahu mengapa tetapi mungkin mempunyai niat untuk membunuh diri. Seseorang itu tahu dia akan mati jika menyerang musuhnya tetapi kalau ia melakukannya juga ini bermakna dia mahu membubuh diri secara kamikaze.

    DT:Pada pandangan Datuk mengapa Sultan mengambil keputusan untuk tidak perkenankan permintaan Nizar supaya DUN dibubarkan?

    NH:Saya tidak tahu apa yang berlegar dalam fikiran baginda atau motif disebalik keputusan itu.Walau bagaimanapun tindakan membenarkan Najib mengadap tanpa juga kehadiran Nizar menyebabkan rakyat beranggapan Najib telah mempengaruhi Sultan.

    Mungkin juga setelah seseorang hakim itu telah lama pencen daripada perkhidmatan dia akan lupa. Mungkin dia lupa mengenai undang-undang. Ada yang mengatakan kalau kita sudah tua kita akan nyanyuk dan lupa banyak perkara.

    Sekarang saya mampu lagi mengingati apa yang saya tulis dalam buku saya tetapi kalau anda tanya saya lima tahun dari sekarang saya mungkin tidak ingat lagi. Mungkin saya tidak ingat lagi apa yang telah saya tulis.

    DT:Pada pandangan Datuk apakah langkah terbaik bagi menyelesaikan krisis politik di Perak?

    NH:Di England "House of Lords" yang sama taraf dengan Mahkamah Persekutuan di negara ini telah membuat satu keputusan yang tidak popular dengan rakyat pada tahun 1909. Rakyat menentang keputusan tersebut dan menunggu selama enam tahun untuk menendang keluar kerajaan ketika itu. Ianya juga boleh berlaku di Malaysia.

    DT:Adakah apa yang berlaku kepada Speaker Perak satu amalan bahaya kepada badan kehakiman?

    NH:Siapa yang mewujudkan kes contoh yang merbahaya ini? Keputusan Mahkamah Persekutuan mengikat semua pihak tapi ia adalah keputusan yang salah. Mahkamah Persekutuan masih berkuasa walaupun ia membuat keputusan yang salah.

    Rakyat biasa seperti saya hanya mampu mendedahkan kepincangan dalam keputusan mahkamah and dengan pemahaman rakyat diharap mereka akan menukar kerajaan pada pilihan raya akan datang.

    DT:Datuk pernah menulis penghakiman berhubung kes Speaker Perak telah mewujudkan satu ckes contoh yang merbahaya kepada sistem kehakiman negara, jadi apa komen Datuk mengenai tindakan Gobind Singh Deo menyaman Speaker Dewan Rakyat?

    NH:Saya fikir apa yang dilakukan oleh Gobind ialah memulangkan paku serpih iaitu kalau boleh dilakukan di DUN Perak kenapa tidak kepada Speaker Parlimen? Kita tidak boleh ada dwi standard, itulah mesej yang ingin disampaikan.

    DT:Apakah permintaan Nizar Jamaluddin untuk mendapatkan sidang hakim seramai 11 orang menunjukkan rakyat tidak lagi mempercayai sistem kehakiman negara ini?

    NH:Daripada 11 hakim Mahkamah Persekutuan saya telah kenalpasti enam yang tidak menegakan keadilan menurut Perlembagaan Negara. Kalaupun Nizar meminta seramai 11 hakim bersidang beliau akan kalah kerana enam orang hakim akan berlaku tidak adil berbanding lima hakim lagi, jadi apa gunanya meminta 11 hakim.

    DT:Apa pendapat Datuk mengenai keputusan hakim yang menyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya berkuasa menentikan sama ada sebuah kerusi undangan negeri itu dikosongkan atau sebaliknya dalam isu tiga ADUN Pakatan Rakyat yang telah belot?

    NH:Di mana undang-undang yang memberi kuasa itu kepada SPR, tunjukkan kepada saya. Nampaknya hakim boleh membuat undang-undang mereka sendiri!

    Dalam isu ini Speaker boleh menganggap ketiga-tiga ADUN tersebut telah meletak jawatan tetapi jika mereka mempertikaikan dengan mengatakan mereka tidak meletak jawatan maka mereka perlu mendapatkan keputusan muktamad daripada Dewan.

    Itulah sebenarnya langkah yang betul tetapi sebaliknya mereka bertiga merujuk kepada Mahkamah Persekutuan dan mahkamah tersebut pun membuat keputusan yang bercanggah dengan undang-undang.

    Kerana itu saya mengkritik hakim tersebut disebabkan penghakiman beliau yang salah. Saya berkali-kali berkias sekiranya hakim-hakim ini terus membuat penghakiman yang salah dan tidak melaksanakan keadilan mereka akan menyebabkan kerajaan BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

    DT:Mungkin niat mereka hendak jatuhkan kerajaan?

    NH:Mungkin juga, saya pun tidak faham motif mereka. Mungkin mereka berniat untuk membantu kerajaan tanpa mengetahui perbuatan mereka itu sebenarnya memberi mudarat kepada kerajaan.

    -TVAntara

    Tuesday, July 14, 2009

    PAS hanya menang nipis!

    PAS menang dengan majoriti yang nipis di Manek Urai

    PAS - 5347
    UMNO - 5283

    MAJORITI - 64

    JUMLAH UNDI ROSAK - 92

    JUMLAH KELUAR MENGUNDI - 10 722 (87.22%)

    JUMLAH SALURAN MENANG - 14 DARIPADA 27

    JUMLAH UPU MENANG - 4 DARIPADA 9

    MASA - 8.29 PM (rasmi )

    Sumber : sini

    BN-Umno penyebab provokasi dan tragedi berdarah

    MANEK URAI, 14 Julai - Kehadiran Barisan Basional (BN-Umno), menjadi punca kejadian pergaduhan hingga melibatkan dua orang petugas PAS cedera parah di pusat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria, tengahari tadi.

    Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Pilihanraya Kecil Dun Penanti dan Manek Urai sangat berbeza sewaktu BN mengambil keputusan untuk bertanding pada pilihanraya itu.

    "Suasana pilihanraya kecil di Penanti sangat aman sebab BN tarik diri, tapi bila BN bertanding di Manek Urai sampai ada petugas PAS cedera," tegasnya merujuk insiden yang berlaku tengahari tadi.

    Menurut perbandingannya, faktor penyertaan BN di Manek Urai kali ini punca segala provokasi yang berlaku.Tambahnya, beliau percaya provokasi itu sengaja diwujudkan pihak BN terhadap penyokong PAS dan Pakatan Rakyat, kononnya nak menghangatkan suasana tetapi yang berlaku sebaliknya.

    "Mereka sengaja buat bermacam-macam provokasi kepada kita, kononnya nak menghangatkan suasana, tapi akhirnya ada yang tercedera akibat insiden baling-baling batu dan botol itu," kata ahli parlimen Rantau Panjang itu lagi.

    Selain itu, Zailah khuatir budaya tidak sihat itu akan menular kepada rakyat Malaysia, terutamanya kepada golongan muda dan ia bertentangan dengan konsep 1 Malaysia yang dicanangkan Perdana menteri mereka, katanya.

    "Dan dengan kejadian ini, rakyat dapat menilai kenapa semua yang berlaku hari ini boleh terjadi," ujarnya merujuk insiden yang berlaku.
    -IT MU

    Pusat mengundi ditutup, lebih 86 peratus tunai tanggungjawab

    KUALA KRAI: Kesemua sembilan pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai ditutup pada pukul 5 petang tadi.

    Setakat pukul 4 petang, 86.4 peratus pemilih berdaftar di bahagian itu menunaikan tanggungjawab mengundi mereka, sekaligus melebihi sasaran 85 peratus yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini.
    - MStar

    PAS menang 2,000 undi di Manek Urai?:

    Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

    Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

    Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telahmengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini."Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN.

    “Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya.Pada jam 3 petang tadi peratus pengundian mencecah 83.89 peratus atau 10,312 orang walaupun ada dua jam lagi untuk mengundi, sebelum pengundian tamat pada jam 5 petang.

    -Malaysiakini

    Manek Urai : UMNO/BN terdesak - Menyamar Pegawai SPR

    MANJOR, 14 Julai - Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.Kejadian berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampong Karangan.

    Petugas PAS bertindak meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ.

    Berikutan keadaan itu, penyokong PAS turut bertindak mengoyak pelekat tersebut sambil melaungkan 'penyamar' terhadap kumpulan kereta tersebut.

    Manjor dikatakan kubu kuat Umno selama ini bagaimana pun telah berjaya dibolosi Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil Manek Urai ini.

    Kubu Umno di Manjor kini mulai retak apabila 60 ahli dan penyokong parti itu menyertai KeADILan semalam, memberi lagi tamparan hebat kepada BN.
    -IT Manek Urai

    Manek Urai : Muhyiddin gagal jelaskan isu royalti minyak dan gas Kelantan

    MANEK URAI, 13 Julai - PAS Kelantan kesal dengan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Petronas yang masih belum memberi penjelasan berkaitan isu royalti petroleum.

    Dalam sidang media yang dibuat pagi tadi, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa, berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang penjelasan berhubung isu royalti minyak dan gas yang masih menjadi tanda tanya.

    "Kurang tempoh 48 jam lagi tempoh pengundian bermula, tetapi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Petronas masih belum memberi penjelasan berkaitan isu royalti petroleum," katanya kepada pemberita.

    Namun begitu, walaupun Petronas masih belum memberi penjelasan tentang isu royalti petrolem tersebut, beliau masin bersikap positif.

    "Saya menganggap isu royalti minyak yang kita kemukakan memberi satu tanda serta impak yang positif kepada kemenangan PAS di Manek Urai.

    "Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, kerana beliau menyokong isu royalti petroleum di Kelantan yang patut dituntut Kerajaan Negeri," ujar beliau.

    Ujarnya, menurut kebiasaan mana-mana perjanjian yang termaktub sebelum ini adalah terpakai.Beliau juga mengulas sekiranya perjanjian 1990 sebelum ini telah termaktub, pihak kerajaan persekutuan perlu menunaikannya.

    Jelasnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, dan beliau sendiri yang akan menjadi wakil bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan bagi membincangkan isu berkaitan.

    Menjawab kepada pemberita, "Sebenarnya Kerajaan Negeri Kelantan telah lama menunggu surat rasmi tuntutan Royalti Petroleum ini, tetapi baru bulan Mac 2009 baru-baru ini baru kita pihak Kerajaan Negeri dapat siapkan".

    "Dan daripada rekod Jabatan Statistik, sumbangan Kelantan kepada produk pengeluaran minyak petroleum adalah lebih tinggi berbanding Sabah iaitu sebanyak 6.5 peratus."

    Selain itu, mengenai isu yang dimainkan Umno-BN sendiri, mahu jadikan Manek Urai sebagai "Anak Emas", Husam berkata, sedangkan Umno-BN telah pun mempunyai enam kerusi DUN, tetapi kenapa mereka tidak menjadikan "Anak Emas" ke atas enam DUN yang mereka kuasai itu.

    Bermakna di sini, ini adalah janji-janji politik Umno-BN semata-mata.

    Monday, July 13, 2009

    Gempar - Khir Toyo diperintah keluar dewan

    Ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo diperintah keluar dewan hari ini selepas enggan menarik balik kenyataannya yang menuduh Speaker Teng Hang Khim berat sebelah.

    Teng yang kelihatan marah, berulangkali meminta Khir supaya menarik balik kenyataannya, yang disebutnya selepas kedua-dua bertekak berhubung definasi "Dewan" yang merujuk kepada dewan undangan negeri.

    Sebelum itu, sewaktu sesi perbahasan Bajet Tambahan 2009, ADUN Sekincan, Ng Suee Lim berkata, beliau telah menerima surat guaman dari Khir dalam kawasan "Dewan" dan meminta penjelasan dari dewan jika tindakan itu wajar.

    Teng kemudiannya bertanya kepada Khir sama ada dakwaan itu benar dan memutuskan bahawa konvensyen Parlimen Komanwl tidak membenarkan tindakan undang-undang seperti menyampaikan notis guaman, dalam kawasan "Dewan".Katanya, tindakan seumpama itu boleh menghakis imuniti yang dinikmati wakil rakyat.

    Bertekak mengenai definasi

    Teng kemudiannya menegur Khir dan memintanya supaya jangan mengulangi perkara itu, sambil memberi amaran bahawa Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan boleh mengambil tindakan terhadapnya kerana melanggar kesucian DUN.

    Khir mempertahankan dirinya dengan mendakwa bahawa Perintah Tetap menghadkan “Dewan” kepada dewan mesyuarat, tetapi Teng memintanya menunjukkan peruntukan khusus mengenainya.“(Peraturan) Perintah Tetap yang mana? Muka surat mana? Jangan cakap mengarut,” kata Teng berulangkali, tetapi Khir tetap berkeras bahawa “Dewan” merujuk kepada dewan mesyuarat.

    Khir kemudiannya berkata, kerana itulah beliau menyatakan bahawa speaker berat sebelah.

    Teng berulangkali mendesak Khir supaya menarik balik kenyataannya itu, sambil menegaskan beliau telah memberi peluang untuk menjelaskan dakwaannya mengenai peraturan Perintah Tetap tersebut.

    Apabila Khir enggan berbuat demikian, Teng memerintahkan Khir keluar dewan, tetapi tidak menyatakan berapa lama tempohnya.
    -Malaysiakini

    Anwar: Serah Dulu Royalti Minyak Kelantan, Baru Bicara Soal Jambatan

    Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas janji Umno membina jambatan baru untuk pengundi Manek Urai sekiranya BN menang dalam pilihanraya kecil itu.

    Anwar berkata Umno perlu menyerahkan semula RM1 bilion royalti minyak yang dihutang Umno-BN kepada rakyat Kelantan sejak 2004.
    "Jangan cakap pasal jambatan, serah kembali RM1 bilion dan biarkan Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) uruskannya. Disini mereka cakap pasal RM6 juta, RM7 juta kerana mereka fikir rakyat bodoh," kata Anwar dalam satu ceramah di Sungai Peria, Kuala Krai.

    Umno memberi kata dua kepada rakyat Kelantan di Manek Urai - samada undi Pas atau undi untuk jambatan. Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin menjanjikan sebuah jambatan baru menhubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru sekiranya Umno menang dalam pilihanraya nanti.

    Namun sepanjang kempen Pas di Manek Urai, Pakatan Rakyat mendesak kerajaan melangsaikan hutang royalti minyak yang dinafikan kepada kerajaan negeri Kelantan sejak 2004.

    Exco Kerajaan Negeri Husam Musas bertegas Kelantan berhak kepada royalti minyak selaras dengan akta Petroleum di mana negeri berhak kepada royalti sebanyak lima peratus apabila didiisytihar sebagai pengeluar minyak.

    Beliau berharap tiada diskriminasi dilakukan terhadap Kelantan dalam bayaran royalti itu seperti yang pernah berlaku kepada Terengganu semasa PAS memerintah pada 1999 hingga 2004 iaitu peruntukan itu ditukarkan kepada wang ehsan.

    -TVAntara

    Sunday, July 12, 2009

    Rosmah lebih 'Mesra Rakyat' daripada Najib


    Rosmah bini Najib terbukti telah terdahulu
    melakukan projek ‘Mesra Rakyat’; sedangkan Najib
    baru mahu mengumumkannya!
    Sungguh Mesra!

    Najib - Mesra Rakyat atau Durjana?

    Apalah sangat yang dihebuhkan dengan pengumuman 11 "mesra rakyat" yang diumumkan Najib sempena 100 hari jadi PM?

    Sedangkan terlalu besar kedurjanaan yang Najib lakukan terhadap rakyat Malaysia. Apakah dunia, khususnya rakyat Malaysia telah melupakan trajedi pembunuhan Altantuya yang dibunuh kejam dan mayatnya diletupkan dengan bom C4? Tidak pasal-pasal dua orang anggota UTK dijatuhi hukuman gantung sampai mati!

    Nama Najib dikaitkan dengan trajedi tersebut ekoran pembelian 3 kapal selam dari sebuah syarikat Perancis pada tahun 2002 yang melibatkan komisyen juta-juta.


    Begitu pula dengan kemelut politik yang melanda Perak yang tidak ada hujungnya.Beberapa program kebajikan untuk rakyat yang memerlukannya tanpa mengira kaum dan fahaman politik, terhenti lantaran langkah drastik yang diambil oleh MB Kudeta Zambry.

    Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mempersoalkan kemana wang royalti Petronas RM253.6 bilion dbelanjakan kerajaan Malaysia semenjak 2004 sehingga 2009 [KLIK]

    Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, "Jumlah wang begitu banyak itu boleh digunakan untuk membina 254 universiti yang lengkap dengan segala prasarana dengan kos 1 billion setiap satu.”

    "Kalau bagi biasiswa ia boleh diberi kepada 2.5 juta pelajar dan menampung dari tahun satu sehingga mendapat ijazah pertama. Dan kalau nak bina hospital dapat disiapkan 254 buah, rakyat juga tidak perlu lagi membayar tol," katanya pada persidangan media di sini

    Inilah kerugian yang menimpa kita semua . Kita susah dan tersiksa hidup ini kerana kita dibawah pemerintahan Umno/BN yang dzalim dan asyik nak menipu rakyat sahaja.Sampai bila kita rela begini?

    alhusseyn

    Saturday, July 11, 2009

    ISA:BN tidak wajar dimaafkan, mangsa dianiaya dan dizalimi

    Oleh:Salmiyah Harun
    KUALA LUMPUR, 11 Julai (Hrkh) - Penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh pemerintah Barisan Nasional (BN) di negara ini tidak boleh dimaafkan.

    "Ia menganiaya mangsanya apabila dinafikan hak bersuara dan membela diri,"tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu apabila bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan kezaliman akta itu tidak boleh dimaafkan.

    Semalam Nik Aziz menyifatkan penggunaan ISA terhadap pemimpin lebih teruk daripada istilah 'binatang'.

    "Kezaliman Umno menggunakan ISA ke atas pembangkang yang tidak bersalah lebih teruk daripada perkataan itu,"bidas Nik Aziz.

    Beliau berkata demikian bagi menjawab serangan media yang menyebut beliau mengeluarkan kata-kata kesat termasuk binatang atau 'menate' dalam loghat Kelantan dalam satu ceramah di Manek Urai Dua baru-baru ini.

    Nik Adli Nik Aziz salah satu anak beliau turut menjadi mangsa tahanan ISA dituduh terlibat dengan Kumpulan Militan Malaysia pada 4 Ogos 2001 kemudian dibebaskan pada 18 Oktober 2006.

    Mohamad Sabu yang turut mengulas mengenai akta zalim itu turut sama bersetuju dengan pandangan Mursyidul Am itu dan menyifatkan kezaliman akta itu tidak boleh dimaafkan.

    Katanya, akta seperti ISA tidak perlu lagi dipertahankan kerana ternyata ia menganiaya mangsanya apabila dinafikan hak bersuara dan membela diri.

    Tegasnya yang juga pernah ditahan dibawah akta itu semasa Ops Lalang, kerajaan yang mementingkan kedudukan mereka sahaja sanggup mengggunakan akta ini.

    Justeru, beliau yang tidak berganjak dari pendirian bahawa ISA harus dimansuhkan meminta seluruh rakyat negara ini turun beramai-ramai pada 1 Ogos nanti untuk menyatakan bantahan terhadap kezaliman kerajaan BN.

    Beliau yang akan berada di lokasi Masjid Negara pada hari tersebut, percaya himpunan itu akan berlangsung secara aman jika tidak ada sebarang provokasi dari mana-mana pihak.

    Dalam pada itu, Yang dipertua PAS Kawasan Batu Ishak Surin yang pernah ditahan ISA pada 1965 turut merasai kepahitan ditahan dalam tempoh 60 hari.

    Beliau berkata, mereka yang tidak merasai keseksaan ditahan dibawah akta itu boleh bermacam-macam mengandaikan akta itu ada baiknya.

    Tetapi, kata beliau hanya mereka yang mengetahui dan mengalami sendiri pengalaman dizalimi akan tetap menyatakan akta itu harus dimansuhkan.

    Beliau menyeru semua bekas tahanan ISA, keluarga tahanan dan orang ramai bersama-sama dalam perhimpunan itu nanti.

    "Kita tunjukkan satu perpaduan menentang kezaliman ISA pada hari itu, dan tuntut agar akta itu dihapuskan," katanya semasa dihubungi.

    Manek Urai tempat Umno bersemadi - Nizar

    MANEK URAI LAMA, 11 Julai - Walaupun dalam keadaan hujan lebat beberapa minit bermulanya ceramah malam semalam, orang ramai berpusu-pusu dengan penuh semangat untuk mendengar ucapan yang disampaikan Ahli Parlimen Bukit Gantang, dan ADUN Pasir Panjang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

    "Apa yang Umno-BN buat terhadap Negeri Perak menyebabkan rakyat hari ini bukan hanya di Negeri Perak tetapi khususnya di seluruh Malaysia tidak boleh memberi keampunan kepada mereka", katanya.

    Nizar menambah, "Apa yang berlaku di Perak ,mereka (Umno-BN) telah mempamerkan satu kerja, satu tindakan yang kita tidak boleh beri maaf kepada mereka, kerana mereka telah merampas hak rakyat."

    "Kerja merampas hak rakyat ini adalah berdosa besar.Umno-BN tidak layak menyatakan parti mereka adalah parti yang membela Agama, Negara dan Bangsa. Mereka adalah pemusnah," ucap beliau lagi di hadapan rumah seorang penduduk Manek Urai Lama.

    "Di Perak selama 51 tahun Umno-BN memerintah, Islam tidak pernah ditunjukkan, dibuktikan satu cara hidup, satu fahaman Islam, satu ajaran daripada Allah yang molek," katanya.

    Beliau berharap rakyat Manek Urai akan dapat menterjemahkan apa yang telah berlaku di Perak sekarang.

    Mempertahankan dan mengekalkan pemimpin PAS di DUN Manek Urai ini adalah satu petanda untuk menunjukkan bahawa rakyat semakin tidak percaya dengan kepimpinan BN yang diketuai Perdana Meterinya, Najib,"jelasnya lagi

    Dato' Seri Nizar mengakhiri ucapan dengan berkata, "Jadikanlah Manek Urai untuk mengebumikan Umno-BN dan mentalkinkannya".Turut hadir dalam majlis tersebut adalah ADUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat

    Sumber : SINI

    Friday, July 10, 2009

    Hapus PPSMI Jimat RM40juta!

    Setelah mengakui dasar ppsmi membuatkan graf pelajar malaysia dalam bidang sains dan matematik merosot kini kerajaan mengakui pula bahawa pemberhentian pelaksanaan dasar ppsmi ini mampu menjimatkan wang negara sebanyak 40 juta wow. Jumlah yang tidak sedikit ia mampu dijadikan modal untuk membina perumahan rakyat yang masih banyak tak mempunyai rumah di kuala lumpur ini.

    Sayangnya kerajaan masih bebal juga keuntungan penjimatan 40 juta dan dan nasib anak anak kita masih perlu di perjudikan selama tiga taahun lagi, apa sebenarnya yang kerajaan coba sembunyikan/ ketika ingin melaksanakan dasar ppsmi kerajaan hanya perlu enam bulan dengan kos sementara pemberhentian menjimatkan kos.masalah kroni ke?

    A Samad Said sasterawan negara telah mencadangkan satu demo lagi untuk mempercepatkan dasar ini diberhentikan serta merta, menurutku tidak hanya dasar ppsmi ini yang perlukan demo.

    Rakyat kelantan perlu memenuhi jalan jalan di kl ini untuk menuntut royalti minyak mereka demi pembangunan kelantan. agar segala tipu helah kerajaan pusat jangan sampai seperti di terengganu.