Friday, January 29, 2010

Dulu, kini dan selamanya : Akai tak ada....

Nak masuk akai macam mana? Puak-puak ini sememangnya jenis spesis yang tidak punya akai!Dari dulu,kini dan selamanya asyik dengan alasan "ikut arahan" Nak buat macam mana? Akai tak ada... [klik sini]

Wednesday, January 27, 2010

Zambry serta exconya bagai cacing kepanasan

Love Perak

Keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah akan dibuat pada 9 Februari ini, Seluruh rakyat Perak hatta Malaysia sendiri kini tertumpu untuk mengetahui perkembangan terkini isu itu.

Rakyat sudah bosan menyaksikan apa yang berlaku di depan mata mereka sekarang. Soalnya sekarang, apakah akan berlaku jika benar telahan semua pihak keputusan itu akhirnya berpihak kepada Datuk Seri Ir.Mohd Nizar Jamaluddin?.

Ramai dikalangan pemimpin UMNO BN Perak yang tidak suka ini berlaku. Malah Exco Perak Hamidah Osman sendiri mengatakan bahawa satu penghinaan kepada institusi raja dan kehakiman bagi mereka yang membuat spekulasi bahawa mahkamah akan berpihak kepada Nizar dalam kes ini.

Itu bukti jelas bahawa mereka amat takut jika MB Zambry Kadir tumbang pada kali ini. Jika dulu, Mahkamah Rayuan menidakkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar adalah MB yang sah. Kini mereka amat gusar dengan keputusan yang akan dibuat itu sebenarnya.

Zambry Kadir dan barisan exconya kini "tidur tak lena mandi tak basah" gara-gara menanti satu keputusan yang bakal menggugat kedudukannya sekarang ini.

Apapun keputusan yang akan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, ternyata kini bahawa Zambry Kadir adalah "MB Haram" yang telah memerintah Negeri Perak tanpa amanat rakyat.

Maka, atas undang-undang mana yang beliau gunakan untuk luluskan Bajet Negeri yang mencecah billion ringgit itu agaknya.

Walhal beliau bukanlah MB Perak yang sah lagi sebenarnya. Mahkamah tertinggi negara belum memutuskan perkara ini, sewajarnya Zambry tidak boleh terkinja-kinja mengatakan BN menang di Perak dan beliau MB yang sah.

Cara perlantikkan dan kemenangan yang cukup memalukan itu jelas sekali menipu rakyat. Hak rakyat untuk pilihanraya semua dinafikan atas berbagai alasan yang tidak munasabah. Walhal BN takut untuk berhadapan dengan suara rakyat itu sendiri sebenarnya.

Mereka tahu, bahawa majoriti rakyat Perak tidak mahu lagi UMNO BN mentadbir negeri itu. Mereka mahu Pakatan Rakyat berkuasa kerana yakin dengan corak kepimpinan dan masa depan mereka.

Sungguh memalukan, gara-gara terlalu kemaruk untuk berkuasa maka Zambry Kadir membelakangkan perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. Mengaku beliau adalah MB yang sah, sedangkan keputusan mahkamah tertinggi masih belum dimuktamadkan.

Rakyat juga amat terkejut, dalam keadaan MB Perak yang masih "tergantung" itu, pihak polis sanggup bertindak keras terhadap ADUN Pakatan Rakyat ketika Sidang Dewan Undangan Negeri di adakan sebelum ini.

Akhirnya berlakulah berbagai peristiwa yang cukup memalukan negara di mata dunia seperti membenarkan pihak polis masuk ke dalam DUN, mengangkat dan mengheret speaker keluar dewan serta bertindak kejam terhadap ADUN Pakatan Rakyat hingga berlakunya Mesyuarat DUN di bawah pokok selepas itu.

Semua ini adalah satu rentetan daripada penghinaan buat Kerajaan Negeri Perak itu sendiri. Anehnya suara rakyat terus dinafikan, sehingga ke hari ini.

Dan kini, nampaknya keputusan yang sudah pasti cukup menggemparkan akan berlaku. Siapakah MB Perak yang sah akan diketahui 9 Februari ini.

Jika Zambry menang, maka beliau akan terus kekal sebagai MB Perak. Namun, bayangkan jika Nizar menang?

Bukankah satu episod yang lebih memalukan akan berlaku di Perak selepas ini. Apapun sama-sama kita nantikan episod terakhir ini.

Difahamkan Pakatan Rakyat telah mengarahkan jentera pilihanraya mereka bersiap sedia sekarang ini. Ini berikutan terdapat spekulasi Nizar akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sekiranya beliau menang dalam kes ini.

Jika ini berlaku, sudah pasti ramai pemimpin UMNO BN akan bertambah terluka sebenarnya. Mereka amat takutkan suara rakyat, malahan mereka tahu rakyat akan menghakimi mereka selepas ini.

Justeru itulah mereka tidak mahu suara menentukan siapakan MB dan kerajaan yang mentadbir Perak diserahkan kepada rakyat.

Apa yang penting, sudah pasti ramai ADUN dan Exco Perak sedia ada sekarang ini bakal berputih mata sekiranya pilihanraya negeri diadakan semula.

Kemungkinan besar Zambry dan Hamidah juga akan tumbang di kawasan mereka sendiri. Inilah yang amat ditakutkan sangat oleh puak mereka.
sumber : Harakahdaily

Wednesday, January 20, 2010

Mengingati Tragedi Hitam Satu Perak

Ipoh, Feb 20 - Pakatan Rakyat Perak hari ini melancarkan kempen 15 hari yang disebut "Mengingati Tragedi Hitam Satu Perak" untuk menandakan amaran satu tahun dari "rampasan kuasa" oleh Barisan Nasional pada 6 Disember tahun lalu.

Mentri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan rakan-rakannya di PR akan menyebar di seluruh bahagian negari untuk mengingatkan rakyat Perak tentang peristiwa yang telah mengakibatkan jatuhnya kerajaan PR.

"Kami mahu rakyat mengingati tragedi Februari 6 melalui rampasan kuasa oleh BN. Kami mahu mengingatkan rakyat peristiwa yang telah lama berlaku dan kami ingin menjelaskan supaya rakyat mengetahui kesan negatif yang telah berlaku dalam negari, "katanya dalam sidang akhbar pada saat pelancaran kempen di rumahnya di Sungai Rokam di sini hari ini.

Nizar mengatakan bahawa wakil PR akan tetap terus berkhidmat kepada rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil rakyat ditempat masing-masing.

"Kami akan mengingatkan mereka bahawa dalam 11 bulan terakhir ini, kita telah menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan selari BN dan bahawa meskipun keterbatasan kita, kita harus mulai bekerja sebagai sebuah kerajaan yang mereka telah pilih," katanya.

Dr Khairuddin Abd Malek, Timbalan Pesuruhjaya PAS , mengetuai jawatankuasa untuk kempen, mengatakan bahawa di antara program-program yang akan diadakan selama 15-hari kempen itu ialah pertandingan penulisan esei, pertandingan pidato, pertunjukan budaya antara kaum, sebuah drama komedi tentang bagaimana Speaker PR V Sivakumar telah diangkat ke bilik stor, dan " Ekspedisi Demokrasi ", yang akan menjangkau seluruh pelosok negari.

Ekspedisi tersebut , katanya, akan bermula dari "Pokok Demokrasi" dimana Ahli Dewan Pakatan Rakyat pernah mengadakan persidangannya di situ pada tarikh 3 Mac 2009 yang lalu.

"Dari sana, kita akan melakukan perjalanan dengan bas melalui pelbagai kawasan pilihan raya. Satu ekspedisi akan melalui Jelapang, Kuala Kangsar, Bagan Serai, Taiping, Changkat Jering dan beberapa tempat lain sebelum berakhir di Parit Buntar.
"Ekspedisi lain akan melalui kawasan pilihan raya seperti Batu Gajah, Tapah, Bidor, Behrang dan kemudian berakhir di Teluk Intan," katanya.

Dr Khairuddin menambah bahawa jawatankuasa juga mempunyai rancangan untuk menyusun sebuah "Pendengaran Majlis Syariah" Syariah dimana pakar Syariah akan menjelaskan apa yang didakwa bahawa rebutan kuasa di Perak adalah bertentangan dengan prinsip Islam.

"Apa yang kami lakukan adalah bertujuan untuk mengingatkan orang ramai tentang kebenaran berlakunya krisis demokrasi di Perak. Kami juga ingin menaikan semangat rakyat menjadi supaya berani untuk menolak salah laku BN, "katanya.

Kerajaan PR jatuh secara rasminya ke tangan BN pada 6 Disember tahun lalu dimana pada saat itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah jawatannya sebagai Mentri Besar dalam suatu upacara dihadapan Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Upacara ini diadakan dua hari selepas ahli parlimen Bota Datuk Nasarudin Hashim, yang telah keluar UMNO untuk menyertai PKR, tiba-tiba kembali semula kepada UMNO, dan tiga orang lain, adun Changkat Jering Mohd Osman Mohd Jailu, adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan adun Jelapang Yit Foong Hee masing-masing dari PR menjadi Bebas dan berpihak kepada BN.


Pada masa yang sama, Pakatan Rakyat hari ini telah melancarkan pelekat kereta sebagai kempen tersebut./

Tuesday, January 19, 2010

Baikpulih imej Najib untuk popular ...

Suara Keadilan, mingguan Parti Keadilan Rakyat melaporkan APCO Worldwide, syarikat yang diupah bayar oleh perdana menteri untuk menebus imej lesunya, telah dituduh menawarkan perkhidmatan serupa untuk diktator dan para pemimpin korup di seluruh dunia, mengikut The Times of India.

Media yang paling berpengaruh di India baru-baru ini melaporkan bahawa selain dari Najib, tersebut yang berpusat di Washington juga telah dilanggani bekas diktator Nigeria Sani Abacha dan Abishuly presiden seumur hidup Kazakhstan , Nursultan Abishuly Nazarbayev.

Pelanggan APCO juga termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, yang pernah menjadi ketua pemuda untuk Parti Komunis Rusia dengan link ke mafia.

The Times of India dipetik sebagai menyatakan bahawa APCO Worldwide mempunyai keupayaan membina semula imej tokoh-tokoh masyarakat dan pemimpin yang tidak popular di kalangan orang ramai.

The Times telah melancarkan penyiasatan APCO Worldwide selepas mendapati bahawa Ketua Menteri Gujarat Narendra Modi adalah seorang pelanggan syarikat. (Gujarat adalah sebuah negara bahagian di India).

Narendra telah dituduh sebagai penyebab rusuhan agama pada Februari 2002, di mana 1,000 orang terbunuh, majoriti daripada mereka adalah Muslim.

Untuk membina semula imej Narendra, Kerajaan Gujarat telah menyewa APCO Worldwide dan membayar mereka US $ 25,000 kos per bulan untuk perkhidmatan mereka.

"Meskipun perkhidmatan APCO adalah tiga kali lebih tinggi daripada syarikat PR lainnya, itu dipilih kerana punya banyak mantan Republikan dan Demokrat bertindak sebagai perunding," The Times mengatakan. /

Sunday, January 17, 2010

Boleh pakai ke cakap Zahid Hamidi?

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilaporkan tentang kehilangan dua enjin jet, kini dengan gahnya memberi jaminan terhadap keselamatan pelancong-pelancong…..

Pada Jumaat, Kedutaan Amerika Syarikat menerusi laman webnya mengeluarkan `warden notice' yang antara lain menyatakan kemungkinan adanya kumpulan jenayah dan pengganas yang merancang serangan ke atas pelawat asing di perairan timur Sabah.
[lihat sini]

Kita harap jaminan Zahid itu biar benar-benar - Jangan main-main dengan keselamatan pelancong-pelancong ; enjin jet yang dikawal rapi dan ketat itu pun tidak selamat …susah nak percaya cakap Zahid ni...


Saturday, January 16, 2010

YB Hamidah Osman ketaq kena saman...

Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat , dalam entri terbarunya menulis : Pendatang Asing Hilang?

Beliau merujuk kepada media massa tempatan yang sedang heboh memperkatakan tentang 'kehilangan' 40,000 orang warga asing (India) di Malaysia.

Hoi Midah, biaq mai aku habaq kat hang sat, salah seekoq daripada depa yang hilang tu kau angkat jadi MB Perak itu apasal? Takkanlah hangpa semua tak sedaq?

Hang pi dok sibuk cakap pasai pendatang hilang, tu hah! blogger Al-Husseyn sedang dok tanya hang hoi Hamidah : Mana pi artikel yang ada gambaq YB Khalid Samad yang disuper impose sebagai padri dengan lambang PAS itu? Hang ketaq kena samankah? [kliksini]

Friday, January 15, 2010

Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya ...

Tengku Mohammad Faris Petra sedang mengimami solat hajat

Selama hidup saya yang lebih sedekad ini, belum lagi pernah melihat seorang Raja atau Pemangku raja menjadi imam.Apatah lagi untuk mengimami seorang Tuan Guru.Calang-calang orang tentu tidak mampu melakukannya.

Tengku Mohammad Faris Petra sedang khusuk berdoa

Tapi inilah yang berlaku di Kelantan.Pemangku Raja Kelantan Tengku Mohammad Faris Petra telah mengimami solat hajat, manakala makmumnya terdiri daripada MB Kelantan TGNA dan Datuk Husam Musa, Nik Amar dan entah berapa ramai lagi ustaz-uztaz Kelantan.Masya'Allah!

Kita berharap Tengku Mohammad Faris akan berterusan dapat bergaul dengan rakyat biasa supaya dapat mengenali hati budi rakyat dan masalah mereka serta mencerminkan lagi peribadi serta daulah raja dahulukala yang menyebabkan mereka disanjung masyarakat di mana-mana dan barullah seseorang raja itu boleh dikatakan Dzilullahi fil alam, bayangan Allah di alam ini. Beginilah yang dikatakan sebagai Ketua agama dan adat istiadat negeri.Bagaimana pula dinegeri-negeri lain?

Thursday, January 14, 2010

Penyanyi Malaysia mencuri di Singapura kena tangkap

SINGAPURA: Seorang penyanyi yang pernah popular, Mamat didenda S$1,000 pada Rabu lalu kerana mencuri telefon bimbit dan jamtangan.

Mamat, yang nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, merupakan penyanyi utama band Exist yang terkenal pada 1990an.

Penyanyi yang berumur 31—tahun itu melakukan jenayah tersebut pada 11 November 2009. Beliau melawat sebuah flat di Blok 291 Bishan Street 24 dan memasukan kedalam sakunya barangan tersebut yang terletak diatas meja kediaman tersebut.

Beliau ditangkap kemudiannya pada 26 November 2009 di rumah temanitanya dan mengaku telah mengambil barangan tersebut.

Beliau boleh dikenakan hukuman maksima 3 tahun penjara dan denda.

sumber

Tuesday, January 12, 2010

Dilatih Menerkam Sesiapa Yang Menyebut Allahu Akbar

Adakah anda antara mereka yang marah apabila ada sesiapa yang menyebut 'Allahu Akbar? Atau mungkinkah anda antara mereka yangmempolok-olokan dengan ungkapan menghina 'Take Beeeer' ?

Kalau perilaku anda begitu, anda mungkin setaraf dengan anjing zionis Israel.

Zionis Israel bukan sahaja mendidik anak-anak mereka memusuhi Islam, malahan mereka juga mahukan supaya binatang dibentuk dengan perangai menentang apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan Islam.

Seorang ahli parlimen Israel (Knesset) berbangsa Arab, Ahmed Tibi, mendakwa dalam sidang Knesset Isnin 29 Dis 2009 lalu bahawa dalam satu upacara demonstrasi oleh Unit Pasukan Anjing tentera pengganas Zionis Israel yang disaksikan oleh ibubapa pelatih pada hari Ahad lalu, ternyata anjing-anjing mereka dilatih untuk menerkam dan menyerang sesiapa sahaja yang menyebut ‘Allahu Akbar.’

“Anjing-anjing tentera Israel dilatih untuk menyerang mana-mana orang Arab yang menjerit “Allahu Akbar” sebagai satu reaksi Pavlovian [tindakbalas kepada persekitaran]. Jadi sekarang saya menjerit: Allahu Akbar. Mana anjing-anjing yang hendak menyerang saya?,” usik Ahmed Tibi dalam sesi Knesset.

Spekulasi mengenai latihan anjing-anjing ini pada mulanya didedahkan oleh seorang wartawan tentera Radio Israel, Carmela Menashe.

Tentera pengganas Zionis Israel menyangkal dakwaan ini. Bagaimanapun, pihak tentera Israel mengeluarkan satu kenyataan berbunyi: “Salah satu daripada kebolehan unit pasukan anjing adalah melatih anjing-anjing mengenal-pasti lokasi musuh, samada mereka berpakaian tentera ataupun pakaian awam. Ini adalah satu kebolehan yang telah terbukti dalam banyak kes.” [mn/Hareetz]

Saturday, January 9, 2010

Najib : Lontar bom sembunyi tangan!

Bukti bahawa demonstrasi dicetuskan oleh sentimen perkauman

PM Najib kata, "kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid".

Bakaq Penarik Beca kata, itu adalah ayat motivasi atau kata-kata pembakar semangat dari Perdana Menteri Najib.Perdana Menteri Najib jelas telah menggalakan orang Melayu berdemonstrasi di Masjid-Masjid selepas solat Jumaat kelmarin. Lagi kata-kata motivasi PM Najib :

Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah', kata perdana menteri.

Malah mimbar-mimbar masjid di seluruh negara , Jumaat kelmarin, jelas diarahkan supaya turut mengapi-apikan isu kalimah 'Allah' itu dengan skrip khutbah khas Jakim yang bertajuk ''Akidah benteng kekuatan ummah' dengan menyentuh isu penggunaan kalimah 'Allah' ini.


Dilaporkan, Imam Masjid Negara begitu emosional apabila membacanya hingga tersedu sedan - nasib baik tidak sampai menangis terisak-isak hingga berguling-guling atas lantai....boleh dapat oskar pelakun terbaik 2009! He! he! lihat sini

Bila dah jadi macam ini, masing-masing tidak mahu mengaku

Jom kita ikuti laporan Merdeka Review yang menyiarkan pandangan dari komponen BN yang tidak setuju dengan sikap PM Najib yang telah dilihat umpama 'lempar bom sembunyi tangan' dalam isu demonstrasi dimasjid-masjid dan berlakunya ketegangan antara kaum dan agama dalam negara sekarang.Najib perlu bertanggung jawab. AlHusseyn turut menggesa supaya Menteri Keselamatan Dalam Negeri ISA kan Najib kerana mencetuskan ketegangan!

Setiausaha Pemuda MCA, Chai Kim Sen membidas penceroboh gereja kerana menjejaskan keharmonian antara agama di Malaysia, malah menggesa Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk memberi arahan segera, supaya melarang sebarang aktiviti demonstrasi atau kelakuan protes yang ektrem. Jikalau tidak, semangat "1Malaysia" yang disarankan beliau hanyalah bahan sindiran semata-mata, katanya disini

Friday, January 8, 2010

Gubal undang-undang cegah murtad jika benar Umno sayang Allah


KUALA LUMPUR, 7 Jan: Jika para pemimpin Umno benar-benar sayangkan Allah, mereka hendaklah menggubal undang-undang mencegah murtad untuk diluluskan oleh Parlimen, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

"Dalam Dewan Rakyat kini terdapat 132 Ahli Parlimen yang beragama Islam. Saya yakin, kesemua mereka akan memberikan sokongan padu jika kerajaan yang diterajui Umno membentangkan rang undang-undang mengenai kesalahan murtad.

"Saya juga berharap mereka yang mahu berdemonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain turut mengemukakan tuntutan kepada kerajaan pimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) supaya menggubal undang-undang mencegah murtad," kata beliau ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai demonstrasi tersebut.

Ketika diminta mengulas mengenai rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain, Hishammuddin berkata, kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah Herald-The Catholic Weekly.

"Oleh kerana kerajaan tidak menghalang demonstrasi tersebut dan tidak ada operasi seperti Operasi Lallang 1987 di mana saya dan rakan-rakan lain tidak fasal-fasal menjadi mangsa, tentulah kerajaan juga tidak menghalang mereka yang berdemonstrasi itu menuntut penggubalan undang-undang mencegah murtad," kata Mohamad.

PAS, kata beliau, bukan sahaja dizalimi ketika demonstrasi dan majlis-majlis ceramah, malah tidak dibenarkan membentang usul mengenai murtad atau rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad di Parlimen.

Menurut beliau, pada 25 Mac 1988, Presiden PAS kini, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, kata Mohamad lagi, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

"Oleh kerana PAS buat semua tak boleh, saya yakin orang-orang Umno yang hendak berdemonstrasi itu boleh menuntut kerajaan menggubal undang-undang mencegah murtad.

"Mereka sepatutnya berbuat demikian jika benar mereka sayangkan Allah," kata beliau.

Mohamad juga menyokong saranan Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin badan-badan Kristian bagi mencari jalan menyelesaikan pelbagai masalah.

"Saya harap dialog tersebut boleh disegerakan dan sebagai langkah awal, PAS boleh menginisiatifkan dialog tersebut.

"Saya yakin banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang termasuk Perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia yang melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam," katanya.

Beliau juga yakin perbincangan tersebut boleh menjadi agenda berterusan di pihak PAS, bukan sahaja dengan badan-badan Kristian malah dengan badan-badan agama lain juga.

sumber-Harakah

Thursday, January 7, 2010

Hamidah Ceroboh Surau : Penjelasan Pengerusi Surau



Perak Express melaporkan :

Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman telah disifatkan sebagai penceroboh hak oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Surai Al-Falah, Taman Soon Choon di sini kerana mengadakan acara diperkarangan Surau tersebut tanpa mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Surau.

Bercakap kepada pihak kami, Pengerusi Surau Al-Falah menyifatkan tindakan Adun Sungai Rapat tersebut adalah melanggar hak pengurusan surau tersebut. Beliau telah mempergunakan tempat ibadah tersebut untuk meraih undi rakyat.

“Ini melanggar titah Sultan Perak agar tidak mempolitikkan rumah ibadah orang Islam” katanya lagi.

Memetik pernyataan dalam Akbar Sinar 1 Januari yang lalu, Hamidah Osman menyatakan bahawa acara yang dianjurkan itu merupakan sempena sambutan Maal Hijrah dan ia bertujuan menyatukan ukhwah dikalangan masyarakat setempat.

Namun membidas pernyataan tersebut, pihak pengurusan surau menyatakan kekesalan mereka kerana program yang dianjurkan itu adalah program Parti dan bukannya Program Pusat Khidmat Adun. Di samping itu ketika majlis berlangsung, hampir kesemua peserta memakai vest Parti iaitu pakaian rasmi bagi Skuad Sayang Wanita UMNO. Di samping itu, beliau juga mendakwa, Hamidah memutar-belitkan fakta dengan menyatakan program yang dilangsungkan merupakan anjuran anak surau tersebut sedangkan terang dan jelas ianya hanya program Parti dan hanya untuk meraih undi simpati di kalangan penduduk Taman Soon Choon.

Bersabit dengan itu, pengurusan surau juga sekeras-kerasnya akan menafikan apa jua tohmahan yang bakal diterima apabila Dato’ Seri Nizar yang memberikan kuliah Maghrib beliau semalam disini. Mereka telah cuba menjemput Dato’ Seri Nizar sejak dari bulan November 2009, baru la hari (semalam) beliau mempunyai masa terluang. Pihak pengurusan surau juga menyatakan, program malam ini hanyalah Kuliah Maghrib dan ia bukan berunsur ceramah politik dan mereka menjemput sesiapa sahaja boleh datang tanpa mengira mana-mana fahaman politik./

Picture by Al-Husseyn

Wednesday, January 6, 2010

JAWI melindungi Saiful ?


Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman berasa kesal kerana Jawi dilihat seolah-olah mahu melindungi kredibiliti Saiful sebelum perbicaraan Anwar bermula di Mahkamah Sivil pada 25 Januari ini.

JAWI bersikap dingin terhadap aduan qazaf terhadap Saiful yang sudah terlalu lama dan berpanjangan sejak Julai 2008.

“Kali terakhir saya menerima surat daripada Jawi ialah pada Jun lalu dan mereka mengatakan siasatan masih dijalankan. Kami sudah beberapa kali menghantar surat untuk mendapatkan status siasatan tetapi tidak ada respon dari Jawi,” kata Kamar.

“Siasatan sepatutnya sudah selesai tetapi saya amat hairan mengapa Jawi membisu sehingga kini?” tanya beliau.[ klik sini ]

Tuesday, January 5, 2010

GRO tanpa coli? Jom tengok!

Sebuah pusat karaoke beroperasi dengan 31 GRO yang tidak memakai coli. Kalau diperiksa lebih ‘rapi’ lagi mungkin tidak pakai seluwa dalam…Wow!

Kalau anda nak tahu dimana karaoke itu, jom kita melawatnya – Jom ramai-ramai ke sana!

Enjin Jet Hilang: Penjelasan Gani Tidak Meyakinkan!


Penjelasan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail di sidang medianya tidak meyakinkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Munasabahkah 4 sahaja dan 3 daripadanya kakitangan peringkat bawahan terlibat dalam kes ini? Sedangkan perbuatan ini dilakukan secara nekad dan licik.

Benarkah dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini sahaja dimengakui hilang pada 2007, sedangkan terdahulu media melaporkan 4, dan beberapa item termasuk dokumen transaksi turut lesap. Diketahui bahawa aset yang dibeli pada 1975 ini, kehilangannya hanya disedari pihak tentera pada 22 Mei, 2008 dan laporan polis hanya dibuat pada 4 Ogos, 2008. Tambahan pula umum belum dijelaskan cara bagaimana kehilangan ini berlaku.

Jaminan seperti keutamaan mengesan enjin yang hilang ini; kertas siasatan diserahkan kepada polis untuk siasatan lebih terperinci; mereka terlibat akan didakwa di mahkamah; pejabat Peguam Negara akan berusaha habis-habisan menyelesaikan kes ini; akankah tinggal sebagai cakap-cakap penyedap sahaja, sedangkan terdahulu terdapat kes besar dan "urgent" masih belum diselesaikan dengan sempurna.

Dapatkah bantuan pihak berkuasa luar negara mengembalikan enjin ini yang dikenali sebagai G J85-21A, aset berharga RM 50 juta setiap satu. Memang, asal tempat kehilangan pangkalan udara Sungai Besi, Kuala Lumpur. Destinasi terakhir Uruguay. Namun lokasi sebenar terkini tidak diketahui.

Ikut lanjutan laporan menyengat Detik Selangor, khususnya kenyataan bernas Timbalan Ketua AMK, Faris Musa. Serta kecurigaan Ahli Parlimen Sungai Petani, YB Johari Abdul perihal bagaimana kehilangan ini gagal dikesan Ketua Audit Negara. (Klik Video berkenaan dan Berita masih hangat di Arkib TVSelangor.com).

sumber: tvselangor

Saturday, January 2, 2010

Kisah Misbah dengan Mak Nyonya

Heboh satu Malaya! Kesian Misbah kena fitnah kononnya bersalaman dengan mak nyonya! Mana ada pegang tangan pun! Saya tidak menjamah dan memegang pun tangannya, saya sekadar menghulurkan sebuah sampul surat yang berisi sumbangan ke tangannya,” jelas Misbah di sini

Berikut saya sertakan salinan surat daripad Jakim untuk tatapan kita semua. Klik untu besarkan./