Thursday, September 30, 2010

Felda - masih ramai yang ditindas


Tahniah kepada 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 yang berjaya dalam tuntutan mereka keatas Felda.

Hanya setelah 10 tahun dituntut, akhirnya wang simpanan tanam semula kelapa sawit mereka dipulangkan. Mereka dicerca dipulau dan pelbagai tokmahan dilemparkan keatas mereka kerana memperjuangkan hak mereka itu.

Pelbagai perjanjian yang tidak masuk akal dikenakan keatas mereka dan masih ramai yang tertindas dan dianiaya oleh golongan hipokrit umno yang mengendalikan Felda. Lihat [sini]

Monday, September 27, 2010

Muhyiddin, sila jelaskan kepada kami


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak Lim Guan Eng supaya memberi penjelasan tentang dakwaan Mamak Reezal berhubung wang judi digunakan untuk membiayai program pembasmian kemiskinan, kini sebaliknya beliau sendiri pula diminta supaya memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenyataan Mantan Mufti Pulau Pinang, Dr Mohd Asri yang menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia juga menggunakan hasil haram judi…

Dr Asri berkata, “Hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi.” Lihat [di sini]

Muhyiddin berkata, orang Islam tidak mahu bersubahat jika benar wang judi digunakan untuk membiayai program pembasmian kemiskinan itu sebagaimana dakwaan Pemuda UMNO.

"Kita mahukan respons daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, kerana prinsipnya kena ikhlas. Kalau sumber (wang) itu daripada sumber haram, kita Muslim tidak mahu bersubahat," katanya. [ lihat sini]

Saturday, September 4, 2010

Projek e-book Terengganu - Skendal MB

KUALA TERENGGANU: Setelah beberapa bulan berlalu, Menteri Besar Terengganu Ahmad Said kembali mendapat liputan media online sejak akhir-akhir ini ekoran perbelanjaan yang tinggi melibatkan pembelian e-Book untuk kanak-kanak sekolah rendah.


"Kerajaan negeri memperuntukan RM30 juta untuk membeli e-book untuk 25,000 pelajar tetapi secara tiba-tiba jumlahnya telah meningkat menjadi RM87.95 juta, hampir tiga kali ganda," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Beliau berkata, "Jabatan Audit Negara Terengganu melaporkan sebuah syarikat Top IT Industries Sdn Bhd yang membekalkan e-book amat memeranjatkan kerana terdapat beberapa isu ekoran dari projek e-book ini."

Menurut beliau, tidak ada perjanjian dibuat antara syarikat pembekal itu dengan kerajaan negeri dan antara syarikat dengan pembekal perkakasan dan perisian, berlaku kelewatan penghantarannya, kadar jumlah murid yang membawa e-Book ke sekolah adalah rendah dan berlaku kecuaian memilih pembekal sistem kerosakan e-Book.

Lebih memalukan lagi kata beliau, apabila laporan audit ini mendapati semakan audit di kilang mendapati pada tahun 2009 sebanyak 1,857 unit e-Book dan bagi tempuh Januari hingga Mac 2010 sebanyak 1,532 e-Book yang diberikan kepada murid-murid telah rosak dan dihantar ke kilang untuk dibaiki.

Dari jumlah tersebut, seramai 609 murid dikehendaki membayar di antara RM69 hingga RM200 kerana kerosakan tersebut kerana tidak termasuk dalam jaminan kerosakan selama setahun.

Beliau berkata, "kadar kerosakan ialah 14% berbanding dengan jumlah e-Book yang dibekalkan kepada murid-murid berjumlah 24,431 e-Book.

"Amat mengejutkan lagi kerosakan ini berlaku dalam tempuh kurang satu tahun dan kadar kerosakan 14% adalah kadar yang amat tinggi. Ini memberi gambaran kepada kualiti e-Book yang dikeluarkan tidak bermutu," tambahnya.

Syed Azman mengakui sekumpulan Pemuda PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabtu lalu berhubung perkara ini. sumber

Friday, September 3, 2010

Mahfuz cabar Najib bertindak tegas dan pantas


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang berkata, ada berita di dalam media alternatif yang benar, separuh benar dan liar.

"Persoalannya, mengapa kerajaan enggan mengambil tindakan pantas dan tegas terhadap berita yang benar atau yang sebahagiannya benar?

"Misalnya pendedahan mengenai apa yang dilakukan oleh (Tan Sri) Tajuddin Ramli ketika beliau menerajui MAS yang lengkap dengan dokumen mahkamah dan pelbagai dokumen lain.Baca lagi
[di sini]

Thursday, September 2, 2010

Khir Toyo dapat bonus pasir rupanya ...

Oh! baru orang kampong tahu apasal hantu pasir mengamuk sakan! rupa-rupanya dia dapat habuan berupa bonus!

Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar [di sini]