Sunday, May 22, 2011

Tanah runtuh: Angka korban meningkat 10


Semoga Allah cucuri rahmat dan keampunan kepada semua mangsa tanah runtuh yang beritanya berikut. Alfateha

(Harakahdaily)KAJANG, 21 Mei: Sehingga jam 11 malam tadi, angka korban dalam tagedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat meningkat kepada 10 orang.

Dalam perkembangan terbaru juga, sembilan orang yang berjaya ditemui dengan keadaan cedera dibawa untuk dirwat di Hospital Ampang.

Pasukan penyelamat kini sedang berusaha mengesan enam lagi mangsa yang masih tertimbus.

Kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 25 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat.

Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.

Difahamkan ketika itu, kesemua kanak-kanak itu berada dewan makan rumah anak-anak yatim itu membuat latihan persembahan bagi satu program yang akan diadakan di madrasah itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja.

Dalam insiden malang itu, sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.

Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.


Tuesday, May 10, 2011

Bangkai burung aneh ditemui di Iran

Gambar yang dikeluarkan oleh IRNA menunjukkan
bangkai burung dinosaur yang ditemui di barat laut Iran.

Bangkai seekor burung aneh seperti dinosaur telah dilaporkan ditemui berhampiran kota Meshginshahr di wilayah barat laut Iran Ardebil.

Penduduk tempatan mendapati makhluk berbulu itu, yang tampaknya telah mai beberapa hari yang lalu, di sebuah desa terpencil Meshginshahr, IRNA melaporkan pada hari Ahad.

Sebuah pasukan pegawai Organisai Perlindungan Persekitaran Iran dihantar ke daerah tersebut untuk menyiasat apakah laporan itu benar.

Salah seorang penduduk desa dilaporkan telah menyembunyikan bangkai tersebut dan pasukan penyiasat tersebut sedang cuba untuk menemuinya. Pasukan tersebut telah berjaya mendapatkan foto makhluk tersebut yang diambil oleh salah seorang penduduk tempatan.

Pasukan itu juga mendapati bukti yang dakwaan penduduk tempatan bahawa burung itu tinggal di sebuah gua dekat desa tersebut.

Makhluk itu mempunyai tengkorak reptilia dengan gigi taring panjang dan geraham besar. Ia mempunyai tulang sayap kecil seperti burung yang terbang.

Avifauna Iran merangkumi jumlah keseluruhan 527 spesies, tidak ada yang serupa dengan makhluk yang ditemui, namun penemuan tersebut memerlukan pakar pengkaji burung ( ornitologis) untuk mengesahkan dakwaan itu.

Para saintis percaya bahawa bukti fosil menunjukkan burung dan dinosaur ada banyak ciri-ciri persamaan seperti tulang berongga, gastrolith dalam sistem pencernaan, pembuatan sarang dan perilaku.

Penemuan fosil Tyrannosaurus rex rangkaian perisian juga menunjukkan bahawa dinosaur dan burung 68 juta tahun dahulu berkait erat antara satu sama lain.