Rakyat empat negeri pengeluar petroleum di Malaysia diminta agar tidak terpedaya dengan penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kedudukan sumber petroleum mestilah tiga batu nautika dari perairan negeri untuk mendapat royalti.
Ini kerana Akta Kemajuan Petroleum 1974 tidak meletakkan syarat bahawa untuk mendapat royalti, kedudukan sumber pengeluaran petroleum mesti terletak tidak kurang dari tiga batu nautika dari perairan negeri.
Meskipun Perdana Menteri tidak menyebut negeri Sabah dan Sarawak, namun rakyat kedua-dua negeri itu harus bersedia dengan kemungkinan royalti mereka dirampas kerana umum mengetahui bahawa pengeluaran petroleum di kedua-dua negeri terbabit juga terletak lebih dari tiga batu nautika daripada perairan negeri.
Jika takrifan tiga batu nautika yang dibuat Najib itu diguna pakai, ini bererti Sabah dan Sarawak sudah tidak layak mendapat royalty, sebaliknya turut mendapat wang ehsan.
Dr Hata Ramli (PAS-Kuala Krai) berkata, penjelasan Najib yang juga Menteri Kewangan itu menggambarkan bahawa Kerajaan Persekutuan menganggap hasil petroleum berkenaan milik mereka, dan negeri pengeluar tidak berhak untuk menuntutnya.
"Implikasi dari pengumuman Datuk Seri Najib itu, bahawa hasil petroleum empat negeri itu adalah kepunyaan kerajan pusat, termasuk Sabah dan Sarawak. Baca seterusnya
di sini
Pengumuman YAB Perdana Menteri bahawa Kelantan hanya layak menerima ‘Wang Ehsan’ dan bukannya royalti dan wang ini pula akan diurus oleh Kerajaan Pusat adalah satu keputusan politik. Ia membelakangkan semangat federalisme, kedaulatan undang-undang dan penghormatan terhadap perjanjian dan penghormatan terhadap perjanjian dan menekankan kepentingan politik semata-mata.Baca seterusnya
di sini
Usaha menyelesaikan krisis MCA melalui pelan damai semakin menemui jalan buntu berikutan perkembangan terbaru :
1. Pendaftar Pertubuhan (
ROS) hari ini mengiktiraf Datuk Seri Chua Soi Lek kekal sebagai timbalan presiden MCA.
2. Presiden MCA , Ong Tee Keat menerima keputusan ROS mengekalkan Chua sebagai timbalan presiden.
3. Liow Tiong Lai tetap mempertahankan kedudukannya sebagai timbalan presiden MCA , akan merayu terhadap keputusan ROS itu.
4. Liow Tiong Lai dianggap melawan presiden, selepas kumpulannya mendesak pemilihan baru parti diadakan.
5. OngTee Keat menyatakan desakan untuk mengadakan EGM itu bercanggah dengan perlembagaan parti.
6. Ong Tee Kiat memecat empat anggota CC yang dilantik kerana menyokong Liow Tiong Lai yang mendesak supaya diadakan EGM.
7. Wong Nai Chee - salah seorang daripada tiga orang yang mengemukakan desakan diadakan mesyuarat luar biasa (EGM) MCA - berkata mereka akan menemui setiausaha agung MCA dan ketua biro undang-undang parti itu untuk menyesuaikan kandungan resolusi bagi mengadakan EGM tersebut EGM itu pasti akan diadakan.Menurutnya, setiausaha agung MCA perlu mengeluarkan notis untuk mengadakan EGM itu Khamis ini.
Sumber :
di sini

Pada 28/10/2009 BN telah meluluskan ‘Bajet Cocacola’ dalam masa 20 minit. Rekod dunia!
Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan BN yang tidah tidak sah di negeri Perak kerana ia dibentangkan dihadapan seorang Speaker yang tidak halal dan lagi Dato Seri Zambry dan barisan EXCOnya tidak patut berada dalam dewan kerana mereka telah digantung daripada menghadiri persidangan oleh Jawatankuasa Hak & Kebebasan
Pada tahun 2008, Palatan Rakyat mengendalikan bajet selama 4 hari. Baca
di sini
Doktor Pakar sudah beri pandangan yang agak jelas, supaya anggota yang dah rosak itu di kerat buang bagi mengelakan daripada memudaratkan anggota badan yang lain.
Tetapi si pesakit diabetik tersebut terus berdegil dan lawan cakap siPakar seraya berkata dengan angkuhnya :
"Makan Panadol lebih baik! senang dan ringkas" . Kalau potong nanti , sayanglah....lagi pun sakit..."

Ganesan bukan sekadar speaker haram, malah terbukti ianya seorang penipu.Itu kata DS Nizar, merujuk kepada Datuk Ganesan, speaker lantikan Barisan Nasional.
“Ganesan telah mem ‘backdated’ kan surat perletakan jawatannya sebagai peguam,” terang Nizar sewaktu berucap di majlis Hari Terbuka Pakatan Rakyat di Medan Istana malam kelmarin.
"Kami dapat tahu sebab dimaklumi oleh Majlis Peguam Malaysia," kata Nizar.
“Ganesan memakai jubah speaker yang palsu, kerana jubah sebenar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak masih dipakai oleh speaker yang sah, V. Sivakumar.Ternyata , bahawa Ganesan cuba menyamar sebagai speaker yang sah walhal dia memakai jubah speaker yang palsu,” jelas Nizar diikuti dengan sorak ketawa orang ramai yang hadir pada majlis tersebut.
“Oleh kerana Ganesan adalah seorang speaker yang haram, maka notis panggilan persidangan itu pun haram, persidangan DUN yang dipegerusikannya itu pun haram, malah pembentangan bajet 2010 itu pun adalah tidak sah!” kata Nizar.
Nizar mendakwa bahawa kemelut ini akan terus berlanjutan dan akibatnya para pelabur tidak akan berani datang ke Perak untuk melabur kerana keadaan yang kelam kabut ini menakutkan mereka.
Nzar menyatakan , langkah yang sebaik-baiknya adalah membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya yang baru bagi mengatasi kemelut yang ada ini.

(Harakah Daily) - Exco Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini membuat satu laporan polis berikutan pendedahan terbaru mengesahkan 80 peratus pembantunya mendiang Teoh Beng Hock mati dibunuh bukan terjatuh.
Laporan dibuat di balai polis Seri Kembangan pagi ini mendesak pihak polis menyiasat kes ini dari sudut kes pembunuhan bukannya bunuh diri atau mati mengejut.
"saya berasa sangat kecewa, pihak polis menyiasat kes ini daripada sudut bunuh diri sejak awal. Sudut ini telah menghadkan skop siasatan polis dan telah melepaskan peluang emas untuk mencari bukti. Adakah pihak polis sengaja mahu melindungi SPRM pada hari pertama," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan.
Beliau juga menuntut supaya kerajaan Malaysia menubuhkan Suruhanjaya Diraja dengan segera dan menghentikan Inkues yang didakwa tidak telus dan membazirkan wang rakyat.
"Jangan bazirkan wang rakyat, keluarga dan juga pegawai-pegawai, kerajaan pusat harus tubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini.
"Saya lihat inkues ini berjalan dengan tidak baik, dan tidak telus, mereka hanya menyiasat berdasarkan laporan polis dan patologi tempatan, itu telah mengecewakan rakyat." katanya lagi
Beliau turut mendakwa terdapat sesetengah pihak cuba untuk menyembunyikan kisah sebenar disebalik kematian Teoh ini.
Rakyat Malaysia katanya mahu melihat keadilan ditegakkan dan Teoh tidak boleh mati sia-sia sahaja.
"Ini peluang untuk pihak polis membuktikan kepada rakyat bahawa mereka boleh menjalankan tugas dengan profesional dan bebas," katanya lagi.
Patologi terkenal antarabangsa dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand Rabu lalu telah memberi keterangan sebagai saksi pakar di Inkues mengenai kematian Teoh dan membuat kesimpulan kematian mendiang disebabkan dibunuh.
Ianya berikutan tanda bulat di leher Teoh dipercayai dicekik, retakan pada tengkorak mendiang bukan akibat terjatuh dan kecederaan pada dubur Teoh juga akibat dicucuk dengan objek sebelum terjatuh.
Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam dipercayai jatuh daripada tingkat 14 bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, pada 16 Julai 2009, jam 1.30 tengah hari selepas menjalani soal siasat.
Mendiang adalah setiausaha politik Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.
RUANG UNTUK IKLAN
HANYA RM100.00/BULAN.
DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DARIPADA:
ipohmali@rocketmail.com