Wednesday, November 25, 2009

Anwar menang saman NST RM100 juta tapi dapat RM100,000

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, Nov 25 — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah terhadap New Straits Times hari ini.

Ketua Pembangkang itu mengemukakan saman RM100 juta tetapi Mahkamah Tinggi hanya memutuskan ganti rugi RM100,000.

Sambil menyifatkan tuntutan RM100 juta terlalu tinggi mahkamah “menghadiahkan” RM100,000 dan RM20,000 sebagai kos.

Kadar faedah lapan peratus juga dibenarkan oleh mahkamah.

Anwar saman NST berhubung satu rencana disiarkan tujuh tahun lalu, yang mengaitkannya dengan pelobi berpengaruh Amerika Syarikat Douglas H Paal.

Sumber : Malaysian Insider

Menipu adalah prinsip utama Umno!

Muhyiddin Yassin meminta anggota parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh jangan bersetuju mengetuai kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh Pakatan Rakyat bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.

“Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya,” itu pesan Muhyiddin

Muhyuddin kata, BN tidak terlibat dengan perkara-perkara sedemikian kerana terikat dengan prinsip parti.

Apa dia prinsip Umno ? Menipu dan menafikan hak rakyat ? Adakah Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju dengan prinsip Umno yang macam itu?

Jelas kepada kita bahawa Umno hanya jadikan ungkapan ‘Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan’ sebagai rethorik semata-mata. Tuntutan Royalti minyak Kelantan itu berkait rapat dengan hak rakyat , namun kerana ianya ditaja oleh parti pembangkang, maka Umno sanggup mengepikan ‘Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan.

Tuesday, November 24, 2009

Apa punya bangang simamat ni

Polis telah menangkap seorang pemuda berumur 22 tahun kerana didakwa menggunakan hanfon kameranya merakam gadis 17 tahun yang sedang mandi.

Gadis tersebut tidak menyedari dirinya sedang dirakam sewaktu mandi di rumahnya di Taman Bunga Raya di Wangsa Maju jam 6.00 pagi.

Pemuda tersebut hampir selesai merakamkan penggambaran tersebut bila tiba-tiba tergelincir lalu terpecahkan cermin tingkap dan handfon itu tercampak masuk ke bilik mandi.
Bunyi bising cermin pecah tersebut menarik perhatian bapa gadis, seorang pegawai untuk menyiasatnya.

Gadis tersebut tersentak apabila mendapati terdapat rakaman dirinya yang sedang mandi dalam handfon tersebut.

Apa yang lebih memeranjatkan ialah, pemuda tersebut dengan begitu berani datang kerumah gadis itu kemudiannya lalu meminta supaya dipulangkan handfon yang katanya telah terjatuh kedalam bilik mandinya dengan tidak sengaja!

Bapa gadis yang telah melihat gambar rakaman tersebut marah lalu menangkap pemuda tersebut.

Polis sedang menyiasat kes tersebut dan jika didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara sehingga 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.




Monday, November 23, 2009

sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz

sumber Harakahdaily

Transkrip penuh

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai.

Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau tak ada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah.

Jadi menantu tok guru sekarang ini akan letak jawatan?
Ya

Bila nak letak tu?
Tarikh itu terserah kepada dia.

Tapi tadi tok guru kata apa yang brelaku fitnah dan bukan kebenaran, jadi kenapa pula disuruh letak jawatan?
Saya lantik menantu saya ini, saya sebut dia menantu, tapi fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah.

Nabi kita pernah sebut kerpada Siti Aisyah, bahawa nabi bercadang nak roboh kaabah yang ada sekarang, nak bina balik supaya sama dengan kaabah zaman nabi Ibrahim, tapi tak jadi nak buat bimbang takut orang Arab yang baru masuk Islam, bawa fitnah dan sebagainya,

Orang lain, blogger nak tuduh itu dia punya pasal la, dia tanggung dosa menyusahkan orang.

Adakah tok guru lepas ini akan rombak juga pengurusan PMBK?
Itu masalah kedua.Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Jadi ini tak ada kena mengena dengan siasatan SPRM?
Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur,sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia.

Yang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah?
Terlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia.

Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak ya?
Saya sudah sebut dalam mesyuarat,dan mesyuarat senyap, termasuk YB LA sendiri.

Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan , bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan?
Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca.Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)

Sunday, November 22, 2009

Umno ingin pecahkan PAS jadi tiga aliran


Oleh M Jusoff Taib

PAS telah melakukan satu momentum dalam sejarah Malaysia melalui watak yang begitu cemerlang, iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor. Beliau meletakkan PAS terdepan dalam arus politik penentangan rakyat terhadap kepimpinan politik Umno yang telah bangkrap moral kerakyatan. Fadzil Mohd Noor menepati teori perang Sun Tzu, iaitu pemikir Cina klasik tentang perang. Berkata Sun Tzu yang lebih kurang maksudnya: “...mereka yang bijak berperang itu dahsyat momentumnya dan tepat penentuan saatnya.” Fadzil Noor segera muncul terdepan dalam krisis kezaliman terhadap Anwar Ibrahim. Ia membawa PAS memunculkan momentum politik Islam kepada arus besar perubahan nasional. Mencetuskan gelombang besar yang memuncak kepada kejutan Mac, 2008.

Kepimpinan Fadzil Noor Bayangkan jika tanpa kepimpinan Fadzil Noor yang menimbulkan momentum PAS berdasarkan peristiwa krisis kepentingan dalam Umno, yang kemudian Anwar menjelma sebagai lambang korban kejahatan Umno, membunuh harapan masa depan kemurnian politik bangsa Malaysia. Seolah-olah rakyat Malaysia yang menentang Umno memiliki katahati: “Lupakan kaum, kita sedang mencipta gelombang besar politik menuju masa depan!” Lalu sekelian politik pembangkang membulat ke dalam satu arus bersama. Di sini besar peranan Fadzil Noor ! Momentum itulah, yang menyinarkan harapan baru politik Malaysia.

Momentum yang dicetuskan oleh Fadzil Noor itu bagai detik letusan yang memusnahkan tembok perkauman dalam politik. Kita melihat pemimpin PAS dan DAP berada di satu pentas menjana penentangan terhadap politik zalim yang membelakangkan demokrasi. Kita melihat Melayu-Cina-India berpadu menyambut penyatuan suara PAS-DAP menentang penindasan dan penodaan Umno serta kroni BN-nya terhadap kemurnian demokrasi. Momentum dalam perang politik yang dibuat oleh Fadzil Noor dengan membawa jemaah PAS ke depan dalam kes kezaliman terhadap Anwar, sebenarnya menumpang pada ketokohan Tok Guru Nik Aziz yang teguh di belakang Fadzil Noor.

Undi Tok GuruBayangkan jika berlaku penentangan Tok Guru Nik Aziz pada ketika itu, momentum itu tentunya tidak terjadi. Sedangkan Nik Aziz merupakan idola kerohanian PAS yang luas pengaruhnya. Di Kelantan sahaja pengaruh undi terhadap peribadi Tok Guru mencapai 15 peratus.Maknanya, di Kelantan sejumlah 15 peratus pengundinya adalah mengundi Tok Guru. Mereka bukan mengundi PAS. Atau pengundi pembenci Umno. Dan unsurnya ialah Tok Guru sebagai ‘kesolehan politik Islam’.


(Majalah Tempo Indonesia pernah menyebut beliau sebagai Saidina Umar negeri Melayu Kelantan) Tok Guru Nik Aziz adalah lambang kesolehan PAS yang hidup, yang tersebar ke mana-mana dan meluas. Kesolehan politiknya sebagai ulama merupakan suatu faktor perluasan pengaruh PAS hingga wabak pengaruh kesolehan itu merentasi kaum.


Ada bezanya pemimpin Islam sekadar soleh peribadi, tetapi gagal dalam agenda kepimpinannya menjelmakan diri sebagai kesolehan politik. Semua pemimpin awal (al-awwalun) dalam sejarah Islam sebelum khalifah menjelma sebagai raja dinasti, cemerlang melalui kesolehan politik. Dan ini dinamakan Islam yang hidup dan membumi. Atau Islam real bukan Islam tekstual atau Islam vokal – yakni Islam lancang lidah yang tidak memunculkan kesolehan politik yang asli.

Pecah tiga Ketika saya membaca kelantangan Dr. Abdul Aziz Bari, yang bukan sahaja pakar perlembagaan bahkan merupakan idealis pemurnian Perlembagaan, mengecam kemungkinan munculnya pemecahan arus bulat politik PAS ke arah politik Malaysia Baru, saya menghubungkannya dengan detik Fadzil Noor menghasilkan momentum perjuangan PAS itu. Sun Tzu mengatakan, “ yang menyebabkan air mengalir dengan deras hingga menyebabkan boleh membongkah batu ialah momentum.” Momentum itu seumpama letusan roket yang menerjah laju ke destinasi dengan dorongan kuat – baik kepada harapan rakyat mahu pun harapan PAS. Jika tiba-tiba peluncuran itu cuba dibelokkan dan melahirkan sebuah kehampaan, inilah yang dibimbangi seorang pemikir idealis Perlembagaan seperti Abdul Aziz Bari.


Momentum yang telah mengarus-deraskan perjuangan rakyat, yang mampu menjana kekuatan besar perubahan, tiba-tiba akan dapat dipecahkan menjadi dua arus yang saling melemahkan. Ini akan memusnahkan momentum sama sekali. Dalam pecahan dua arus, tentunya dalam matematik politik, menghasilkan tiga. Jika ada aliran yang terus ke kiri, dan ada yang pecah ke kanan, tentu menghasilkan aliran tengah. Arus besar hasil momentum ciptaan Fadzil Noor melemah dan merosakkan kuasa Tao yang dilambangkan oleh Tok Guru Nik Aziz.


Tugas Umno kini di samping menutup segala pekungnya, mereka tidak berdiam diri dari memecahkan arus padu yang dimiliki PAS. Kemudian memulakan pula pemecahan Pakatan Rakyat keseluruhannya sebelum muncul pilihan raya ke-13. PAS akan dijadikan “jemaah dua imam”. Satu ke kiri, satu ke kanan. Dan kemudian pasti muncul aliran jemaah tengah melantik imam ketiga ! Dengan itu Umno berjaya memecah arus momentum yang telah diciptakan oleh ketokohan Fadzil Noor.

Pengaruh rohaniahSedangkan Tok Guru Nik Aziz kalau diperhitungkan berdasarkan ilmu perang Sun Tzu, adalah apa yang dinamakan sebaga Tao. Tao adalah sandaran moral perang. Iaitu modul riohaniyah, yang menyebabkan jema’ah berjuang terus dengan suci hati.Pengaruh Tao atau penjelma pengaruh kemurnian perjuangan, atau pencetus moral perjuangan, atau wira idola memantapkan pengorbanan jemaah, mesti diperbesarkan. Orang kelantan tahu itu, seperti mereka tahu harga Tok Guru di Kelantan. Kini ada Tao di Kedah iaitu MB Kedah. Dan ada boleh dijadikan ‘Tao’ di Perak yang memberangsangkan PAS dalam politik Perak. PAS mesti memperbesarkan Tao-nya, iaitu daya tarik moral rohaniyah sebenar melalui kesolehan politik tokoh-tokohnya.

sumber : EraPakatan

Friday, November 20, 2009

Ketua Polis Yang Serba Tidak Tahu

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (gambar) tidak menyedari rakaman yang dibuat oleh pasukan cawangan khasnya (SB) mengenai kenyataan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, di Bangkok pada 8 Julai tahun lalu.

Bala dalam pendedahan terbarunya, menyatakan kenyataan yang dibuat telah dirakam oleh pasukan SB diketuai ACP Muniandy yang dapat menjejakinya di Bangkok menerusi pegawai perhubungan kedutaan Malaysia yang mengatur pertemuan itu.

Penyiasat persendirian itu juga berkata, Muniandy hanya berminat dengan surat akuan bersumpahnya yang pertama pada 3 Julai dan tidak menyentuh langsung akuan bersumpah keduanya pada 4 Julai yang menarik balik pernyataannya mengenai hubungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan model Mongolia, Altantuya Shaaribu.



Semalam, Musa menyatakan Bala yang dilaporkan keluar masuk ke negara ini sekurang-kurangnya lapan kali sejak kehilangan ‘misteri’ nya, masih dikehendaki polis untuk merekodkan kenyataannya berhubung dua akuan bersumpah yang bercanggah antara satu sama lain.

Musa berkata, disebabkan Bala hanya seorang saksi dan bukan tertuduh dalam kes ini, polis tidak ada memberi sebarang arahan kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang pergerakan Bala keluar dan masuk ke negara ini.

“Dia sepatutnya tahu bahawa dia dikehendaki untuk membantu polis dalam kes ini dan mengambil inisiatif untuk datang suapaya kenyataannya diambil,” Musa dipetik ketika memberitahu media yang bertanyakan kemasukan Bala ke negara ini.

“Setahu kami, kami tidak tahu Bala kembali ke negara ini. Anda patut tanya pemberita yang mendakwa perkara itu,” katanya.

Bala bersama isteri dan tiga anaknya – berusia antara enam hingga 11 tahun – dilaporkan hilang sejak 15 bulan lalu walaupun pendedahan terbarunya menyatakan dia diugut supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

Dia mendakwa, ahli perniagaan bernama Deepak, menerusi seorang pegawai polis yang digantung khidmatnya dikenali sebagai ASP Suresh membawanya bertemu seorang Datuk yang menawarkannya RM5 juta supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

Bala akhirnya, menandatangani surat akuan bersumpahnya yang kedua dan dipaksa meninggalkan negara dengan pergerakannya diatur oleh ahli perniagaan itu.

Bala dan keluarganya ke Singapura, kemudian menaiki kapal terbang menuju ke Bangkok sebelum menuju ke Chennai, India di mana Bala dipercayai menetap di situ. Dia berkata demikian dalam satu wawancara yang turut dihadiri tiga peguam terkenal bulan lalu.

Bala diupah oleh rakan karib Najib, seorang penganalisis politik, Abdul Razak Baginda untuk menjejaki Altantuya di Kuala Lumpur. Bagaimanapun Abdul Razak dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri terhadap kes berkaitan pembunuhan Altantuya.

sumber : freemalaysiatoday

PI Bala - Dari Bangkok ke Kathmandu dan Delhi

Dalam bahagian keempat wawancara misteri dengan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam yang disiarkan dalam Malaysia Today, dia menceritakan kesukaran yang dihadapinya apabila dipaksa tinggal di luar negara.

Balasubramaniam - individu kontroversi berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu - juga mendedahkan, dia pulang ke Malaysia beberapa kali tahun ini tanpa melalui pemeriksaan imigresen.

Di bawah adalah petikan wawancara tersebut:

Mengapa kamu tidak memberitahu mereka perkara sebenarnya mengenai cara akuan bersumpah kedua dibuat memandangkan anggota keluarga anda berada bersama anda dan mereka semuanya dalam keadaan selamat?

Saya masih lagi dalam keadaan keliru dan masih bimbangkan keselamatan keluarga saya. Saya dimaklumkan bahawa Deepak ada hubungan yang amat berpengaruh, terutama selepas pertemuan dengan seorang Datuk VIP Melayu di The Curve beberapa malam sebelumnya dan nasihatnya masih segar di kepala saya.

Saya juga hairan mengenai hubungan Deepak itu kerana dia nampaknya boleh menganjurkan sesuatu di negara-negara berlainan dan malah telah meminta seorang wanita Thai memohon visa India kami di Bangkok.

Pada masa itu, saya tidak tahu apa yang akan berlaku, jadi saya rasa perlu mendengar nasihat mereka sehingga saya dapat berfikir dengan lebih jelas kerana saya perlu mengambil kira keluarga kerana saya tidak mahu apa-apa berlaku kepada mereka.

Saya dan keluarga juga sedang berada di negara asing tanpa sumber kewangan.

Adakah kamu menghubungi sesiapa selepas itu?

Ya, ASP Suresh menghubungi saya dari KL dan menasihat saya supaya berpindah hotel agar pegawai polis dari KL tidak dapat mengesan saya lagi sekiranya mereka perlu mengambil kenyataan lanjut.

Dia juga memberitahu saya supaya menghubungi anak saudara saya di KL dan memintanya berhenti bercakap dengan media dan jangan mengadakan lagi protes nyalaan lilin kerana tindakan itu membuatkan Deepak berasa tidak senang. Saya kemudiannya menghubungi anak saudara saya itu dan memintanya berhenti menjalankan aktiviti-aktivi tersebut dan dia bersetuju (lihat video di sini:)

Adakah kamu berpindah hotel?

Ya, kami berpindah ke Hotel Beverly Hills. Semasa kami di hotel baru itulah saya menerima berita daripada Rajesh bahawa visa kami tidak sempat disiapkan kerana ia memerlukan tempoh sekurang-kurangnya lima hari bekerja untuk diproses.

Deepak kemudiannya meminta seorang pengurup wang, yang dikenalinya, membayar 100,000 Baht untuk perbelanjaan saya. Saya kemudiannya menunggu arahan selanjutnya di hotel tersebut.

Apa yang berlaku selepas itu?

Pada kira-kira jam 2.30 petang 11 Julai, Rajesh menghubungi saya dan meminta ke lapangan terbang untuk mengutip e-tiket yang telah ditempahnya untuk saya dan keluarga berlepas ke Kathmandu, jadi kami bersiap dan pergi ke lapangan terbang tersebut.

Bagaimanapun, bila kami sampai di lapangan terbang, Rajesh menghubungi saya dan memberitahu bahawa penerbangan hanya akan berlepas jam 10 pagi keesokannya. Kami kemudiannya menaiki teksi balik semula ke bandar dan menginap di hotel lain.

Keesokan paginya kami pergi semula ke lapangan terbang, mengutip tiket kami dan terbang dengan pesat Thai Airways ke Kathmandu.

Apa berlaku bila kamu mendarat di Kathmandu?

Kami disambut di lapangan terbang oleh seorang wakil dari Hotel Yak & Yeti yang membawa kami ke hotel tersebut.

Apa perlunya anda ke Kathmandu?

Sebelum kami boleh masuk ke India, kami perlu memohon visa yang kami gagal perolehi di Bangkok.

ASP Suresh memberitahu saya bahawa Deepak tidak mahu lagi kami berada di Bangkok kerana polis sudah tahu yang kami berada di sana dan itulah sebabnya dia mahu kamu berlepas ke Kathmandu supaya dapat memohon visa kami di sana.

Berapa lama kamu berada di Kathmandu?

Kami membuat permohonan visa kami di Kedutaan India di Kathmandu. Selepas kami memperolehi visa untuk tempoh sebulan berada di India, kami berlepas dari Kathmandu ke New Delhi. Tarikhnya 22 Julai. Kami tinggal kira-kira 10 hari di Kathmandu.

Berapa lama kamu berada di Delhi?

Kami tinggal di sebuah hotel di Delhi selama dua malam sebelum terbang ke Madurai untuk ke Madras.

Bagaimana kamu dapat melanjutkan tempoh visa satu bulan itu?

Visa kami tamat pada 21 Ogos 2008. Orang Deepak telah berjanji untuk mendapat lanjutan tempoh selama setahun untuk kami tetapi tidak jadi apa-apa. Jadi saya terpaksa mendapatkan sendiri lanjutan sebulan untuk saya dan keluarga saya sehingga 20 September 2008.

Saya kemudiannya menghantar isteri dan anak-anak pulang ke KL untuk tinggal bersama ibu mertua saya di Segambut tanpa pengetahuan Deepak.

Saya terus tinggal di Madras dan mencuba untuk melanjutkan tempoh visa saya. Ejen Deepak yang dikenali sebagai Kumar cuba membantu saya tetapi selepas 5 bulan ia belum berhasil. Saya mengadu mengenainya kepada Deepak dan ASP Suresh ketika mereka datang melawat saya di Chennai. Deepak memanggil Kumar yang memulang pasport kepada saya bersama sijil sakit, dengan berkata saya tidak boleh keluar dari negara ini disebab satu penyakit yang saya hidapi. Ini terpaksa dilakukan kerana saya berada di India secara haram kerana tempoh visa saya sudah tamat.

Saya kemudiannya meminta bantuan bapa saudara isteri saya yang merupakan exco negeri bagi daerah Karaikal. Dia berjaya mendapatkan lanjutan tempoh bagi visa saya sehingga 5 September 2009.

Adakah kamu ada pulang ke Malaysia sepanjang tempoh tersebut.

Ya, saya pulang beberapa kali untuk menyelesaikan beberapa urusan peribadi saya. Setiap kali saya pulang, saya masuk melalui Thailand di sempadan Malaysia-Thai di Bukit Kayu Hitam dan keluar semula melalui cara yang sama. Saya tidak melalui pemeriksaan imigresen Malaysia.

Saya tidak menghubungi sesiapa setiap kali saya pulang kerana saya takut Deepak dapat tahu. Satu-satunya orang yang tahu saya pulang ke Malaysia ialah ASP Suresh tetapi dia tidak beritahu pada Deepak. Dia marah dengan saya kerana membiarkan isteri dan anak-anak saya pulang ke Malaysia, tetapi saya menjelaskan kepadanya bahawa anak-anak saya perlu bersekolah dan mereka tidak dapat masuk sekolah di Chennai.

Setiap kali saya pulang ke Malaysia, saya tinggal dengan isteri saya dan ibu mertua saya di Segambut.

Di mana isteri kamu tinggal selama dia berada di Malaysia?

Dia tinggal bersama ibu mertua saya di Segambut dan dapat menyekolahkan anak-anak saya di sebuah sekolah di Sentul. Dia (isterinya) pernah datang ke Chennai beberapa kali bersama anak-anak untuk menemui saya.

Di mana isteri dan anak-anak kamu sekarang?

Mereka kini berada di Chennai. Saya dapat memasukkan dua anak besar saya di sebuah sekolah di sana. Isteri saya mungkin akan pulang ke KL supaya anak lelaki bongsu saya dapat bersekolah di sana. Saya perlu tinggal bersama dua anak saya di Chennai.

Bolehkah kamu ingat tarikh-tarikh anda pulang ke Malaysia?

Ya, saya berada di KL dari 16.02.2009 hingga 05.03.2009. Sepanjang tempoh tersebut, saya menemui Deepak di pejabatnya di Sungai Besi. Dia sangat bimbang saya pulang ke Malaysia dan meminta saya balik semula ke Chennai dengan segera. Dia memberi amaran kepada saya bahawa nyawa saya dalam bahaya jika saya tinggal lebih lama.

Kali kedua saya pulang ke Malaysia ialah dari 11.04.2009 hingga 02.05.2009.

Kali ketiga saya pulang ke malaysia ialah pada akhir Julai 2009.

Apa yang kamu buat bila pulang pada akhir bulan Julai?

Saya mengambil keputusan untuk menghubungi peguam saya Americk Sidhu dan menjelaskan kepadanya apa yang sebenarnya berlaku kepada saya sepanjang tempoh satu tahun lalu kerana saya tidak gembira dengan keadaan yang sedang saya lalui kini.

sumber : malaysiakini

Wednesday, November 18, 2009

Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas

Pada 26 Okt 2009, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Walau bagaimanapun Bank Negara tidak memberi alasan dan sebab pembatalan lesen-lesen yang dinyatakan.

Antara bukti-bukti diperolehi BNM, didapati maklumat yang menunjukkan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan (gambar kiri), Menteri Besar Negeri Sembilan melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan) telah mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008. [ klik sini ]/tamat .

Kenapa Melayu Perlu Berterima Kasih Kepada Chin Pen

Sekali lagi, bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu membuat kenyataan yang "menghebohkan", apabila mendakwa bahawa "orang Melayu perlu berterima kasih kepada Chin Peng" (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya), dan mengakui bahawa "agama sebagai candu masyarakat (pada kurun ke-19)".

Kenyataan sedemikian sebenarnya tidak "janggal" dalam forum yang dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). Tetapi, apabila kenyataan ini terkeluar dari mulut seorang pemimpin PAS, maka ia agak "membeliakkan mata" semua orang. Lebih-lebih lagi, apabila dihujahkan oleh penceramah yang popular dengan humornya, maka ia memberi kesan yang "menghiburkan". Bacaan seterusnya


/tamat

Monday, November 16, 2009

Menaja haji tidak salah; tetapi persepsi....

Pesuruhjaya PAS II Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata menteri besar Kelantan membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji berikutan isu tajaan hajinya dipolitikkan.

"Untuk elak keadaan akan datang menjadi lebih serius lebih baik dia tidak pergi kerana dalam politik ni macam-macam boleh jadi. Ia menyebabkan persepsi yang kurang elok sedangkan di dalam Islam menaja haji itu tidak salah," katanya.

Mohd Amar berkata ia menjadi salah atau rasuah apabila individu itu memberikan sesuatu atau wang dengan menyatakan dia ingin sesuatu sebagai balasan daripada apa yang diberikan. BERNAMA

Nak Pasang Kipas siling?

Kawang aku upah buat wiring kipas di rumah baru dia………….. wire man yang dihantar adalah specialist dari Bangladesh …. Nah tengok sendiri.



mung pikir la sendiri....

Dengar khabar yang separuh resmi, specialist tersebut kini berada dalam wad kecemasan kerana berlaku kemalangan sewaktu cuba memperlahankan kelajuan kipas tersebut yang sedang ligat berputar...

Friday, November 13, 2009

Wanita muda cemas nak kena...

Polis berjaya menyelamatkan wanita berumur lingkungan 20 tahun daripada rogol.Mangsa telah diikat dan hampir diperkosa oleh seorang penceroboh yang berjaya memasuki rumahnya di Kota Damansara kelmarin.

Mangsa yang tidak bekerja itu baru sahaja pulang ke rumahnya pada jam 6 petang tyetapi terlupa mengunci pintu hadapan rumahnya.Penceroboh yang berumur 30 tahun tersebut menyelinap masuk sambil menghunus sebilah pisau.

Mangsa ternampak penceroboh tersebut lalu menalipon kawannya untuk minta tolong.Difahamkan, kawan itu tanpa berlengah lalu segera menghubungi polis dan polis tiba tepat pada masanya.

Wanita itu terselamat atas tindakan segera polis.Terima kasih kepada polis.
Sumber : sini

Dokumen OSA Dedah Syarikat Milik Pemimpin Umno Tipu 3436 Pembeli Rumah

1 fail Akta Rahsia Rasmi didedahkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Hasil pendedahan itu, sebuah syarikat hartanah milik pemimpin Umno didakwa menipu 383 pemilik tanah dan 3,436 pembeli rumah di Bukit Cherakah.

Khalid menggesa orang-ramai yang telah tertipu supaya merujuk kepada dokumen ini, dan mendakwa syarikat terbabit ke muka pengadilan.

"Kita mendedahkan dokumen ini dengan tujuan membantu orang-ramai mendapat gambaran sebenar, bagaimana kejadian ini berlaku. Kerajaan negeri tidak akan ambil tindakan, tetapi kita menasihatkan orang-ramai supaya membawa kes ini ke pihak guaman," kata Khalid.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengesahkan projek perumahan Bandar Alam Perdana telah terbengkalai sejak 2006.

Projek yang diusahakan oleh syarikat Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd. ini adalah milik bekas Exco Selangor Miskun Sutero, yang telah meninggal dunia dua tahun lalu.

Berdasarkan dokumen ini, 383 pemilik tanah dijanjikan pampasan RM360,000 seorang dan sebuah rumah setiap seorang.

Manakala 3,436 pembeli telah membeli 3,819 unit rumah dengan membayar wang pendahuluan kepada pihak bank. Perumahan ini dijangka siap pada 2002, malangnya projek ini terbengkalai.

Pemilik tanah tidak mendapat pampasan yang dijanjikan, manakala pembeli-pembeli terpaksa menanggung hutang bank.

"Tanah hilang, rumah tak dapat. Orang-ramai memberi harapan masalah ini dapat diselesaikan segera," kata Khalid.

"Kerajaan negeri akan terbitkan risalah tentang kes ini yang boleh didapati laman sesawang Kerajaan Negeri Selangor, di Pejabat Daerah berdekatan dan Pejabat Menteri Besar pada Isnin ini," tambah beliau.

sumber : tvselangor

Thursday, November 12, 2009

Pelik tetapi benar

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menjelaskan bahawa jumlah kerosakan dan kerugian yang dituntut Perbadanan Stadium Nasional, Bukit Jalil akibat kelakuan ganas penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu cuma RM138,150.

Menurutnya lagi , “…. Kami mematuhi syarat untuk menanggung apa-apa kerosakan yang berlaku pada kemudahannya.”

Tetapi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendenda KAFA cuma RM50,000 sahaja.

Katanya, “Kami tidak boleh menyamakan denda dengan nilai itu kerana perlu berlaku adil kepada pasukan berkenaan.

“Yang melakukan perkara itu hanyalah dari kalangan segelintir penyokong mereka sedangkan majoritinya tidak begitu.”

Pelik sungguh bunyinya….. agaknya kalau seorang sahaja yang melakukannya dan nilai kerosakannya ratusan ribu juga, mungkin akan dikenakan denda Rm10/- sahaja...

Tuesday, November 10, 2009

Ketua Pemuda PAS Shah Alam nafi letak jawatan

Ketua Dewan Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron hari ini menafikan laporan bahawa dia telah meletak jawatan ekoran tekanan daripada parti itu.

Antara lain, didakwa bahawa tekanan itu berhubung tindakannya merakam ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali, yang sedang disiasat oleh lembaga disiplin PAS.Baca seterusnya di sini

Nak kenal Raja Temberang Malaysia?

Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Ibrahim Yahya berkata, seseorang penulis blog harus berani memperkenalkan dirinya kerana ia akan mempengaruhi kredibiliti karya yang disiarkan.

"Seperti saya sendiri, saya perkenalkan siapa diri saya, latar belakang saya... ini penting supaya bila kita tulis ada integriti, orang tahu siapa kita," katanya.

Saya setuju pandangan beliau diatas. Siapa yang tidak kenal dia ? Ketua Pengarah RTM – Raja Temberang Malaysia! Haa! Haa! Ketawakan dia!

Gambar atas tu bukan gambar dia.Aku bubuh tu kerana ‘kemungkinan besar’ dia dapat ilham daripada jenama tersebut untuk menamakan blognya: Dunia Tiger.Aku tak nak tuduh dia kaki tu… Kalau jakun sangat nak tengok muka siRaja Temberang Malaysia tu, sila [klik sini]

Kami risaukan TGNA

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila tejaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.

Al-A’raf [126] Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam.

Semoga Allah memberi kesembuhan dan kesabaran kepada Tuan Guru dan mereka yang mengasihinya.Baca seterusnya di sini

Saturday, November 7, 2009

MP Sabah dan Sarawak diminta tegas isu royalti

Rakyat empat negeri pengeluar petroleum di Malaysia diminta agar tidak terpedaya dengan penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kedudukan sumber petroleum mestilah tiga batu nautika dari perairan negeri untuk mendapat royalti.

Ini kerana Akta Kemajuan Petroleum 1974 tidak meletakkan syarat bahawa untuk mendapat royalti, kedudukan sumber pengeluaran petroleum mesti terletak tidak kurang dari tiga batu nautika dari perairan negeri.

Meskipun Perdana Menteri tidak menyebut negeri Sabah dan Sarawak, namun rakyat kedua-dua negeri itu harus bersedia dengan kemungkinan royalti mereka dirampas kerana umum mengetahui bahawa pengeluaran petroleum di kedua-dua negeri terbabit juga terletak lebih dari tiga batu nautika daripada perairan negeri.

Jika takrifan tiga batu nautika yang dibuat Najib itu diguna pakai, ini bererti Sabah dan Sarawak sudah tidak layak mendapat royalty, sebaliknya turut mendapat wang ehsan.

Dr Hata Ramli (PAS-Kuala Krai) berkata, penjelasan Najib yang juga Menteri Kewangan itu menggambarkan bahawa Kerajaan Persekutuan menganggap hasil petroleum berkenaan milik mereka, dan negeri pengeluar tidak berhak untuk menuntutnya.

"Implikasi dari pengumuman Datuk Seri Najib itu, bahawa hasil petroleum empat negeri itu adalah kepunyaan kerajan pusat, termasuk Sabah dan Sarawak. Baca seterusnya di sini

Wednesday, November 4, 2009

Royalti Minyak : Kelantan tiada hak?

Pengumuman YAB Perdana Menteri bahawa Kelantan hanya layak menerima ‘Wang Ehsan’ dan bukannya royalti dan wang ini pula akan diurus oleh Kerajaan Pusat adalah satu keputusan politik. Ia membelakangkan semangat federalisme, kedaulatan undang-undang dan penghormatan terhadap perjanjian dan penghormatan terhadap perjanjian dan menekankan kepentingan politik semata-mata.Baca seterusnya di sini

Tuesday, November 3, 2009

EGM MCA Khamis ini ?

Usaha menyelesaikan krisis MCA melalui pelan damai semakin menemui jalan buntu berikutan perkembangan terbaru :


1. Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini mengiktiraf Datuk Seri Chua Soi Lek kekal sebagai timbalan presiden MCA.

2. Presiden MCA , Ong Tee Keat menerima keputusan ROS mengekalkan Chua sebagai timbalan presiden.

3. Liow Tiong Lai tetap mempertahankan kedudukannya sebagai timbalan presiden MCA , akan merayu terhadap keputusan ROS itu.

4. Liow Tiong Lai dianggap melawan presiden, selepas kumpulannya mendesak pemilihan baru parti diadakan.

5. OngTee Keat menyatakan desakan untuk mengadakan EGM itu bercanggah dengan perlembagaan parti.

6. Ong Tee Kiat memecat empat anggota CC yang dilantik kerana menyokong Liow Tiong Lai yang mendesak supaya diadakan EGM.

7. Wong Nai Chee - salah seorang daripada tiga orang yang mengemukakan desakan diadakan mesyuarat luar biasa (EGM) MCA - berkata mereka akan menemui setiausaha agung MCA dan ketua biro undang-undang parti itu untuk menyesuaikan kandungan resolusi bagi mengadakan EGM tersebut EGM itu pasti akan diadakan.Menurutnya, setiausaha agung MCA perlu mengeluarkan notis untuk mengadakan EGM itu Khamis ini.

Sumber : di sini