Thursday, August 26, 2010

Peneroka menang RM11 juta Saman keatas Felda - Bila najib nak ucapkan tahniah kepada mereka?

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan agar mahkamah menyemak semula keputusannya pada 19 Januari yang lepas dan mengarahkan Felda membayar RM11 juta ganti rugi kepada 354 peneroka.

Mereka berjaya dalam tuntutan saman keatas Felda bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu telah memberikan nilai yang rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka.

Mereka menamakan Felda, pengurus Felda Kemahang 3 Ibrahim Ismail (yang telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan.

PM Najib dan Pengerusi Felda, Yusuf Nor tentu tumpang gembira diatas kejayaan para peneroka tersebut.Bila mereka hendak ucapkan tahniah?Harap media perdana akan siarkan nanti.... sumber

Tuesday, August 24, 2010

Jom minum Minuman Ringan beralkohol ….

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menggesa kerajaan mengharamkan sejenis minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan.

Presidennya SM Mohamed Idris berkata, minuman ringan itu didapati mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus dan ia dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam dan bebas dibeli oleh golongan remaja dan kanak-kanak [ baca sini ]

Isu tersebut sebenarnya telah lama dan ada tersiar [di sini ] iaitu sejak September 2006 lagi ; namun penjualannya masih tetap berleluasa seolah-olah tiada apa-apa langkah telah diambil oleh pihak yang berwajib.

Walaubagaimana pun, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia membuat fatwa [disini] mengharuskan minuman tersebut atas alasan :

1. Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak.

2. Bahawa kuantiti alkohol dalam citarasa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.

Dan lihat juga fatwa Penjelasan Halal dan Haram Alkohol [di sini]

Saturday, August 21, 2010

Ramli bebas - bagaimana pula dengan perancang komplot?

Mantan Pengarah Jabatan Penyelidikan Jenayah Komersil Persekutuan Ramli Yusoff, 57 tahun yang telah dibebaskan dari semua tuduhan yang di fitnahkan keatasnya perlu dikembalikan segala haknya.

Ternyata segala tuduhan keatasnya adalah komplot terancang jahat orang atasan tertentu yang mahu menyingkirkannya daripada menerajui PDRM.

Ketika beliau digantung jawatannya kerana menghadapi kes tersebut, beliau merupakan pegawai ketiga yang paling top dan sepatutnya beliau ini telah lama dilantik sebagai Ketua Polis Negara .Lagi pula beliau lebih senior daripada Musa Hasan yang nampaknya masih kemaruk untuk bergayut dengan jawatan KPN.

Beliau perlu dihormati dan dikembalikan marwah dan kewibawaannya.Lagi pula, sudah tentu Kementerian Dalam Negeri ‘berhutang sesuatu’ kepadanya setelah menggantung kerjanya selama 2 tahun lepas.Tambah lagi khidmat beliau adalah cemerlang , kalau tidak macam mana boleh diangkat hingga kejawatan ketiga tertinggi dalam PDRM.

Kementerian kena ambil peduli dan balas jasa-jasa beliau dan perlu tunjukan rasa simpati dan prihatin keatas penderitaan yang terpaksa Ramli dan keluartganya tanggung selama ini lantaran angkara komplot dalaman yang kejam ini!

Ramli masih layak untuk berkhidmat dengan PDRM kerana umurnya masih 57.Persaraan terbaru kakitangan awam adalah 58.

Khidmat Ramli masih diperlukan bukan semata-mata untuk mengembalikann kredibiliti beliau sendiri, malah untuk menaikkan semula imej PDRM yang semakin merudum dan mereput.

Negara memerlukan individu yang seperti Ramli ini yang telah membuktikan kemampuannya memberikan khidmat yang cemerlang.Kalau beliau tidak berhadapan dengan tuduhan palsu, sudah tentu beliau tidak digantung kerja dan tentu sudah naik pangkat menjadi yang paling tinggi dalam PDRM!

Antara saksi pendakwa yang dalam kes tersebut adalah KPN Musa Hasan sendiri.Dan adalah sangat memalukan apabila kesaksian seorang KPN diperlekehkan oleh Mahkamah sesyen Kota Kinabalu, Hakim Supang Liu dan mengatakan dalam siding Mahkamah bahawa KPN adalah seorang ‘Penipu’ dimana segala keterangan beliau telah diketepikan. Lihat [di sini ]

Mana marwah seorang Ketua Polis Negara yang bernama Musa Hasan itu ?; yang masih tidak tahu malu dan sadar diri , mahu bergayut dengan jawatan KPN.Ternyata Musa Hasan sangat menjijikan!

Thursday, August 19, 2010

Pemimpin BN Cakap Tidak Serupa Bikin - Nazri Aziz

Menteri Dalam Negeri, Nazri Aziz marahkan sikap ‘Cakap Tidak Serupa Bikin’ Muhyiddin Yassin, Hishammuddin Hussein dan Dr Chua Soi Lek yang berperang mulut dikhalayak ramai.

"Bagaimana kita akan meyakinkan orang bahawa kita berdiri bersama di bawah konsep 1 Malaysia ketika kita serang menyerang antara satu sama lain di depan umum? Tanyanya.

Di depan umum, kalau kita adalah 1 Malaysia dan kemudian anda berkata kita adalah BN dan kami mempunyai semangat kita sendiri dan kemudian, anda menunjukkan bahawa anda bertengkar. Mesej apa yang anda berikan kepada masyarakat " tanyanya lagi?.

Mesej apa lagi kalau tidak ‘PEMBOHONG’ ? Para pemimpin BN memang pembohong sejak dulu kini dan selamanya.

Parti perkauman sengaja memainkan sentimen perkauman masing-masing konon untuk menjuarai kaum masing-masing.Itu cuma lakonan sahaja.Kalau MCA keluar BN tentu kecut telor Umno jadinya.Selama ini siapa yang mengkayakan orang-orang MCA?

sumber : themalaysianinsider

Rumah baru Blog Perisik Rakyat dan AlHusseyn


Salam to all....
Lama dah tak jengok internet ....tengok-tengok blog kawan-kawan semakin canggih dan mantap!

Perisik Rakyat dah bertukar rumah ke sini. Begitu jugha dengan Alhusseyn yang kini pindah ke sini.Teman tetap masih pakai yang lama juga ....