Thursday, August 26, 2010

Peneroka menang RM11 juta Saman keatas Felda - Bila najib nak ucapkan tahniah kepada mereka?

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan agar mahkamah menyemak semula keputusannya pada 19 Januari yang lepas dan mengarahkan Felda membayar RM11 juta ganti rugi kepada 354 peneroka.

Mereka berjaya dalam tuntutan saman keatas Felda bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu telah memberikan nilai yang rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka.

Mereka menamakan Felda, pengurus Felda Kemahang 3 Ibrahim Ismail (yang telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan.

PM Najib dan Pengerusi Felda, Yusuf Nor tentu tumpang gembira diatas kejayaan para peneroka tersebut.Bila mereka hendak ucapkan tahniah?Harap media perdana akan siarkan nanti.... sumber

1 comment:

  1. baru dapat 11 juta... barua-barua kat atas tu dah kebas beribu-ribu-ribu juta... diaorang peduli apa kalau felda bangkrap... diaorang cuma takut ubn kalah dan kena lepas jawatan... sebab meraka akan kena tangkap... mari kira ramai-ramai berdoa semoga Allah makbulkan doa orang2 yang teraniaya supaya ubn tewas dalam pilihanraya akan datang ... kita akan dapat tengok pesta masuk jel... lepas tu kita tengok sapa yang lari keluar negara pi duduk kat rumah yang mereka beli di luar negara guna duit rakyat yang mereka dah tipu.
    Mari semua peneroka felda dan felcra kita fail saman keatas felda dan felcra sampai jadi bangkrap pun tak pa sebab nanti kita akan kaya dapan pampasan... barua-barua tu dah lama mengerjakan wang titik peluh peneroka....

    ReplyDelete