Monday, October 25, 2010

Menara Warisan : Katakan TAK NAK !


Rakyat Malaysia mengatakan TAK NAK kepada Menara Warisan 100-tingkat yang memakan kos RM 5,000,000,000 yang dicadangkan oleh PM Najib Razak dalam Bajet 2011.

Malaysia perlukan pendidikan, perubatan dan pengangkutan awam yang lebih baik, jiran-tetangga yang lebih selamat, air yang lebih berish, dan bukannya bangunan yang lebih tinggi.

Kita tidak perlukan seekor lagi gajah putih yang membazikan wang rakyat jelata.

Wahai, saudara-saudari warga Malaysia sekalian, biar kita bersatu tak mengira kaum, agama, budaya, bahasa, pendirian politik, geografi atau kelas. Biar kita bersatu dan membela nasib sendiri.

Nyatakan pandangan dan pendapat anda [di sini]

Friday, October 8, 2010

FELDA MASIH NAK KELENTONG PENEROKA?

Berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar kepada mereka, Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tersebut.

Hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi telah ditolak oleh Mahkamah.

Tetapi yang sangat lucunya ialah apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (gambar) dalam satu sidang akhbar [di sini] menyatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuantan itu adalah selari dengan dasar Felda mengenai proses pengeluaran wang Tabung Tanam Semula."

Menurutnya, Felda tidak pernah menghalang atau menyekat pemberian wang tanam semula kepada mana-mana peneroka yang tanam semula secara sendiri.

Ha! Ha! Setelah 10 tahun peneroka tersebut perjuangkan hak mereka dan setelah kalah dalam perbicaaraan di Mahkamah, masih nak kelentong?