Friday, October 8, 2010

FELDA MASIH NAK KELENTONG PENEROKA?

Berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar kepada mereka, Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tersebut.

Hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi telah ditolak oleh Mahkamah.

Tetapi yang sangat lucunya ialah apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (gambar) dalam satu sidang akhbar [di sini] menyatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuantan itu adalah selari dengan dasar Felda mengenai proses pengeluaran wang Tabung Tanam Semula."

Menurutnya, Felda tidak pernah menghalang atau menyekat pemberian wang tanam semula kepada mana-mana peneroka yang tanam semula secara sendiri.

Ha! Ha! Setelah 10 tahun peneroka tersebut perjuangkan hak mereka dan setelah kalah dalam perbicaaraan di Mahkamah, masih nak kelentong?

1 comment:

  1. aku masih ingat di Felda Neram... masa bapak aku dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya nak tanam semula secara berdikari tanpa menggunakan khidmat Felda .. apa respon felda??? dia ugut... bagi syarat2 yang mengarut dan macam2 lagi... kalau satu blok yang terdiri dari 10 anggota peneroka tetapi terdapat seorang saja yang nak tanam semula secara sendiri maka yang 9 lagi peneroka tidak akan dilayan oleh felda untuk tanam semula menggunakan khidmat felda. mereka buat seolah-oleh ianya sudah menjadi satu syarat atau ketetapan untuk mendapat hak tanam semula. Jadi, peneroka yang seorang yang berniat mulia tu akan menjadi musuh kepada yang 9 lagi peneroka yang maukan khidmat felda untuk tanam semula ini salah satu kaedah yang digunakan felda untuk menafikan hak individu anggota peneroka. Jadi bila ada rungutan atau aduan maka felda akan lepas tangan, buat macam tak da apa2 dan akan menafikan tindakan mereka itu.

    ini betul2 yahudi laknat punya stail pengurusan.

    jadi hasilnya hanya peneroka yang betul bertekat dan berani saja yang akan meneruskan niat mereka untuk tanam semula secara sendiri. adalah 2/3 kerat saja... selebihnya masih rela ditipu oleh felda.

    ini baru satu kes... ada terlalu banyak kes penyelewengan yang berlaku di felda... tuan pengurus hanya duduk mengangkang makan gaji buta.. orang curi buah tiada tindakan, kes baja hilang, baja tak cukup, tipu racun, kes dadah tiada tindakan, kes tipu pekerja ladang kontrak indonesia tida tindakan... malah ada kontraktor BELAAN yang tukar bumbung sekolah tiap2 tahun, tukar 1 keping tuntut harga 100 keping (ini salah satu contoh). Ada juga kes suruh anggota peneroka tantatangan resit palsu dengan bayaran rasuah.

    Bila ada BARUA-BARUA um*o nak datang melawat lagi banyak kes tuntutan palsu... siapa yang bersubahat dapat lah habuan maka kembunglah poket pada hari itu. Dan kontrektor2 BELAAN ni lah yang paling sibuk kononnya dialah yang memberi sunbangan besar pada hari itu walhal duit sumbangan tu hasil tipu wang peneroka sesama mereka juga.

    kes pinjaman untuk peneroka besarkan atau repair rumah RM30ribu, siapa yang tak pinjam akan rugi sebab ada usul supaya pinjaman itu dikira sumbangan kepada yang meminjam... ni puak suku sakat penyokong um*o laknat punya pandailah yang mengusulkan sebab yanag ramai berani berhutang puak2 sesat ni juga lah...

    Yang peliknya ladang tu macam tak da pengurus... bila peneroka cakap lebih sikit, ugut, dan akan dicap sebagai pembangkang. Hasilnya ramai peneroka yang takut dan lebih rela merungut2 macam ikan sembilang menghurung bangkai dibelakang saja. salah satu ucapan yang popular "apa boleh buat"...

    Bila lah peneroka nak bangkit mempertahankan hak mereka atau sekurang2nya mereka menjaja amanah hak waris dan anak2 mereka.

    ReplyDelete