Tuesday, November 24, 2009

Apa punya bangang simamat ni

Polis telah menangkap seorang pemuda berumur 22 tahun kerana didakwa menggunakan hanfon kameranya merakam gadis 17 tahun yang sedang mandi.

Gadis tersebut tidak menyedari dirinya sedang dirakam sewaktu mandi di rumahnya di Taman Bunga Raya di Wangsa Maju jam 6.00 pagi.

Pemuda tersebut hampir selesai merakamkan penggambaran tersebut bila tiba-tiba tergelincir lalu terpecahkan cermin tingkap dan handfon itu tercampak masuk ke bilik mandi.
Bunyi bising cermin pecah tersebut menarik perhatian bapa gadis, seorang pegawai untuk menyiasatnya.

Gadis tersebut tersentak apabila mendapati terdapat rakaman dirinya yang sedang mandi dalam handfon tersebut.

Apa yang lebih memeranjatkan ialah, pemuda tersebut dengan begitu berani datang kerumah gadis itu kemudiannya lalu meminta supaya dipulangkan handfon yang katanya telah terjatuh kedalam bilik mandinya dengan tidak sengaja!

Bapa gadis yang telah melihat gambar rakaman tersebut marah lalu menangkap pemuda tersebut.

Polis sedang menyiasat kes tersebut dan jika didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara sehingga 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.




1 comment:

  1. Salam IPOH Mali. Ini skodeng makan diri nama nya. Orang skodeng dia nak skodeng menentut ilmu tak tamat. hehe...hehe Awak bukan kaki skodeng we

    ReplyDelete