Sunday, November 22, 2009

Umno ingin pecahkan PAS jadi tiga aliran


Oleh M Jusoff Taib

PAS telah melakukan satu momentum dalam sejarah Malaysia melalui watak yang begitu cemerlang, iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor. Beliau meletakkan PAS terdepan dalam arus politik penentangan rakyat terhadap kepimpinan politik Umno yang telah bangkrap moral kerakyatan. Fadzil Mohd Noor menepati teori perang Sun Tzu, iaitu pemikir Cina klasik tentang perang. Berkata Sun Tzu yang lebih kurang maksudnya: “...mereka yang bijak berperang itu dahsyat momentumnya dan tepat penentuan saatnya.” Fadzil Noor segera muncul terdepan dalam krisis kezaliman terhadap Anwar Ibrahim. Ia membawa PAS memunculkan momentum politik Islam kepada arus besar perubahan nasional. Mencetuskan gelombang besar yang memuncak kepada kejutan Mac, 2008.

Kepimpinan Fadzil Noor Bayangkan jika tanpa kepimpinan Fadzil Noor yang menimbulkan momentum PAS berdasarkan peristiwa krisis kepentingan dalam Umno, yang kemudian Anwar menjelma sebagai lambang korban kejahatan Umno, membunuh harapan masa depan kemurnian politik bangsa Malaysia. Seolah-olah rakyat Malaysia yang menentang Umno memiliki katahati: “Lupakan kaum, kita sedang mencipta gelombang besar politik menuju masa depan!” Lalu sekelian politik pembangkang membulat ke dalam satu arus bersama. Di sini besar peranan Fadzil Noor ! Momentum itulah, yang menyinarkan harapan baru politik Malaysia.

Momentum yang dicetuskan oleh Fadzil Noor itu bagai detik letusan yang memusnahkan tembok perkauman dalam politik. Kita melihat pemimpin PAS dan DAP berada di satu pentas menjana penentangan terhadap politik zalim yang membelakangkan demokrasi. Kita melihat Melayu-Cina-India berpadu menyambut penyatuan suara PAS-DAP menentang penindasan dan penodaan Umno serta kroni BN-nya terhadap kemurnian demokrasi. Momentum dalam perang politik yang dibuat oleh Fadzil Noor dengan membawa jemaah PAS ke depan dalam kes kezaliman terhadap Anwar, sebenarnya menumpang pada ketokohan Tok Guru Nik Aziz yang teguh di belakang Fadzil Noor.

Undi Tok GuruBayangkan jika berlaku penentangan Tok Guru Nik Aziz pada ketika itu, momentum itu tentunya tidak terjadi. Sedangkan Nik Aziz merupakan idola kerohanian PAS yang luas pengaruhnya. Di Kelantan sahaja pengaruh undi terhadap peribadi Tok Guru mencapai 15 peratus.Maknanya, di Kelantan sejumlah 15 peratus pengundinya adalah mengundi Tok Guru. Mereka bukan mengundi PAS. Atau pengundi pembenci Umno. Dan unsurnya ialah Tok Guru sebagai ‘kesolehan politik Islam’.


(Majalah Tempo Indonesia pernah menyebut beliau sebagai Saidina Umar negeri Melayu Kelantan) Tok Guru Nik Aziz adalah lambang kesolehan PAS yang hidup, yang tersebar ke mana-mana dan meluas. Kesolehan politiknya sebagai ulama merupakan suatu faktor perluasan pengaruh PAS hingga wabak pengaruh kesolehan itu merentasi kaum.


Ada bezanya pemimpin Islam sekadar soleh peribadi, tetapi gagal dalam agenda kepimpinannya menjelmakan diri sebagai kesolehan politik. Semua pemimpin awal (al-awwalun) dalam sejarah Islam sebelum khalifah menjelma sebagai raja dinasti, cemerlang melalui kesolehan politik. Dan ini dinamakan Islam yang hidup dan membumi. Atau Islam real bukan Islam tekstual atau Islam vokal – yakni Islam lancang lidah yang tidak memunculkan kesolehan politik yang asli.

Pecah tiga Ketika saya membaca kelantangan Dr. Abdul Aziz Bari, yang bukan sahaja pakar perlembagaan bahkan merupakan idealis pemurnian Perlembagaan, mengecam kemungkinan munculnya pemecahan arus bulat politik PAS ke arah politik Malaysia Baru, saya menghubungkannya dengan detik Fadzil Noor menghasilkan momentum perjuangan PAS itu. Sun Tzu mengatakan, “ yang menyebabkan air mengalir dengan deras hingga menyebabkan boleh membongkah batu ialah momentum.” Momentum itu seumpama letusan roket yang menerjah laju ke destinasi dengan dorongan kuat – baik kepada harapan rakyat mahu pun harapan PAS. Jika tiba-tiba peluncuran itu cuba dibelokkan dan melahirkan sebuah kehampaan, inilah yang dibimbangi seorang pemikir idealis Perlembagaan seperti Abdul Aziz Bari.


Momentum yang telah mengarus-deraskan perjuangan rakyat, yang mampu menjana kekuatan besar perubahan, tiba-tiba akan dapat dipecahkan menjadi dua arus yang saling melemahkan. Ini akan memusnahkan momentum sama sekali. Dalam pecahan dua arus, tentunya dalam matematik politik, menghasilkan tiga. Jika ada aliran yang terus ke kiri, dan ada yang pecah ke kanan, tentu menghasilkan aliran tengah. Arus besar hasil momentum ciptaan Fadzil Noor melemah dan merosakkan kuasa Tao yang dilambangkan oleh Tok Guru Nik Aziz.


Tugas Umno kini di samping menutup segala pekungnya, mereka tidak berdiam diri dari memecahkan arus padu yang dimiliki PAS. Kemudian memulakan pula pemecahan Pakatan Rakyat keseluruhannya sebelum muncul pilihan raya ke-13. PAS akan dijadikan “jemaah dua imam”. Satu ke kiri, satu ke kanan. Dan kemudian pasti muncul aliran jemaah tengah melantik imam ketiga ! Dengan itu Umno berjaya memecah arus momentum yang telah diciptakan oleh ketokohan Fadzil Noor.

Pengaruh rohaniahSedangkan Tok Guru Nik Aziz kalau diperhitungkan berdasarkan ilmu perang Sun Tzu, adalah apa yang dinamakan sebaga Tao. Tao adalah sandaran moral perang. Iaitu modul riohaniyah, yang menyebabkan jema’ah berjuang terus dengan suci hati.Pengaruh Tao atau penjelma pengaruh kemurnian perjuangan, atau pencetus moral perjuangan, atau wira idola memantapkan pengorbanan jemaah, mesti diperbesarkan. Orang kelantan tahu itu, seperti mereka tahu harga Tok Guru di Kelantan. Kini ada Tao di Kedah iaitu MB Kedah. Dan ada boleh dijadikan ‘Tao’ di Perak yang memberangsangkan PAS dalam politik Perak. PAS mesti memperbesarkan Tao-nya, iaitu daya tarik moral rohaniyah sebenar melalui kesolehan politik tokoh-tokohnya.

sumber : EraPakatan

1 comment:

  1. Pimpinan besar PAS sekarang perlu mempertahankan apa yang telah PAS dulu lakukan dan janganbiarkan anasir-anasir dari luar dan dalam meruntuhkan paradigma yang terbina.
    Sekarang kita perlu lantunkan momentum itu dengan deras dan keras lagi...insyaallah ALLAHUAKBAR

    ReplyDelete