Monday, September 27, 2010

Muhyiddin, sila jelaskan kepada kami


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak Lim Guan Eng supaya memberi penjelasan tentang dakwaan Mamak Reezal berhubung wang judi digunakan untuk membiayai program pembasmian kemiskinan, kini sebaliknya beliau sendiri pula diminta supaya memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenyataan Mantan Mufti Pulau Pinang, Dr Mohd Asri yang menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia juga menggunakan hasil haram judi…

Dr Asri berkata, “Hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan bukan sahaja oleh kerajaan negeri Pulau Pinang tetapi juga oleh kerajaan persekutuan. Sumber itu diperolehi menerusi bentuk cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain lagi.” Lihat [di sini]

Muhyiddin berkata, orang Islam tidak mahu bersubahat jika benar wang judi digunakan untuk membiayai program pembasmian kemiskinan itu sebagaimana dakwaan Pemuda UMNO.

"Kita mahukan respons daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, kerana prinsipnya kena ikhlas. Kalau sumber (wang) itu daripada sumber haram, kita Muslim tidak mahu bersubahat," katanya. [ lihat sini]

No comments:

Post a Comment