Monday, August 31, 2009

Minyak Naik - Hadiah Hari Merdeka BN untuk rakyat

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS. Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi. [Klik di sini]

Sunday, August 30, 2009

Kepala lembu : lawak bodoh Umno dan PDRM



Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin jangan hanya pandai berdalih dan memohon maaf sahaja kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam.

Cukuplah buat lawak setakad itu! Jangan perbodohkan rakyat yang sedang melihat lawak bodoh Umno bersama PDRM.

Polis sepatutnya telah menangkap untuk soal siasat Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf diatas tindakan yang menggugat ketenteraman awam, memalukan ummat Islam dan memprovokasi agama lain.

Mahyuddin Manaf (kiri) mendakwa kononnya beliau tidak tahu menahu bagaimana kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam; walhal beliaulah diantara mereka yang beriya-iya menginjak-injak kepala lembu tersebut.Lihat gambar diatas

Semakin ramai yang berebut-rebut nak buat lawak bodoh.Mereka sangka rakyat jelata berotak lembu macam mereka.Antara pelawak bodoh terkini ialah :

Utusan Malaysia melaporkan 200 penduduk Islam yang berarak membawa kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam . [klik sini]

Nizar ; Ganesan hina Sultan Perak

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato Seri Nizar mempersoal kredibiliti Ganesan yang berani menganggap Sivakumar dan Pakatan Rakyat negeri seolah-olah menghina Tuanku Sultan Perak serta cuba merampas kuasa (kudeta) kerajaan negeri; sekiranya tetap mahu meneruskan sidang Dun Rabu depan.

"Yang menghina Sultan bukannya Sivakumar, Yang hina Sultan dan kemuliaan Dun Perak adalah Ganesan sendiri. Barisan Nasional lah yang kudeta (merampas kuasa) kerajaan negeri Perak dari Pakatan; yang sah mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu." katanya.

Tambah Nizar lagi, Ganesan juga boleh dianggap sebagai perampas kuasa speaker Dun, kerana perlantikannya meragukan.

"Merujuk Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Nizar menegaskan bahawa apa-apa perlantikan pun (termasuk melantik Ganesan), mestilah selepas titah Tuanku (Sultan Azlan Shah). Dia (Ganesan) dilantik dalam kalangan mereka (Adun-Adun BN) di dalam dewan, sebelum Tuanku bertitah (setelah) dengan merampas kerusi Speaker, sedangkan Speaker (Sivakumar) masih ada dikerusinya. Itu yang meragukan.

Nizar turut mengumumkan bahawa kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.
Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.

Wednesday, August 26, 2009

Lima ribu penyokong raikan kemenangan Pakatan Rakyat


Lebih lima ribu rakyat Permatang Pasir membanjiri perkarangan Markaz Induk Pas di sini meraikan kemenangan bergaya wakil rakyat baru mereka Mohd Salleh Man yang menewaskan calon Umno-BN Rohaizat Othman.

Perkarangan markaz berkenaan mula dibanjiri seawal jam 9 malam. Ketibaan Mohd Salleh disambut dengan laungan ‘takbir’ di kalangan hadirin yang hadir selain ucapan taniah dari pelbagai kaum. Hadirin melaungkan hasrat untuk bertemu dan mendengar ucapan kemenangan dari Salleh Man.

Pimpinan Pakatan Rakyat turut turun meraikan kemenangan ini. Antara yang hadir termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar serta Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang Datuk Zahrain Hashim.

Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata, pengundi di Permatang Pasir telah membuktikan kebijaksanaan mereka dengan memilih Salleh Man untuk menjadi Adun di kawasan berkenaan.

“Ini bukti pengundi boleh membezakan mana yang palsu dan mana yang betul, boleh bezakan yang hitam dan yang putih.

“Hari ini kita boleh lihat BN sudah pecah tembelang, lidah biawak bercabang dua,” katanya.

Sementara itu, Lim Kit Siang menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai angin perubahan yang bertiup dalam politik Malaysia.

Menurutnya, kemenangan tersebut sangat bersejarah bagi Pakatan Rakyat di Pulau Pinang kerana membuktikan kekalahan teruk Perdana Menteri Najib Razak yang gagal dalam kempen 1 Malaysianya, lebih-lebih lagi Timbalan beliau, Muhyiddin Yassin.

“Ini memperlihatkan kekuatan Pakatan Rakyat untuh hingga berjaya mematahkan konspirasi Umno untuk pecah belahkan Pakatan Rakyat.

“Mereka gagal dan terus gagal kerana Pakatan Rakyat akan bersatu berjuang hingga berjaya dalam pilihan raya akan datang dan akan terus ke Putrajaya menggantikan BN,” katanya.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau kecewa dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika mengulas mengenai keputusan pilihan raya ini.

Mahfuz menjelaskan, sebagai seorang pemimpin Muhyiddin tidak boleh memaksa pengundi membuat keputusan kerana ia merupakan hak rakyat.

“Bila orang tidak mengundi mereka, dia kata tidak mahu berubah, rakyat Permatang Pasir tidak mahu perubahan. TPM kecewa sikap pengundi tidak mahu pembaharuan.

“Ini apa punya TPM bila rakyat tidak mengundi dia, dia kata rakyat tidak mahu pembangunan tidak mahu perubahan. Ini hak rakyat tidak boleh kata bila rakyat tolak BN rakyat tolak pembangunan,” katanya.

Mahfuz menambah, kenyataan yang dibuat seolah-olah memperlihatkan kerajaan cuba lari dari tanggungjawab membela rakyat seperti yang dijanjikan di Permatang Pasir.

Salleh Man yang berjaya menewaskan calon Umno-BN dengan majoriti 4551 undi dalam ucapannya yakin dengan sokongan dan kerjasama yang ditunjukkan dalam Pakatan Rakyat membuktikan kemenangan sebenar mereka dalam pilihan raya pada kali ini.

"Kemenangan ini kemenangan semua dan kemenangan bersama. Dengan semangat dan kekuatan besar Pakatan Rakyat di seluruh negara berkampung di di sini membolehkan kita mendapat kejayaan besar. Inilah kejayaan sebenar.

“Pas selaku satu-satu wakil parti dalam Pulau Pinang dan Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama dan membantu memantapkan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya
_TVAntara

Tuesday, August 25, 2009

Penyokong Umno tidak puas hati




>

Friday, August 21, 2009

Surat misteri dibawa ke balai


Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini membuat laporan di balai polis Brickfields berkaitan surat misteri yang muncul Rabu lalu di inkues kematian Teoh Beng Huat.

Manikavasagam berkata, beliau juga menerima salinan surat tersebut, yang mendakwa wujud perbuatan rasuah antara seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

“Kandungan surat tersebut menyatakan terdapat unsur-unsur penyelewengan salahlaku dan kegiatan rasuah oleh pegawai atasan SPRM Selangor,” dakwanya dalam laporan polis berkenaan.

“Saya percaya surat ini ditulis oleh orang dalam SPRM kerana dia kelihatan mengetahui secara terperinci mengenai apa yang berlaku,” katanya kepada wartawan selepas membuat laporan berkenaan pagi ini.

Dakwaan dalam surat berkenaan antara lain mengaitkan seorang pegawai kanan SPRM terlibat dalam usaha memulakan siasatan ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.


Surat yang ditulis dalam bahasa Malaysia itu juga menyebut, pegawai SPRM itu telah menyoal-siasat Teoh pada hari kematian pembantu politik berkenaan.

Manikavasagam juga berkata laporan polis hari ini dibuat atas kesedarannya sendiri tanpa menerima arahan daripada pemimpin-pemimpin PKR.

Surat tersebut dialamatkan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; dan salinanya dihantar kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Manikavasagam, setiausaha perhubungan PAS Selangor dan beberapa pihak lagi, termasuk akhbar Suara Keadilan dan Sinar Harian.

Dihubungi media

Apabila ditanya, beliau berkata tiada apa-apa perbincangan dibuat dengan mana-mana pihak yang dikatakan menerima surat berkenaan.

“Saya tidak bercakap dengan sesiapa mengenai surat ini. Saya tidak sebarkan surat ini, dan saya tidak tahu bagaimana surat ini sampai ke tangan media,” katanya lagi.

Beliau telah mengedarkan salinan surat bertarikh 5 Ogos itu kepada media hari ini.

Jelasnya lagi, beliau menerima surat sepanjang lima halaman itu pada 14 Ogos lalu di pusat perkhidmatannya di Kapar, Selangor.

Jelasnya, sebaik menerima surat berkenaan, beliau hanya membaca beberapa bahagian kandungannya tetapi mengenepikannya kerana khuatir ianya mungkin surat layang seperti yang pernah diterima olehnya sebelum ini berkaitan siasatan ke atas kematian VP Sujatha.

Manikavasagam juga berkata, pada awalnya beliau tidak membaca surat berkenaan sepenuhnya kerana ia dialamatkan kepada Khalid.

“Saya tidak baca kerana ia dialamatkan kepada menteri besar. Saya cuma baca sebahagian, kemudian saya simpan,” katanya.

Beliau bagaimanapun meneliti kembali kandungan surat berkenaan semalam apabila ditanya oleh beberapa orang wartawan, sama ada beliau menerima surat tersebut.

Jelasnya lagi, Malaysiakini, Malay Mail dan The Star telah menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan mengenai surat misteri itu.

“Tapi setelah saya baca kandungan surat ini (sepenuhnya, semalam), saya rasa perlu buat laporan polis kerana dakwaan ini serius,” katanya lagi.
-Malaysiakini

Thursday, August 20, 2009

Penjelasan Bekas rakan firma Rohaizat

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat, membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.

Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma mereka, waktu itu.

Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan Yusri dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

-Malaysiakini

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya bedebub ketanah juga!

Dua ekor tupai sedang rancak berlompatan dari satu dahan kesatu dahan.Kini dua ekor tupai tersebut sedang bergayutan disebatang dahan yang rapuh dan hanya menunggu sekelip mata untuyk jatuh bedebub ke tanah.Seekor tu bernama Hishamuddin Hashim dan seekor lagi bernama Khir Toyo. Baca kisahnya di sini

Wednesday, August 19, 2009

Mahfuz dapat Ganti Rugi setelah hampir 9tahun!

Harakahdaily melaporkan di sini bahawa Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini yang berkaitan dengan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Hanya setelah hampir 9 tahun baru Mahkamah Tinggi buat keputusan. Betapa sewaktu menangguhkan keputusan Mahkamah terhadap kes tuntutan DS Nizar terhadap Zambry dulu hanya mengambil masa 2 jam.

11 Mei, 2009 – Hakim Abd Aziz dengan beraninya telah mengeluarkan hujah penghakiman berpandukan perlembagaan yang ada mengesahkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

12 Mei, 2009 – Dalam masa 2 jam sahaja , Zambry boleh mendapat perintah oleh seorang hakim sahaja bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi

21 Mei , 2009 – Keputusan Mahkamah rayuan berpihak kepada Zambry dengan alasan yang lemah dan tidak menyakinkan orang ramai.Sehingga kini belum ada alasan bertulis dikeluarkan oleh panel hakim 3 orang itu. [klik]

Rohaizat : Penyamun Tarbus

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, dari segi undang-undang tiada masalah bagi Rohaizat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir. Hoorey! Rohaizad layak bertanding!

Walaupun dari segi undang-undang SPR , Rohaizat layak bertanding , nampaknya Badan Disiplin Umno lebih tegas daripada SPR kerana badan tersebut pernah menghalang Ali Rustam bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden Umno kerana skendal rasuah.

Tetapi apakah rakyat di Permatang Pauh akan sanggup menerima Penyamun Tarbus macam Rohaizat yang semua orang dah tahu bahawa dia telah melesapkan wang koperasi Pekebun Getah untuk diangkat menjadi wakil rakyat rakyat mereka?

Apakah kaki songlap dan penyamun tarbus sahaja yang layak menjadi pemimpin dalam Umno/BN ? Rohaizad telah menzalimi Koperasi Pekebun Getah dengan melesapkan wang berjumlah RM161,000.00. Maka janganlah kamu cenderung terhadap mereka yang melakukan kemungkaran seperti itu kelak kamu disambar api neraka!

Tuesday, August 18, 2009

Hampir terkejut mati!

Bekas Pekerja Pemasang Kabel Yang Lumpuh Terkejut Dengan Kunjungan Ahmad Zahid

Demikian itu tajuk berita Bernama di sini. Macam mana kawan tu tak terkejut? Ahmad Zahid mengunjungi beliau yang telah lumpuh akibat jangkitan kuman dalam tisu tulang peha selepas terlibat dalam satu kemalangan 13 tahun lalu ………

Ahmad Zahid sekadar menyampaikan bantuan kerusi roda, tilam sokongan dan penampal luka kepada Alias yang terpaksa berulang-alik setiap dua minggu ke Hospital Bukit Mertajam, bagi menukar saluran membuang air kecil dan juga terpaksa menanggung perbelanjaan sebanyak RM100 seminggu bagi mendapatkan ubat.

Sebelum ini, Alias terpaksa menanggong kos kesesuluran belanja pembedahan kira-kira RM30,000.

Ahmad Zahid berkata sumbangan yang disalurkan itu bukanlah untuk meraih undi sempena pilihan raya kecil ini sebaliknya adalah bantuan ikhlas . Alias merupakan pengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Ya! 13 tahun yang lalu...nasib baiklah ada PRU kat situ dan kawan tu masih hidup untuk terkejut! kalau dia terkejut dalam kuburnya tak tahulah apa yang akan jadi...mungkin jadi pengundi hantu!

Grand Design Jatuhkan Ong : Umno terlibat?

Oleh : Lim Hong Siang, Merdeka Review

Perbalahan antara Presiden MCA Ong Tee Keat (gambar kiri) dengan Ketua Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Tiong King Sing semakin hangat bahangnya, apabila Ong dilaporkan mendakwa dirinya mungkin dipecat, atau ditukar pangkat pada bila-bila masa, kerana meneruskan siasatan terhadap penyelewengan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Sin Chew Daily memetik kata-kata pemimpin yang turut hadir dalam taklimat tertutup semalam, melaporkan Ong mendakwa dirinya dimaklumkan bahawa beliau bukanlah Presiden MCA yang disukai UMNO. Malah, Ong mendedahkan bahawa wujudnya kuasa dalam dan luar parti, yang sanggup menggulingkan Ong dengan RM100 juta.

Menurut laporan Sin Chew Daily, berdasarkan maklumat risikan yang terkumpul, Ong memberitahu bahawa sebuah parti baru bakal ditubuhkan, untuk menggantikan MCA dalam Barisan Nasional. Ong dituduh gagal mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadap BN, maka puak-puak tersebut kini "berkomplot" untuk menubuhkan parti baru untuk menggantikan MCA.

Tiong mula menjelma?

Perselisihan antara Ong Tee Keat dengan timbalannya, Chua Soi Lek bukan sesuatu yang baru. Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia (BNBBC) merangkap Bendahari Agung Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Tiong King Sing pula masuk ke gelanggang, menambah tekanan terhadap Ong.

Sebelum ini, ketika ditemuramah beberapa media bahasa Cina, Ong Tee Keat berulang-kali menekankan bahawa dirinya menghadapi "serangan hendap" daripada musuh politik, malah diugut oleh kuasa kongsi gelap. Ong bagaimanapun enggan menamakan siapa sebenarnya dalang di sebalik "serangan hendap" yang dimaksudkan itu.

Minggu lalu, Tiong Sing King (gambar kiri) mendedahkan bahawa Ong pernah menggunakan perkhidmatan pesawat syarikatnya tanpa pembayaran melalui Pengarah Eksekutif Wijaya Baru Global Berhad, Faizal Abdullah. Kemudian, Tiong mencetuskan letupan dengan mengaku bahawa dirinya pernah menyerahkan RM10 juta kepada Presiden MCA itu.

Pada keesokannya, Ong menafikan tuduhan Tiong, membuat laporan polis dan memberi kata dua akan menyaman Tiong sekiranya tidak menarik balik tuduhan dalam tempoh tujuh hari. Malah, Ong memberi isyarat yang cukup jelas, mendakwa bahawa "salah satu dalang" di sebalik "serangan hendap" telah menjelma.

Bagi pihak Ong, Tiong cuba menghalang usahanya untuk mendedahkan skandal PKFZ. Maka, Tiong dianggap "bersubahat" dengan musuh politiknya dalam MCA, iaitu Chua Soi Lek untuk menggulingkannya. Malah, kedua-dua pihak ini disyaki mendapat restu daripada UMNO, menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "campur tangan kuasa luar" sebelum ini.

Ong terperangkap

Justeru itu, Ong Tee Keat cuba mengerah sokongan dalam MCA melalui taklimat tertutup semalam. Daripada 2,865 pemimpin bahagian yang diundang, hanya kira-kira 800 yang hadir, tidak melebihi dua pertiga. Walau bagaimanapun, "taklimat" ini berakhir dengan sokongan sebulat suara terhadap pimpinan Presiden MCA dan siasatan menyeluruh terhadap skandal PKFZ, tanpa kehadiran orang nombor dua dalam parti tersebut.

Agak awal untuk meramalkan sejauh manakah sokongan akar umbi terhadap Ong setakat ini. Namun, Ong ternyata terperangkap dalam mainan politik musuhnya, dan mungkin menjurus kepada panggilan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk menggulingkannya.

Ong yang terkenal sebagai "Lone Ranger" selama ini meraih sokongan rakyat dengan "imej"nya yang lebih positif, dan bukannya sokongan dari akar umbi MCA.

Secara sedar atau tidak, Ong melihat dirinya lebih "suci" daripada rakan seperjuangannya dalam MCA.

"Imej" merupakan senjata Ong ketika bertanding untuk jawatan presiden pada tahun 2008. Malah, persoalan utama yang diutarakan ketika itu berbunyi, "Sama ada MCA
mampu diselamatkan semata-mata dengan imej baik presidennya?"

Kelebihan kini jadi kelemahan

Jawapannya mula menjelma. Ong kini berdepan dengan risikonya, setelah memancing undi dengan "imej" individu. Pengundi yang menaruh harapan tinggi terhadap Ong, menggunakan kayu ukur yang lebih ketat untuk menilai Ong. Maka apabila Faizal Abdullah (gambar kiri) mendedahkan bahawa Ong tidak membayar untuk perkhidmatan pesawat syarikatnya, imej Ong mula tercalar.

Penyokong Ong mungkin bertanggapan bahawa fokus media perlu ditumpukan kepada bagaimana Ong sebagai Menteri Pengangkutan, mengambil langkah berani untuk mendedahkan skandal terbesar negara, sebagai usaha untuk membanteras rasuah dalam BN; dan bukannya dialihkan pandangan kepada berapa kali perkhidmatan pesawat tersebut digunakan.

Namun, Ong diasak dalam isu ini kerana "kesucian" yang ditegaskannya selama ini. Malah, jawapannya tidak cukup meyakinkan. Pada 12 Ogos, setiausaha politiknya Lim Seng Chai menafikan tuduhan dengan alasan bahawa "pejabat kementeriaannya" belum menerima sebarang invois daripada Wijaya Baru Global Berhad.

Setelah dipertikaikan sama ada perkhidmatan tersebut wajar ditanggung Kementerian Pengangkutan, barulah Lim Seng Chai menjelaskan bahawa Ong akan membayar perkhidmatan pesawat tersebut melalui akaun peribadi, seandainya harga yang dikenakan itu berpatutan.

Mana perginya wang?

Kontradiksi wujud dalam kenyataan sebelum dan selepasnya. Tekanan memuncak apabila Tiong mendakwa dirinya menyerahkan RM10 juta kepada Ong Tee Keat sebagai derma untuk tabung aktiviti bahagian MCA. Walaupun "derma" sedemikian dilihat sebagai perkara "lumrah" dalam politik, namun tuduhan ini mencetuskan kesangsian pemimpin peringkat bahagian MCA terhadap pimpinan Ong.

Bendahari Agung MCA, Tee Hong Seng menafikan bahawa MCA pernah menerima "derma" daripada Tiong. Dengan kata lain, antara Tiong dengan Ong, salah seorang daripadanya berbohong dalam isu ini. Seandainya apa yang dikatakan Tiong itu benar, ahli MCA akan mempersoalkan presidennya, ke mana wang itu pergi?

Tiong mendakwa wang tunai sebanyak RM10 juta ini diserahkan kepada Ong, malah saksinya boleh tampil ke depan untuk membuktikan kenyataannya pada bila-bila masa. Api menular apabila rakan seperjuangan Ong, Ketua Wanita MCA Chew Mei Fun mengakui bahawa dirinya pernah menerima derma Tiong. Api merebak kepada Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong yang dilemparkan tuduhan yang sama.

Imej semakin tercalar

Seandainya Tiong berjaya membuktikan bahawa tuduhannya terhadap Ong bukan fitnah, maka Presiden MCA ini terpaksa berdepan dengan krisis kredibiliti dan integriti. Maka, EGM mungkin dipanggil untuk menguji sejauh manakah Presiden yang belum genap setahun menerajui MCA ini mendapat kepercayaan perwakilannya.

Ong tidak mempunyai banyak pilihan. Beliau perlu membuktikan bahawa dirinya "bersih" daripada sebarang bentuk "rasuah". Kelebihannya bersandarkan "kesucian imej"nya. "Nilai politiknya" tetap ada seandainya beliau "disingkirkan" dari BN kerana keberanian mendedahkan rasuah.]

Namun demikian, sekiranya imej beliau semakin hari semakin tercalar dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan, malah gagal membuktikan dirinya "tidak bersalah", maka kemungkinan besar hayat politiknya akan menghembuskan nafas terakhir dalam lumpur PKFZ.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, Edisi Bahasa Melayu.


Sumber : Merdeka Review

Monday, August 17, 2009

Ingatkan tersilap pakai kepala lutut! Rupa-rupanya .....

Ya, rupa-rupanya tersilap pakai kepala surat! Ingatkan silap terpakai kepala lutut! Buat malu dan nampak sangat dia sengaja mencari-cari alasan semata-mata dan menyangkakan kita semua ni serupa macam dia yang tidak tahu membezakan antara kepala lutut dan kepala hotak!

Samada dia gunakan kepala hotak atau kepala lutut, nampak seropa sahaja - kerana memang begitulah kebiasaannya mereka masuk campor dalam urusan pentadbiran masjid dan surau selama ini. Satu Malaysia; Semua orang kampong dah tahu!

"Saya mengakui kesilapan itu. Tidak sepatutnya saya menggunakan kepala surat kementerian berkenaan (untuk tujuan tersebut),"

Setiausaha politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan mengakui tersilap menggunakan kepala surat kementerian berkenaan yang dihantar kepada ketua Umno bahagian di negeri tersebut, berhubung pelantikan ahli jawatankuasa masjid di kariah masing-masing.

Sazali diminta mengulas kenyataan ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang membantah sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang didakwanya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Dr Lo' Lo' mendakwa, ia dilakukan melalui surat yang ditandatangani oleh setiausaha politik menteri berkenaan yang dikatakan ditujukan kepada JAWI berhubung penyusunan semula pentadbiran masjid dan

Saturday, August 15, 2009

Topeng Muka : Cara mudah dan ekonomikal


Ajijoi, sahabat saya , menurut katanya dah mula pakai topeng dipejabatnya.Beliau mengadu harga topeng kini dah mahal berganda-ganda harganya.Baca ceritanya di sini

‘Safety-mask’ memang ada banyak jenis. Yang Ajijoi pakai itu adalah jenis yang di sebelah ni. Dulu harganya cuma 20-30sen satu . Kini dah mencecah 70 sen khabarnya. Entah!

Ada juga jenis seperti ini tetapi harganya agak mahal sedikit.Sewaktu saya jadi pembekal ke kilang-kilang dulu, harganya cuma 70sen sahaja satu – brand 3M. Hari ini entahlah berapa RM agaknya!Saya pun tak pernah ambil tahu sekarang.

Walau bagaimana pun , ada cara yang mudah dan murah untuk mendapatkannya.Ambillah coli isteri anda , kerat dua dengan gunting seperti gambar ; siap lengkap dengan tali dan anda dan isteri anda boleh terus memakainya.Selamat mencuba! dan anda pasti selamat!

Bendera : Jangan lupa minta resip bila beli

Ah! nampaknya negeri-negeri Pakatan Rakyat elok sangatlah pi boikot ramai-ramai jangan kibarkan bendera Malaysia pada bulan Merdeka ini. Buat apa bersusah payah membeli bendera yang kemudiannya akan disoalsiasat SPRM!

Dari mana kamu beli bendera ini? Berapa harga kamu beli? Mana resip pembelian ? dari mana kamu dapat duit beli bendera ini? Kamu tahu ada berapa jalur merah pada bendera yang kamu beli? Ada berapa bucu bintang ...bla..bla...bla dari pagi sampai malam; malam sampai pagi.....

Ingat senang ke bila SPRM soalsiasat kita? Terkencing terberak bila kena sergah . Silap-silap kena sergah melatah terjun tingkap dan 'bedebub' jatuh 14 tingkat kebawah macam TBH hari itu. Nasib baiklah kalau sekadar cedera kat kaki macam kes terbaru di sini

Aku naik hairan dan geli hati bila tengok orang nak nyambut Merdeka ini macam berpesta main kibar-kibar bendera. Begitukah cara kita mempamerkan semangat patriotik kita?

Muhyiddin : Ikut macam saya

Macamanalah Muhyiddin Yassin tidak naik angin melihatkan gelagat dua orang dari parti komponennya bertelagah pasal isu penyelewengan kewangan PKFZ yang khabarnya melibatkan wang antara RM500 juta – RM1 billion!

Muhyiddin semakin gusar apabila Tiong mendakwa telah memberikan derma (baca menyogok) kepada Ong wang tunai berjumlah RM10 juta!

Mereka berdua patut dengar nasihat dan ikut bagaimana bijaknya Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ini menyimpan rahsia skendalnya di sini

Malaysiakini seterusnya melaporkan :

Pertengkaran terbuka antara Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan anggota Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mengenai isu (baca penyelewengan) kewangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) telah mencemarkan imej kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kedua-dua pemimpin mesti memahami hakikat itu sebelum mengeluarkan kenyataan terhadap satu sama lain di media. Bacaan lanjut di sini

Permatang Pasir : Calon-calonnya ialah.....

Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh,Rohaizat
Othman (kanan) dipilih sebagai calon Barisan Nasional
(BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri
(DUN) Permatang Pasir. Manakala PAS meletakkan
Pesuruhjaya Negeri, Salleh Man (kiri) sebagai saingan.

Friday, August 14, 2009

Pu**mak punya Melayu

500 orang sedang berkumpul?

Bahasa menunjukan bangsa ! dan beginilah jenis bangsa bangsat yang menganggotai perhimpunan bangsat pada pada 11 Ogos lalu di Bangunan Umno Ipoh. Mereka adalah NGO dan kontraktor Melayu seluruh Perak yang begitu bangsat mengharapkan projeklah kononnya!

Perhimpunan tersebut bertujuan menyokong (baca membodek) kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa Anwar Ibrahim adalah Pengkhianat Bangsa, di hadapan bangunan Umno Perak, Ipoh - kononnya telah berjaya mengundang kehadhiran lebih 500 orang - ketawalah dulu sebelum [klik sini] dan lihatlah gambar-gambar disitu dan kalian boleh hitung dengan jari tangan dan kaki sahaja bilangan yang hadir!

Lihatlah muka-muka mereka itu. Bahawa, muka-muka inilah yang buat havoc di ibupejabat DAP di Taman Istana Ipohraya tempohari!

Bahasa menunjukan bangsa.Hanya bangsa
yang bangsat menggunakan bahasa yang
kesat tidak bertempat

Gambar-gamabar diatas adalah paparan dari blog pro Umno tersebut dan sekarang cuba kalian bandingkan dengan gambar-gamabar banner dan kain rentang (bawah) yang saya rakamkan melalui entri saya di sini tempohari, tentu kalian akui bahawa poster dan kain rentang yang digunakan di kedua-dua tempat berasingan itu adalah dari bahan yang sama

Ketika saya datang, mereka ini sudah pun berambus dan meninnggalkan poster dan kain rentang yang menggunakan bahasa yang sangat kesat dan memalukan ummat Melayu.

Thursday, August 13, 2009

Vokalis Utama Kumpulan Rabbani Meninggal Dunia

Alfateha untuk arwah Mohdamad Asri Ibrahim yang telah dijemput Allah kembali pagi tadi.Teringat waktu Nada Murni mula-mula dulu...



KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. - mks.

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana� Ke Mana�' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'. - mks

Wednesday, August 12, 2009

Hello Muhyiddin Yasin !! Benarkah engkau pengkianat?

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata tindakan untuk mencemar dan membuat serangan peribadi terhadap dirinya semakin menjadi-jadi, terutama selepas pendedahan terbaru Pasukan Petugas Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Berikut adalah terjemahan jawapan penuh Ong yang juga menteri pengangkutan tersebut dalam blognya hari ini.

Komen : Ong Tee Keat sudah pun menjawab.Tapi bagaimana pula dengan Timbalan Perdana Menteri Dato Muhyiddin Yassin ? Hello! Hello! Din! ko tak baca cerita tentang engkau jadi pengkianat di sini ?

Menghina Islam : Kerja Umno dulu, kini dan selamanya

Akhbar Mstar berniat jahat bila memuatkan berita dengan tajuk : Nik Aziz tak bantah DAP hina Islam. Bila masanya DAP menghina Islam? Mungkin pemberita Mstar telah cuba mengeksploitasi berita yang kononya Ketua DAPSY Malaysia , Anthony Loke menghina Islam.

Tetapi TGNA terlebih bijak dan tidak mudah termakan jerat pemberita Mstar itu bila mana beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Bukankah pemimpin-pemimpin Umno yang menghina agama Islam bilamana tingkah laku mereka tidak mencerminkan perlakuan Islam sebenar. Mereka melakukan kerja-kerja mungkar rasuah , menipu dan menghalang kerja-kerja dakwah Islam.

Bukankah pimpinan Umno yang meluluskan judi dan kilang arak? Malah mereka mempunyai saham dalam syarikat perjudian dan kilang arak. Mereka yang hanya mengaku Islam inilah yang sebenarnya menghina kesucian Islam.Cuba tanya Najib berapa saham keluarganya yang ada dalam syarikat perjudian Genting Highland

Bongkar: 'RM10 juta untuk presiden MCA'

Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.

Ketua Pegawai Eksekutif KDSB Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.

Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
- Malaysiakini

Pak Pandir dan Pak Kadok Umno melatah

Apakah kita menganggap mereka bodoh kerana menentang ISA? Mereka bukan bodoh.Mereka yakin bahawa penentangan mereka itu wajar demi membawa keadilan dan kesejahteraan Islam dan Negara ini.

Penentangan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia khususnya ummat Melayu telah dijadikan polemik oleh segelintir Pak Pandir dan Pak Kadok Umno yang melatah . Mereka melontarkan pelbagai tohmahan dan ada yang bertanya dimana DAP sewaktu perhimpunan 1 Ogos yang lalu.

Mereka menimbulkan persoalan tersebut untuk menggambarkan seolah-olah DAP hanya menggunakan Melayu PAS untuk berdemo bagi menimbulkan keadaan huru hara.Bagaimana pula pandangan mereka terhadap Magaran yang turut mengadakan perhimpunan pada masa yang sama?

Penglibatan Ummat Melayu khususnya dari kalangan PAS adalah bertepatan kerana ramai dari kalangan mangsa akta zalim tersebut terdiri daripada kalangan Melayu dan ahli PAS.Mereka menyertai perarakan tersebut sebagai menunjukan sokongan moral kepada keluarga mangsa akta zalim tersebut.

Pak Pandir dan Pak Kadok Umno mendakwa bahawa tuntutan pemansuhan ISA itu menggugat keselamatan Negara dan mengancam kedudukan orang-orang Melayu! Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan yang menjadi mangsanya rata-rata orang Melayu sendiri!

Perarakan aman anjuran GMI untuk menyampaikan memorandum ke Istana Negara adalah satu tindakan yang terpaksa diambil setelah pihak kerajaan terus berdegil untuk meneruskan akta zalim tersebut.

Kenapa polis dan FRU perlu bertindak ganas terhadap kumpulan rakyat yang mahukan akta zalim tersebut dihapuskan? Adakah menjadi satu kesalahan disisi undang-undang untuk rakyat menagih simpati dan keadilan daripada Yang DiPertuan Agong?

Walaupun GMI tidak mencapai hasrat mereka untuk menyampaikan memorandum tersebut hasil asakan ganas polis dan FRU, namun secara moralnya , GMI telah berjaya membuktikan betapa kerajaan Umno/BN yang ada ini adalah zalim dan menindas rakyat sendiri sewaktu cuba menghalang perhimpunan aman tersebut.

Polis dan FRU telah digunakan untuk menimbulkan suasana kacau bilau dan menyusahkan orang awam.Kalai pihak polis dan FRU melaksanakan tugas sebenar mereka , yakni menjaga keselamatan awam, termasuk mengawal dan memberi laluan mudah untuk perarakan tersebut , sudah tentu ianya akan berjalan lancar tanpa kesesakan lalu lintas , bom asap dan water cannon.

Janganlah salah anggap bahawa penentangan terhadap akta zalim itu seperti satu pemberontakan rakyat terhadap pemerintahan yang ada.Rakyat pada 1 Ogos itu bukan merusuh atau memberontak! Mereka mahu berarak secara aman dan tertib.Mereka tidak membawa senjata.Mereka tidak melawan bila ditangkap.Mereka tetap bersikap tertib sewaktu dalam tahanan di Depo polis Ceras.Mereka terus bersabar dan tenang walaupun ditangkap tanpa apa-apa kesalahan.

Mereka yang berhimpun di ibukota pada 1 Ogos yang lalu telah mengalami sendiri keganasan dan kezaliman polis. Walaupun tidak setara mana kalau dibandingkan dengan mereka yang dizalimi dengan akta zalim ISA , kini pengalaman pahit tersebut menambahkan lagi keyakinan mereka untuk datang menuntut penghapusan akta zalim ISA.Tuntutan ini akan berterusan selagi Umno/BN terus bersikap angkuh Ikut Suka Aku!

Tuesday, August 11, 2009

Umno buat demonstrasi biadab


11 Ogos, Ipoh: Jam 2.30 petang, kelihatan sekumpulan Melayu sedang berkumpul dibawah Wisma DAP. Mereka melaungkan takbir dengan semangat.Saya menyangkakan orang-orang PAS sedang berdemo membantah DAP ekoran isu arak di Selangor?


Rupa-rupanya puak-puak Umno! Kali ini mereka menggunakan Islam – kononnya mereka sayang dan perjuangkan Islam! Mereka mengadakan demo membantah kenyataan yang kononnya dibuat oleh Ketua Pemuda DAPSY Pusat , Anthony Loke Siew Fook.

Walaupun penafian dan laporan polis telah dibuat oleh Loke berkaitan kenyataan tersebut, segerombolan orang Umno yang tidak berpuas hati dan marah , telah pergi berkumpul di bahagian bawah Wisma DAP , jam 2.30 petang tadi.


Mereka yang tidak sampai jumlah 30 orang itu hanya sempat menggantung dua kain rentang kecil yang memaki hamun DAP berikutan isu kenyataan Loke keatas kenyataan Redhuan Tee.


Mereka sempat melaungkan takbir beberapa kali sewaktu berkumpul disitu dalam masa 10 minit dan segera beredar setelah 3 buah kereta peronda polis tiba di situ untuk menyuraikan keadaan. Tidak ada kejadian tangkapan berlaku.

Walaupun begitu, orang ramai boleh menilai sendiri bagaimana biadabnya mereka melalui tulisan-tulisan memaki hamun di kain rentang dan ‘poster’ yang mereka gunakan sewaktu demo kecil tersebut, langsung tidak melambangkan ciri-ciri Islam dan kesopanan bangsa Melayu.Seperti biasa, Umno menggunakan sentimen perkauman dan cuba memprovokasi etnik lain.

Teroris Tewas di Temanggung bukan Noordin Mat Top

Jakarta - Meski belum resmi, keluarga di Johor, Malaysia, telah mendapat informasi bahwa tersangka teroris di Temanggung bukanlah Noordin M Top. Lalu siapakah jenazah laki-laki itu?

Informasi yang diterima keluarga Noordin, jenazah yang tewas dalam penggerebekan Densus 88 selama 18 jam itu adalah Reno atau Ibrohim.


"Polisi juga belum memastikan, tapi ada dugaan antara itu (Reno atau Ibrohim)," kata juru bicara keluarga Noordin M Top di Johor, Badarudin Ismail, Selasa (11/8/2009).

Badarudin mengatakan, Reno adalah tersangka teroris yang terlibat dalam beberapa aksi pengeboman di Indonesia. Sementara Ibrohim adalah seseorang yang diduga terlibat dalam pengeboman di Ritz-Carlton dan JW Marriott, 17 Juli lalu.


"Reno itu kalau nggak salah terlibat bom Bali waktu 2003, kalau Ibrohim kan yang kerja di Hotel Ritz-Carlton itu," kata Badarudin.

Sebelumnya, pihak keluarga Noordin telah mendapat informasi tidak resmi dari polisi Indonesia bahwa jenazah yang tewas di Temanggung bukanlah Noordin M Top. Hal itu didasarkan dari tes DNA yang tidak cocok dengan anak Noordin.

Polisi menyatakan status Ibrohim saat ini masih buron. Sedang Reno pernah disebut-sebut polisi beberapa tahun silam, dikenal sebagai murid Azahari yang paling jago merakit bom dan status masih buron. (ken/nrl)

sumber : sini

ISU ARAK : KENYATAAN PENUH PAS SELANGOR

Pendirian PAS Selangor berhubung isu jual-beli arak di Selangor, PAS Selangor mahukan isu kontroversial melibatkan kawalan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri Selangor ini tidak dieksploitasi atau diputarbelitkan oleh mana-mana pihak sama ada individu atau mereka yang mewakili pertubuhan termasuklah pihak Umno dan Barisan Nasional.

Dalam hal ini melalui satu Mesyuarat Khas Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Ahad lepas, PAS Selangor telah menyambut baik segala maklum balas dan pandangan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak khasnya dari kalangan masyarakat Melayu/ Islam di negeri ini berhubung isu tersebut. PAS merakamkan ucapan ribuan terima kasih serta sangat menghargai segala bentuk sokongan dan galakkan serta pandangan yangpositif yang telah mereka tunjukkan itu yang mencerminkan keprihatinanrakyat terhadap isu ini.

Dalam pada itu PAS menegaskan bahawa ia tidak pernah menyarankan kepada ahli-ahlinya untuk menganjurkan sebarang “road show” bersama dengan Umno/BN kerana PAS Selangor yakin yang ia memiliki kekuatansendiri untuk membawa dan mempertahankan isu ini.

Melalui Mesyuarat Khas itu, PAS Selangor telah mengkaji dan menilai semula segala tindakan-tindakan yang telah diambil oleh parti berhubung isu ini dan menegaskan bahawa ia akan terus konsisten dengan tuntutannya agar segala jenis minuman arak yang diharamkan penjualan dan pembeliannya melalui Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tidak lagi dijual di kawasan majoriti penduduk Melayu/Islam di negeri ini.

Harus ditegaskan bahawa tuntutan itu bukannya ke arah "total ban" ataul arangan menyeluruh ke atas penjualannya seluruh Selangor tetapi sebaliknya hanya di kawasan majoriti Melayu/Islam sahaja demi membentuk sebuah masyarakat yang sihat dari gejala buruk akibat peminuman arak ini.

PAS Selangor juga ingin menegaskan bahawa ia tidak pernah sekali-kali menuntut agar YB EXCO Kerajaan Tempatan Selangor Tuan Ronnie Liu digugurkan dari barisan EXCO kerajaan negeri. Sebaliknya apa yang dituntut adalah perubahan jawatan itu dari penyandangnya kepada YAB Menteri Besar sendiri atau mana-mana Exco lain yang Menteri Besar fikirkan sesuai.

Selain itu PAS Selangor kini sedang meneliti cadangan yang diberikanoleh YAB Menteri Besar berhubung kawalan kendiri terhadap penjualan arak ini dan memohon agar Menteri Besar memberikan penerangan lanjut berhubung kaedah kawalan beliau itu beserta mekanismanya. Jika dalam tempoh sebulan ini kaedah tersebut didapati gagal atau tidak berjaya maka PAS Selangor akan mengemukakan cadangan-cadangan yang difikirkannya wajar untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

10 Ogos 2009

YB DATUK DR HASAN MOHD ALI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

Menteri campuri pentadbiran masjid WP

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali membantah sikap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kanan) yang didakwanya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

"Saya difahamkan dari sumber yang sahih, surat tersebut dikatakan ditujukan kepada JAWI yang akan dibawa ke dalam mesyuarat MAIWP selasa ini, mengarahkan JAWI membatalkan arahan-arahan dan tindakan JAWI sebelum ini dalam penyusunan semula pentadbiran masjid/surau," kata Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Lo' Lo' (kiri) juga mendakwa beliau difahamkan surat dari menteri Wilayah Persekutuan itu menggunakan nama timbalan perdana menteriyang kononnya mengeluarkan arahan tersebut, hasil dari mesyuarat kabinet yang mengarahkan JAWI menerimapakai senarai AJK masjid dan surau dari ketua-ketua bahagian

"Jika benar arahan tersebut dari timbalan perdana menteri, saya membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak bijak beliau kerana campurtangan politik Umno akan menghancurkan institusi masjid dan surau di Wilayah Persekutuan yang sedang dalam proses pemantapan dan menjadi lebih profesional," katanya..Baca lagi di sini

Saturday, August 8, 2009

Umno /BN gagal laksanakan 7 Wasiat DiRaja Melayu

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah: di sini

Patutlah rakyat tidak mendapat kesejahteraan, kedamaian dan keamanan kerana 'Tujuh Wasiat' tersebut telah dirobak rabek oleh Umno/BN sewaktu era Mahathir dahulu.Terbukti bahawa Umno/BN telah gagal untuk melaksanakan 7 Wasiat DiRaja Melayu.

Tetapi, kenapa baru hari ini rakyat baru mendapat perkhabaran tentang wasiat tersebut? Kenapa wasiat tersebut tidak pernah kedengaran sewaktu Mahathir melondehkan Raja-Raja Melayu dalam kempennya untuk meminda Perlembagaan Malaysia dahulu?

Siapakah yang menggadai dan memusnahkan Tanah Simpanan Melayu yang kini hanya tinggal sekangkang kera?

Sewaktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah rizab Melayu. Kini, jumlahnya sudah susut hingga hampir separuh, kerana jumlah yang tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja.

Di Selangor, hampir 9,000 hektar tanah rizab Melayu hilang (biasanya kehilangan ini ialah menerusi pengambilan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960).

Walaupun Perlembagaan Persekutuan mewajibkan setiap ekar tanah beri milik rizab Melayu yang diambil mesti diganti dengan jumlah keluasan yang sama (menerusi pemberian milik baru), Selangor hanya mampu menggantikan sekadar satu pertiga sahaja (34 peratus).

Di Kedah, kita difahamkan bahawa pada 1990 kira-kira 80 orang Melayu (pemilik tanah rizab Melayu di kawasan Pantai Chenang, Langkawi) hilang tanah mereka setelah ia diambil oleh PBN untuk membangunkan projek pelancongan Pelangi Beach Resort.

Di Negeri Sembilan, pada 1994 lebih 600 orang Melayu yang menduduki Kampung Mambau, Mukim Rasah, hilang tanah mereka (seluas 930 hektar) apabila PBN mengambil tanah mereka itu untuk membangunkan projek gergasi Seremban II.

Setahun sebelum itu, pada 1993 masyarakat petani di sekitar kawasan Kerpan, Kedah, kehilangan tanah mereka (melibatkan 167 lot tanah seluas lebih kurang 1,000 ekar) apabila PBN mengambilnya untuk projek ternakan udang harimau. Projek ternakan itu adalah usaha sama antara kerajaan negeri dengan kumpulan Ben Ladin dari Arab Saudi.

Di Johor, kira-kira 26,000 ekar tanah orang Melayu di sekitar Tanjung Langsat hingga Tanjung Piai juga telah hilang, setelah diambil untuk satu projek bandar baru.

Projek ini dikendalikan oleh syarikat milik Kuok Brothers, secara usaha sama dengan kumpulan UEM.

Di Melaka, penduduk Kampung Pantai Kundur dan Tanah Merah juga telah kehilangan tanah rizab Melayu mereka apabila ia diambil untuk pembinaan satu kawasan zon penampan oleh Petronas.

Di Terengganu, tanah orang Melayu di Pulau Redang (seluas kira-kira 300 ekar) diambil oleh PBN dan kemudian diserahkan kepada satu syarikat swasta milik seorang jutawan bukan Melayu.

Kesimpulannya, jika di bawah Enakmen Rizab Melayu yang sedia ada, pemilik tanah rizab Melayu terus dihalang menjual atau menggadai tanah mereka kepada orang atau institusi bukan Melayu, tanah tersebut tetap hilang (pupus) sedikit demi sedikit, tahun demi tahun, menerusi prosedur pengambilan tanah.

Sementara kita tidak mempersoalkan niat baik (bona fide) tindakan kerajaan negeri ataupun menolak rancangan pembangunan yang hendak dijalankan, soalan undang-undang yang berbangkit (dan yang secara jujur mesti dijawab) ialah kenapa PBN berkaitan terus gagal dan meremehkan kewajipannya menggantikan jumlah tanah rizab Melayu yang telah hilang?

Dari kaca mata rakyat, PBN adalah ketua atau pemimpin mereka. Berasaskan prinsip kepimpinan menerusi teladan, sewajarnya semua PBN (yang telah mengambil tanah rizab Melayu) segera melaksanakan kewajipan mereka untuk menggantikan jumlah yang hilang itu dengan membuat pemberian milik baru atas jumlah yang sama.

Kegagalan PBN melaksanakan kewajipannya di bawah Perlembagaan Persekutuan itu pastinya sedikit sebanyak menghakis kepercayaan masyarakat terhadap mereka yang memegang tampuk pemerintahan. Itu adalah undang-undang alam.

Kini, timbul pula niat hendak melonggarkan lagi ikatan dan menggugurkan halangan yang sedia ada. Tidak dinafikan niat kerajaan memang baik, iaitu hendak meningkatkan nilai pasaran serta kebolehpasaran tanah rizab Melayu di seluruh negara.

Tetapi bila kita lihat isu ini dari kesan jangka panjang, siapakah yang sebenarnya akan untung - pemilik tanah (orang Melayu) atau orang lain yang mengambil pajakan tanah rizab itu (usahawan atau peniaga bukan Melayu)?

Ah! Lebih senang dan tenteram bagi ku untuk mengingati wasiat Rasulullah yang ringkas dan mudah dihafal: Taraktu fikum amraini lantadhillu ma- tamassaktum bihima –kitaballahi wa sunnata Rasulihi – Aku tinggalkan pada kamu dua perkara ; kamu sama sekali tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya : Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya

Friday, August 7, 2009

Surat palsu fitnah Pemuda PAS dan GMI tersebar di Masjid India

KUALA LUMPUR, 7 Ogos - Surat palsu bertujuan untuk memfitnah Pemuda PAS dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah tersebar di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abd Rahman. Surat palsu yang ditujukan kepada peniaga-peniaga di kawasan itu, menggunakan kepala surat Dewan Pemuda PAS Pusat yang palsu.

Isi kandungan surat tersebut antara lain menyatakan kesediaan pihak PAS dan GMI bertanggungjawab diatas kerugian yang dialami peniaga serta bersedia membuat bayaran ganti rugi.

Surat tersebut juga mempunyai tandatangan palsu Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan dan cop palsu Dewan Pemuda PAS. Walaubagaimanapun surat tersebut tersilap meletakkan jawatan Ustaz Nasrudin.



Turut dilampirkan bersama surat itu ialah borang tuntutan taksiran kerugian.

Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad menerima surat tersebut daripada seorang peniaga yang menuntut ganti rugi.

Menurut Kamaruzaman surat tersebut telah diedarkan oleh mereka yang tidak dikenali.

Kamaruzaman yang juga timbalan pengerusi bagi Himpunan Mansuhkan ISA telah dihubungi oleh ramai peniaga lain disekitar Masjid India dan Jalan TAR bagi menuntut ganti rugi.

"Ramai yang menelefon saya bertanya bagaimana untuk memohon ganti rugi" kata Kamaruzaman

"Walaubagaimanapun, tidak kurang juga yang menelefon menyatakan kemarahan mereka kepada pihak polis kerana menyembur "water canon" dan menembak gas pemedih mata secara membabi buta" ujar beliau.

Selain itu Kamaruzaman berkata ada peniaga yang tidak puas hati dan bengang dengan tindakan polis mengarahkan premis perniagaan mereka ditutup.

Kamaruzaman memberitahu kepada peniaga supaya menuntut semua ganti rugi tersebut daripada pihak polis, kerana mereka yang menyebabkan kerugian tersebut.

"Sekiranya pihak polis tidak melepaskan gas pemedih mata dan water canon, mengarahkan kedai ditutup serta melakukan keganasan kepada peserta himpunan aman, peniaga tidak akan terjejas. Malah peniaga mungkin akan mendapat keuntungan yang lebih besar kerana kehadiran demonstran dari seluruh pelosok negara" tegas beliau.

http://pemuda.pas.org.my

Thursday, August 6, 2009

Demonstrasi Jumaat ini bersama Umno!

Benarkah bahawa Pas akan menganjurkan demonstrasi berkaitan isu Ronnie Liu di kawasan masjid pada Jumaat ini?

Pemuda Umno dah dok sibuk nak tumpang sekaki! Mungkin dia orang akan sponsor makan dan minum tengahari lepas Jumaat.

Orang ramai bolehlah daftar nama - mungkin boleh dapat upah nanti.Dijamin tidak ada bom asap atau hujan asid!

"Kami Pemuda UMNO ingin bertanya kepada Pemuda Pas, di masjid mana akan diadakan demonstrasi itu pada pukul berapa? Adakah sudah mendapat permit?

"Jika sudah mendapat permit, Pemuda UMNO bersedia untuk menyertai demonstrasi bersama Pas mendesak supaya Liu meletakkan jawatannya," katanya di sini

Wednesday, August 5, 2009

Husam : Percepatkan bayaran Royalti Kelantan.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam Musa mempersoalkan jarak pelantar minyak Kelantan jauh lebih dekat dengan perairan negeri itu berbanding dengan negeri Terengganu yang berjaya mendapatkan royalti mereka sebaik sahaja Pilihanraya Umum ke 12 lalu.

“Sekiranya diukur jarak pelantar tersebut dengan pantai Kelantan hanya 170 km berbanding dengan Terengganu 220 km. Dan nilai pengeluaran gas dan minyak dari pelantar tersebut sejak 2004 sehingga tahun lepas berjumlah RM46.8 bilion. Sedangkan di perairan Terengganu sebanyak RM36 bilion manakala Sabah (RM5 bilion). Ini bermakna jumlah pengeluaran dari perairan Kelantan lebih besar,” kata Husam.

Apa yang menjadi persoalan, jika benar negeri ini tidak layak mendapat habuan royalti ini, mengapa Jabatan Perangkaan dan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) menyenaraikan Kelantan sebagai negeri pengeluar minyak ? Husam minta kerajaan persekutuan mempercepatkan pembayaran hasil cari gali itu secepat mungkin.

"Buat apa hendak dikaji benda yang sudah nyata. Perjanjian bertindih ini membabitkan Thailand, Vietnam dan Malaysia. Tetapi untuk mengesahkan tuntutan kerajaan malaysia keatas kawasan minyak itu mesti berdasarkan kepada kedudu kan negeri yang terhampir iaitu Kelantan. Kalau dia kata offshore ini bukan milik kelataan, maka offshore itu secara automatik milik kerajaan Thailand. Biar rakyat menentukan apa yang akan dibuat dengan duit itu. Serah cepat, supaya rakyat dapat nikmatnya," tambahnya.

"Kalau kerajaan pusat bersedia bayar royalti, salurkan wang rakyat kepada rakyat sebelum Hari Raya Aidilfitri untuk ringankan beban mereka," ujarnya lagi.

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah tidak menafikan hak negeri ini untuk mendapatkan royalti ini.

“Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan. Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkeras menafikan hak rakyat kelantan untuk mendapatkan royalti minyak dengan alasan kerajaan negeri tidak berhak menagih hasil cari gali bahan bakar itu kerana kawasan operasi bahan itu terletak di kawasan tuntutan pertindihan di bawah perjanjian perairan antarabangsa melibatkan negara jiran, Thailand dan Vietnam.

Kenyataan melulu menteri itu seraya menutup peluang hak kesamarataan yang diraih negeri -negeri lain yang sedang enak menikmati royalti minyak seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu.

-TVAntara

Melawat Pelantar Minyak : Polis Tahan 30 wartawan

30 wartawan ditahan Polis Marin Pengkalan kubur ketika dalam perjalanan melawat tapak Pelantar Minyak Cakerawala, Bachok Kelantan.

Bot yang memuatkan jurukamera kami Fauzi Mohammad dan wartawan Suara Keadilan Rusnizam Mahat ini mengikuti jemputan kerajaan negeri kelantan melawat pelantar itu namun dihalang polis marin dari meneruskan perjalanan.

Namun setelah satu jam disoalsiasat, bot media ini dibenarkan untuk berlepas ke Laut China Selatan.

Pelantar Minyak Cakrawala mula mencuri perhatian masyarakat Malaysia apabila gagasan Pakatan Rakyat mula menekan kerajaan persekutuan supaya menyerahkan hak rakyat kelantan hasil dari cari gali minyak di perairan negeri itu.

Husam yang turut serta dalam lawatan ke pelantar itu berkata alasan kawasan opeasi bahan itu beritndih dengan negara lain tidak munasabah kerana melalui kerajaan negerilah pelantar itu disahkan milik kerajaan Malaysia.

Turut bersama dalam delegasi ke pelantar minyak kontroversi itu adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Exco Kelantan, Husam Musa, Ahli Perlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar, Timbalan Speaker Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan beberapa ADUN Kelantan. -TVAntara

Monday, August 3, 2009

Tindakan polis luar biasa

PULAU PINANG, 3 Ogos (Hrkh) - Unit Ehsan Pulau Pinang kesal terhadap tindakan polis menangkap dan melokap Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Permatang Pauh merangkap Ahli Majlis Perrbandaran Seberang Perai (MPSP), Che Amat Hashim kerana tujuh kesalahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Unit Ahsan Pulau Pinang, Amizudin Ahmat dalam kenyataan akhbarnya berkata, selama ini tangkapan dibuat kerana berceramah tanpa permit tetapi kali ini ditahan kerana kononnya penceramah tiada dalam senarai permit semasa pilihan raya Kecil Penanti.

"Tindakan polis dilihat luar biasa kali ini kerana menahan dan melokap kerana penceramah tiada dalam senarai permit semasa pilihan raya kecil Penanti," jelasnya.

Che Amat katanya, terpaka membayar wang ikat jamin maksima RM14 ribu dan bermakna setiap kesalahan di bawah Akta Polis 1967 beliau dikenakan RM2 ribu.

Baru-baru ini beliau dihadapkan ke Mahkamah Bukit Mertajam dan mengaku tidak bersalah pada setiap kesalahan.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan denda antara RM2 ribu sehingga RM10 ribu atau penjara setahun untuk setiap kesalahan.

"Unit Ehsan Pulau Pinang menyeru semua pendokong Pakatan Rakyat beramai-ramai ke Mahkamah Bukit Mertajam di Jalan Betik pada 27 Ogos ini untuk memberi sokongan moral terhadapnya serta berharap semua pimpinan KeADILan dan Pakatan Rakyat menghulurkan bantuan termampu untuk menanggung kos yang dikenakan," tambah beliau selanjutnya. - mns_

Polis Langgar Prosedur Tahan Kanak-Kanak Bawah

Bapa kepada tiga tahanan bawah umur berasa kecewa diatas tindakan pihak polis menahan anaknya tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang.

Kadeni Haji Jamaludin, 51 yang ditemui di lobi Mahkamah Sesyen berkata dengan nada kesal bahawa penangkapan anaknya itu tidak diberitahu oleh mana-mana pihak berkuasa sehingga menyangka anaknya telah hilang.

Beliau berkata sebagai seorang bapa beliau percaya anaknya tidak terlibat dengan mana-mana demontrasi pada 1 Ogos lalu dan menegaskan tindakan polis menahan dan menggari kanak-kanak bawah umur adalah tidak masuk akal.

“Saya yakin anak saya tidak terlibat dengan demontrasi itu kerana mereka mengaji sekolah agama dan datang ke sini bukan atas tujuan menyertai perarakan berkenaan, kalau benar pun, mereka akan pergi dengan saya.

“Saya kesal pihak polis tidak menghubungi waris selepas melakukan penangkapan, malahan mereka juga dikatakan menahan reman anak saya tanpa peguam. Ini adala tidak mengikut prosedur, justeru saya akan cuba buat aduan.

Kadeni bapa kepada Faizuddin Hashim 16, Kamarul Nadir 18, dan Abu Ubaidah Jallaludin 20 merupakan antara 600 orang yang ditangkap kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Sementara itu, seorang remaja Ammar Belatif 13 tahun yang turut ditangkap berkata beliau sama sekali tidak terlibat dalam demontrasi berkenaan.

Ujarnya, dia hanya datang ke kompleks Pertama untuk membeli kasut tetapi telah dikepung oleh polis dan terus ditahan secara keras.

“Kami tidak dapat berbuat apa kerana terus ditangkap oleh FRU ke Balai Cheras tunggu sehingga tujuah dan dibawa Balai Polis Petaling dan Bukit Jalil. Kemudian jam 2.30 petang baru dibebaskan.
“Layanan teruk yang kami terima adalah tidak diberi makan di Balai Polis Petaling sehingga peguam datang pada jam 12 pagi hari sabtu itu. Jika peguam itu tidak datang pasti sehingga pagi kami tidak makan. -TVAntara

Zalim : Polis tangkap sekeluarga kerana bantah ISA

Polis beria-ia sangat mahu menahan reman sehingga 4 hari keatas baki 63 tahanan kerana menyertai Demo Anti ISA kelmarin , termasuk dua remaja bawah umur, Ammar Bad Latif,13 dan Suhaib Mat Sah, 16.

Majisteret yang mendengar permintaan reman tersebut walau bagaimanapun , menolak permintaan polis dan membebaskan mereka yang dibawah umur itu tengahari tadi.

Namun keduanya tidak akan terlepas dari dakwaan dan akan kembali ke mahkamah untuk pendakwaan.

Dua Ibu kepada dua remaja dibawah umur tersebut, Nashita Md Noor dan Norlaila Othman, juga turut ditangkap sewaktu mengadakan Demo Mansuh ISA kelmarin. Mereka adalah anggota Gerakan Mansuh ISA (GMI)

Bapa Suhaib , suami kepada Norlaila , Mat Sah Sartray adalah seorang tahanan ISA . Beliau ditangkap atas dakwaan sebagai anggota kumpulan militan KMM.

Lebih kurang 40 remaja bawah umur telah ditahan kelmarin; tetapi mereka semua dilepaskan ; mengapa mereka berdua ini mahu terus ditahan dan didakwa?