Showing posts with label PATRIOTIK. Show all posts
Showing posts with label PATRIOTIK. Show all posts

Wednesday, March 17, 2010

Mereka datang untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan 'kita juga bagi mereka makan-makan


Alahai, demikian kata Shafie Afdal - Dua ribu orang Asli datang ke Putra Jaya untuk bersantai …

Mujurlah ada Malaysiakini yang melaporkan bahawa bas yang membawa sekitar seribu orang itu telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di kompleks Jabatan Perdana Menteri dan disuruh berdialog dengan menteri yang berkaitan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu; sementara seribu lagi di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan. Baca di sini

Friday, December 4, 2009

Malaysia mungkiri Perjanjian Damai hadyai

Kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Setelah 20 tahun Perjanjian Damai Haadyai dimeterai antara Parti Komunis Malaya (PKM), kerajaan Malaysia dan kerajaan Thai, sejauh manakah janji yang termaktub dalam persetujuan ini ditunaikan?

Seperti yang dijanjikan, PKM telah menamatkan perjuangan bersenjatanya; kerajaan Thai pula, menghulurkan bantuan kepada anggota PKM untuk memulakan kehidupan baru.

Kerajaan Malaysia kini menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi apabila mengumumkan bahawa Chin Peng tidak dibenarkan untuk pulang ke tanahairnya.[klik sini]

Artikel menarik yang berkaitan : [klik sini]

Friday, November 13, 2009

Wanita muda cemas nak kena...

Polis berjaya menyelamatkan wanita berumur lingkungan 20 tahun daripada rogol.Mangsa telah diikat dan hampir diperkosa oleh seorang penceroboh yang berjaya memasuki rumahnya di Kota Damansara kelmarin.

Mangsa yang tidak bekerja itu baru sahaja pulang ke rumahnya pada jam 6 petang tyetapi terlupa mengunci pintu hadapan rumahnya.Penceroboh yang berumur 30 tahun tersebut menyelinap masuk sambil menghunus sebilah pisau.

Mangsa ternampak penceroboh tersebut lalu menalipon kawannya untuk minta tolong.Difahamkan, kawan itu tanpa berlengah lalu segera menghubungi polis dan polis tiba tepat pada masanya.

Wanita itu terselamat atas tindakan segera polis.Terima kasih kepada polis.
Sumber : sini

Sunday, September 13, 2009

Baling kasut Dapat Rumah

Keluarga Al-Baghdadiya , wartawan TV , Muntadhar al-Zeidi
membuat persiapan untuk menyambut kepulangannya selepas
dipenjara 9 bulan kerana membaling sepatu kearah
Presiden Bush.

Baghdad - Sengsara membawa nikmat. Mungkin itulah perumpamaan yang tepat diberikan kepada Muntazar al-Zaidi, wartawan Irak yang berani melempar George W Bush dengan sepatu pertengahan Desember 2008 lalu.

Setelah merengkok dalam penjara selama 9 bulan, Zaidi akan dibebaskan dari penjara 14 September ini (esok). Sebuah rumah dengan 4 bilik tidur telah menunggunya di luar. Rumah baru itu merupakan hadiah dari kantor tempat Zaidi bekerja, Al Baghdadia TV. Demikian seperti dilapor allheadlines.com, Kamis (10/9/2009).

Bukan sekadar itu sahaja, sebuah kereta baru hadiah dari orang tak dikenal juga sedang menanti Zaidi. Itu belum termasuk wang yang dikirim oleh para dermawan, beberapa tawaran menikah, dan lain-lain untuknya.

Para editor Al Baghdadia TV mengatakan mereka telah menerima banyak permintaan dari perempuan yang hendak menikahi Zaidi. Selain itu banyak pula datang tawaran harta benda, berupa wang, kereta, hingga kuda berpelana emas dari Moroko. Seorang warga Arab bahkan bersedia membeli sepatu Zaidi dengan harga USD 10 juta.

"Pemilik syarikat swasta telivisyen (Al Baghdadia) telah membina sebuah rumah baru buat Zaidi dan keluarganya. Ramai pula orang yang menghubungi kami menawarkan berbagai hadiah," kata produser Al Baghdadia TV, Anas Al Bayaty

Saturday, August 15, 2009

Bendera : Jangan lupa minta resip bila beli

Ah! nampaknya negeri-negeri Pakatan Rakyat elok sangatlah pi boikot ramai-ramai jangan kibarkan bendera Malaysia pada bulan Merdeka ini. Buat apa bersusah payah membeli bendera yang kemudiannya akan disoalsiasat SPRM!

Dari mana kamu beli bendera ini? Berapa harga kamu beli? Mana resip pembelian ? dari mana kamu dapat duit beli bendera ini? Kamu tahu ada berapa jalur merah pada bendera yang kamu beli? Ada berapa bucu bintang ...bla..bla...bla dari pagi sampai malam; malam sampai pagi.....

Ingat senang ke bila SPRM soalsiasat kita? Terkencing terberak bila kena sergah . Silap-silap kena sergah melatah terjun tingkap dan 'bedebub' jatuh 14 tingkat kebawah macam TBH hari itu. Nasib baiklah kalau sekadar cedera kat kaki macam kes terbaru di sini

Aku naik hairan dan geli hati bila tengok orang nak nyambut Merdeka ini macam berpesta main kibar-kibar bendera. Begitukah cara kita mempamerkan semangat patriotik kita?