Saturday, April 24, 2010

Nik Aziz: Undilah calon PR Zaid Ibrahim


(Free Malaysia Today) - Perjuangan Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional adalah salah kerana mereka sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum.

"Akibat dari amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu," kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perutusannya kepada para pengundi Hulu Selangor.

Menurut beliau yang juga Mursyidul Am PAS, lebih menjadi kesalahan apabila membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.

Beliau menambah, kemudian berlaku pula pengasingan hak Melayu dengan hak bukan Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS.

Paling teruk katanya, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-Barisan Nasional (BN) dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat.

"Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak terus diberi," terang beliau.

Apa yang berlaku katanya, ‘royalti’ ditukar kepada ‘ihsan’ dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.

Tuesday, April 20, 2010

Kalau Hati Dah Busuk…"


Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat tak nampak. Itulah yang saya tahu mengenai A. Kadir Jasin, seorang wartawan dan pengarang terkenal yang berkhidmat penuh setia di bawah rejim Dr Mahathir Mohamad dahulu. Secara peribadi, saya tak pernah kenal mesra dengan Kadir. Oleh itu saya hairan mengapa dalam blognya dia telah begitu bersungguh-sungguh melemparkan tuduhan liar tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab terhadap kebenaran. Malah saya tak pernah bertemu dengan mana-mana wartawan atau pengarang yang begitu hitam kesumatnya sehingga sanggup memfitnah orang lain seperti Kadir ini.

Dalam blognya, dia menggelar saya Hurricane Hattie, satu watak kartun tahun 60-an yang suka mengacau orang lain. Saya ini dianggap oleh Kadir sebagai pengacau dalam UMNO dan kini pengacau dalam PKR. Dia kata dia tidak berniat jahat tetapi setiap ayat yang ditulisnya berbau busuk dan jahat. Dia kata saya ini kaya-raya kerana UMNO. Tuduhan ini sebiji sama dengan tuduhan “boss” Kadir, iaitu Dr Mahathir Mohamad. Dia tuduh kononnya saya kaya setelah UMNO diharamkan. Saya kononnya menjadi orang perantaraan dalam penyelewangan harta UMNO tersebut. Jadi dari situlah harta UMNO hilang dan orang seperti saya menjadi kaya-raya. MasyaAllah!

Selalunya orang yang berlatarbelakang kewartawanan seperti Kadir sepatutnya membuat penyelidikan dahulu supaya semua fakta lengkap dan tepat bagi memastikan tulisannya adil dan seimbang. Saya boleh menerima tuduhan asalkan ada fakta dan maklumat yang tepat. Tapi nampaknya Kadir tidak pernah berubah sikapnya sebagai budak suruhan.

Sejak zaman dulu, kewartawanan yang dibawanya memang propaganda basi dan bohong semata-mata. Sebagaimana yang diajar kepada budak-budak wartawannya, cara tulisan Kadir hanya mahu ajak ramai orang merasa benci kepada saya. Walaupun apa yang ditulis itu adalah fitnah dan tidak berasas.

Kadir patut sedar bahawa propaganda murahan zaman dia berkuasa di Straits Times sudah tak laku lagi. Lebih baik bagi Kadir jika dia menyatakan apa yang benar. Ramai orang tahu Kadir baik dengan Tun Daim Zainuddin, iaitu Bendahari UMNO pada masa itu.

Sudah tentu rapat juga hubungannya dengan Presiden UMNO Baru, Dr Mahathir. Begitu juga dengan orang kaya UMNO, Tan Sri Halim Saad. Peguam Negara pada masa itu pula ialah Tan Sri Abu Talib yang bertanggungjawab kepada pejabat Official Assignee tahu kemana harta UMNO pergi; semua mereka ini masih hidup. Biarlah mereka yang mendedahkan penyelewengan ini.

Berilah fakta dengan tepat bagaimana, jika benar, saya “meraih” harta tersebut. Sebenarnya orang seperti Kadir tak ada apa-apa selain dari membuat tuduhan liar.

Seperti yang saya terangkan dalam buku saya, Saya Pun Melayu, saya tidak pernah menjadi orang kanan UMNO dan rapat dengan pemimpin tertinggi UMNO. Saya tak sampai taraf Kadir yang berselisih bahu dengan pucuk pimpinan UMNO waktu Mahathir hebat dulu. Saya bukan peguam korporat UMNO. Yang jadi peguam korporat UMNO masa itu adalah Rashid & Lee, termasuklah Ketua Hakim Negara yang ada sekarang.

Saya hanya buat seketika menjadi peguam kepada UEM dalam kes penswastaan Lebuh Raya Utara Selatan. Saya tidak pernah terlibat dalam apa–apa corporate deals berhubung Tan Sri Halim atau sesiapa pun. Ini semua telah saya jelaskan dalam buku saya tanpa berselindung.

Orang macam Kadir ini masih ramai dalam pimpinan UMNO. Mereka tahu apa yang sebenar berlaku. Malah ramai pula yang dapat habuan dari UMNO. Agaknya mereka rasa bersalah dan cuba nak palit dengan orang lain pula. Bila mereka rasa besar diri dan sedar ramai ahli biasa UMNO tidak mengetahui banyak hal-hal dalaman, mudah bagi mereka membuat tuduhan terhadap orang seperti saya untuk melindungi penyamun yang sebenar.

Pada zaman Kadir bermaharajalela sebagai pengarang untuk media milik UMNO, saya hanyalah ahli UMNO biasa. Jadi dia rasa mudah untuk membuat tuduhan palsu supaya orang benci saya. Mungkin bila Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Malaysia, kita akan tahu cerita sebenar; bukan sekadar macam mana harta UMNO hilang tetapi juga mengapa UMNO diharamkan atau dimatikan. Malah mungkin juga terbongkar rahsia siapa penyamun sebenar.

Agaknya boss-boss Kadir takut saya berjaya dalam usaha kecil saya untuk merapatkan parti-parti pembangkang sebagai satu wadah kukuh serta mempunyai dasar bersama untuk melawan Barisan Nasional. Jadi wartawan pencen pun digunakan untuk memburuk-burukkan peribadi orang. Golongan ini tahu jika satu dasar bersama dijayakan oleh Pakatan, banyak masalah dalaman akan selesai dan Pakatan akan bersiap sedia untuk menggantikan BN sebagai pilihan rakyat.

InsyaAllah, jika rakyat memberi mandat, kerajaan pusat Pakatan Rakyat akan memberikan kebebasan kepada semua media untuk memilih pengarang yang benar-benar jujur, ikhlas dan berani dalam profesion mereka di kalangan wartawan sebenar. Ini akan memastikan tidak ada lagi political assassins seperti Kadir yang hanya tahu menembak curi orang-orang yang berjuang demi rakyat dan demokrasi.

Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan UMNO yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk.

sumber

Friday, April 16, 2010

Mufti Harussani bersekongkol dengan akhbar Haram

Malaysiakini hari ini melaporkan, Mufti Perak Harussani berkata, bahawa "orang yang sokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, tidak beriman"

Beliau menafikan telah menamakan Khalid Samad secara khusus.Kenyataan tersebut dikeluarkan secara umum melalui sebuah akhbar tabloid haram

Maka adakah Yussuf Al-Qaradhawi itu tergulung sebagai orang yang tidak beriman kalau ikut piawaian sang Mufti ini? Lihat sini

Malah, Mufti ini turut menuduh PAS sebagai tidak beriman kerana PAS membuat ketetapan bahawa tidak ada halangan untuk masyarakat bukan Islam untuk menggunakan nama Allah.

Nampaknya, Mufti telah meletakan dirinya dalam keadaan dimana beliau telah menuduh orang lain tidak beriman; dan kalau orang tersebut sebenarnya beriman, maka kufur itu kembali kepada dirinya sendiri.

Apa yang jelas disini adalah penglibatan beliau sendiri dengan sebuah penerbitan akhbar tabloid yang haram.Kita tidak mahu pula beliau dicop sebagai Mufti Haramsani kerana sanggup bersekongkol dengan satu penerbitan akhbar haram

Isu Pasar Gunung Rapat : selesaikan dengan baik- Dr Lee Boon Chye.



Berhubung dengan isu ‘roboh dan bina’ Pasar Gunung Rapat Ahli Parlimen Gopeng , Dr Lee Boon Chye turut menyatakan bahawa beliau menaruh harapan yang besar isu tersebut akan dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik bagi semua pihak.

“Dato Bandar harus mendengar pandangan dan pendapat para penjaja dan mencari satu cara penyelesaian yang paling baik,” katanya.

Beliau berharap pertemuan antara wakil penjaja dengan Dato Bandara pada 30 April ini akan dapat solusi yang terbaik.

Wednesday, April 14, 2010

Cerita terbaru dari Amerika

Huh! The Fabulous Riding MP?


Aha! The fabulous so called Riding MP is enjoying life in America.Its spring time now, he said ; when technically, he started having his 'spring' way back down in Malaysia then!


"Well, picture says a thousand words " kata Zul Kulim di blognya


My lovely dear
spring is here
with thousands of cheer
flowers blooming
colours brightening
the sun shining
people smiling
here I am
always thinking
forever dreaming
of you my darling




Thursday, April 8, 2010

Mayat berjalan sendiri

Di Kampung Toradja (Indonesia) terdapat satu ilmu hitam yg luar biasa(seher) dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. Kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau.

Jika ada kematian di kampung Toradja , maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya.

Kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kampung dari mengurus mayat tersebut.

Monday, April 5, 2010

Tahniah kepada Pengarah SPR yang baru dilantik!


Ha! ha! ha! mentang-mentang dah dekat menjelang pilihanraya kecil di Hulu Selangor, Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar telah melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi SPR yang baru. Tahniah kepada Umno Selangor . Lihat beritanya di sini