Showing posts with label PERAK. Show all posts
Showing posts with label PERAK. Show all posts

Friday, April 16, 2010

Isu Pasar Gunung Rapat : selesaikan dengan baik- Dr Lee Boon Chye.



Berhubung dengan isu ‘roboh dan bina’ Pasar Gunung Rapat Ahli Parlimen Gopeng , Dr Lee Boon Chye turut menyatakan bahawa beliau menaruh harapan yang besar isu tersebut akan dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik bagi semua pihak.

“Dato Bandar harus mendengar pandangan dan pendapat para penjaja dan mencari satu cara penyelesaian yang paling baik,” katanya.

Beliau berharap pertemuan antara wakil penjaja dengan Dato Bandara pada 30 April ini akan dapat solusi yang terbaik.

Monday, March 29, 2010

Hoi polis! tangkaplah Ganesan itu!


Berikutan dengan laporan polis yang dilakukan oleh Ganesan yang mendakwa Sivakumar telah menyamar sebagai Speaker, pihak polis telah memanggilnya untuk memberi keterangan disini pada jam 12.00 tengahari.

Apa punya bengap polis kita ni! Bertindak cepat tapi tidak tepat! Takanlah tidak tahu yang mana satu yang menyamar sebagai speaker? Terlalu seronok dapat gaji baru hingga tidak tahu membezakan yang mana satu 'mutiara ' dan yang mana satu biji mata kucing!

Oh lupa! Ketua mereka hanya lulusan diploma sahaja, tapi ngaku ada ijazah konon.... padanlah.

Sepatutnya polis kena tangkap Ganesan itu. Semasa persidangan DUN pada 7 lepas dulu tu, polis Perak telah melarang orang awam daripada berada berhampiran bangunan SUK dalam lingkungan 300 meter kalau tak silap.

Beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat yang mendapat jemputan Speaker Sivakumar untuk hadir pun tidak dibenarkan masuk.

Tapi bagaimana Ganesan ini boleh masuk kedalam dewan? Dia bukan ahli dewan dan bukan petugas di bangunan SUK? Kenapa polis tidak tangkap Ganesan ini ?

Malahan, yang paling melucukan, macam mana Ganesan ini boleh dilantik sebagai speaker? Persidangan belum diresmikan , mesyuarat belum bermula ....Hoi polis! tangkaplah Ganesan tu!

Thursday, February 11, 2010

Zambry tetap MB Haram ...

Selangor Kini Online) - Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat-melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembagaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.
Komen : Rakyat tolak keputusan mahkamah yang memperakui rampasan kuasa di Perak. Zambry jenis tidak tahu malu.Dia sepatutnya kembalikan kepada rakyat untuk membuktikan samada rakyat benar-benar mahukannya atau sebaliknya.

Tuesday, February 9, 2010

Zambry mendaulatkan pisang raja?

Kerana terlalu gembira diatas kemenangannya hari ini , Zambry Kudeta yang keparat itu telah buat kenduri khas untuk meraikan beruk-beruk umno hingga sanggup mendaulatkan pisang kerana nama pisang itu ada taitel 'Raja' [klik sini]

Monday, February 1, 2010

Berapa punya bengap si Zambry Kudeta

Kali ini terbukti sungguh bahawa MB Kudeta Perak si Zambry itu seorang yang tersangat bengap melalui wawancara Setahun Melayari Arus di Perak FM hari ini.

Zambry telah mencabar PR membubarkan 28 kerusi yang dimenangi secara sah dalam pilihanraya yang lalu.

Dia ingat Adun Pakatan Rakyat ini bengap macam dia! Kalau seseorang Adun meletak jawatan, bermakna dia tidak boleh bertanding lagi untuk selama 5 tahun yang akan datang.Bangang betul Zambry ini! Siapa yang mahu diperbodohkan macam itu?

Yang mudahnya, kalau Zambry benar-benar anak DKI (Darah Keturunan India), bubarkanlah DUN negeri Perak supaya rakyat buat pemilihan yang baru.Beranikah?

Setakad bubarkan kerusi 3 katak itu pun dia tidak berani inikan pula mahu bubarkan DUN Perak! Poodah!

Wednesday, January 27, 2010

Zambry serta exconya bagai cacing kepanasan

Love Perak

Keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah akan dibuat pada 9 Februari ini, Seluruh rakyat Perak hatta Malaysia sendiri kini tertumpu untuk mengetahui perkembangan terkini isu itu.

Rakyat sudah bosan menyaksikan apa yang berlaku di depan mata mereka sekarang. Soalnya sekarang, apakah akan berlaku jika benar telahan semua pihak keputusan itu akhirnya berpihak kepada Datuk Seri Ir.Mohd Nizar Jamaluddin?.

Ramai dikalangan pemimpin UMNO BN Perak yang tidak suka ini berlaku. Malah Exco Perak Hamidah Osman sendiri mengatakan bahawa satu penghinaan kepada institusi raja dan kehakiman bagi mereka yang membuat spekulasi bahawa mahkamah akan berpihak kepada Nizar dalam kes ini.

Itu bukti jelas bahawa mereka amat takut jika MB Zambry Kadir tumbang pada kali ini. Jika dulu, Mahkamah Rayuan menidakkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar adalah MB yang sah. Kini mereka amat gusar dengan keputusan yang akan dibuat itu sebenarnya.

Zambry Kadir dan barisan exconya kini "tidur tak lena mandi tak basah" gara-gara menanti satu keputusan yang bakal menggugat kedudukannya sekarang ini.

Apapun keputusan yang akan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, ternyata kini bahawa Zambry Kadir adalah "MB Haram" yang telah memerintah Negeri Perak tanpa amanat rakyat.

Maka, atas undang-undang mana yang beliau gunakan untuk luluskan Bajet Negeri yang mencecah billion ringgit itu agaknya.

Walhal beliau bukanlah MB Perak yang sah lagi sebenarnya. Mahkamah tertinggi negara belum memutuskan perkara ini, sewajarnya Zambry tidak boleh terkinja-kinja mengatakan BN menang di Perak dan beliau MB yang sah.

Cara perlantikkan dan kemenangan yang cukup memalukan itu jelas sekali menipu rakyat. Hak rakyat untuk pilihanraya semua dinafikan atas berbagai alasan yang tidak munasabah. Walhal BN takut untuk berhadapan dengan suara rakyat itu sendiri sebenarnya.

Mereka tahu, bahawa majoriti rakyat Perak tidak mahu lagi UMNO BN mentadbir negeri itu. Mereka mahu Pakatan Rakyat berkuasa kerana yakin dengan corak kepimpinan dan masa depan mereka.

Sungguh memalukan, gara-gara terlalu kemaruk untuk berkuasa maka Zambry Kadir membelakangkan perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. Mengaku beliau adalah MB yang sah, sedangkan keputusan mahkamah tertinggi masih belum dimuktamadkan.

Rakyat juga amat terkejut, dalam keadaan MB Perak yang masih "tergantung" itu, pihak polis sanggup bertindak keras terhadap ADUN Pakatan Rakyat ketika Sidang Dewan Undangan Negeri di adakan sebelum ini.

Akhirnya berlakulah berbagai peristiwa yang cukup memalukan negara di mata dunia seperti membenarkan pihak polis masuk ke dalam DUN, mengangkat dan mengheret speaker keluar dewan serta bertindak kejam terhadap ADUN Pakatan Rakyat hingga berlakunya Mesyuarat DUN di bawah pokok selepas itu.

Semua ini adalah satu rentetan daripada penghinaan buat Kerajaan Negeri Perak itu sendiri. Anehnya suara rakyat terus dinafikan, sehingga ke hari ini.

Dan kini, nampaknya keputusan yang sudah pasti cukup menggemparkan akan berlaku. Siapakah MB Perak yang sah akan diketahui 9 Februari ini.

Jika Zambry menang, maka beliau akan terus kekal sebagai MB Perak. Namun, bayangkan jika Nizar menang?

Bukankah satu episod yang lebih memalukan akan berlaku di Perak selepas ini. Apapun sama-sama kita nantikan episod terakhir ini.

Difahamkan Pakatan Rakyat telah mengarahkan jentera pilihanraya mereka bersiap sedia sekarang ini. Ini berikutan terdapat spekulasi Nizar akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sekiranya beliau menang dalam kes ini.

Jika ini berlaku, sudah pasti ramai pemimpin UMNO BN akan bertambah terluka sebenarnya. Mereka amat takutkan suara rakyat, malahan mereka tahu rakyat akan menghakimi mereka selepas ini.

Justeru itulah mereka tidak mahu suara menentukan siapakan MB dan kerajaan yang mentadbir Perak diserahkan kepada rakyat.

Apa yang penting, sudah pasti ramai ADUN dan Exco Perak sedia ada sekarang ini bakal berputih mata sekiranya pilihanraya negeri diadakan semula.

Kemungkinan besar Zambry dan Hamidah juga akan tumbang di kawasan mereka sendiri. Inilah yang amat ditakutkan sangat oleh puak mereka.
sumber : Harakahdaily

Wednesday, January 20, 2010

Mengingati Tragedi Hitam Satu Perak

Ipoh, Feb 20 - Pakatan Rakyat Perak hari ini melancarkan kempen 15 hari yang disebut "Mengingati Tragedi Hitam Satu Perak" untuk menandakan amaran satu tahun dari "rampasan kuasa" oleh Barisan Nasional pada 6 Disember tahun lalu.

Mentri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan rakan-rakannya di PR akan menyebar di seluruh bahagian negari untuk mengingatkan rakyat Perak tentang peristiwa yang telah mengakibatkan jatuhnya kerajaan PR.

"Kami mahu rakyat mengingati tragedi Februari 6 melalui rampasan kuasa oleh BN. Kami mahu mengingatkan rakyat peristiwa yang telah lama berlaku dan kami ingin menjelaskan supaya rakyat mengetahui kesan negatif yang telah berlaku dalam negari, "katanya dalam sidang akhbar pada saat pelancaran kempen di rumahnya di Sungai Rokam di sini hari ini.

Nizar mengatakan bahawa wakil PR akan tetap terus berkhidmat kepada rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil rakyat ditempat masing-masing.

"Kami akan mengingatkan mereka bahawa dalam 11 bulan terakhir ini, kita telah menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan selari BN dan bahawa meskipun keterbatasan kita, kita harus mulai bekerja sebagai sebuah kerajaan yang mereka telah pilih," katanya.

Dr Khairuddin Abd Malek, Timbalan Pesuruhjaya PAS , mengetuai jawatankuasa untuk kempen, mengatakan bahawa di antara program-program yang akan diadakan selama 15-hari kempen itu ialah pertandingan penulisan esei, pertandingan pidato, pertunjukan budaya antara kaum, sebuah drama komedi tentang bagaimana Speaker PR V Sivakumar telah diangkat ke bilik stor, dan " Ekspedisi Demokrasi ", yang akan menjangkau seluruh pelosok negari.

Ekspedisi tersebut , katanya, akan bermula dari "Pokok Demokrasi" dimana Ahli Dewan Pakatan Rakyat pernah mengadakan persidangannya di situ pada tarikh 3 Mac 2009 yang lalu.

"Dari sana, kita akan melakukan perjalanan dengan bas melalui pelbagai kawasan pilihan raya. Satu ekspedisi akan melalui Jelapang, Kuala Kangsar, Bagan Serai, Taiping, Changkat Jering dan beberapa tempat lain sebelum berakhir di Parit Buntar.
"Ekspedisi lain akan melalui kawasan pilihan raya seperti Batu Gajah, Tapah, Bidor, Behrang dan kemudian berakhir di Teluk Intan," katanya.

Dr Khairuddin menambah bahawa jawatankuasa juga mempunyai rancangan untuk menyusun sebuah "Pendengaran Majlis Syariah" Syariah dimana pakar Syariah akan menjelaskan apa yang didakwa bahawa rebutan kuasa di Perak adalah bertentangan dengan prinsip Islam.

"Apa yang kami lakukan adalah bertujuan untuk mengingatkan orang ramai tentang kebenaran berlakunya krisis demokrasi di Perak. Kami juga ingin menaikan semangat rakyat menjadi supaya berani untuk menolak salah laku BN, "katanya.

Kerajaan PR jatuh secara rasminya ke tangan BN pada 6 Disember tahun lalu dimana pada saat itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah jawatannya sebagai Mentri Besar dalam suatu upacara dihadapan Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Upacara ini diadakan dua hari selepas ahli parlimen Bota Datuk Nasarudin Hashim, yang telah keluar UMNO untuk menyertai PKR, tiba-tiba kembali semula kepada UMNO, dan tiga orang lain, adun Changkat Jering Mohd Osman Mohd Jailu, adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan adun Jelapang Yit Foong Hee masing-masing dari PR menjadi Bebas dan berpihak kepada BN.


Pada masa yang sama, Pakatan Rakyat hari ini telah melancarkan pelekat kereta sebagai kempen tersebut./

Saturday, October 31, 2009

Kerajaan kudeta luluskan bajet dalam masa 20 minit ?

Pada 28/10/2009 BN telah meluluskan ‘Bajet Cocacola’ dalam masa 20 minit. Rekod dunia!

Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan BN yang tidah tidak sah di negeri Perak kerana ia dibentangkan dihadapan seorang Speaker yang tidak halal dan lagi Dato Seri Zambry dan barisan EXCOnya tidak patut berada dalam dewan kerana mereka telah digantung daripada menghadiri persidangan oleh Jawatankuasa Hak & Kebebasan

Pada tahun 2008, Palatan Rakyat mengendalikan bajet selama 4 hari. Baca di sini

Monday, October 26, 2009

Ganesan adalah penyamar dan penipu

Ganesan bukan sekadar speaker haram, malah terbukti ianya seorang penipu.Itu kata DS Nizar, merujuk kepada Datuk Ganesan, speaker lantikan Barisan Nasional.

“Ganesan telah mem ‘backdated’ kan surat perletakan jawatannya sebagai peguam,” terang Nizar sewaktu berucap di majlis Hari Terbuka Pakatan Rakyat di Medan Istana malam kelmarin.

"Kami dapat tahu sebab dimaklumi oleh Majlis Peguam Malaysia," kata Nizar.

“Ganesan memakai jubah speaker yang palsu, kerana jubah sebenar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak masih dipakai oleh speaker yang sah, V. Sivakumar.Ternyata , bahawa Ganesan cuba menyamar sebagai speaker yang sah walhal dia memakai jubah speaker yang palsu,” jelas Nizar diikuti dengan sorak ketawa orang ramai yang hadir pada majlis tersebut.

“Oleh kerana Ganesan adalah seorang speaker yang haram, maka notis panggilan persidangan itu pun haram, persidangan DUN yang dipegerusikannya itu pun haram, malah pembentangan bajet 2010 itu pun adalah tidak sah!” kata Nizar.

Nizar mendakwa bahawa kemelut ini akan terus berlanjutan dan akibatnya para pelabur tidak akan berani datang ke Perak untuk melabur kerana keadaan yang kelam kabut ini menakutkan mereka.
Nzar menyatakan , langkah yang sebaik-baiknya adalah membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya yang baru bagi mengatasi kemelut yang ada ini.

Saturday, October 24, 2009

Samseng diupah kawal sidang DUN Perak?


Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat "rayuan peribadi" kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.

Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami".

Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.

Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji).

Nizar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini.

Dakwaan yang sama juga dibuat oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam sidang akhbarnya semalam.

"Kami juga mendengar bahawa kami perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam," kata Nizar.

"Kami bukan penjenayah yang perlu melalui layanan yang memalukan itu oleh regim BN, yang telah menghina pengundi yang telah memilih kami sebagai wakil rakyat mereka," tambahnya.

Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan mencetuskan sebarang gangguan dan kekecohan di sidang dewan itu nanti.

"Kekecohan tidak akan berpunca daripada kami yang melakukan tugas kami mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak dan Perlembagaan Perak," tambahnya

Monday, October 19, 2009

Satu Malaysia jadi Sepuluh Ringgit Malaysia

Sepuluh Ringgit Malaysia!

IPOH, Oct 19 — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan “1 Malaysia” dihadapan kira-kira 30,000 orang di Stadium Perak malam kelmarin.

Beberapa orang kawan mendakwa mereka yang hadir itu semuanya mendapat upah.Mereka yang disekitar Ipoh dibayar RM10/- sahaja; tetapi mereka yang datang agak jauh sikit seperti Sungai Siput mendapat RM30/-.

Ada yang mendakwa, mereka telah diangkut dengan bas percuma dan dibayar upah dengan kopon bernilai RM30.00. Lihat di sini

Anak saya sendiri, menurut katanya akan mendapat upah wang – dia tidak tahu berapa jumlahnya kalau ikut sama rombongan guru sekolahnya ke stadium untuk menyambut Najib.Saya tidak benarkan dia ke sana ; duduk kat rumah lebih baik! Kata saya kepadanya.

Kita berharap Najib Altantuya dan MB Haram jadah itu kini sudah mendapat keyakinan yang kental untuk membubarkan DUN Perak bagi mengadakan satu pilihanraya yang baru.Bubarkanlah DUN Perak! Tunggu apa lagi??

Tuesday, October 13, 2009

Kes saman Ketua Kampung ditunda lagi

Perbicaraan kes saman Ketua Kampung terhadap kerajaan haram BN di tunda lagi ke 3 November 2009. Ini adlah penundaan kali ke-2.Penundaan kalai ini adalah atas permohonan pihak kerajaan haram BN yang mahu menjawab avidavit yang dikemukakan oleh Ketua-ketua Kg melalui peguam mereka Tuan Yusuf Ali & Co.

Avidavit telah dikemukakan dua bulan yang lalu, sepatutnya mereka sudah menjawab avidavit tersebut. Kealpaan kerajaan haram BN Perak untuk menjawab avidavit tersebut menunjukkan mereka tidak membuat persiapan yang serius bagi menghadapi kes ini di mahkamah.

Ketua-ketua kampung PR adalah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya. Mereka telah diberi watikah perlantikan oleh kerajaan PR untuk membolehkan mereka berkhidmat selama dua tahun . Mereka tidak boleh ditamatkan perkhidmatan begitu sahaja oleh kerajaan baru selagi tempoh perkhidmatan mereka belum tamat.

Perbicaraan Ketua Kampung Negeri Perak Pagi Ini

Pagi ini , jam 9.00 pagi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Ipoh berhubung saman yang dikemukakan oleh Ketua-ketua Kampung terhadap kerajaan kudeta Zambry.

Tuntutan perintah Certiorari bagi :

  • Membatalkan tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka
  • Menuntut perintah mandamus yang mewajibkan kerajaan untuk melantik semula Ketua-Ketua Kampung
  • Menuntut perintah deklarasi bahawa pemecatan atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah batal dan tidak sah
  • Menuntut perintah injunksi untuk melarang kerajaan dari melantik sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampung
  • Menuntut injunksi untuk melarang kerajaan dari membenarkan Dewan Orang Ramai dalam semua kampong dari digunakan oleh BN semata-mata
  • Menuntut ganti rugi punitif, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon
  • dan Menuntut suatu siasatan dan taksiran gantirugi kepada pemohon.

    Sila lihat di sini
  • Thursday, September 3, 2009

    Zambry dan Kak Midah - bersedialah masuk penjara!

    Zambry MB Kudeta Perak berkata tindakan yang dibuat oleh 27 ADUN Pakatan Rakyat kelmarin (mengadakan persidangan di Hotel Heritage) sekadar menimbulkan kekeliruan kerana walaupun mendakwa persidangan yang dijalankan oleh kerajaan negeri sebelum ini (7 Mei, 2009) tidak sah tetapi mereka tetap menghadirinya.

    Zambrylah yang keliru dan cuba nak kelirukan rakyat.Bahawa sidang DUN pada 7 Mei 2009 itu sebenarnya tidak sah dari segi proses penyingkiran Sivakumar dan perlantikan Ganesan sebagai Speaker kerana sebarang resolusi sebelum pembukaan rasmi Dewan adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah- itu peguam Thomas kata!

    Sidang DUN Perak terpaksa diadakan di Hotel Heritage kelmarin setelah dihalang polis daripada masuk ke bangunan SUK.

    Persidangan tersebut telah menamakan Dr Zambry, Datuk Hamidah Osman, Hee Yit Foong dan Speaker Haram Ganesan sebagai 'banduan' dengan hukuman penjara beberapa bulan dan denda ratusan ribu Ringgit Malaysia.

    Itulah sebenarnya yang buat Zambry, Kak Midah dan lain-lain tu terkedu!Khabarnya malam kelmarin mereka tidak dapat lelap memikirkan apa yang akan terjadi apabila Umno/BN tumbang nanti.

    Speaker Datuk R. Ganesan pula membuat kenyataan bahawa persidangan yang dipanggil itu adalah tidak sah kerana Sivakumar bukan lagi Speaker.

    Alahai Ganesan rakyat tidak lupa , sebaik sahaja Raja Muda habis bertitah, dewan terus ditangguhkan oleh anda (Speaker Haram) tanpa membahaskan ucapan tersebut seperti mana biasanya.

    Apakah sah perlantikan anda yang dibuat sebelum persidangan dibuka rasmi oleh RM? Bagaimana anda, oi Ganesan , yang bukan seorang Adun boleh masuk kedalam dewan? Ada sesiapa yang boleh tolong jelaskan?

    Zambry menjelaskan bahawa sidang DUN tidak perlu diadakan tergesagesa kerana masih mempunyai masa selama enam bulan berbanding sidang terakhir yang diadakan pada 3 Mei lalu.(7 Mei lalu – tarikh sebenar)

    Maka benarlah khabar yang sedang beredar, DUN Perak akan bubar pada 29 November ini? Maka bersedialah kamu wahai banduan-banduan VIP untuk masuk penjara selepas pembubaran DUN nanti .

    Sunday, August 30, 2009

    Nizar ; Ganesan hina Sultan Perak

    Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato Seri Nizar mempersoal kredibiliti Ganesan yang berani menganggap Sivakumar dan Pakatan Rakyat negeri seolah-olah menghina Tuanku Sultan Perak serta cuba merampas kuasa (kudeta) kerajaan negeri; sekiranya tetap mahu meneruskan sidang Dun Rabu depan.

    "Yang menghina Sultan bukannya Sivakumar, Yang hina Sultan dan kemuliaan Dun Perak adalah Ganesan sendiri. Barisan Nasional lah yang kudeta (merampas kuasa) kerajaan negeri Perak dari Pakatan; yang sah mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu." katanya.

    Tambah Nizar lagi, Ganesan juga boleh dianggap sebagai perampas kuasa speaker Dun, kerana perlantikannya meragukan.

    "Merujuk Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Nizar menegaskan bahawa apa-apa perlantikan pun (termasuk melantik Ganesan), mestilah selepas titah Tuanku (Sultan Azlan Shah). Dia (Ganesan) dilantik dalam kalangan mereka (Adun-Adun BN) di dalam dewan, sebelum Tuanku bertitah (setelah) dengan merampas kerusi Speaker, sedangkan Speaker (Sivakumar) masih ada dikerusinya. Itu yang meragukan.

    Nizar turut mengumumkan bahawa kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.
    Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

    "Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.

    Friday, August 14, 2009

    Pu**mak punya Melayu

    500 orang sedang berkumpul?

    Bahasa menunjukan bangsa ! dan beginilah jenis bangsa bangsat yang menganggotai perhimpunan bangsat pada pada 11 Ogos lalu di Bangunan Umno Ipoh. Mereka adalah NGO dan kontraktor Melayu seluruh Perak yang begitu bangsat mengharapkan projeklah kononnya!

    Perhimpunan tersebut bertujuan menyokong (baca membodek) kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa Anwar Ibrahim adalah Pengkhianat Bangsa, di hadapan bangunan Umno Perak, Ipoh - kononnya telah berjaya mengundang kehadhiran lebih 500 orang - ketawalah dulu sebelum [klik sini] dan lihatlah gambar-gambar disitu dan kalian boleh hitung dengan jari tangan dan kaki sahaja bilangan yang hadir!

    Lihatlah muka-muka mereka itu. Bahawa, muka-muka inilah yang buat havoc di ibupejabat DAP di Taman Istana Ipohraya tempohari!

    Bahasa menunjukan bangsa.Hanya bangsa
    yang bangsat menggunakan bahasa yang
    kesat tidak bertempat

    Gambar-gamabar diatas adalah paparan dari blog pro Umno tersebut dan sekarang cuba kalian bandingkan dengan gambar-gamabar banner dan kain rentang (bawah) yang saya rakamkan melalui entri saya di sini tempohari, tentu kalian akui bahawa poster dan kain rentang yang digunakan di kedua-dua tempat berasingan itu adalah dari bahan yang sama

    Ketika saya datang, mereka ini sudah pun berambus dan meninnggalkan poster dan kain rentang yang menggunakan bahasa yang sangat kesat dan memalukan ummat Melayu.

    Tuesday, August 11, 2009

    Umno buat demonstrasi biadab


    11 Ogos, Ipoh: Jam 2.30 petang, kelihatan sekumpulan Melayu sedang berkumpul dibawah Wisma DAP. Mereka melaungkan takbir dengan semangat.Saya menyangkakan orang-orang PAS sedang berdemo membantah DAP ekoran isu arak di Selangor?


    Rupa-rupanya puak-puak Umno! Kali ini mereka menggunakan Islam – kononnya mereka sayang dan perjuangkan Islam! Mereka mengadakan demo membantah kenyataan yang kononnya dibuat oleh Ketua Pemuda DAPSY Pusat , Anthony Loke Siew Fook.

    Walaupun penafian dan laporan polis telah dibuat oleh Loke berkaitan kenyataan tersebut, segerombolan orang Umno yang tidak berpuas hati dan marah , telah pergi berkumpul di bahagian bawah Wisma DAP , jam 2.30 petang tadi.


    Mereka yang tidak sampai jumlah 30 orang itu hanya sempat menggantung dua kain rentang kecil yang memaki hamun DAP berikutan isu kenyataan Loke keatas kenyataan Redhuan Tee.


    Mereka sempat melaungkan takbir beberapa kali sewaktu berkumpul disitu dalam masa 10 minit dan segera beredar setelah 3 buah kereta peronda polis tiba di situ untuk menyuraikan keadaan. Tidak ada kejadian tangkapan berlaku.

    Walaupun begitu, orang ramai boleh menilai sendiri bagaimana biadabnya mereka melalui tulisan-tulisan memaki hamun di kain rentang dan ‘poster’ yang mereka gunakan sewaktu demo kecil tersebut, langsung tidak melambangkan ciri-ciri Islam dan kesopanan bangsa Melayu.Seperti biasa, Umno menggunakan sentimen perkauman dan cuba memprovokasi etnik lain.

    Wednesday, July 29, 2009

    Pak Pandir buat laporan polis

    Bernama melaporkan : Adun BN Buat Laporan Polis Terhadap Sivakumar :

    IPOH, 28 Julai (Bernama) -- Empat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Selasa membuat laporan polis terhadap bekas Speaker yang juga Adun Tronoh V. Sivakumar kerana menggunakan kepala surat rasmi Yang Dipertua Dewan Negeri Perak.

    Pengerusi Kelab Penyokong BN, Datuk Nadzri Ismail berkata tindakan Sivakumar melakukan perbuatan itu adalah kesalahan yang serius dan berunsur jenayah.

    "Kami menggesa pihak berkuasa menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan segera bagi membendung salah laku seperti ini...seperti biasa Sivakumar dan gerombolan daripada pakatan pembangkang bertindak mengikut 'undang-undang rimba'.

    "Mereka telah mengenepikan proses bertamadun dan tindakannya itu adalah satu tindakan 'penyamaran' yang merupakan perlakuan jenayah," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

    Nadzri yang juga Adun Manjoi berkata Sivakumar tidak mempunyai sebarang hak untuk memanggil mana-mana individu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana beliau bukan lagi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan bukan juga pengerusi jawatankuasa berkenaan. Baca pula penjelasan Sivakumar di sini

    Tuesday, July 28, 2009

    Zambry Kudeta halang Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Perak bersidang


    Menteri Besar Kudeta Perak, Zambry Kadir telah menyalahgunakan pasukan keselamatan dan undang-undang ikut sesuka hatinya. Kali ini, beliau telah mengarahkan serpasukan polis supaya berkawal disekeliling pintu masuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri seawal jam 7.00 pagi tadi.

    Mereka menghalang sekumpulan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri yang tiba disitu pada jam 9.45 pagi , daripada memasuki bangunan tersebut untuk bersidang.

    Pertengkaran mulut selama hamper 30 minit berlaku antara mereka dengan Ketua CID Ipoh , Glenn Anthony dan Ketua Pembantu Setiausaha Kerajaan Negeri, Shamshuzaman Sulaiman yang menghalang mereka masuk.

    Adun Simpang Pulai Chan Ming Kai, salah seorang Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri kemudiannya berkata kepada Glenn , tindakan terpaksa diambil keatasnya.

    “ Maafkan saya, tetapi saya perlu memberitahu anda bahawa kami tidak ada pilihajn lain tetapi membuat laporan polis terhadap anda kerana anda telah menghalang kami memasukki bangunan ini,” katanya.

    Bagaimanapun, Glen berkata, beliau bukan menghalang mereka daripada masuk kebangunan tersebut, tetapi sekadar menurut perintah Setiausah Kerajaan.


    Akhirnya, Anggota PR, termasuk Speaker V. Sivakumar, yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri meminta satu surat rasmi daripada Pejabat Setiausaha Negeri menyatakan mereka tiedak dibenarkan masuk kedalam bangunan untuk bermesyuarat.

    Pada jam 10.45 pagi, lebih kurang, Shamshuzaman muncul membawa surat yang ditandatangainya olehnya.

    Dalam surat tersebut dinyatakan, bahawa “ dengan perintah Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Dr Abdul Rahman Hashim), Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri yang di jangka bersidang pada hari ini tidak boleh di adakan kerana tidak ada notis diberikan kepada Setiausaha dewan”.

    Selepas sedikit lagi pertengkaran , akhirnya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri berundur pada jam lebih kurang 11.15.

    Mereka akan datang lagi pada hari Khamis yang akan datang.Tunggu apa akan jadi seterusnya.

    Wednesday, July 15, 2009

    Apabila Najib Mengadap Sultan Perak

    Oleh: DZULKARNAIN TAIB

    Langkah Perdana Menteri Najib Razak mengadap Sultan Azlan 5 Februari lau merupakan titik hitam dalam sejarah politik Perak yang telah mencetuskan krisis terburuk negeri itu yang didalangi oleh Umno-Barisan Nasional.

    Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan dalam temuramah eksklusif bersama Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib pada majlis pelancaran buku beliau, "How To Judge The Judges (Bagaimana menghakimi hakim)" edisi kedua di Ipoh baru-baru ini menyifatkan pertemuan Sultan-Najib sebagai kesilapan amat besar.

    Berikut sedutan wawancara dengan NH Chan mengenai keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan yang dianggap salah dan tidak mengikut Perlembagaan serta kupasan berhubung kemelut politik Perak.

    DT: Mengapa, pada pandangan Datuk bekas-bekas hakim yang lain berdiam diri dan tidak menyuarakan pendapat mereka berhubung keputusan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan yang dilihat sebagai tidak selari dengan Perlembagaan Negara?

    NH: Bagaimana mereka hendak memberi respons kerana apa yang saya katakan ialah mengapa hakim-hakim tersebut membuat penghakiman yang bukan berlandaskan undang-undang.

    Saya tidak fikir mereka mampu memberi komen. Hanya satu sahaja cara mereka boleh memberi pendapat iaitu dengan mengatakan "saya hakim dan boleh buat apa saja yang saya suka.

    Saya mentafsir undang-undang dan saya tidak perlu menurutnya". Mereka boleh berkata begitu tetapi bagaimana mereka membuat tafsiran kepada sesuatu yang sudah amat jelas maksudnya.

    Bolehkah mereka berhujah,"jika perkara itu tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah ia membawa maksud ia boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah?" (merujuk kepada kuasa dan keputusan Speaker yang tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah). Kalau mereka buat juga tafsiran sedemikian mereka akan memperbodohkan diri sendiri.


    DT: Sampai bila rakyat boleh menerima keputusan hakim yang jelas tidak mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan?

    NH:Pada masa sekarang mereka tidak lagi boleh lari daripada kritikan dan penelitian rakyat terhadap segala penghakiman mereka yang tidak mengikut lunas undang-undang yang betul.

    Pada satu ketika dahulu tidak ada siapa dikalangan bekas hakim mahu menerangkan mengenai undang-undang kepada masyarakat umum. Umpamanya kalau masyarakat membaca mengenai sesuatu keputusan hakim dalam akhbar mereka tidak akan tahu sama ada penghakiman itu betul atau salah.

    Mereka akan beranggapan ianya betul kerana datang daripada seorang hakim. Apa yang saya lakukan sekarang ialah saya akan berkata keputusan itu adalah daripada hakim tetapi perlembagaan mengatakan sesuatu yang lain daripada apa yang diputuskan oleh hakim berkenaan.

    DT:Apakah yang menyebabkan Datuk bersungguh-sungguh mahu menerangkan mengenai Perlembagaan kepada masyarakat?

    NH:Saya tidak berniat berbuat demikian pada mulanya tetapi sahabat saya, Ngan Siong Hing, meminta saya menulis mengenai badan kehakiman. Saya menjawab apa lagi yang hendak ditulis mengenai badan kehakiman.

    Bagaimana saya hendak menulis berhubung sesuatu yang sudah jelas kepada semua orang. Sahabat saya itu menjawab, "apa yang jelas pada anda mungkin tidak jelas kepada kami sebab kami orang awam sentiasa berfikir terdapat sesuatu yang misteri mengenai keputusan-keputusan hakim.

    Kami fikir ada semacam aura mengenai peribadi hakim yang menyebabkan mereka tidak boleh dipertikaikan". Saya menjawab hakim-hakim juga adalah manusia biasa, mereka melakukan kesilapan.

    Walau bagaimanapun hakim seperti Augustine Paul mengeluarkan penghakiman bertulis yang tidak kena mengena dengan isu yang dibicarakan. Hakim seperti beliau boleh menulis panjang lebar mengenai perkara-perkara mengarut (gobbledegook) tanpa orang awam mengetahuinya.

    Saya meminta akhbar media perdana menyiarkan artikel saya tetapi tidak satu pun mahu menerima. Apabila ia disiarkan dalam internet, tidak semena-mena saya jadi popular.

    DT: Faktor apa yang mendorong Datuk mula menulis mengenai keputusan-keputusan hakim yang dianggap bercanggah dengan Perlembagaan?

    NH:Saya rasa ia bermula dengan krisis politik Perak. Saya melihat dan membaca dalam akhbar ramai pihak seperti profesor undang-undang, peguam menulis mengenai perkara tersebut tetapi kebanyakannya bersilang pendapat antara satu sama lain.

    Saya mula berfikir sama ada mereka telah membaca dan mendapati apa yang dikatakan dalam Perlembagaan dan apa yang mereka debatkan adalah berbeza.

    Jadi apabila saya menulis buat kali pertama saya berpendapat itulah untuk kali pertama dan terakhir tetapi saya dihujani dengan permintaan supaya saya terus menerangkan kepada orang ramai apa yang mereka tidak faham mengenai keputusan hakim.

    Sebagai manusia rakyat boleh rasakan sesuatu tidak kena apabila hakim membuat penghakiman yang salah walaupun mereka tidak tahu di mana kesilapan itu kerana mereka bukan peguam.

    Saya pun berfikir sekiranya saya boleh terangkan bahawa undang-undang sebenarnya bukanlah sulit tetapi mudah maka orang ramai akan memahaminya dengan senang.

    DT:Adakah Datuk berpendapat bekas-bekas hakim yang lain juga patut memainkan peranan yang sama sekiranya mereka berpendapat ada penghakiman yang salah?

    NH:Untuk memberi penjelasan mengenai sesuatu penghakiman, seseorang itu perlu tahu apa yang diperkatakannya. Kalau sesuatu salah dihuraikan maka akan hilanglah kredibiliti dalam sekelip mata.

    Sebelum saya memberi komen saya akan meneliti dahulu permasalahannya dan meneliti jawapan saya beberapa kali. Dengan cara itu kredibiliti saya tidak terjejas.

    Kebanyakan bekas hakim tidak tahu apa hendak buat kerana negara ini mempunyai Akta Hasutan; kalau silap cakap atau tulis diri akan menjadi susah. Mujur orang seperti saya dan sahabat saya, (Datuk Gopal) Sri Ram arif mengenai undang-undang secara mendalam dan kami tahu apa yang kami katakan dan mampu mempertahankan kenyataan kami.

    DT:Apakah contoh kes di mana enam orang hakim yang Datuk telah dikenalpasti gagal melaksanakan undang-undang menurut Perlembagaan terlibat secara langsung?

    NH:Terdapat satu penghakiman lisan Mahkamah Persekutuan berkaitan krisis Perak yang mana saya telah mengkritiknya. Setelah penghakiman bertulis dikeluarkan ia lebih teruk daripada penghakiman lisan terdahulunya. Semasa saya melancarkan buku saya ("How To Judge The Judges", edisi kedua) saya mengatakan apa yang perlu saya lakukan ialah menjelaskan undang-undang secara mudah difahami; orang awam akan faham apa yang diputuskan oleh hakim dan apakah undang-undang yang diperkatakan itu. Selepas itu anda sendiri akan mampu menghakimi hakim.

    Seseorang hakim itu perlu melaksanakan keadilan menurut undang-undang. Beliau tidak boleh membuat keputusan yang bertentangan dengan undang-undang. Kalau seorang hakim melakukannya jua, lebih baik kita buang sahaja undang-undang yang ada.

    DT:Adakah mudah bagi orang awam untuk menghakimi hakim?

    NH:Apabila kita memahami undang-undang akan mudahlah menghakimi seseorang hakim itu. Dalam Internet semua orang sekarang menilai hakim walaupun mereka belum membaca buku saya. Tugas saya hanya menjelaskan undang-undang dalam bahasa yang mudah difahami dan selepas terpulang kepada pembaca.

    Jika para hakim tidak mahu mengikut undang-undang, saya akan memberi penjelasan apa kepada orang ramai apakah undang-undang yang sebenar supaya mereka boleh membuat penilaian samada hakim itu mengikut undang-undang atau tidak. Tugas seorang hakim hanya melaksanakan keadilan menurut undang-undang, itu sahaja.

    DT:Apakah kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak lantikan Barisan Nasional sah disisi undang-undang?

    NH:Speaker tidak boleh dipecat kecuali dalam tiga perkara - beliau sendiri meletak jawatan atau diturunkan daripada jawatan disebabkan perbuatan jenayah atau atas keputusan DUn sendiri. Dalam krisis Perak Speaker tidak diturunkan daripada jawatan beliau. Sekiranya mahu dilakukan DUN mesti membuat proses pengundian tetapi BN melantik calon mereka sebagai Speaker sebelum proses ini dibuat.

    DT:Sekiranya Speaker lantikan BN adalah haram bagaimana pula dengan keabsahan Dr Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar?

    NH:Keputusan terperinci hakim Mahkamah Tinggi menjelaskan isu tersebut begitu juga Profesor Andrew Harding yang menyatakan apa yang dikatakan hakim tersebut adalah tepat dan betul. Saya pun bersetuju dengan pendapat beliau.

    Apa yang dinyatakan oleh hakim itu ialah berdasarkan Artikel 16(6) pihak manakah yang layak menentukan sama ada menteri besar telah hilang majoriti dalam DUN kerana kalau dikatakan Sultan tidak ada peruntukan sedemikian dalam Perlembagaan Negeri Perak.

    Pada mulanya saya sendiri berpendapat menteri besar boleh menentukan perkara ini dan dengan itu apa yang dinyatakan dalam Artikel 16(6) adalah relevan tetapi hakim Mahkamah Tinggi itu telah menunjukkan bahawa pendapat saya tersasar.

    Beliau berkata tidak ada sesiapa yang boleh menentukan sama ada menteri besar telah kehilangan majoriti kecuali undi diadakan dalam Dewan. Oleh yang demikian kesalahan terbesar Najib (Razak) ialah langkah beliau pergi mengadap Sultan.

    Sekiranya Najib ke Dewan sudah tentunya beliau mampu mengenepikan menteri besar ketika itu daripada jawatannya kerana Nizar (Jamaluddin) sendiri tidak tahu pada saat itu bahawa terdapat tiga ADUN Pakatan Rakyat yang telah belot
    .


    DT:Jadi Najib telah tersilap langkah dengan mengadap Sultan Azlan?

    NH:Saya bukan ahli politik tetapi dalam dunia politik atau pun peperangan kalau anda tersilap langkah anda akan terperangkap dan tidak boleh lari. Begitu juga halnya dengan Najib. Kalaulah beliau tidak mengadap Sultan semua kemelut politik kini tidak akan berlaku.

    Kalaulah beliau selesaikan isu kedudukan menteri besar di DUN Perak pada ketika beliau mempunyai sokongan daripada tiga ADUN Pakatan Rakyat yang belot tersebut sudah tentu beliau akan berjaya mengenepikan Nizar sebagai menteri besar melalui undi tidak percaya.

    Di sini saya bukan bercakap mengenai undang-undang tetapi berhubung taktik dan strategi. Najib telah membuat langkah politik yang salah dan kini terpaksa menanggung kesannya.

    DT:Kesimpulannya apakah natijah daripada langkah Najib mengadap Sultan telah membuahkan satu kesilapan politik yang amat besar dan kesan yang mendalam?

    NH:Sebagai bekas Ketua Hakim Negara, Sultan Azlan sudah tentu arif bahawa sekiranya baginda mahu membuat keputusan baginda tidak boleh berjumpa dengan satu pihak sahaja.

    Sekiranya sebelah pihak sahaja mahu mengadap Sultan, baginda perlu bertegas dan mengatakan sebelah pihak lagi juga perlu ada bersama semasa mengadap. Baginda sepatutnya menerima kedua-dua pihak mengadap pada masa yang sama.

    Sekiranya baginda menerima mengadap sebelah pihak sahaja maka rakyat akan mempunyai tanggapan bahawa Sultan telah dipengaruhi oleh Najib. Sama ada betul atau tidak Najib mempengaruhi Sultan adalah tidak penting kerana tanggapan rakyat itu lebih mustahak.

    Jikalau seorang ahli politik membuat kesilapan taktikal dan kesilapan itu boleh dihidu oleh orang awam maka jika saya menjelaskan mengenai isu ini rakyat juga boleh memahaminya. Semua orang mampu menilai sama ada sesuatu yang terjadi itu betul atau salah. Sekiranya seseorang itu telah membuat kesalahan kita akan tahu dia telah melakukan kesalahan.

    DT:Adakah Zambry takut beliau akan kalah sekiranya DUN Perak dibubarkan?

    NH:Saya rasa semua pihak bersetuju bahawa sekiranya pilihan raya baru diadakan di Perak BN akan kalah teruk.

    DT:Mengapa BN masih terus mahu menindas dan menafikan hak rakyat Perak untuk mempunyai kerajaan pilihan mereka?

    NH:Saya pun tidak tahu mengapa tetapi mungkin mempunyai niat untuk membunuh diri. Seseorang itu tahu dia akan mati jika menyerang musuhnya tetapi kalau ia melakukannya juga ini bermakna dia mahu membubuh diri secara kamikaze.

    DT:Pada pandangan Datuk mengapa Sultan mengambil keputusan untuk tidak perkenankan permintaan Nizar supaya DUN dibubarkan?

    NH:Saya tidak tahu apa yang berlegar dalam fikiran baginda atau motif disebalik keputusan itu.Walau bagaimanapun tindakan membenarkan Najib mengadap tanpa juga kehadiran Nizar menyebabkan rakyat beranggapan Najib telah mempengaruhi Sultan.

    Mungkin juga setelah seseorang hakim itu telah lama pencen daripada perkhidmatan dia akan lupa. Mungkin dia lupa mengenai undang-undang. Ada yang mengatakan kalau kita sudah tua kita akan nyanyuk dan lupa banyak perkara.

    Sekarang saya mampu lagi mengingati apa yang saya tulis dalam buku saya tetapi kalau anda tanya saya lima tahun dari sekarang saya mungkin tidak ingat lagi. Mungkin saya tidak ingat lagi apa yang telah saya tulis.

    DT:Pada pandangan Datuk apakah langkah terbaik bagi menyelesaikan krisis politik di Perak?

    NH:Di England "House of Lords" yang sama taraf dengan Mahkamah Persekutuan di negara ini telah membuat satu keputusan yang tidak popular dengan rakyat pada tahun 1909. Rakyat menentang keputusan tersebut dan menunggu selama enam tahun untuk menendang keluar kerajaan ketika itu. Ianya juga boleh berlaku di Malaysia.

    DT:Adakah apa yang berlaku kepada Speaker Perak satu amalan bahaya kepada badan kehakiman?

    NH:Siapa yang mewujudkan kes contoh yang merbahaya ini? Keputusan Mahkamah Persekutuan mengikat semua pihak tapi ia adalah keputusan yang salah. Mahkamah Persekutuan masih berkuasa walaupun ia membuat keputusan yang salah.

    Rakyat biasa seperti saya hanya mampu mendedahkan kepincangan dalam keputusan mahkamah and dengan pemahaman rakyat diharap mereka akan menukar kerajaan pada pilihan raya akan datang.

    DT:Datuk pernah menulis penghakiman berhubung kes Speaker Perak telah mewujudkan satu ckes contoh yang merbahaya kepada sistem kehakiman negara, jadi apa komen Datuk mengenai tindakan Gobind Singh Deo menyaman Speaker Dewan Rakyat?

    NH:Saya fikir apa yang dilakukan oleh Gobind ialah memulangkan paku serpih iaitu kalau boleh dilakukan di DUN Perak kenapa tidak kepada Speaker Parlimen? Kita tidak boleh ada dwi standard, itulah mesej yang ingin disampaikan.

    DT:Apakah permintaan Nizar Jamaluddin untuk mendapatkan sidang hakim seramai 11 orang menunjukkan rakyat tidak lagi mempercayai sistem kehakiman negara ini?

    NH:Daripada 11 hakim Mahkamah Persekutuan saya telah kenalpasti enam yang tidak menegakan keadilan menurut Perlembagaan Negara. Kalaupun Nizar meminta seramai 11 hakim bersidang beliau akan kalah kerana enam orang hakim akan berlaku tidak adil berbanding lima hakim lagi, jadi apa gunanya meminta 11 hakim.

    DT:Apa pendapat Datuk mengenai keputusan hakim yang menyatakan Suruhanjaya Pilihan Raya berkuasa menentikan sama ada sebuah kerusi undangan negeri itu dikosongkan atau sebaliknya dalam isu tiga ADUN Pakatan Rakyat yang telah belot?

    NH:Di mana undang-undang yang memberi kuasa itu kepada SPR, tunjukkan kepada saya. Nampaknya hakim boleh membuat undang-undang mereka sendiri!

    Dalam isu ini Speaker boleh menganggap ketiga-tiga ADUN tersebut telah meletak jawatan tetapi jika mereka mempertikaikan dengan mengatakan mereka tidak meletak jawatan maka mereka perlu mendapatkan keputusan muktamad daripada Dewan.

    Itulah sebenarnya langkah yang betul tetapi sebaliknya mereka bertiga merujuk kepada Mahkamah Persekutuan dan mahkamah tersebut pun membuat keputusan yang bercanggah dengan undang-undang.

    Kerana itu saya mengkritik hakim tersebut disebabkan penghakiman beliau yang salah. Saya berkali-kali berkias sekiranya hakim-hakim ini terus membuat penghakiman yang salah dan tidak melaksanakan keadilan mereka akan menyebabkan kerajaan BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

    DT:Mungkin niat mereka hendak jatuhkan kerajaan?

    NH:Mungkin juga, saya pun tidak faham motif mereka. Mungkin mereka berniat untuk membantu kerajaan tanpa mengetahui perbuatan mereka itu sebenarnya memberi mudarat kepada kerajaan.

    -TVAntara