Wednesday, July 29, 2009

Pak Pandir buat laporan polis

Bernama melaporkan : Adun BN Buat Laporan Polis Terhadap Sivakumar :

IPOH, 28 Julai (Bernama) -- Empat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Selasa membuat laporan polis terhadap bekas Speaker yang juga Adun Tronoh V. Sivakumar kerana menggunakan kepala surat rasmi Yang Dipertua Dewan Negeri Perak.

Pengerusi Kelab Penyokong BN, Datuk Nadzri Ismail berkata tindakan Sivakumar melakukan perbuatan itu adalah kesalahan yang serius dan berunsur jenayah.

"Kami menggesa pihak berkuasa menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan segera bagi membendung salah laku seperti ini...seperti biasa Sivakumar dan gerombolan daripada pakatan pembangkang bertindak mengikut 'undang-undang rimba'.

"Mereka telah mengenepikan proses bertamadun dan tindakannya itu adalah satu tindakan 'penyamaran' yang merupakan perlakuan jenayah," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Nadzri yang juga Adun Manjoi berkata Sivakumar tidak mempunyai sebarang hak untuk memanggil mana-mana individu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana beliau bukan lagi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan bukan juga pengerusi jawatankuasa berkenaan. Baca pula penjelasan Sivakumar di sini

No comments:

Post a Comment