Monday, March 29, 2010

Dr Chua perlu didakwa kerana perlakuan seks melampau

"Tuduhan salah laku Dr Chua Soi Lek di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan, adalah peruntukan undang-undang sama yang dikenakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kerana dituduh meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan,"

"Meskipun beberapa laporan polis telah dibuat (tentang kes Chua ini) dan terdapat bukti-bukti yang sah, peguam negara enggan mendakwa Chua," kata Sankara Nair (gambar) yang mewakili Anwar dalam kes pertuduhan liwat itu.

Dalam satu kenyataannya, Sankara berkata, "ini merupakan satu bentuk diskriminasi tahap tertinggi dan jelas Gani bersikap berat sebelah." baca di sini

Hoi polis! tangkaplah Ganesan itu!


Berikutan dengan laporan polis yang dilakukan oleh Ganesan yang mendakwa Sivakumar telah menyamar sebagai Speaker, pihak polis telah memanggilnya untuk memberi keterangan disini pada jam 12.00 tengahari.

Apa punya bengap polis kita ni! Bertindak cepat tapi tidak tepat! Takanlah tidak tahu yang mana satu yang menyamar sebagai speaker? Terlalu seronok dapat gaji baru hingga tidak tahu membezakan yang mana satu 'mutiara ' dan yang mana satu biji mata kucing!

Oh lupa! Ketua mereka hanya lulusan diploma sahaja, tapi ngaku ada ijazah konon.... padanlah.

Sepatutnya polis kena tangkap Ganesan itu. Semasa persidangan DUN pada 7 lepas dulu tu, polis Perak telah melarang orang awam daripada berada berhampiran bangunan SUK dalam lingkungan 300 meter kalau tak silap.

Beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat yang mendapat jemputan Speaker Sivakumar untuk hadir pun tidak dibenarkan masuk.

Tapi bagaimana Ganesan ini boleh masuk kedalam dewan? Dia bukan ahli dewan dan bukan petugas di bangunan SUK? Kenapa polis tidak tangkap Ganesan ini ?

Malahan, yang paling melucukan, macam mana Ganesan ini boleh dilantik sebagai speaker? Persidangan belum diresmikan , mesyuarat belum bermula ....Hoi polis! tangkaplah Ganesan tu!

Sunday, March 28, 2010

Kalau anda taik judi, belilah Utusan Malaysia


Ya, benar, kalau anda seorang kaki nombor atau taik judi nombor ramalan, anda belilah Utusan Malaysia.Anda ikutlah nasihat Ibrahim Katak :

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia meminta orang Melayu menyokong akhbar Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai “satu-satunya akhbar yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara”.

Apa? “satu-satunya akhbar yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara” ? Ha! Ha! Ha! Tapi semua orang tahu bahawa akhbar yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara ini juga menyiarkan keputusan judi nombor ekor yang paling tepat dan tidak pernah tersilap .

Orang Melayu Islam akan kaya dan maju kerana beli nombor ekor? Dan Utusan Melayu sokong orang Melayu supaya berjudi - sebab itulah Utusan Melayu bersekongkol dengan judi melalui penyiaran keputusan cabutan nombor ramalan tersebut

Ibrahim Katak yang turut bersekongkol sama kerana suruh orang Melayu Islam beli Utusan Melayu akan menafikannya ....

Thursday, March 25, 2010

Tengku Mahkota dilucut jawatan Pemangku Raja

25/03/2010 12:43pm

KOTA BHARU 25 Mac – Kemelut istana Kelantan terus meruncing apabila Sultan Kelantan didakwa telah melucutkan jawatan Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah tersebut disampaikan Tuanku Ismail Petra kepada Pengerusi Majlis Perajaan Negeri, Tengku Abdul Aziz Hamzah dan dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud di Istana Mahkota di sini hari ini.

Menurut Wan Hashim, sehubungan itu juga baginda didakwa telah menitahkan jawatan itu diserahkan kepada Tengku Abdul Aziz.

Bagaimanapun, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad sebelum ini membuat laporan polis mempertikaikan kesahihan pelantikan Wan Hashim kerana tidak dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN). – Utusan

Berita Penting Untuk Melayu


Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah bersetuju meluluskan sebuah lesen judi baru kepada Escort Sports yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan.

Kelulusan ini adalah selaras dengan perjuangan UMNO parti kerajaan yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Berita lanjut sila baca disini

Wednesday, March 24, 2010

Sunday, March 21, 2010

Alkisah Menteri Bakar Jambatan ...


Ini apa punya temberang? Kononnya dulu dia dah bakar jambatan ....kali ini dia nak temberang lagi...
Hoi, engkau tu menteri – orang yang terlibat dengan penggubalan dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan mau pun parti . Apa yang sepatutnya engkau buat?

Janganlah jadi macam anjing yang hanya pandai menyalak kat orang ramai yang lalu lalang diluar pagar rumah tuannya!

Oh! Kau takut tuan engkau tak bagi kau cukup makan ? Dengarlah salakan anjing ini di sini

Wednesday, March 17, 2010

Mereka datang untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan 'kita juga bagi mereka makan-makan


Alahai, demikian kata Shafie Afdal - Dua ribu orang Asli datang ke Putra Jaya untuk bersantai …

Mujurlah ada Malaysiakini yang melaporkan bahawa bas yang membawa sekitar seribu orang itu telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di kompleks Jabatan Perdana Menteri dan disuruh berdialog dengan menteri yang berkaitan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu; sementara seribu lagi di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan. Baca di sini

Monday, March 15, 2010

Ketua Pemuda Penyokong PAS Perak di tembak mati

TELUK INTAN, 15 Mac: Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Siva Pandian mati ditembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, sebentar tadi.

Dua das tembakan dengan satu mengenai kepala dan dada mengakibatkan beliau mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi.

Difahamkan, suspek menaiki motosikal datang ke kedainya lalu melepaskan tembakan.

Polis pada waktu ini sedang berada di tempat kejadian, manakala mayat mangsa belum dialihkan. sumber

Sunday, March 14, 2010

Oh kau artis itu rupanya?

Siapa pula Benjy atau nama sebenarnya Khaeryl Benjamin? Pelakon terkenal? Tengok nama dia tidak ada pun dalam senarai sebagai pelakon lelaki terbaik...

Sedih dan sayu bila dengar lagu tema cerita umie aida dgn khaeryl benjamin kat tv3 di sini .Walau apa pun, tengoklah ceritanya di sini

Saturday, March 13, 2010

Ini dia Pelakon Lelaki Terbaik yang kena cekup ...

Utusan Malaysia Online melaporkan : Seorang pelakon lelaki popular ditahan polis kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong, awal pagi ini.

Turut ditahan bersamanya seorang wanita berusia 24 tahun bagi membantu siasatan penemuan makmal memproses dadah jenis syabu dan kokain itu.

Pelakon tersebut yang juga merupakan anak kepada seorang artis wanita veteran ditahan bersama wanita itu di sebuah kondominium mewah, Jalan Segambut, Jinjang di sini.

Susulan tangkapan itu, polis membuat serbuan di sebuah rumah sewa di Kepong yang dipercayai dijadikan makmal mini memproses dadah tersebut dan menemui 800 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan kira-kira RM650,000.

Dalam serbuan di makmal mini yang ketika itu tidak berpenghuni, polis turut menemui sejumlah dadah jenis ketamin.

Sumber polis memberitahu, kedua-duanya direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pelakon drama bersiri itu telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Pelakon itu juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik .

Komen : Jenuh juga nak tahu siapa gerangannya. Saya pun buat research dan korang buat belek-beleklah sendiri .Klunya ialah :

anak kepada seorang artis wanita veteran

Berikut merupakan senarai PELAKON LELAKI TERBAIK Festival Filem Malaysia

Festival Filem Malaysia Pertama
Jins Shamsudin(Tiada Esok Bagimu)

Festival Filem Malaysia Ke-2
Dato'Rahim Razali(Abang)

Festival Filem Malaysia Ke-3
Ahmad Yatim(Pemburu)

Festival Filem Malaysia Ke-4
Datuk Ahmad Mahmood(Dendam Dari Pusara)

Festival Filem Malaysia Ke-5
Eman Manan(Matinya Seorang Patriot)

Festival Filem Malaysia Ke-6
Azmil Mustafa(Ali Setan)

Festival Filem Malaysia Ke-7
Mustaffa Noor(Mawar Merah)

Festival Filem Malaysia Ke-8
A.R.Badul (Oh Fatimah)

Festival Filem Malaysia Ke- 9
Ridzuan Hashim(Hati Bukan Kristal)

Festival Filem Malaysia Ke- 10
Eman Manan(Bintang Malam)

Festival Filem Malaysia Ke-11
Nasir Bilal Khan(Perempuan,Isteri dan...)

Festival Filem Malaysia Ke-12
Sidi Oraza(Sayang Salmah)

Festival Filem Malaysia Ke-13
Sidi Oraza (Layar Lara)

Festival Filem Malaysia Ke-14
Khalid Salleh (Jogho)

Festival Filem Malaysia Ke-15
Afdlin Shauki (Soal Hati)

Festival Filem Malaysia Ke-16
Rosyam Nor (KL Menjerit)

Festival Filem Malaysia Ke-17
Eman Manan (Buai Laju-Laju)

Festival Filem Malaysia Ke-18
Zamarul Hisham (Di Ambang Misteri)

Festival Filem Malaysia Ke-19
Afdlin Shauki (Buli Balik)

Festival Filem Malaysia Ke-20
Rusdi Ramli (Waris Jari Hantu)

Festival Filem Malaysia Ke-21
Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang)

Festival Filem Malaysia Ke-22
Afdlin Shauki (Papadom)

Wednesday, March 10, 2010

Patolgi: Teoh tak diliwat, cedera dubur akibat jatuh

Sila klik gambar untuk cerita lanjut


Tuesday, March 9, 2010

Praya Tempatan: Gerakan Bidas Najib

sumber : tvselangor.com

Keengganan Perdana Menteri Najib Abdul Razak bersetuju dengan usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan pilihanraya tempatan mengundang bantahan dari parti komponen BN.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata tanggapan pilihanraya tempatan mengundang politiking adalah kurang tepat kerana manfaat pilihanraya tempatan lebih besar berbanding penolakannya.

Beliau menjelaskan pilihanraya tempatan adalah mekanisma perlu untuk mengimbangi dasar dan tindak-tanduk pentadbir di Pihak Berkuasa Tempatan, yang majoritinya penjawat awam.

Tan juga menjelaskan pretasi ahli majlis juga dapat dinilai secara langsung oleh penduduk setempat, dan mana-mana yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan pastinya tidak akan dipilih dalam pilihanraya itu nanti.

Gerakan menggesa Kerajaan Persekutuan membantu Pakatan Rakyat menganjurkan pilihanraya tempatan, termasuk meminda undang-undang berkaitan.

Gerakan menerima kekalahan teruk dalam pilihanraya umum 2008, menyaksikan kehilangan 8 dari 10 kerusi Parlimen.

Selepas 39 tahun dibawah Gerakan, Pulau Pinang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Thursday, March 4, 2010

Mengenali seorang promoter katak

En. Amin Al Rasyid (Class of 68), En. Abdullah Hamid. (kelas 69) dan En. Zaharuddin Alias (kelas 70) dan bersama-sama dengan Dato Sallehuddin Hashim adalah semua pemegang saham Turnaround Management Incorporated Sdn Bhd (TMI).

Mereka semua telah ditipu, dianiaya, digunakan dan dimanipulasi oleh Sallehuddin yang mereka gambarkannya sebagai 'penjahat jenius' dan seorang yang menggunakan kecerdasannya untuk membuat kerosakan.

Salehuddin tidak hanya berbohong kepada para rakan-rakannya bahawa ia dibayar kurang daripada separuh daripada RM40 juta oleh konglomerat, tapi Salehuddin tidak membayar keuntungan yang sepatutnya kepada para pemegang saham dan membiarkan hutang syarikat tanpa diselesaikan - itu lah yang menjadi kemegahannya!

Salehuddin adalah watak yang berbahaya kerana dia pernah mengatakan dia tidak takut pada sesiapa pun. Salehuddin berkata, "Mengapa saya harus (takut) sedangkan aku tidak takut pada Allah".

Salahuddin adalah seorang penjudi dan dilaporkan telah kehilangan ratusan ribu dolar di Las Vegas dan telah menjadi orang miskin selama bertahun-tahun. Itu sebabnya dia sangat memerlukan pekerjaan di Selangor tetapi ditolak oleh Menteri Besar yang telah lebih mengenalinya .

Dia adalah seorang badut, seorang pelakon dan seorang penglipur lara….. Dia tidak tulus memperjuangkan prinsip-prinsip parti. Bagaimana dia mampu sedangkan dirinya sendiri adalah busuk sebusuk-busuknya?

Teman-teman baik dari MCKK yang kenal rapat dengannya tidak pernah ingin terlibat dalam perniagaan apa pun dengannya. Bahkan mereka tidak mempercayai walau seringgit wang mereka dengannya.

Nama julukannya adalah Chandran kerana daripada seratus kata katanya, mereka hanya percaya kurang daripada sepuluh yang merupakan tragedi bagi seperti orang yang brilian dan punya bakat luar biasa dalam berkata-kata (baca pandai kelentong).

Pekerjaan terbaik untuk orang sepertinya yang cerdas dengan licik bengkok , fikiran dan dengan sifat pendendam patologis adalah pekerjaan kotor. sumber

Umno adalah dajal yang menggamit

Sehingga kini, melalui siri lompatan terbaru , kita dapat saksikan 3 AP PKR melompat ‘bebas’ (baca katak). Mereka semua telah memberi alasan yang sama - sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.

Ada juga yang mengaku kononnya atas alasan demi bangsa dan agama.Tetapi kami rakyat Malaysia tahu bahawa antara alasan sebenarnya adalah :

1. UMNO adalah dajal yang akan menggunakan apa sahaja cara – wang, kedudukan dan pangkat untuk membinasakan Anwar Ibrahim dan siapa sahaja yang lemah semangat perjuangannya.

2. Kalau alasan demi bangsa dan agama, kenapa mereka menyokong Umno/BN yang jelas menindas rakyat Kelantan dan Terengganu yang majoritinya adalah Melayu dan beragama Islam dan Menteri Besarnya seorang Ulama’

3. UMNO mengugut untuk mendedahkan mereka yang ada ‘masalah kewangan ’ dengan bank atau masalah peribadi dan mengumpan mereka supaya melompat.

4. UMNO mampu menyelamatkan mereka yang ada kes siasatan rasuah dengan syarat mereka melompat.

Perlu diingat bahawa mereka yang melompat ‘bebas’ (baca katak) ini adalah mereka yang gagal berperanan sebagai pemimpin atau sebagai seorang ahli parlimen di kawasan masing-masing.Mereka tidak berani untuk bertemu rakyat di kawasan masing-masing setelah melompat.

Mereka sanggup belot terhadap rakyat yang telah memilih dan memberikan kepercayaan dan amanah ketasa mereka mereka supaya meneruskan satu perjuangan menuntut keadilan dan menentang kezaliman.

Mereka sanggup menjadi kaldai tunggangan UBN yang akan menggunakan mereka untuk menentang Anwar Ibrahim dalam pilihan raya nanti.

Mereka lupa adanya Allah, yang Maha Mengetahui apa yang sebenarnya tersirat didalam dada-dada mereka.Mereka lupa akan balasan Allah yang pasti akan mereka temui samada didunia ini atau diakhirat nanti.

Kami tidak akan memaafkan kamu semua dan kami haramkan keatas kamu segala hasil yang kamu dapati kerana melompat itu.

Kami tetap dengan pejuangan kami yang diredhai Allah dan RasulNya, insya’ Allah.Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan; tetapi kini terbukti bahawa kamu yang melompat adalah mangsa korban nafsu dan kepentingan diri sendiri.

Monday, March 1, 2010

Akhbar Mingguan Malaysia VS Perjanjian Asal Akta Kemajuan Petroleum 1974


Kadang-kadang apabila melihat isu semasa di Malaysia sekarang ini, tidak perlu fanatik pun tidak mengapa. Kadang-kadang itu lebih baik sebenarnya. Yang pentingnya cukup sekadar, kita mengetahui perkara sebenar disebalik setiap isu dan berita yang berlegar di negara kita. Begitu juga, sekarang ini samada Kelantan berhak mendapat wang royalti minyak ataupun wang ehsan?

Jikalau sebelum ini, satu Malaysia yang telah dijelaskan melalui akhbar Mingguan Malaysia Ahad tentang betapa pentingnya rakyat Kelantan perlu mendapatkan wang ehsan, sekarang ini giliran satu Malaysia terutamanya pembaca BeritaSemasa.com melihat sendiri perjanjian asal dan apa yang tertulis dalam perjanjian Akta Petroleum 1974.

Jadi hari ni saya ingin berkongsi dengan anda semua dan baca betul-betul apa yang termaktub sebenarnya dalam perjanjian Akta Petroleum 1974. Yang pentingnya di isni perjaniian ini merupakan perjanjian asal dan ianya tidak pernah sekalipun dipinda sejak daripada mula ditandatangani sehinggalah ke hari ini (1 Mac 2010).

KLik pada setiap imej di bawah untuk melihat dengan lebih jelas perjanjian Akta Petroleum 1974 :
P/S : Bandingan perbezaan di antara maklumat dan penjelasan di akhbar Mingguan Malaysia dengan perjanjian asal Akta Kemajuan Petroleum 1974 - sumber