Showing posts with label KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label KELANTAN. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

Tengku Mahkota dilucut jawatan Pemangku Raja

25/03/2010 12:43pm

KOTA BHARU 25 Mac – Kemelut istana Kelantan terus meruncing apabila Sultan Kelantan didakwa telah melucutkan jawatan Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah tersebut disampaikan Tuanku Ismail Petra kepada Pengerusi Majlis Perajaan Negeri, Tengku Abdul Aziz Hamzah dan dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud di Istana Mahkota di sini hari ini.

Menurut Wan Hashim, sehubungan itu juga baginda didakwa telah menitahkan jawatan itu diserahkan kepada Tengku Abdul Aziz.

Bagaimanapun, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad sebelum ini membuat laporan polis mempertikaikan kesahihan pelantikan Wan Hashim kerana tidak dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN). – Utusan

Monday, March 1, 2010

Akhbar Mingguan Malaysia VS Perjanjian Asal Akta Kemajuan Petroleum 1974


Kadang-kadang apabila melihat isu semasa di Malaysia sekarang ini, tidak perlu fanatik pun tidak mengapa. Kadang-kadang itu lebih baik sebenarnya. Yang pentingnya cukup sekadar, kita mengetahui perkara sebenar disebalik setiap isu dan berita yang berlegar di negara kita. Begitu juga, sekarang ini samada Kelantan berhak mendapat wang royalti minyak ataupun wang ehsan?

Jikalau sebelum ini, satu Malaysia yang telah dijelaskan melalui akhbar Mingguan Malaysia Ahad tentang betapa pentingnya rakyat Kelantan perlu mendapatkan wang ehsan, sekarang ini giliran satu Malaysia terutamanya pembaca BeritaSemasa.com melihat sendiri perjanjian asal dan apa yang tertulis dalam perjanjian Akta Petroleum 1974.

Jadi hari ni saya ingin berkongsi dengan anda semua dan baca betul-betul apa yang termaktub sebenarnya dalam perjanjian Akta Petroleum 1974. Yang pentingnya di isni perjaniian ini merupakan perjanjian asal dan ianya tidak pernah sekalipun dipinda sejak daripada mula ditandatangani sehinggalah ke hari ini (1 Mac 2010).

KLik pada setiap imej di bawah untuk melihat dengan lebih jelas perjanjian Akta Petroleum 1974 :
P/S : Bandingan perbezaan di antara maklumat dan penjelasan di akhbar Mingguan Malaysia dengan perjanjian asal Akta Kemajuan Petroleum 1974 - sumber

Saturday, February 13, 2010

Rakyat Kelantan tolak Wang Ehsan


(Harakah Daily) - Majoriti rakyat Kelantan menolak pemberian wang ehsan oleh kerajaan Pusat bagi menggantikan bayaran royalti petroleum terhadap negeri itu.

Dalam satu kaji selidik yang dibuat Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan berhubung tuntutan royalti negeri itu, 80.8 peratus atau 5,721 dari 7,077 responden tidak bersetuju menerima wang ehsan berbanding royalti.

Manakala 1,023 atau 15.5 peratus sahaja bersetuju dengan tindakan kerajaan pusat tersebut.

Berhubung tindakan kerajaan negeri menuntut royalti pula, 95.1 peratus dari jumlah keseluruhan responden menyokong tindakan kerajaan negeri dan hanya dua peratus tidak bersetuju manakala 2.8 peratus lagi memberikan jawapan tidak pasti.

Sekiranya, tuntutan royalti tidak mampu diselesaikan melalui meja rundingan, 83.2 peratus atau 5,886 dari responden bersetuju tuntutan tersebut dipanjangkan ke mahkamah.

Ketua Pegawai Penyelidik PKS, Zainal Abidin Hussin ketika merumuskan hasil kajian itu berkata, rakyat Kelantan sememangnya menyokong dan bersama kerajaan negeri dalam menuntut hak royalti tersebut.

"Rakyat Kelantan bersama kerajaan negeri dalam usaha menuntut hak royalti seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum (1974).

"Ini juga satu referendum rakyat negeri dan mereka menolak kaedah kerajaan pusat yang menukar royalti kepada wang ehsan," katanya.

Kaji selidik tersebut dibuat merangkumi sepuluh jajahan iaitu Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.

Responden pula adalah berumur 21 tahun ke atas mewakili pelbagai latar belakang kerjaya termasuk kakitangan kerajaan pusat, kerajaan negeri, swasta dan bekerja sendiri.

Kerajaan pusat sebelum ini mengumumkan akan memberi wang ehsan RM20 juta kepada Kelantan berbanding RM 2 bilion royalti yang dituntut kerajaan negeri itu.

Monday, November 23, 2009

sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz

sumber Harakahdaily

Transkrip penuh

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai.

Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau tak ada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah.

Jadi menantu tok guru sekarang ini akan letak jawatan?
Ya

Bila nak letak tu?
Tarikh itu terserah kepada dia.

Tapi tadi tok guru kata apa yang brelaku fitnah dan bukan kebenaran, jadi kenapa pula disuruh letak jawatan?
Saya lantik menantu saya ini, saya sebut dia menantu, tapi fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah.

Nabi kita pernah sebut kerpada Siti Aisyah, bahawa nabi bercadang nak roboh kaabah yang ada sekarang, nak bina balik supaya sama dengan kaabah zaman nabi Ibrahim, tapi tak jadi nak buat bimbang takut orang Arab yang baru masuk Islam, bawa fitnah dan sebagainya,

Orang lain, blogger nak tuduh itu dia punya pasal la, dia tanggung dosa menyusahkan orang.

Adakah tok guru lepas ini akan rombak juga pengurusan PMBK?
Itu masalah kedua.Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Jadi ini tak ada kena mengena dengan siasatan SPRM?
Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur,sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia.

Yang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah?
Terlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia.

Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak ya?
Saya sudah sebut dalam mesyuarat,dan mesyuarat senyap, termasuk YB LA sendiri.

Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan , bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan?
Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca.Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)

Thursday, November 12, 2009

Pelik tetapi benar

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menjelaskan bahawa jumlah kerosakan dan kerugian yang dituntut Perbadanan Stadium Nasional, Bukit Jalil akibat kelakuan ganas penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu cuma RM138,150.

Menurutnya lagi , “…. Kami mematuhi syarat untuk menanggung apa-apa kerosakan yang berlaku pada kemudahannya.”

Tetapi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendenda KAFA cuma RM50,000 sahaja.

Katanya, “Kami tidak boleh menyamakan denda dengan nilai itu kerana perlu berlaku adil kepada pasukan berkenaan.

“Yang melakukan perkara itu hanyalah dari kalangan segelintir penyokong mereka sedangkan majoritinya tidak begitu.”

Pelik sungguh bunyinya….. agaknya kalau seorang sahaja yang melakukannya dan nilai kerosakannya ratusan ribu juga, mungkin akan dikenakan denda Rm10/- sahaja...

Wednesday, August 5, 2009

Husam : Percepatkan bayaran Royalti Kelantan.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam Musa mempersoalkan jarak pelantar minyak Kelantan jauh lebih dekat dengan perairan negeri itu berbanding dengan negeri Terengganu yang berjaya mendapatkan royalti mereka sebaik sahaja Pilihanraya Umum ke 12 lalu.

“Sekiranya diukur jarak pelantar tersebut dengan pantai Kelantan hanya 170 km berbanding dengan Terengganu 220 km. Dan nilai pengeluaran gas dan minyak dari pelantar tersebut sejak 2004 sehingga tahun lepas berjumlah RM46.8 bilion. Sedangkan di perairan Terengganu sebanyak RM36 bilion manakala Sabah (RM5 bilion). Ini bermakna jumlah pengeluaran dari perairan Kelantan lebih besar,” kata Husam.

Apa yang menjadi persoalan, jika benar negeri ini tidak layak mendapat habuan royalti ini, mengapa Jabatan Perangkaan dan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) menyenaraikan Kelantan sebagai negeri pengeluar minyak ? Husam minta kerajaan persekutuan mempercepatkan pembayaran hasil cari gali itu secepat mungkin.

"Buat apa hendak dikaji benda yang sudah nyata. Perjanjian bertindih ini membabitkan Thailand, Vietnam dan Malaysia. Tetapi untuk mengesahkan tuntutan kerajaan malaysia keatas kawasan minyak itu mesti berdasarkan kepada kedudu kan negeri yang terhampir iaitu Kelantan. Kalau dia kata offshore ini bukan milik kelataan, maka offshore itu secara automatik milik kerajaan Thailand. Biar rakyat menentukan apa yang akan dibuat dengan duit itu. Serah cepat, supaya rakyat dapat nikmatnya," tambahnya.

"Kalau kerajaan pusat bersedia bayar royalti, salurkan wang rakyat kepada rakyat sebelum Hari Raya Aidilfitri untuk ringankan beban mereka," ujarnya lagi.

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah tidak menafikan hak negeri ini untuk mendapatkan royalti ini.

“Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan. Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkeras menafikan hak rakyat kelantan untuk mendapatkan royalti minyak dengan alasan kerajaan negeri tidak berhak menagih hasil cari gali bahan bakar itu kerana kawasan operasi bahan itu terletak di kawasan tuntutan pertindihan di bawah perjanjian perairan antarabangsa melibatkan negara jiran, Thailand dan Vietnam.

Kenyataan melulu menteri itu seraya menutup peluang hak kesamarataan yang diraih negeri -negeri lain yang sedang enak menikmati royalti minyak seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu.

-TVAntara

Melawat Pelantar Minyak : Polis Tahan 30 wartawan

30 wartawan ditahan Polis Marin Pengkalan kubur ketika dalam perjalanan melawat tapak Pelantar Minyak Cakerawala, Bachok Kelantan.

Bot yang memuatkan jurukamera kami Fauzi Mohammad dan wartawan Suara Keadilan Rusnizam Mahat ini mengikuti jemputan kerajaan negeri kelantan melawat pelantar itu namun dihalang polis marin dari meneruskan perjalanan.

Namun setelah satu jam disoalsiasat, bot media ini dibenarkan untuk berlepas ke Laut China Selatan.

Pelantar Minyak Cakrawala mula mencuri perhatian masyarakat Malaysia apabila gagasan Pakatan Rakyat mula menekan kerajaan persekutuan supaya menyerahkan hak rakyat kelantan hasil dari cari gali minyak di perairan negeri itu.

Husam yang turut serta dalam lawatan ke pelantar itu berkata alasan kawasan opeasi bahan itu beritndih dengan negara lain tidak munasabah kerana melalui kerajaan negerilah pelantar itu disahkan milik kerajaan Malaysia.

Turut bersama dalam delegasi ke pelantar minyak kontroversi itu adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Exco Kelantan, Husam Musa, Ahli Perlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar, Timbalan Speaker Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan beberapa ADUN Kelantan. -TVAntara

Tuesday, July 14, 2009

PAS hanya menang nipis!

PAS menang dengan majoriti yang nipis di Manek Urai

PAS - 5347
UMNO - 5283

MAJORITI - 64

JUMLAH UNDI ROSAK - 92

JUMLAH KELUAR MENGUNDI - 10 722 (87.22%)

JUMLAH SALURAN MENANG - 14 DARIPADA 27

JUMLAH UPU MENANG - 4 DARIPADA 9

MASA - 8.29 PM (rasmi )

Sumber : sini

BN-Umno penyebab provokasi dan tragedi berdarah

MANEK URAI, 14 Julai - Kehadiran Barisan Basional (BN-Umno), menjadi punca kejadian pergaduhan hingga melibatkan dua orang petugas PAS cedera parah di pusat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria, tengahari tadi.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Pilihanraya Kecil Dun Penanti dan Manek Urai sangat berbeza sewaktu BN mengambil keputusan untuk bertanding pada pilihanraya itu.

"Suasana pilihanraya kecil di Penanti sangat aman sebab BN tarik diri, tapi bila BN bertanding di Manek Urai sampai ada petugas PAS cedera," tegasnya merujuk insiden yang berlaku tengahari tadi.

Menurut perbandingannya, faktor penyertaan BN di Manek Urai kali ini punca segala provokasi yang berlaku.Tambahnya, beliau percaya provokasi itu sengaja diwujudkan pihak BN terhadap penyokong PAS dan Pakatan Rakyat, kononnya nak menghangatkan suasana tetapi yang berlaku sebaliknya.

"Mereka sengaja buat bermacam-macam provokasi kepada kita, kononnya nak menghangatkan suasana, tapi akhirnya ada yang tercedera akibat insiden baling-baling batu dan botol itu," kata ahli parlimen Rantau Panjang itu lagi.

Selain itu, Zailah khuatir budaya tidak sihat itu akan menular kepada rakyat Malaysia, terutamanya kepada golongan muda dan ia bertentangan dengan konsep 1 Malaysia yang dicanangkan Perdana menteri mereka, katanya.

"Dan dengan kejadian ini, rakyat dapat menilai kenapa semua yang berlaku hari ini boleh terjadi," ujarnya merujuk insiden yang berlaku.
-IT MU

Pusat mengundi ditutup, lebih 86 peratus tunai tanggungjawab

KUALA KRAI: Kesemua sembilan pusat mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai ditutup pada pukul 5 petang tadi.

Setakat pukul 4 petang, 86.4 peratus pemilih berdaftar di bahagian itu menunaikan tanggungjawab mengundi mereka, sekaligus melebihi sasaran 85 peratus yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini.
- MStar

PAS menang 2,000 undi di Manek Urai?:

Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telahmengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini."Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN.

“Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya.Pada jam 3 petang tadi peratus pengundian mencecah 83.89 peratus atau 10,312 orang walaupun ada dua jam lagi untuk mengundi, sebelum pengundian tamat pada jam 5 petang.

-Malaysiakini

Manek Urai : UMNO/BN terdesak - Menyamar Pegawai SPR

MANJOR, 14 Julai - Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.Kejadian berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampong Karangan.

Petugas PAS bertindak meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ.

Berikutan keadaan itu, penyokong PAS turut bertindak mengoyak pelekat tersebut sambil melaungkan 'penyamar' terhadap kumpulan kereta tersebut.

Manjor dikatakan kubu kuat Umno selama ini bagaimana pun telah berjaya dibolosi Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil Manek Urai ini.

Kubu Umno di Manjor kini mulai retak apabila 60 ahli dan penyokong parti itu menyertai KeADILan semalam, memberi lagi tamparan hebat kepada BN.
-IT Manek Urai

Manek Urai : Muhyiddin gagal jelaskan isu royalti minyak dan gas Kelantan

MANEK URAI, 13 Julai - PAS Kelantan kesal dengan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Petronas yang masih belum memberi penjelasan berkaitan isu royalti petroleum.

Dalam sidang media yang dibuat pagi tadi, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa, berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang penjelasan berhubung isu royalti minyak dan gas yang masih menjadi tanda tanya.

"Kurang tempoh 48 jam lagi tempoh pengundian bermula, tetapi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Petronas masih belum memberi penjelasan berkaitan isu royalti petroleum," katanya kepada pemberita.

Namun begitu, walaupun Petronas masih belum memberi penjelasan tentang isu royalti petrolem tersebut, beliau masin bersikap positif.

"Saya menganggap isu royalti minyak yang kita kemukakan memberi satu tanda serta impak yang positif kepada kemenangan PAS di Manek Urai.

"Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, kerana beliau menyokong isu royalti petroleum di Kelantan yang patut dituntut Kerajaan Negeri," ujar beliau.

Ujarnya, menurut kebiasaan mana-mana perjanjian yang termaktub sebelum ini adalah terpakai.Beliau juga mengulas sekiranya perjanjian 1990 sebelum ini telah termaktub, pihak kerajaan persekutuan perlu menunaikannya.

Jelasnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, dan beliau sendiri yang akan menjadi wakil bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan bagi membincangkan isu berkaitan.

Menjawab kepada pemberita, "Sebenarnya Kerajaan Negeri Kelantan telah lama menunggu surat rasmi tuntutan Royalti Petroleum ini, tetapi baru bulan Mac 2009 baru-baru ini baru kita pihak Kerajaan Negeri dapat siapkan".

"Dan daripada rekod Jabatan Statistik, sumbangan Kelantan kepada produk pengeluaran minyak petroleum adalah lebih tinggi berbanding Sabah iaitu sebanyak 6.5 peratus."

Selain itu, mengenai isu yang dimainkan Umno-BN sendiri, mahu jadikan Manek Urai sebagai "Anak Emas", Husam berkata, sedangkan Umno-BN telah pun mempunyai enam kerusi DUN, tetapi kenapa mereka tidak menjadikan "Anak Emas" ke atas enam DUN yang mereka kuasai itu.

Bermakna di sini, ini adalah janji-janji politik Umno-BN semata-mata.

Saturday, July 11, 2009

Manek Urai tempat Umno bersemadi - Nizar

MANEK URAI LAMA, 11 Julai - Walaupun dalam keadaan hujan lebat beberapa minit bermulanya ceramah malam semalam, orang ramai berpusu-pusu dengan penuh semangat untuk mendengar ucapan yang disampaikan Ahli Parlimen Bukit Gantang, dan ADUN Pasir Panjang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

"Apa yang Umno-BN buat terhadap Negeri Perak menyebabkan rakyat hari ini bukan hanya di Negeri Perak tetapi khususnya di seluruh Malaysia tidak boleh memberi keampunan kepada mereka", katanya.

Nizar menambah, "Apa yang berlaku di Perak ,mereka (Umno-BN) telah mempamerkan satu kerja, satu tindakan yang kita tidak boleh beri maaf kepada mereka, kerana mereka telah merampas hak rakyat."

"Kerja merampas hak rakyat ini adalah berdosa besar.Umno-BN tidak layak menyatakan parti mereka adalah parti yang membela Agama, Negara dan Bangsa. Mereka adalah pemusnah," ucap beliau lagi di hadapan rumah seorang penduduk Manek Urai Lama.

"Di Perak selama 51 tahun Umno-BN memerintah, Islam tidak pernah ditunjukkan, dibuktikan satu cara hidup, satu fahaman Islam, satu ajaran daripada Allah yang molek," katanya.

Beliau berharap rakyat Manek Urai akan dapat menterjemahkan apa yang telah berlaku di Perak sekarang.

Mempertahankan dan mengekalkan pemimpin PAS di DUN Manek Urai ini adalah satu petanda untuk menunjukkan bahawa rakyat semakin tidak percaya dengan kepimpinan BN yang diketuai Perdana Meterinya, Najib,"jelasnya lagi

Dato' Seri Nizar mengakhiri ucapan dengan berkata, "Jadikanlah Manek Urai untuk mengebumikan Umno-BN dan mentalkinkannya".Turut hadir dalam majlis tersebut adalah ADUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat

Sumber : SINI