Saturday, July 11, 2009

Manek Urai tempat Umno bersemadi - Nizar

MANEK URAI LAMA, 11 Julai - Walaupun dalam keadaan hujan lebat beberapa minit bermulanya ceramah malam semalam, orang ramai berpusu-pusu dengan penuh semangat untuk mendengar ucapan yang disampaikan Ahli Parlimen Bukit Gantang, dan ADUN Pasir Panjang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

"Apa yang Umno-BN buat terhadap Negeri Perak menyebabkan rakyat hari ini bukan hanya di Negeri Perak tetapi khususnya di seluruh Malaysia tidak boleh memberi keampunan kepada mereka", katanya.

Nizar menambah, "Apa yang berlaku di Perak ,mereka (Umno-BN) telah mempamerkan satu kerja, satu tindakan yang kita tidak boleh beri maaf kepada mereka, kerana mereka telah merampas hak rakyat."

"Kerja merampas hak rakyat ini adalah berdosa besar.Umno-BN tidak layak menyatakan parti mereka adalah parti yang membela Agama, Negara dan Bangsa. Mereka adalah pemusnah," ucap beliau lagi di hadapan rumah seorang penduduk Manek Urai Lama.

"Di Perak selama 51 tahun Umno-BN memerintah, Islam tidak pernah ditunjukkan, dibuktikan satu cara hidup, satu fahaman Islam, satu ajaran daripada Allah yang molek," katanya.

Beliau berharap rakyat Manek Urai akan dapat menterjemahkan apa yang telah berlaku di Perak sekarang.

Mempertahankan dan mengekalkan pemimpin PAS di DUN Manek Urai ini adalah satu petanda untuk menunjukkan bahawa rakyat semakin tidak percaya dengan kepimpinan BN yang diketuai Perdana Meterinya, Najib,"jelasnya lagi

Dato' Seri Nizar mengakhiri ucapan dengan berkata, "Jadikanlah Manek Urai untuk mengebumikan Umno-BN dan mentalkinkannya".Turut hadir dalam majlis tersebut adalah ADUN Pulai Chondong, Zulkifli Mamat

Sumber : SINI

No comments:

Post a Comment