Saturday, October 31, 2009

Kerajaan kudeta luluskan bajet dalam masa 20 minit ?

Pada 28/10/2009 BN telah meluluskan ‘Bajet Cocacola’ dalam masa 20 minit. Rekod dunia!

Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan BN yang tidah tidak sah di negeri Perak kerana ia dibentangkan dihadapan seorang Speaker yang tidak halal dan lagi Dato Seri Zambry dan barisan EXCOnya tidak patut berada dalam dewan kerana mereka telah digantung daripada menghadiri persidangan oleh Jawatankuasa Hak & Kebebasan

Pada tahun 2008, Palatan Rakyat mengendalikan bajet selama 4 hari. Baca di sini

Friday, October 30, 2009

Panadol : ubat segala penyakit!

Doktor Pakar sudah beri pandangan yang agak jelas, supaya anggota yang dah rosak itu di kerat buang bagi mengelakan daripada memudaratkan anggota badan yang lain.

Tetapi si pesakit diabetik tersebut terus berdegil dan lawan cakap siPakar seraya berkata dengan angkuhnya :

"Makan Panadol lebih baik! senang dan ringkas" . Kalau potong nanti , sayanglah....lagi pun sakit..."

Monday, October 26, 2009

Ganesan adalah penyamar dan penipu

Ganesan bukan sekadar speaker haram, malah terbukti ianya seorang penipu.Itu kata DS Nizar, merujuk kepada Datuk Ganesan, speaker lantikan Barisan Nasional.

“Ganesan telah mem ‘backdated’ kan surat perletakan jawatannya sebagai peguam,” terang Nizar sewaktu berucap di majlis Hari Terbuka Pakatan Rakyat di Medan Istana malam kelmarin.

"Kami dapat tahu sebab dimaklumi oleh Majlis Peguam Malaysia," kata Nizar.

“Ganesan memakai jubah speaker yang palsu, kerana jubah sebenar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak masih dipakai oleh speaker yang sah, V. Sivakumar.Ternyata , bahawa Ganesan cuba menyamar sebagai speaker yang sah walhal dia memakai jubah speaker yang palsu,” jelas Nizar diikuti dengan sorak ketawa orang ramai yang hadir pada majlis tersebut.

“Oleh kerana Ganesan adalah seorang speaker yang haram, maka notis panggilan persidangan itu pun haram, persidangan DUN yang dipegerusikannya itu pun haram, malah pembentangan bajet 2010 itu pun adalah tidak sah!” kata Nizar.

Nizar mendakwa bahawa kemelut ini akan terus berlanjutan dan akibatnya para pelabur tidak akan berani datang ke Perak untuk melabur kerana keadaan yang kelam kabut ini menakutkan mereka.
Nzar menyatakan , langkah yang sebaik-baiknya adalah membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya yang baru bagi mengatasi kemelut yang ada ini.

Sunday, October 25, 2009

Teoh dibunuh: Exco lapor polis, mahu suruhanjaya diraja


(Harakah Daily) - Exco Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini membuat satu laporan polis berikutan pendedahan terbaru mengesahkan 80 peratus pembantunya mendiang Teoh Beng Hock mati dibunuh bukan terjatuh.

Laporan dibuat di balai polis Seri Kembangan pagi ini mendesak pihak polis menyiasat kes ini dari sudut kes pembunuhan bukannya bunuh diri atau mati mengejut.

"saya berasa sangat kecewa, pihak polis menyiasat kes ini daripada sudut bunuh diri sejak awal. Sudut ini telah menghadkan skop siasatan polis dan telah melepaskan peluang emas untuk mencari bukti. Adakah pihak polis sengaja mahu melindungi SPRM pada hari pertama," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan.

Beliau juga menuntut supaya kerajaan Malaysia menubuhkan Suruhanjaya Diraja dengan segera dan menghentikan Inkues yang didakwa tidak telus dan membazirkan wang rakyat.

"Jangan bazirkan wang rakyat, keluarga dan juga pegawai-pegawai, kerajaan pusat harus tubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini.

"Saya lihat inkues ini berjalan dengan tidak baik, dan tidak telus, mereka hanya menyiasat berdasarkan laporan polis dan patologi tempatan, itu telah mengecewakan rakyat." katanya lagi

Beliau turut mendakwa terdapat sesetengah pihak cuba untuk menyembunyikan kisah sebenar disebalik kematian Teoh ini.

Rakyat Malaysia katanya mahu melihat keadilan ditegakkan dan Teoh tidak boleh mati sia-sia sahaja.

"Ini peluang untuk pihak polis membuktikan kepada rakyat bahawa mereka boleh menjalankan tugas dengan profesional dan bebas," katanya lagi.

Patologi terkenal antarabangsa dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand Rabu lalu telah memberi keterangan sebagai saksi pakar di Inkues mengenai kematian Teoh dan membuat kesimpulan kematian mendiang disebabkan dibunuh.

Ianya berikutan tanda bulat di leher Teoh dipercayai dicekik, retakan pada tengkorak mendiang bukan akibat terjatuh dan kecederaan pada dubur Teoh juga akibat dicucuk dengan objek sebelum terjatuh.

Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam dipercayai jatuh daripada tingkat 14 bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, pada 16 Julai 2009, jam 1.30 tengah hari selepas menjalani soal siasat.

Mendiang adalah setiausaha politik Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Saturday, October 24, 2009

Samseng diupah kawal sidang DUN Perak?


Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat "rayuan peribadi" kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.

Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami".

Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.

Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji).

Nizar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang dewan Rabu ini.

Dakwaan yang sama juga dibuat oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam sidang akhbarnya semalam.

"Kami juga mendengar bahawa kami perlu melalui pemeriksaan keselamatan yang ketat, termasuk penggunaan pengesan logam," kata Nizar.

"Kami bukan penjenayah yang perlu melalui layanan yang memalukan itu oleh regim BN, yang telah menghina pengundi yang telah memilih kami sebagai wakil rakyat mereka," tambahnya.

Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan mencetuskan sebarang gangguan dan kekecohan di sidang dewan itu nanti.

"Kekecohan tidak akan berpunca daripada kami yang melakukan tugas kami mengikut Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak dan Perlembagaan Perak," tambahnya

Adik aku puji aku Ooii!

Aduhai! Bukan main lagi si adik memuji si abang!! Macam nak rak! Aku sendiri tak gheti apa yang si adik katakan .kat sini

Yang aku tahu, kaki tangan kerajaan tak dapat bonus! Sedangkan hari-hari akhbar melaporkan ekonomi negara bertambah baik setiap hari.Apa yang lagi yang aku tahu ? Ah! harga barangan keperluan pun bertambah naik setiap hari.

Oh! Satu lagi yang aku tahu : Bayaran khas RM500 yang diberikan kepada semua penjawat awam Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib.Mana cukup RM500! Bukan aku sorang yang kata tidak cukup ; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman sendiri pun kata jumlah sebanyak itu mana nak cukup! Osman kata , bayaran itu diharapkan dapat ditambahkan lagi nilainya.....

Thursday, October 22, 2009

Natijah tulisan Prof Aziz Bari : Nik Aziz minta adakan Muktamar Khas

Isu Unity Government / Fraksi umno dalam PAS , walaupun ramai kalangan orang PAS sendiri cuba menafikan tentang kewujudannya, nampaknya kini terpaksa berhadapan dengan realiti apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz memberikan responnya terhadap tulisan Prof Aziz Bari ; berhubung isu kepimpinan PAS.

Tuan Guru kini dengan tegas mencadangkan supaya PAS mengadakan satu Muktamar Khas untuk membincangkan isu kepimpinan parti.

“Isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah.....” kata Tuan Guru. Baca lagi di sini

Mahkamah Tinggi benar cabar keputusan SPR

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Mahkamah Tinggi (bahagian rayuan dan kuasa-kuasa khas) di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar dan enam lagi untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk tidak adakan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. - Utusan

Gara-gara Pemutihan Umno

Asri Salleh, pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Dungun berkata, pemutihan parti perlu dilakukan dalam situasi berpada-pada supaya tidak menjejaskan parti UMNO.

“Saya melihat proses 'pemutihan' ini wajar dipertingkatkan dan diberi perhatian serius oleh semua pihak terutama menangani isu gejala politik wang yang kian berleluasa.

Ha! Ha! Pemutihan? Nampaknya Umno kenalah singkirkan si Zambry tu! Dah tu Si Azeez kepala Mat Rempit tu.....siapa lagi huh? Ha! Ha! Ha! Demi Pemutihan Umno!

“Kita tidak mahu rakyat terus menerus membuat penilaian bahawa UMNO adalah sebuah parti memiliki pemimpin yang terbukti tegar dengan politik wang,” katanya. [klik sini]

Wednesday, October 21, 2009

Post Mortem kena kemut?

Ketua Penerangan PAS, Ust Idris Ahmad memaklumkan bahawa Jawatankuasa PAS Pusat telah membentuk jawatankuasa post mortem yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Sabu.

“Post Mortem yang dibuat oleh PAS lebih hebat lagi daripada setengah kajian-kajian yang dibuat. Kerana kajian kita lebih mendasari hingga ke akar umbi,” katanya.

Wow! dahsyat sangat bunyinya tuh! Tapi mana ya? Rakyat yang mengundi juga mahu tahu.Penyokong-penyokong parti yang bekerja pun mahu tahu.Apasal begini lama post mortem tak keluar-keluar. Bontot siapa yang kemut post mortem nih? Jangan jadi macam post mortem negeri Trengganu yang hingga kini terus terperap.

Tuesday, October 20, 2009

PAS perlu singkir terus Hasan Ali and the gang

Sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali atau menyingkirkannya terus. Dalam beberapa portal berita Hasan dilihat sebagai liabiliti kepada Pakatan umumnya dan Pas khususnya.

Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Pas.

Sementara itu Nasharuddin membela tindakan salah Hasan itu secara terbuka. Tindakan dan perangai Hasan itu memang pelik kerana adalah mustahil seorang pegawai tadbir beliau tidak faham konsep tanggung jawab bersama dan bezanya dengan kedudukan penyokong kerajaan.

Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam Pas yang boleh merubah keadaan.Baca lagi di sini

Monday, October 19, 2009

Satu Malaysia jadi Sepuluh Ringgit Malaysia

Sepuluh Ringgit Malaysia!

IPOH, Oct 19 — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan “1 Malaysia” dihadapan kira-kira 30,000 orang di Stadium Perak malam kelmarin.

Beberapa orang kawan mendakwa mereka yang hadir itu semuanya mendapat upah.Mereka yang disekitar Ipoh dibayar RM10/- sahaja; tetapi mereka yang datang agak jauh sikit seperti Sungai Siput mendapat RM30/-.

Ada yang mendakwa, mereka telah diangkut dengan bas percuma dan dibayar upah dengan kopon bernilai RM30.00. Lihat di sini

Anak saya sendiri, menurut katanya akan mendapat upah wang – dia tidak tahu berapa jumlahnya kalau ikut sama rombongan guru sekolahnya ke stadium untuk menyambut Najib.Saya tidak benarkan dia ke sana ; duduk kat rumah lebih baik! Kata saya kepadanya.

Kita berharap Najib Altantuya dan MB Haram jadah itu kini sudah mendapat keyakinan yang kental untuk membubarkan DUN Perak bagi mengadakan satu pilihanraya yang baru.Bubarkanlah DUN Perak! Tunggu apa lagi??

Wednesday, October 14, 2009

Sekarang aku tahu kenapa pengundi Ladang Siliau belot!

Kita tidak boleh salahkan pengundi di Ladang Siliau.Cumanya, apakah benar janji-janji manis yang telah dihamburkan mulut Muhyiddin itu akan menjadi kenyataan?

Muhyiddin berjanji mahu memberikan 150 Rumah Mesra Rakyat kepada penduduk di Estet Ladang Siliau . Kenapa hanya mereka sahaja yang diberikasn keistimewaan untuk memiliki rumah? Bagaimana dengan yang lain?

PORT DICKSON, 7 Okt (Bernama) -- Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata tanah seluas enam hektar telah dikenalpasti di kawasan itu bagi membina 150 unit rumah, melibatkan peruntukan RM25 juta."Ini janji yang kita akan tunaikan," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Ladang Siliau dekat sini Rabu

Sebuah rumah yang begitu dhaif di Kg Bagan Pinang

Apa orang Melayu Kg Sirusa dan di Kg Bagan Pinang dapat ? Orang di Estet dapat kampung. Orang di kampung rumah tergadai , terutama yang duduk di tebing sungai di Kg Sirusa yang rumah nak roboh dek hakisan sungai.Masjid Kariah pun Kg Sirusa tidak ada !

Tuesday, October 13, 2009

Kes saman Ketua Kampung ditunda lagi

Perbicaraan kes saman Ketua Kampung terhadap kerajaan haram BN di tunda lagi ke 3 November 2009. Ini adlah penundaan kali ke-2.Penundaan kalai ini adalah atas permohonan pihak kerajaan haram BN yang mahu menjawab avidavit yang dikemukakan oleh Ketua-ketua Kg melalui peguam mereka Tuan Yusuf Ali & Co.

Avidavit telah dikemukakan dua bulan yang lalu, sepatutnya mereka sudah menjawab avidavit tersebut. Kealpaan kerajaan haram BN Perak untuk menjawab avidavit tersebut menunjukkan mereka tidak membuat persiapan yang serius bagi menghadapi kes ini di mahkamah.

Ketua-ketua kampung PR adalah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya. Mereka telah diberi watikah perlantikan oleh kerajaan PR untuk membolehkan mereka berkhidmat selama dua tahun . Mereka tidak boleh ditamatkan perkhidmatan begitu sahaja oleh kerajaan baru selagi tempoh perkhidmatan mereka belum tamat.

Perbicaraan Ketua Kampung Negeri Perak Pagi Ini

Pagi ini , jam 9.00 pagi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Ipoh berhubung saman yang dikemukakan oleh Ketua-ketua Kampung terhadap kerajaan kudeta Zambry.

Tuntutan perintah Certiorari bagi :

  • Membatalkan tindakan kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka
  • Menuntut perintah mandamus yang mewajibkan kerajaan untuk melantik semula Ketua-Ketua Kampung
  • Menuntut perintah deklarasi bahawa pemecatan atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah batal dan tidak sah
  • Menuntut perintah injunksi untuk melarang kerajaan dari melantik sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampung
  • Menuntut injunksi untuk melarang kerajaan dari membenarkan Dewan Orang Ramai dalam semua kampong dari digunakan oleh BN semata-mata
  • Menuntut ganti rugi punitif, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon
  • dan Menuntut suatu siasatan dan taksiran gantirugi kepada pemohon.

    Sila lihat di sini
  •