Wednesday, December 30, 2009

Zahid Hamidi menghantui Najib dan Rosmah

Najib dan Rosmah serta ahli keluarganya sudah tak senang duduk dan tidor. Bahawa isu kehilangan jet enjin dan isu desakan UMNO Pulau Pinang adalah taktik dan cara Zahid Hamidi untuk menguruskan perubahan lagi dalam UMNO. [klik sini]

Anda seharusnya mengimbas kembali satu kerja 'BODOH' yang berlaku sebelum ini semasa berlakunya peralihan kuasa daripada PM ke-5 kepada PM ke-6.. LOGIK tak seorang PM yang hendak 'RESIGN' beberapa bulan lagi boleh bertukar jawatan kabinet daripada Menteri Kewangan kepada Menteri Pertahanan? BOLEH BAGITAU TAK PM NEGARA LAIN ADA KE BUAT MACAM TU BILA NAK 'RESIGN'? [klik sini]

Teka berapa umur saya

Konon ceritanya, ada seorang lelaki yang sudah berumur yang berasa ‘tidak cukup kacak’ untuk berkahwin dengan seorang gadis yang comel dan muda , lalu beliau telah membuat keputusan untuk buat pembedahan plastik di mukanya supaya kelihatan ‘cukup kacak’ .

Dia sendiri berasa teruja dengan hasil pembedahan tersebut lalu bertanya dengan orang pertama yang ditemuinya.

“Cuba teka, berapakah umur saya?”

“Lebih kurang 35,” jawab orang yang ditanya itu.

"Saya sebenarnya 59,” terang lelaki itu dengan perasaan bangga sambil melebarkan senyum gembira.

Selepas itu dia pergi masuk ke McDonalds untuk makan , lalu bertanya kepada petugas yang menerima pesanan soalan yang sama, yang memberi jawapan , “ Oh! Anda kelihatan lebih kurang 29!”

"Saya sebenarnya 59." Bertambah yakin dan gembira lelaki tersebut.

Sewaktu sedang menunggu penerbangan pulang ke Sabah, beliau bertanya kepada seorang perempuan tua soalan yang sama.Perempuan tua itu menjawab :

“Saya sudah berumur 85 tahun dan mata saya pun sudah rabun,tidak berapa nampak. Tetapi saya ada cara saya sendiri untuk mengetahui umur seorang laki-laki ….

“Macamana pula tu?” tanya lelaki itu dengan penuh minat untuk tahu.

“Bagi saya pegang ‘anu’ kamu tu , pasti saya boleh tahu berapa umur kamu,” terangnya.

Oleh kerana pada masa itu tiada sesiapa pun yang kelihatan, lelaki tersebut pun membenarkan perempuan tua itu memasukan tangannya kedalam seluarnya lalu menggentel-gentul ‘anu’ lelaki tersebut buat beberapa ketika hingga berasa puas lalu berkata, “Ah! Umur anda 59 tahun!

Tergamam lelaki itu, “Bijak sekali! Tetapi bagaimana anda boleh tahu dengan tepat?” Tanyanya dengan penuh kehairanan.

Perempuan tua itu lalu menjawap, Saya dibelakang anda sewaktu diMcDonalds sebentar tadi!"

Monday, December 28, 2009

Ahmad Said kepada Najib : Kembalikan hak rakyat Trengganu


Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said berkata kerajaan negeri menolak jumlah bayaran dari kerajaan pusat.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah menjelaskan secara detail kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak betapa perlunya Kerajaan Pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu mengikut perjanjian asal.

Demikian penegasan yang dibuat Ahmad Said Dalam sidang Dun Terengganu baru-baru ini, ketika menjawab soalan lisan PAS Rhu Rendang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Selain itu, Terengganu memutuskan bahawa royalti dibayar terus oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri, manakala semua pembayaran yang telah dibuat oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 2000 hingga 2009 adalah dianggap pembayaran royalti kepada Terengganu.

Jumlah royalti yang dituntut Kerajaan Negeri Terengganu bagi 2000 hingga 2009 sebanyak RM2.792 bilion, namun Kementerian Kewangan tetap dengan keputusannya untuk membayar balik wang itu sebanyak RM1.686 bilion saja.

"Selagi perkara itu tidak diselesaikan, (maka) perjanjian (berkaitan) tidak akan ditandatangani.

"Dan kerajaan negeri Terengganu akan menarik balik kes mahkamah jika kerajaan negeri berpuas hati dengan jumlah royalti yang akan dibayar, " tegas Ahmad Said.

Saturday, December 26, 2009

Angkara Umno lagi....

Lagi angkara Umno - semua Imam dan Jawatankuasa meletakan jawatan.Campur tangan Umno dalam pengurusan surau berkenaan turut didalangi oleh Pengerusi JKKK yang juga orang kuat Datuk Seri Ali Rustam di tempat berkenaan.

Untuk makluman jawatankuasa surau yang telah lama berkhidmat itu tidak menunjukkan kecenderungan kepada mana-mana parti politik. [klik sini]

Skendal Menteri-Artis : Lembaga Disiplin Umno akan panggil Menteri terlibat


Isu hadiah kereta mewah RM1.5 juta seorang anggota Kabinet lelaki kepada artis pujaannya telah perbualan hangat bukan sahaja dalam dunia media malah perkara ini dipandang serius oleh pimpinan Umno.

Kemungkinan isu tersebut akan dibawa ke Jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno untuk dibincangkan dan diambil tindakan lanjut.

Isu hadiah mewah menteri kanan tersebut menjadi perbualan mulut wartawan media hiburan tempatan apabila artis popular itu dikatakan “menayangkan” kereta barunya kepada rakan artis dan wartawan. [klik sini]

Sebuah blog pro-Umno sebelum ini telah mendedahkan identiti serta artis terbabit dan menggesa menteri kanan tersebut segera membersihkan nama beliau.

Berdasarkan komentar selamatkanumno.blogspot.com pemimpin Umno itu berasa tidak yakin skandal menteri-artis itu akan mendapat perhatian pucuk pimpinan parti kerana ia mungkin melibatkan juga Perdana Menteri.

Wednesday, December 23, 2009

Bung Muktar tidak cukup kacaknya , tapi cukup koceknya...


Terlalu mahu dipandang cantik dimata manusia,tanpa berasa malu tetapi dengan megahnya dia mendedahkan : ``Sebab itulah Zie tidak kisah menghabiskan duit hampir RM10,000 dalam tempoh dua bulan untuk mencantikan wajah dan bentuk badan Zie,'' begitu kata Zizie Ezette dengan tawa cerianya ketika ditemui Mega di Pakar Kecantikan Dermedic, Sri Hartamas baru-baru ini.

Nampaknya tak lama lagi Bung Mukhtar yang mengaku : “Saya tidak cukup kacak” tentu akan kepingin kelihatan tampan melalui rawatan mencantikan wajah dan bentuk badan.Tentang kosnya tentu tidak jadi masalah.Kalau si isteri sanggup belanja RM10,000 sebelum ini sebagaimana dakwaannya itu, sudah tentu Bung Muktar punya kemampuan yang lebih lagi.

Tetapi, mungkin juga Bung Mukhtar akan ikut petua Khir Toyo dengan memakan tempe.Khabarnya, Khir Toyo makan tempe kerana mahu jimat untuk menampung belanja mahligainya yang RM24juta itu....

Apapun saya ucapkan 'Selamat pengantin Baru' kepada keduanya - The beast and The Beauty of Malaysia! Bung ingat, jangan main bila bocor....

Tuesday, December 22, 2009

Sendiri ponteng mahu salahkan orang lain

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang merupakan salah seorang Menteri UBN yang ponteng semasa pembentangan Bajet 2010 itu cuba pula menyalahkan Pakatan Rakyat. Menteri tersebut cuba memperbodohkan rakyat , ingat semua orang bangang seperti kaldai.

Menteri ini berkata, Negara boleh terjerumus ke dalam satu krisis yang dahsyat sehingga meruntuhkan sistem ekonomi sekiranya pembangkang berjaya menggagalkan Bajet 2010 daripada diluluskan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

''Apa akan jadi kepada negara?
Maknanya habislah, hancurlah negara ini.
Itu kesannya,"

Hancur negara kepala hotak engkau! Yang hancur tu UBN bukan Negara! Hoi Husni! Ko ingat UBN sahajakah yang layak mentadbir Malaysia ini? Sekiranya bajet tersebut gagal diluluskan, sudah tentu pilihanraya umum baru terpaksa diadakan. Hancurkah Negara kalau UBN ranap? Ko takut sangat hadapi PRU kah?.

Puak-puak Umno tak sedar-sedar lagi ; bahawa kewangan Negara itu bukan hak-milik Umno untuk difaraidkan hingga sanggup menyekat peruntukan kepada kerajaan-kerajaan negeri selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri. [klik sini]

Bahawa setiap rakyat disetiap negeri, tidak kira dibawah pentadbitan UBN atau PR, mereka berhak menerima peruntukan dari kerajaan pusat kerana mereka merupakan pembayar cukai.

Mereka hanya mentadbir dana sebagaimana yang telah diuluskan oleh Dewan .

Dua-dua tidak boleh pakai

Akhbar perdana tempatan dan warta berita di TV kelmarin jelas mendedahkan penglibatan seorang seorang Brigedier Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbabit dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM serta pelbagai penyelewengan lain, tiba-tiba hari ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan berita tersebut :

"Dakwaan dan apa yang ditulis oleh akhbar itu adalah tidak benar sama sekali," katanya Mana satu betul? Dua-dua nampaknya tidak boleh pakai!

Monday, December 21, 2009

Beringat sebelum kena

Awas bila ada individu yang anda tidak kenali menepuk bahu anda; terutamanya sewaktu anda sedang berusan di mesen ATM

Anda mungkin akan menjadi mangsa sindikit ini.Sila lihat lampiran berikut :

Tipah tertipu lagi...

Tengok berus rambut disebelah.Cantik dan ramai yang ingin memilikinya.Tetapi sebelum anda buat keputusan untuk memilikinya, baca dahulu pengalaman orang yang telah membelinya :

saja nak berkongsi pengalaman terbeli brush rambut BOAR/BABI HUTAN

masa i and my family busy shopping raya di SUBANG PARADE tiba-tiba tergerak hati nak ke SHIN

SHIN ni beauty shop and I pun beli brush rambut for my daughter tanpa remark or comment from the salesgirl KECUALI SENYUMAN

I pun seperti biasa percaya yang produk-produk yang dijual di SHIN maupun di SUBANG PARADE adalah halal kecuali kalau ada tanda TIDAK/NON HALAL

However and to our surprise brush yang kami beli tu diperbuat dari BOAR/ BABI HUTAN itupun selepas my daughter tern ampak tulisan 100% BOAR di brush

Kami pergi balik ke SHIN jangan kata minta maaf the salesgirl/manager BUAT BODOH OR SEMEMANG NYER BODOH siap claimed BRUSH INI DIPERBUAT DARI BRISTLE INSTEAD OF BOAR/BABI HUTAN (?????), secondly KALAU TAK SUKA BOLEH EXCHANGE WITH OTHER PRODUCT and THIRDLY WANG ANDA TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN.


The issues sekarang bukan duit or tukar produk lain tapi kalau diperhatikan sekarang ni produk-produk yang tak halal ni main suka-suka jual tanpa tanda TIDAK/NON HALAL

Therefore I harap you guys hati-hati lah bila membeli sebab jangan jadi macam i TERTIPU and i rasa I AND AGAMA KITA SEKARANG SENANG-SENANG DIPERMAIN-MAINKAN

Thanks for reading and please inform others.

Pohon pisang bertandan tujuh

Pernahkah anda melihat pohon pisang mengeluarkan 7 tandan buah pisang? Lihat gambar diatas.Kejadian pelik ini berlaku di Dusun Krajan, Desa Bedewang, Kecamatan Songgon, Banyuwangi. Sila [klik di sini]

Saturday, December 19, 2009

Manjong Mari dan Pemburu Syahid : Sampai bila mahu berbohong?

Nampaknya blogger sama blogger sedang bertempur. Lihat sini dan di sini Mereka suruh Saynotomunafiqeen supaya tutup blog?

Betul juga kata Manjong Mari : "Mesti Pandai Berbohong, Mesti Pandai Temberang......" Tepat dan tidak bersalahan : begitulah perangai sebenar Manjong Mari.Rupa-rupanya Manjong Mari pun kaki temberang walaupun tidak berpoligami macam cerita Madu Tiga P.Ramlee! Dia tulis :

Dan yang paling haru hijau banyak blogger-blogger hebat pro PAS seperti Tulang Besi, seorang lagi Cikgu alhusseyn51 pun tertipu dengan apa yang dikatakan oleh makluq perosak ini, Tulang Besi tertipu kira OK lagi,,, Tetapi Cikgu Alhusseyn51 siap bagi nasihat kat blogger.. sila ke sini

Kita lihat bagaimana reaksi Manjong Mari dan Pemburu Syahid dalam isu tersebut seterusnya.

Friday, December 18, 2009

Akibat kopeknya tidak cukup besar

Siapakah individu yang telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri itu berada di Dubai, Ogos tahun lalu?

Bank Negara memfokuskan siasatan kepada pengurup wang terbabit sahaja; tetapi kenapa tidak siasat individu yang menghantar wang tersebut ?

Ahli parlimen PKR Tian Chua menggesa supaya individu yang menghantar wang tersebut turut disiasat dan didakwa melakukan transaksi yang melanggar Akta Pengurupan Wang 1988 (Akta).

Kesalahan itu termasuk melanggar Seksyen 30(1) (b) Akta tersebut, yang melarang pengurup wang memindahkan dana ke luar Malaysia, sama ada untuk diri sendiri atau bagi pihak ketiga[klik sini]

Apasal dia tak sorok dalam kopek besar dia seperti mak kita biasa buat dulu-dulu? Tidak cukup besar untuk wang sebanyak itu?

Wednesday, December 16, 2009

BN semakin lemas

Barisan Nasional semakin bergegar bila satu lagi parti komponennya, Parti Gerakan berhadapan dengan satu krisis dalaman apabila naib presiden Gerakan yang digantung, Huan Cheng Guan (gambar) hari ini membuat pengumuman keluar dari parti itu dan menyertai Parti Cinta Malaysia.

Pada sidang media di lobi Parlimen, beliau menyatakan tidak lagi percaya terhadap kepimpinan lemah Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, sebagai alasan. Baca di sini

PANADOL MERBAHAYA

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI
(TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Wednesday, December 9, 2009

Dah memang dasar lembu

Sekumpulan lembu dilaporkan telah naik amok ketika hadir ke satu perbicaraan kerana memijak kepala spesis mereka sendiri.

Perbiacaraan tersebut tidak ada sangkut paut dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming.Tetapi kenapa lembu-lembu itu tunjuk buruk laku? Oh Patutlah...memang dasar lembu..

Monday, December 7, 2009

Apa nak jadi ....

Macam mana sebidang tanah wakaf bertujuan kegunaan agama Islam, seluas 3 ekar di kawasan Kuala Lumpur yang bernilai jutaan ringgit ini boleh jatuh ke tangan syarikat yang bukan Islam dan bertujuan komersial semata-mata??? [KLIK SINI]

Umno penganjur maksiat


Walaupun negeri dilanda hujan lebat dan angin ribut , beberapa tempat dilanda banjir gelombang yang ketiga dan ramai mangsa-mangsa bencana alam itu dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir, namun terdapat juga segelintir manusia yang tidak insaf dan masih mahu berleka dengan hiburan....

Apa nak jadi dengan orang Melayu ini? Sebut konsert sajer, berduyun-duyunlah jenis Melayu ini datang berkerumun macam langau mengharung bangkai [KLIK SINI]

Umno , penganjur acara maksiat tersebut sanggup menghabiskan jutaan wang rakyat dan memang suka ummat Melayu terus leka dengan hiburan dan maksiat supaya dapat meneruskan jangka hayat mereka.

Saturday, December 5, 2009

Forum "Natijah dari Krisis Perak" anjuran MerdekaReview

Satu forum bertemakan "Ke arah mana Perlembagaan? Natijah dari Krisis Perak" (Whither the Constitution? Lessons to be learnt from the Perak Crisis) akan dianjurkan oleh MerdekaReview, pada jam 8 malam, 9 Disember 2009 (Rabu), di Auditorium Pusat Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Antara ahli panelnya termasuklah Professor Kevin Tan, Professor Shad Faruqi dan Mohd Nizar Jamaluddin.

Kevin Tan, graduan dari Yale University, seorang pensyarah di Singapura, dan juga Monash University di kampus Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga banyak menulis mengenai perlembagaan Malaysia dan Singapura.

Professor Shad Faruqi, pakar perlembagaan, dan juga penulis buku Document of Destiny. Selain mengajar di universiti tempatan, juga seorang kolumnis dalam akhbar Star.

Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Pakatan Rakyat negeri Perak, merangkap ahli parlimen Bukit Gantang, Perak.

Sekali imbas, krisis Perak yang berlanjutan sehingga kini merupakan antara peristiwa yang paling penting dalam tahun 2009. Pergelutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat ini telah memberi impak yang besar kepada sistem politik Malaysia dari semua dimensi, termasuk kehakiman, pasukan keselamatan, perundangan, institusi Raja dan sebagainya.

Butiran:

Tema: Whither the Constitution?
Lessons to be learnt from the Perak Crisis (English)
Tarikh: 9 Disember 2009 (Rabu)
Masa: 8 pm
Tempat: MBPJ Civic Centre Auditorium,
Jalan Yong Shook Lin,
Petaling Jaya.
Kedatangan dialu-alukan.
Kemasukan adalah percuma


Friday, December 4, 2009

Malaysia mungkiri Perjanjian Damai hadyai

Kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Setelah 20 tahun Perjanjian Damai Haadyai dimeterai antara Parti Komunis Malaya (PKM), kerajaan Malaysia dan kerajaan Thai, sejauh manakah janji yang termaktub dalam persetujuan ini ditunaikan?

Seperti yang dijanjikan, PKM telah menamatkan perjuangan bersenjatanya; kerajaan Thai pula, menghulurkan bantuan kepada anggota PKM untuk memulakan kehidupan baru.

Kerajaan Malaysia kini menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi apabila mengumumkan bahawa Chin Peng tidak dibenarkan untuk pulang ke tanahairnya.[klik sini]

Artikel menarik yang berkaitan : [klik sini]

Thursday, December 3, 2009

Kursus Motivasi untuk anak-anak


Satu kursus bimbingan bagi membantu anak-anak keluar dari masalah dihinggapi pelbagai penyakit dan sikap negatif yang membimbangi dan meresahkan ibu bapa akan diadakan pada 18 – 20 Dis. 2009 anjuran Smartcom Consultancy.

Kursus selama 3 hari dan dua malam akan bermula pada 20 hingga 22 Disember 2009, bertempat di Institut Latihan GPMS, Kg Seri Rahmat,Batu Gajah, Perak.

Kursus seumpamanya pernah diadakan dan mendapat sambutan diluar jangkaan. Lihat di sini

Atas permintaan ramai,maka kursus tersebut diadakansekali lagi bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan dahulu.

Yuran kursus meliputi tempat penginapan, makan minum 11 kali serta peralatan kursus ialah RM 170.00 sahaja.Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut :

  • Pejabat : 05 – 3122015 (fax & tel)
  • En Radzi : 019 - 2826743
  • En Nazrin : 019 – 5747231

    Tempat adalah terhad dan siapa dahulu, dia dapat.

  • Tuesday, December 1, 2009

    Budak hilang ditemui semula

    Budak 6 bulan dibuang, dijumpai masih hidup dan sihat tapi sudah berlumut...(nampak macam anak orang PAS ajer)...

    Kesiann....apa nak jadi manusia sekarang ni...