Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts
Wednesday, March 10, 2010
Friday, December 18, 2009
Akibat kopeknya tidak cukup besar
Siapakah individu yang telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri itu berada di Dubai, Ogos tahun lalu?Bank Negara memfokuskan siasatan kepada pengurup wang terbabit sahaja; tetapi kenapa tidak siasat individu yang menghantar wang tersebut ?
Ahli parlimen PKR Tian Chua menggesa supaya individu yang menghantar wang tersebut turut disiasat dan didakwa melakukan transaksi yang melanggar Akta Pengurupan Wang 1988 (Akta).
Kesalahan itu termasuk melanggar Seksyen 30(1) (b) Akta tersebut, yang melarang pengurup wang memindahkan dana ke luar Malaysia, sama ada untuk diri sendiri atau bagi pihak ketiga[klik sini]
Apasal dia tak sorok dalam kopek besar dia seperti mak kita biasa buat dulu-dulu? Tidak cukup besar untuk wang sebanyak itu?
Wednesday, November 18, 2009
Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas
Pada 26 Okt 2009, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Walau bagaimanapun Bank Negara tidak memberi alasan dan sebab pembatalan lesen-lesen yang dinyatakan.Antara bukti-bukti diperolehi BNM, didapati maklumat yang menunjukkan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan (gambar kiri), Menteri Besar Negeri Sembilan melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan) telah mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008. [ klik sini ]/tamat .
Labels:
SPRM
Friday, August 21, 2009
Surat misteri dibawa ke balai

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini membuat laporan di balai polis Brickfields berkaitan surat misteri yang muncul Rabu lalu di inkues kematian Teoh Beng Huat.
Manikavasagam berkata, beliau juga menerima salinan surat tersebut, yang mendakwa wujud perbuatan rasuah antara seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
“Kandungan surat tersebut menyatakan terdapat unsur-unsur penyelewengan salahlaku dan kegiatan rasuah oleh pegawai atasan SPRM Selangor,” dakwanya dalam laporan polis berkenaan.
“Saya percaya surat ini ditulis oleh orang dalam SPRM kerana dia kelihatan mengetahui secara terperinci mengenai apa yang berlaku,” katanya kepada wartawan selepas membuat laporan berkenaan pagi ini.
Dakwaan dalam surat berkenaan antara lain mengaitkan seorang pegawai kanan SPRM terlibat dalam usaha memulakan siasatan ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.

Surat yang ditulis dalam bahasa Malaysia itu juga menyebut, pegawai SPRM itu telah menyoal-siasat Teoh pada hari kematian pembantu politik berkenaan.
Manikavasagam juga berkata laporan polis hari ini dibuat atas kesedarannya sendiri tanpa menerima arahan daripada pemimpin-pemimpin PKR.
Surat tersebut dialamatkan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; dan salinanya dihantar kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Manikavasagam, setiausaha perhubungan PAS Selangor dan beberapa pihak lagi, termasuk akhbar Suara Keadilan dan Sinar Harian.
Dihubungi media
Apabila ditanya, beliau berkata tiada apa-apa perbincangan dibuat dengan mana-mana pihak yang dikatakan menerima surat berkenaan.
“Saya tidak bercakap dengan sesiapa mengenai surat ini. Saya tidak sebarkan surat ini, dan saya tidak tahu bagaimana surat ini sampai ke tangan media,” katanya lagi.
Beliau telah mengedarkan salinan surat bertarikh 5 Ogos itu kepada media hari ini.
Jelasnya lagi, beliau menerima surat sepanjang lima halaman itu pada 14 Ogos lalu di pusat perkhidmatannya di Kapar, Selangor.
Jelasnya, sebaik menerima surat berkenaan, beliau hanya membaca beberapa bahagian kandungannya tetapi mengenepikannya kerana khuatir ianya mungkin surat layang seperti yang pernah diterima olehnya sebelum ini berkaitan siasatan ke atas kematian VP Sujatha.
Manikavasagam juga berkata, pada awalnya beliau tidak membaca surat berkenaan sepenuhnya kerana ia dialamatkan kepada Khalid.
“Saya tidak baca kerana ia dialamatkan kepada menteri besar. Saya cuma baca sebahagian, kemudian saya simpan,” katanya.
Beliau bagaimanapun meneliti kembali kandungan surat berkenaan semalam apabila ditanya oleh beberapa orang wartawan, sama ada beliau menerima surat tersebut.
Jelasnya lagi, Malaysiakini, Malay Mail dan The Star telah menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan mengenai surat misteri itu.
“Tapi setelah saya baca kandungan surat ini (sepenuhnya, semalam), saya rasa perlu buat laporan polis kerana dakwaan ini serius,” katanya lagi.
-Malaysiakini
Labels:
SPRM
Thursday, July 23, 2009
Siasat SPRM Hingga Ke Lubang Cacing - Razaleigh
Kerana bimbangkan kematian Teoh Beng Hock adalah petanda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bertukar penyangak, pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah berkata siasatan "sehingga ke lubang cacing" harus dijalankan bagi mencari motif dan punca kematian mangsa.Razaleigh berkata rakyat Malaysia tidak lagi berasa selamat sekiranya seorang saksi yang dipanggil membantu siasatan ditemui mati dibawah pengawasan pihak berkuasa.
"Kejadian ini amat buruk untuk negara. 50 tahun kita merdeka, perlukan orang yang dipanggil untuk disiasat keluar dalam keranda," katanya.
Razaleigh berkata penubuhan Suruhanjaya Diraja Siasatan keatas kematian Teoh Beng Hock tiada ada gunanya sekiranya kerajaan tidak melaksanakan saranan-saranan suruhanjaya terbabit, sepertimana yang dapat dilihat dari siasatan keatas kes V.K Lingam dan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).
Razaleigh berkata meminggirkan saranan Suruhanjaya Diraja adalah seperti "menghina Yang Di-Pertuan Agong".
Pemimpin veteran itu menambah SPRM memburu kesalahan-kesalahan kecil tetapi tidak mempedulikan kes-kes besar dan berkata SPRM perlu diteliti semula.
"Rakyat mahu tahu, saya juga mahu tahu, bagaimanapun kematian ini boleh berlaku? Bagi seorang saksi, siapa yang akan beri bukti berkenaan perbelanjaan RM2,400 sedangkan ada orang dengan jutaan wang ringgit terus melata dengan bebas dan tidak dipanggil untuk disiasat," tegas beliau.
Labels:
SPRM
Wednesday, July 22, 2009
SPRM - Sila semak kad pelaporan kamu!
Talam dua muka, pilih bulu, hipokrit - itulah antara ungkapan yang disasarkan kepada polis dan SPRM oleh rakyat, pembangkang dan pemerhati politik.Terbaru: SPRM digelar Suruhanjaya Pelindung Rasuah Malaysia. Tuduhan terhadap SPRM bukan dibuat secara melulu. Hakikatnya ialah Teoh mati kerana siasatan RM2,400 membabitkan EXCO Pakatan Rakyat Selangor.
Malah ada bukti, saksi lain didera, dicaci dan diugut SPRM. Pada masa sama, SPRM membisu dan tutup mata terhadap kes penyelewengan oleh pemimpin BN. Antara kes di Selangor ialah:
1. Skandal PKFZ yang menelan dana awam sehingga RM12.5 bilion
2. Hasil siasatan SELCAT, sebuah cabang Dewan Undangan Selangor yang mendedahkan Khir Toyo dan isterinya menyalahgunakan dana awam jutaan ringgit untuk, antara lain, melancong ke Disneyland di Amerika syarikat dan Paris serta Australia di samping menyalahguna dana Balkis.
3. Kerajaan Selangor mendedahkan Mantan MB Selangor itu membeli tujuh apartment mewah di Arab Saudi menggunakan dana kerajaan negeri secara mencurigakan
4. Pembinaan istana Khir Toyo yang dianggarkan RM23 juta ringgit di Seksyen 7 Shah Alam
5. Wakil BN bergegas menghabiskan peruntukan RM27 juta dalam tempoh dua bulan sebelum pilihanraya umum Mac 2008.
Ini hanya segelintir kes/aduan yang dilaporkan kepada BPR/SPRM di Selangor. Di peringkat nasional pelbagai aduan dibuat bersabit gejala rasuah dalam pembelian kapal selam dan peralatan lain semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan.Namun SPRM dan polis diam seribu bahasa.
Puluhan lagi laporan mengenai penyelewengan kuasa dan rasuah politik membabitkan wakil BN dibuat di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan negeri lain, namun jawapan SPRM "masih dalam siasatan" atau "kes dibuang, tak ada bukti."
Ehsan: Suara Keadilan
Labels:
SPRM
Sunday, July 19, 2009
Rakyat tuntut SPRM di siasat
Di anggar seramai 300 orang berhimpun secara aman di luar Ibu Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam pagi kelmarin kerana menuntut supaya SPRM disiasat atas tragedi pembunuhan Teoh Beng Hock sewaktu dalam siasatan di pejabat mereka pada 16 Julai lalu.
Mereka menyifatkan kejadian tersebut terlalu kejam dan mereka menuntut keadilan bagi pihak mangsa yang terbunuh.Lihatlah bagaimana pihak polis menyuraikan perhimpunan tersebut dan anda nilailah sendiri pasukan polis kita dalam menjalani tugas mereka, yang sepatutnya memberikan perlindungan dan keselamatan kepada rakyat , bukan sekadar untuk keselamat gulunga yang tertentu sahaja.Lihat video berikut :
Mereka menyifatkan kejadian tersebut terlalu kejam dan mereka menuntut keadilan bagi pihak mangsa yang terbunuh.Lihatlah bagaimana pihak polis menyuraikan perhimpunan tersebut dan anda nilailah sendiri pasukan polis kita dalam menjalani tugas mereka, yang sepatutnya memberikan perlindungan dan keselamatan kepada rakyat , bukan sekadar untuk keselamat gulunga yang tertentu sahaja.Lihat video berikut :
Subscribe to:
Posts (Atom)
