Wednesday, September 30, 2009

Berita Hairan

Berita Harian berniat jahat bila menerbitkan berita kononnya Yusmadi Yusoff (gambar kiri, ehsan Merdeka review), Ahli Parlimen Malaysia (Balik Pulau), Ketua AMK Pulau Pinang , mahu jawatan KM Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru.

Yusmadi, menjelaskan bahawa dirinya ditelefon wartawan Berita Harian untuk bertanyakan pandangannya mengenai hari raya. Beliau tidak mengulas sama sekali berkenaan isu KM bergilir. Baca penjelasan beliau di sini

Tuesday, September 29, 2009

Kisah Lembu lagi...

Entah apa kena dengan negeri Selangopr ini; asyik-asyik cerita pasal lembu tidak habis-habis.Mula dulu , pasal lembu yang MB Khalid sedekahkan untuk kawasan parlimennya, kemudian ,timbul pula pasal kepala lembu yang puak Umno usong tu; terkini pula ceritanya kat sini

Terlanjur cerita pasal lembu ni, aku teringat juga tentang suatu kisah lembu yang diserang penyakit gila.Maka pergilah seorang pakar ke sebuah ladang lembu untuk membuat kaji selidik. Seminggu kemudian maka siaplah laporan daripada pakar tersebut.

"Lembu-lembu diladang tersebut didapati terlalu memendam rasa dan tersangat keciwa menyebabkan batin mereka tersiksa hingga menyebabkan mereka sudah tidak tertanggung lagi lalu menjadi gila!" lapor pakar tersebut.

"Macam mana boleh jadi begitu?" seorang yang kehairanan bertanya kepadanya.

"Siapa yang tidak jadi gila macam tu kalau puting susu mereka kena raba dan digentel setiap hari kemudian ditinggalkan begitu sahaja tanpa dise.....?

Monday, September 28, 2009

Alhamdulillah : Hanyalah pokok yang dapat berikan naungan kepada Pakatan Rakyat

TG Nik Aziz menjelaskan melalui sepotong hadis tentang pahala sedekah yang secara mudah boleh didapati hanya dengan berkat menanam pokok.

Katanya, Mana-mana orang Islam yang menanam satu tanaman maka sebarang benda yang keluar dari dia dikira sedekah.Burung hinggap atas dahan - sedekah; segala binatang-binatang buas , tupai makan buah tu, sedekah...Orang yang duduk bawah bayang dia sedekah ;

Itu pasal, atok-atok kita dulu tu, gemar gi nanam pokok buah-buah dok ingat nak bagi makan cucu cicit.La zaman kita ni, nak nanam pokok mana ada ngingat tentang itu semua! Lagi pun mana ada tanah kalau duduk kat perumahan macam sekarang nih!


Tu, Kalau tak ada pokok besar kat situ, macam mana DUN Perak nak bersidang ? Mujurlah ada orang yang nanamnya kat situ, dapat Pakatan Rakyat berlindung dibawah naungannya setelah Tuanku Sultan Perak macam tak pekenan nak beri naungan kat Pakatan Rakyat, maka terpaksalah gi cari naungan pokok....Tentu besar pahalanya orang yang menanamnya ... Jom dengar TGNA cakap pasal nanam pokok merupakan sedekah dan dapat pahala percuma...

Sunday, September 27, 2009

Kenapa dia tidak jadi lembu ajer?

Teman gi tengok kat blog Anuar Hashim tu lihat gambar DS Nizar tengah dok nyembleh lembu.Tetiba ajer teman tergamborkan 'lembu itam' macam kat bawah nih pula ! :


Nak buat macam maney? Perasaan teman sajer! Aper-aper pun teman minta maaf banyak-banyak.Bukan nak gamborkan DS Nizar tu macam seorang militen, tapi teman nak maghah sangat kat Zambry tu.Memang patut dia jadi lembu macam tu!

Teman tabik spring nengokan Nizar nolak lori tu! Ghopey nye nolak lori lebih mudah daripada nak nolak Zambri.Mudah-mudahan berjayey jugey tak lamaey lagi.Eh heh!

Pengerusi SRR rupanya OKU

Anuar Hasyim , bekas setiausaha akhbar MB Perak DS Nizar menulis dalam blognya : Kesangsian Pakatan Rakyat terhadap tindak-tanduk SPR memang ada asasnya. Bagi PR, jika SPR telus dan adil, sudah tentu BN akan mengalami kekalahan yang teruk. Kesangsian mengenai ketelusan 4,604 undi pos di Bagan Pinang memang wajar. Baca lagi di sini

Cuma teman nak menambah kater tentang adanya rungutan orang ramey yang mengatakan bahawa Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof , Pengerusi Suruhanjayey Pilihan Rayey (SPR) ini adalah seorang OKU.

Teman pun turut mikio habih pasey ape demer (perpuok UBN) melantik oghang OKU ini jadi pengerusi SPR ; tak ader ker oghang yang biasey yang cukup sifat untuk dilantik?

Ghuper-ghupernyey baru teman faham, sebab apey selamey ini, sejak dulu, kini dan selameynyey, demer memang suker hok jenih macam tu ; pilih jenih OKU - Oghang Kuat Umno!

Saturday, September 26, 2009

Mengapa Panglima Angkatan Tentera Bersara Tiba-Tiba?

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Abd Aziz Zainal (foto), bersara dengan tiba-tiba tanpa apa-apa penghormatan tentera seperti perbarisan kehormat, jamuan makan malam, lawatan ataupun menemui rakan-rakan dari Negara lain, terutamanya Negara-negara ASEAN.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Angkatan Tentera dimana seorang Panglima Tentera diperlakukan demikian. Sekurang-kurangnya, Angkatan Tentera memberikan perbarisan kehormat untuk mengucapkan selamat jalan kepada Panglima Angkatan Tentera yang akan bersara. Berita tentang persaraan beliau pun dimuat secara kecil sahaja di sini

Ada sesuatu yang tidak kena, dan ini akan menyebabkan pegawai-pegawai yang masih bertugas dan pegawai kanan tentera yang sudah bersara untuk membelanya, dan menganggap kerajaan tidak memberikan penghargaan atau penghormatan yang sepatutnya, kepada seorang Panglima Angkatan Tentera yang akan bersara. Selanjutnya sila klik
KOMPAS.com — Tokek, sejenis reptalia keluarga cicak besar,Gecko kini menjadi buruan menyebabkan harganya telah meningkat begitu tinggi.

Perniagaan cicak tersebut memberikan pulangan hasil yang lumayan dan sudah bermula setahun yang lalu.

Harga seekor cicak tersebut yang beratnya 4 auns boleh mencapai lebih dari Rp500 juta ! Ramai pemborong dari Malaysia dan Korea bertumpu ke Indonesia untuk membelinya dan kemudian dijual kembali ke beberapa negara seperti China, Jepun, Hongkong, dan Perancis dengan harga yang lebih mahal.

Reptalia tersebut khabarnya mempunyai enzim yang dapat menyembuhkan HIV AIDS. Semakin tua dan besar ukuran reptalia tersebut, maka kadar enzim yang dimilikinya akan semakin banyak. Hanya yang memiliki berat 3,5 auns ke atas sahaja yang layak untuk dieksport.

Friday, September 25, 2009

Hasan Ali Alat Propaganda Barisan Nasional?

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Teng Chang Kim menyifatkan isu perbicaraan awam Selcat yang digembar-gemburkan adalah propaganda Barisan Nasional.

Katanya, pendengaran awam yang dijalankan oleh Selcat adalah secara professional dan bukan untuk menyinggung perasaan pegawai-pegawai kerajaan yang menjalankan tugas.

Kenyataan tersebut adalah jelas sebagai satu penafian terhadap dakwaan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang mempertikaikan Selcat kononnya sebagai membuli pegawai kerajaan kerana ada pegawai yang mendakwa mereka dilayan dengan cara yang tidak sewajarnya dan menjatuhkan semangat untuk bekerja.Baca lagi di sini

Isu Selcat hangat diperkatakan apabila Dato Dr Hasan Ali membuat kritikan tersebut secara terbuka.Apakah benar Hasan Ali menjadi alat propaganda Barisan Nasional?

Benarkah PAS sokong tindakan Hasan Ali?

PAS sepatutnya menyokong usaha Dewan Undangan Negeri Selangor mengadakan Select Committee on Competency, Accountability & Transparency (SELCAT) untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran negeri.

PAS telah berjanji dalam manifestonya untuk menjadi sebuah kerajaan yang telus, yang mahu memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA), yang mahu menggubal undang-undang baru Hak Mendapatkan maklumat (Freedom of Information Act).

Kalau PAS menyokong, mengapa pemimpin PAS Selangor Hassan Ali dibiarkan mencabar SELCAT yang dipengurusikan oleh Speaker Dewan secara terbuka?

Terkini , PAS Selangor mahu pendengaran siasatan awam tersebut dibuat secara tertutup. . Kita belum pasti apakah pendirian PAS yang sebenarnya dalam isu tersebut kerana kenyataan tersebut hanya disuarakan oleh seorang 'Setiausaha'

Saranan itu bukan sahaja bertentangan dengan asas kewujudan jawatankuasa khas DUN Selangor itu tetapi juga semangat kerajaan Pakatan Rakyat yang mengutamakan "kebertanggungjawaban dan ketelusan."

Wednesday, September 23, 2009

Biarkan Umno Mampuh!

"Saya sudah bosan dengan helah bermadah daripada Pemuda Umno... kenapa tidak mengatakan persetujuan untuk mengadakan pertemuan?" kata beliau di sini

Tuan Guru Nik Aziz memang sudah lama bosan! Bukan hanya bosan kat Umno, bosan dengan puak-puak yang degil mahukan muqabalah.Dengarlah nasihat Mursyidul ‘Am tu.

Saya ada menerima ucapan Selamat Hari Raya yang lepas yang bunyinya : Satu dua tiga empat- Hati Raya makan ketupat.Lima enam tujuh lapan, salah silap harap maafkan.Sembilan sepuluh - Biarkan Umno mampuh!

Wednesday, September 16, 2009

Minta maaf dan cium kaki Mahathir?

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengalu-alukan tindakan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu menggantung keanggotaan perwakilan parti itu yang mencera Dr Mahathir, tetap mahu anggota terbabit berjumpa dengan Dr Mahathir dan meminta maaf.

"Jika kita melihat budaya sebenar kaum India, mereka akan cium kaki orang tua, kalau hendak ikutkan Dr Mahathir itu pangkat bapa di negara ini," katanya [di sini]

Nampaknya, Shahrizat mahu orang itu jumpa Mahathir, minta maaf dan cium kaki Mahathir. Urgh! Cukuplah Ibrahim Ali mencium bontot Mahathir !

Cerita si Hantu Kopek lagi

Hantu Kopek ni semakin busuk dan masam.Tetapi Altantuya tetap terus menggemarinya.Hantu Kopek ini khabarnya sedang menyembunyikan 400 unit bas dari Cina untuk Program Khidmat Latihan Negara (PLKN). Baca ceritanya di sini

Gempar! Rahsia bagaimana mahu singkirkan Najib

Dalam satu temubual dengan sebuah akhbar London, Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng mengakui bahawa adalah lebih sukar menukar Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri , berbanding dengan yang sebelumnya,Tun Abdullah Ahmad Badawi. [KLIK SINI]

Apa yang susah sangat Lim! Kalau semua wakil Parlimen Pakatan Rakyat bersatu hati dan sepakat , pada persidangan Parlimen yang akan mendatang nanti, semua Yang Berhormat Pakatan Rakyat pakat-pakat pakai topeng ke Parlimen sebagaimana saranan Menteri Kesihatan baru-baru ini.

Tapi ingat, bukan pakai topeng H1N1 , pakai topeng Altantuya.Tentu kelam kelibut Najib lari keluar dari bangunan Parlimen!!! Ada orang kata, hantu Altantuya boleh mengalahkan Hantu Kopek! Kah! Kah! Kah!

Tuesday, September 15, 2009

Bukan hanya satu KDSB rupanya...

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sarat dengan misteri kini semakin terbongkar. Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang dilantik Lembaga Pelabuhan Klang pada 1999 sebagai turkey developer hanyalah sebuah syarikat tidak berisi (shell corp). Kemunculannya sebagai saluran untuk memunggah wang dari PKFZ.

KDSB hanyalah salah satu catur dalam permainan politik Barisan Nasional untuk memunggah kekayaan ekonomi negara. Skandal ini memperlihatkan bagaimana Tiong berkongsi kek PKFZ bersama UMNO, dan MCA sebagai catur yang penting, turut merasai sebahagian kek ini melalui Kementerian Pengangkutan yang dikuasainya.

Masih ada lagi ribuan ‘KDSB’ yang sedang "mencari rezeki" sedemikian. Selagi Umno/BN berkuasa , skendal yang sama tetap akan berterusan dan berulang. Bacalah di sini dan lagi di sini

Sunday, September 13, 2009

Nenek bukan sembarangan nenek.....


Oleh : Aapai Sepai
HULU TERENGGANU - Selepas lebih tiga tahun menjalani kehidupan berumahtangga, Wook Kundur, 106, mempunyai rahsia tersendiri untuk memastikan kebahagian bersama suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, terus berkekalan.

Menurut warga emas itu, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan Mohd. Nor yang jauh lebih muda, antaranya sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.

Wook yang lebih gemar membahasakan dirinya 'saya' kepada tetamu berkata, tiga perkara itu membuatkan dirinya sentiasa muda dan mampu melayani suaminya dengan baik.

"Layan suami ada banyak maknanya. Pertama, layan makan minum dan pakaian. Yang itu, saya buat seperti wanita lain yang bersuami. Saya memasak, membasuh dan buat kerja rumah yang lain.

"Kedua, layan tempat tidurnya. Yang itu tak payahlah cakap dalam-dalam. Faham-faham sendirilah apa maknanya. Biar saya cakap, yang itupun tak saya abaikan. Berdosa abaikan suami dari segi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Berang semalam.

Menurut warga emas itu, dia tidak akan berkahwin dengan Mohd. Noor jika tidak mampu melaksanakan semua perkara berkenaan dan lebih baik tinggal seorang diri sehingga akhir hayat.

"Saya nak cakap kepada orang yang buat fitnah, saya tidak abaikan suami dalam semua hal, kecuali masa demam dan tak larat.

"Memanglah, kita ini bukan sentiasa segar (sihat). Ada masanya sakit demam juga. Kalau kita sakit dan tak dapat layan suami, itu bukan abai namanya, itu di luar kemampuan pada masa itu," ujarnya.

Wook berkata, sejak muda dia melakukan amalan mengurut diri sendiri untuk memastikan tubuhnya sihat selain sentiasa lapang dada dalam menghadapi apa juga cabaran hidup.

Sepanjang usianya, wanita itu berkata, banyak pahit maung dialaminya, namun dia sentiasa berfikiran positif dan percaya semua masalah mampu diatasi dengan keimanan.

Menurutnya, dia pernah menghadapi saat kematian berbelas-belas suaminya dan menjadi ibu tunggal dalam tempoh tertentu namun semua itu dihadapinya dengan tabah.

"Saya ada lebih 20 anak, berpuluh cucu, berbelas cicit. Ada yang dah balik (meninggal dunia) lebih dulu daripada saya. Saya akan terus senyum (ceria) dan mahu habiskan baki usia ini dengan amal ibadat," katanya.

Menurut Wook, Mohd. Nor merupakan suaminya yang ke-22 dan antara yang termuda ketika mereka berkahwin.

Baling kasut Dapat Rumah

Keluarga Al-Baghdadiya , wartawan TV , Muntadhar al-Zeidi
membuat persiapan untuk menyambut kepulangannya selepas
dipenjara 9 bulan kerana membaling sepatu kearah
Presiden Bush.

Baghdad - Sengsara membawa nikmat. Mungkin itulah perumpamaan yang tepat diberikan kepada Muntazar al-Zaidi, wartawan Irak yang berani melempar George W Bush dengan sepatu pertengahan Desember 2008 lalu.

Setelah merengkok dalam penjara selama 9 bulan, Zaidi akan dibebaskan dari penjara 14 September ini (esok). Sebuah rumah dengan 4 bilik tidur telah menunggunya di luar. Rumah baru itu merupakan hadiah dari kantor tempat Zaidi bekerja, Al Baghdadia TV. Demikian seperti dilapor allheadlines.com, Kamis (10/9/2009).

Bukan sekadar itu sahaja, sebuah kereta baru hadiah dari orang tak dikenal juga sedang menanti Zaidi. Itu belum termasuk wang yang dikirim oleh para dermawan, beberapa tawaran menikah, dan lain-lain untuknya.

Para editor Al Baghdadia TV mengatakan mereka telah menerima banyak permintaan dari perempuan yang hendak menikahi Zaidi. Selain itu banyak pula datang tawaran harta benda, berupa wang, kereta, hingga kuda berpelana emas dari Moroko. Seorang warga Arab bahkan bersedia membeli sepatu Zaidi dengan harga USD 10 juta.

"Pemilik syarikat swasta telivisyen (Al Baghdadia) telah membina sebuah rumah baru buat Zaidi dan keluarganya. Ramai pula orang yang menghubungi kami menawarkan berbagai hadiah," kata produser Al Baghdadia TV, Anas Al Bayaty

Saturday, September 12, 2009

Mahu bersabil lantaran tarian pendet?


Apakah kerana dalam klip video komersial yang mengandungi elemen ‘tarian pendet’ 30 saat bagi mempromosi siri dokumentari Enigmatic Malaysia di Discovery Channel itu , maka rakyat Indonesia mahu menggayang Malaysia? Mahu bersabil kok?

Kononnya Indonesi terasa terhina kerana Malaysia sering mencuri budaya hak milik Indonesia – lagu Negaraku , Batik, Kuda Kepang, Keris ….

Bukankah kita serumpun sebangsa.Bangsa Melayu tidak pernah marahkan orang Indonesia menggunakan Bahasa Melayu.Kenapa mereka tidak menggunakan bahasa Jawa?

Berbuka nanti, salahkah kita rakyat Malaysia kalau makan Satey,Pecal, Mee Jawa atau Mee Bandung dan minum Ais Bandung?

Cuba kalian lihat dan baca Ini :

Jakarta - Pendaftaran untuk para relawan 'Ganyang Malaysia' terus dibuka Relawan Benteng Demokrasi Untuk Rakyat (Bendera) yang bermarkas di Jalan Diponegoro 58, Jakarta Pusat. Selain didata, para relawan yang ingin pergi ke Malaysia juga diisi ilmu kebal. [KLIK]

Mirza setuju Umno adalah parti Islam

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini katanya di sini.

Mirzan Mahathir yang baru dilantik sebagai lembaga pengarah syarikat arak, San Miguel Corp tentu bersetuju 100% dengan kenyataan najib itu.

Friday, September 11, 2009

Kepala Lembu : Beranikah Umno menafikan penglibatannya ?

Ahli PAS yang didapati terlibat dengan protes mengarak kepala lembu di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor di Shah Alam pada 28 ogos lalu akan diambil tidakan sewajarnya, kata Khalid Samad.

PAS tidak akan teragak-aagak untuk memecat daripada parti jika mereka didapati terlibat dengan insiden yang memalukan itu.

Bagaimanapun beliau menafikan yang keempat-empat mereka itu adalah anggota parti. Khalid merujuk kepada laporan The Star yang melaporkan : "Seven of them were from Umno, four from PAS and one was from PKR" empat anggota PAS terlibat dalam perarakan tersebut.

“Saya mahu tahu dakwaan tersebut berdasarkan kepada apa. Adakah hanya cakap-cakap sahaja atau ada apa-apa bukti?”

“Jika ada bukti, tentunya kami akan bertindak kerana protes tersebut bertentangan dengan prinsip parti,” kata Khalid.

Beliau juga turut meminta kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tersebut supaya tampil agar tindakan wajar dapat diambil terhadap yang terlibat.

Kenyataan khalid diatas jelas menyatakan bahawa PAS tidak terlibat dengan insiden yang memalukan itu.Bagaimana pula dengan Umno?

Kenyataan Khalid diatas merupakan satu tamparan kepada Umno untuk membuat satu kenyataan balas balas berhubung perkara tersebut.

Apakah Umno berani untuk buat kenyataan sepertiman Khalid buat? Yakni menafikan penglibatan ahli-ahli Umno dalam kerja terkutuk itu? Atau sememangnya Umno merestui perbuatan tersebut?

Umno janganlah cuba baling batu sembunyi tangan dalam perkara tersebut.Nampak sangat apabila Hishamuddin si bapok itu cuba menjadi jurucakap tidak resmi kepada kumpulan ganas tersebut. Hishamuddin cuba menjustifikasikan bahawa insiden tersebut kononnya berpaksikan Islam dan bukan kepartian semata-mata.

Thursday, September 10, 2009

Polis Indonesia berkas Warga Malaysia


SURABAYA- Seorang warga Malaysia bernama Yet Yew Foo, 45, ditangkap polis Tegalsari kemarin di Tunjungan Plaza dengan kad kredit palsu. Yet Yew Foo yang paspotnya beralamat di Grouping Area 312000 Chemoor, Perak, Malaysia dipercayai anggota sindikat kad kredit palsu antara bangsa. [klik sini]

Hukuman Sebat:Kartika bukan yang pertama

Ekoran dari isu hukuman sebat terhadap bekas model Kartika Sari dewi Sukarno dan tindakan biadap The Joint Action Group for Gender Equality (JAG), Sisters in Islam (SIS) dan konco-konconya - Dewan Pemuda PAS Pusat wajar memperjelaskan bahawa :

1. Kartika (gambar di kiri) bukanlah orang pertama disebat atas kesalahan minum arak. Di Kelantan seramai 6 orang lelaki telah pernah disebat. Tahun 1997; 4 orang, tahun 2001; seorang dan 2003; seorang.

2. Kartika juga bukan wanita pertama dijatuhi hukuman sebatan. Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada tahun 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan.

3. YA Hakim Dato' Abdul Rahman yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika juga telah pernah menjatuhkan hukuman yang sama beberapa tahun lalu ke atas dua orang adik beradik yang melakukan kesalahan minum arak. Mereka juga memfailkan rayuan dan rayuan mereka belum didengar.

Tohmahan kononnya Kartika dijadikan target untuk disebat adalah fitnah besar terhadap institusi agama, kerana bukan hanya Kartika seorang yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian. Pada masa kejadian, selain dari Kartika, juga telah ditangkap dua orang lain - seorang lelaki dan seorang wanita. Keduanya juga dijatuhi hukuman yang sama denda 5000 dan enam sebatan, namun mereka telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pahang.

Justeru, bagi memastikan keadilan dan Kartika tidak dihukum lebih berat dari dua orang lagi yang merayu itu, kesnya telah diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang untuk disemak semula.

5. Hukuman ke atas Kartika belum dibatalkan, hanya digantung berikutan keputusan Ketua Hakim Syarie Pahang, YAA Dato' Abdul Hamid hendak membuat semakan terhadap hukuman ke atas Kartika.

6. Jabatan Penjara pula sudah pun mempunyai seramai 171 orang tukang sebat terlatih termasuk dua orang tukang sebat wanita. Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, Syariah dan Kanak-kanak.

7. Seorang penyebat wanita telah membuat demo sebatan Syariah dengan penuh bergaya di hadapan Hakim Rayuan JKSM YA Dato' Asri. YA kemudian mengesahkan dan berpuas hati dengan cara sebatan tersebut.

8. Prosedur sebatan Syariah adalah termaktub dalam sek.125 Tatacara Jenayah Syariah Pahang. Di gegeri lain pun ada tatacara yang sama. Gambarannya, apabila melakukan sebatan, hanya tangan yang terangkat tanpa menampakkan ketiak. Tidak seperti sebatan sivil yang memang bersifat cruel dan menyeksa pesalah, sebatan Syariah bersifat mendidik. Justeru adalah tidak wajar sebatan Syariah disamakan dengan sebatan sivil.

9. Kartika sendiri telah insaf dan bertaubat atas perbuatannya dan menuntut supaya beliau dikenakan hukuman berkenaan. Inilah bukti keberkesanan hukuman sedemikian di zaman ini. Keputusan sama ada hukuman sebat ke atas Kartika akan dilaksanakan atau sebaliknya terserah kepada Jawatankuasa Rayuan Syariah Pahang yang akan bersidang bagi menyemak hukuman YA Hakim Mahkamah Tinggi Phang itu tidak lama lagi.

10. JAG dan SIS melalui memorandum kepada PM telah mendesak Kerajaan Persekutuan untuk MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH YANG SEDANG berkuatkuasa di negeri-negeri. Tindakan yang sama juga pernah dilakukan melalui memorandum yang dikemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh 300 individu dan NGO termasuk Menteri-Menteri Kabinet beragama Islam yang sedang berkhidmat.

Dewan Pemuda Pas Pusat dengan ini menegaskan tindakan JAG, SIS dan konco-konco mereka ini adalah tindakan biadap menceroboh bidang kuasa jenayah syariah negeri-negeri yang telah kita warisi sejak zaman silam dalam Kanun Undang-undang negeri-negeri Melayu.

*Kenyataan media ini dikeluarkan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Hj Nasrudin Hassan Tantawi.

Tuesday, September 8, 2009

PRK Teluk Kemang : Peluamg emas untuk Isa Samad

Pemimpin Umno bahagian Teluk Kemang sedang melobi supaya mantan menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Nampaknya inilah peluang bagi Isa Samad untuk kembali aktif berpolitik diperingkat nasional semula setelah penggantungan enam tahunnya dikurangkan ke tiga tahun setelah didapati bersalah di atas lima daripada sembilan pertuduhan politik wang yang didakwa ke atas beliau dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada September 2004.

Apakah Umno Teluk Kemang sudah ketandusan pemimpin dan yang terbaik hanya ada pada Isa Samad?

Peluang Isa Samad amat cerah kerana hubungan baiknya dengan Najib.Tetapi Mahyuddin dijangka akan membantah.

Muhyiddin mungkin akan menyokong cadangan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang menyarankan calon kerusi tersebut dipilih kalangan wanita .

Kerusi DUN itu kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada Jumaat lalu akibat jangkitan dalam darah.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, allahyarham yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,333 undi, menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4,097 undi.

Monday, September 7, 2009

ADUN BN ugut letak jawatan

GEORGETOWN - Satu lagi pilihan raya kecil mungkin berlaku di Pulau Pinang dalam tempoh terdekat jika beberapa isu yang dianggap remeh tidak ditangani segera oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Kali ini akan membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO yang mewakili BN kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan layanan diterima yang dianggap tidak adil dan terasa dipinggirkan.

Jika tiada pilihan lain dan keadaan masih tidak berubah, beliau nekad untuk mengosongkan kerusi itu dengan meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana tidak mahu terus dipersalahkan oleh penduduk yang menganggapnya tidak mampu buat kerja dan membantu mereka.

Ketika ditemui Sinar Harian, ADUN itu melahirkan rasa kecewa kerana tidak mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang termasuk dari segi menyalurkan bantuan tertentu untuk faedah rakyat di kawasannya.

Beliau berkata, keadaan itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh atau tekanan pihak tertentu untuk meminggirkannya daripada arus politik UMNO di peringkat bahagian akibat kurang persefahaman dan perbezaan pendapat atau pendirian.

“Mana boleh bantuan cuba disekat untuk ADUN tertentu kerana semua ini adalah untuk keperluan rakyat. Kenapa sesetengah peruntukan tidak boleh disalurkan terus kepada saya atau penduduk di kawasan saya tetapi perlu dirujuk kepada orang tertentu terlebih dahulu. Jika tidak mendapat ‘perkenan’ daripada mereka, maka bantuan itu tidak akan sampai ke kawasan saya,” katanya.

Menurutnya, walaupun perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi ia kini menjadi amalan mereka dan begitu ketara sejak pilihan raya umum lalu.

“Kenapa ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap sesetengah ADUN dibiarkan berterusan kerana ia turut memberi kesan kepada saya untuk membantu rakyat.

“Ini tidak adil kerana agensi Kerajaan Persekutuan tertentu tidak mahu memberi sokongan dan bantuan secara terus kepada saya dalam menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau begitu kecewa dengan pentadbiran beberapa agensi berkenaan yang sudah lari daripada matlamat untuk menyalurkan mesej dan bantuan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat jelata.

“Mereka kini seolah-olah dilihat mencampuri urusan politik dan menyebelahi pihak tertentu dalam pergolakan yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata dalam keadaan itu, ADUN sahaja yang nampaknya terpaksa bertungkus lumus menjaga dan menolong rakyat tetapi agensi yang terlibat secara langsung untuk membantu tidak memberi sokongan kepada wakil rakyat.

Bagaimanapun, beliau masih memberi peluang kepada agensi berkenaan dan pihak terbabit agar dapat mengubah sikap dan tidak memilih bulu untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat.

“Jika masih tiada perubahan, saya akan meletak jawatan selepas Hari Raya Aidilfitri ini agar diganti dengan wakil rakyat baru yang lebih sealiran dengan pihak tertentu,” katanya.

Saturday, September 5, 2009

Polis Islam mabuk dan khayal di bulan Ramadhan

Bernama-- Polis yang menyerbu sebuah pusat hiburan dipusat bandar di awal pagi, menemui 37 pengunjung dibawah pengaruh dadah.

Apa yang mengejutkan adalah lebih dari separuh mereka yang berhibur di dalam disko mini tersebut adalah orang Islam ; samada mabuk kerana minum atau dipengaruhi dadah dan mereka langsung tidak menghormati bulan suci Ramadhan.

Serbuan tersebut diketuai ASP Mahani Mohamed dari cawangan D7 Kuala Lumpur. Mereka mendapati seramai 14 pegawai polis di kalangan pengunjung tersebut di New Universal KTB atau lebih dikenali sebagai Laiketong di Taman Maluri, Cheras pada jam 7.30 pagi.

Serbuan tersebut berakhir pada jam satu tengahari. Seramai 118 pengunjung di bagunan tiga tingkat pusat hiburan tersebut disiasat rapi dan 37 yang diuji positif Ketamin, Eramin 5 dan Syabu 21 wanita termasuk 3 dari Indonesia dan satu dari Laos.

Polis turut menemui 10 bilik yang dijadikan disko mini bagi pengunjung berugama Islam.

Tuan punya premis akan dirujuk kepada Dewan Badaraya kerana menjalankan operasi perniagaan melewati masa yang dibenarkan.

Friday, September 4, 2009

ISA : Untuk menjaga kepentingan politik Umno

Khairy Jamaluddin berkata, perintah penahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendaklah dikaji oleh mahkamah atau satu badan berkecuali dan tidak dibuat oleh menteri dalam negeri seperti sekarang.

Ini supaya menteri dalam negeri dilihat tidak membuat satu keputusan penahanan di bawah ISA berdasarkan kepentingan politik, kata Khairy di sini

Bukankah lebih baik jika mahkamah yang mengadili orang yang kena tuduh tersebut? Apakah Umno tidak percaya diatas kemampuan undang-undang mahkamah yang ada?

Rakyat Satu Malaysia sudah lama menyedari bahawa penahanan dibawah ISA adalah berdasarkan kepentingan politik Umno sahaja dan bukan atas kepentingan negara sebagaimana yang didakwa.

Atas sebab itu rakyat mendesak kerajaan Malaysia supaya menghapuskan terus sahaja akta zalim ISA .

PRK Bagan Pinang : Boleh ke tak Boleh Oi SPR!

SPR putuskan tiada Pilihanraya Kecil di Siputeh, Kedah untuk menjaga keaiban Umno/BN setelah tujuh kali kecundang berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam PRK sepanjang tahun ini selepas PRU ke-12 yang lalu.Allah Yang Maha Kaya; seolah-olah tidak merestui tindakan jahat SPR tersebut dan mengalehkan PRK ke Batang Pinang,Negeri Sembilan sebagai ganti!

Apakah mungkin ada alasan lagi bagi SPR untuk mengelakan daripada mengadakan satu PRK di Bagan Pinang ini?

ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor dilapotkan telah meninggal dunia di Seremban hari inikerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333.Bilangan Mengundi ialah 11,579 (81.59%) dan Undian di Tolak berjumlah 384

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

sumber : Malaysiakini

Thursday, September 3, 2009

Zambry dan Kak Midah - bersedialah masuk penjara!

Zambry MB Kudeta Perak berkata tindakan yang dibuat oleh 27 ADUN Pakatan Rakyat kelmarin (mengadakan persidangan di Hotel Heritage) sekadar menimbulkan kekeliruan kerana walaupun mendakwa persidangan yang dijalankan oleh kerajaan negeri sebelum ini (7 Mei, 2009) tidak sah tetapi mereka tetap menghadirinya.

Zambrylah yang keliru dan cuba nak kelirukan rakyat.Bahawa sidang DUN pada 7 Mei 2009 itu sebenarnya tidak sah dari segi proses penyingkiran Sivakumar dan perlantikan Ganesan sebagai Speaker kerana sebarang resolusi sebelum pembukaan rasmi Dewan adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah- itu peguam Thomas kata!

Sidang DUN Perak terpaksa diadakan di Hotel Heritage kelmarin setelah dihalang polis daripada masuk ke bangunan SUK.

Persidangan tersebut telah menamakan Dr Zambry, Datuk Hamidah Osman, Hee Yit Foong dan Speaker Haram Ganesan sebagai 'banduan' dengan hukuman penjara beberapa bulan dan denda ratusan ribu Ringgit Malaysia.

Itulah sebenarnya yang buat Zambry, Kak Midah dan lain-lain tu terkedu!Khabarnya malam kelmarin mereka tidak dapat lelap memikirkan apa yang akan terjadi apabila Umno/BN tumbang nanti.

Speaker Datuk R. Ganesan pula membuat kenyataan bahawa persidangan yang dipanggil itu adalah tidak sah kerana Sivakumar bukan lagi Speaker.

Alahai Ganesan rakyat tidak lupa , sebaik sahaja Raja Muda habis bertitah, dewan terus ditangguhkan oleh anda (Speaker Haram) tanpa membahaskan ucapan tersebut seperti mana biasanya.

Apakah sah perlantikan anda yang dibuat sebelum persidangan dibuka rasmi oleh RM? Bagaimana anda, oi Ganesan , yang bukan seorang Adun boleh masuk kedalam dewan? Ada sesiapa yang boleh tolong jelaskan?

Zambry menjelaskan bahawa sidang DUN tidak perlu diadakan tergesagesa kerana masih mempunyai masa selama enam bulan berbanding sidang terakhir yang diadakan pada 3 Mei lalu.(7 Mei lalu – tarikh sebenar)

Maka benarlah khabar yang sedang beredar, DUN Perak akan bubar pada 29 November ini? Maka bersedialah kamu wahai banduan-banduan VIP untuk masuk penjara selepas pembubaran DUN nanti .

Tuesday, September 1, 2009

Jamal Abdillah merayau di Bandaraya Ipoh?

Gempar satu bandar! Orang ramai hebuh mengatakan kononnya Jamal Abdillah kelihatan berkeliaran di Bandaraya Ipoh .Beliau khabarnya kelihatan pergi dari satu pokok ke satu pokok. Entah apa yang dibuatnya? Saya tidak percaya cerita tersebut.Tengoklah berita laporan Bernama di sini

Najib buat rakyat ketawa

Saya tidak berasa sedih sedikit pun bila baca berita tentang kematian bekas Hakim Negara Tun Hamid Omar.

Saya teringat kisah penglibatan beliau dalam isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tan Sri Salleh Abas sewaktu era PM mahathir dulu.Suka pun tidak.

Hanya pada pemikiran saya, berkata : akhirnya kita akan berhadapan dengan Allah dan keadilanNya.

Tapi , tiba-tiba saya nak tergelak bila baca kenyataan Najib Tun Razak di sini , bahawa Bekas Hakim Negara itu, akan dikenang sebagai seorang yang banyak memberikan sumbangan kepada pentadbiran sistem kehakiman negara.

Di Malaysia lunturnya badan kehakiman bermula tatkala Tun Hamid menjadi Ketua Hakim Negara dan parah di bawah Tun Eusuf Chin.