Showing posts with label INSIDEN PELIK. Show all posts
Showing posts with label INSIDEN PELIK. Show all posts

Friday, April 16, 2010

Mufti Harussani bersekongkol dengan akhbar Haram

Malaysiakini hari ini melaporkan, Mufti Perak Harussani berkata, bahawa "orang yang sokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, tidak beriman"

Beliau menafikan telah menamakan Khalid Samad secara khusus.Kenyataan tersebut dikeluarkan secara umum melalui sebuah akhbar tabloid haram

Maka adakah Yussuf Al-Qaradhawi itu tergulung sebagai orang yang tidak beriman kalau ikut piawaian sang Mufti ini? Lihat sini

Malah, Mufti ini turut menuduh PAS sebagai tidak beriman kerana PAS membuat ketetapan bahawa tidak ada halangan untuk masyarakat bukan Islam untuk menggunakan nama Allah.

Nampaknya, Mufti telah meletakan dirinya dalam keadaan dimana beliau telah menuduh orang lain tidak beriman; dan kalau orang tersebut sebenarnya beriman, maka kufur itu kembali kepada dirinya sendiri.

Apa yang jelas disini adalah penglibatan beliau sendiri dengan sebuah penerbitan akhbar tabloid yang haram.Kita tidak mahu pula beliau dicop sebagai Mufti Haramsani kerana sanggup bersekongkol dengan satu penerbitan akhbar haram

Wednesday, April 14, 2010

Cerita terbaru dari Amerika

Huh! The Fabulous Riding MP?


Aha! The fabulous so called Riding MP is enjoying life in America.Its spring time now, he said ; when technically, he started having his 'spring' way back down in Malaysia then!


"Well, picture says a thousand words " kata Zul Kulim di blognya


My lovely dear
spring is here
with thousands of cheer
flowers blooming
colours brightening
the sun shining
people smiling
here I am
always thinking
forever dreaming
of you my darling




Thursday, April 8, 2010

Mayat berjalan sendiri

Di Kampung Toradja (Indonesia) terdapat satu ilmu hitam yg luar biasa(seher) dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. Kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau.

Jika ada kematian di kampung Toradja , maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya.

Kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kampung dari mengurus mayat tersebut.

Monday, March 29, 2010

Dr Chua perlu didakwa kerana perlakuan seks melampau

"Tuduhan salah laku Dr Chua Soi Lek di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan, adalah peruntukan undang-undang sama yang dikenakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kerana dituduh meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan,"

"Meskipun beberapa laporan polis telah dibuat (tentang kes Chua ini) dan terdapat bukti-bukti yang sah, peguam negara enggan mendakwa Chua," kata Sankara Nair (gambar) yang mewakili Anwar dalam kes pertuduhan liwat itu.

Dalam satu kenyataannya, Sankara berkata, "ini merupakan satu bentuk diskriminasi tahap tertinggi dan jelas Gani bersikap berat sebelah." baca di sini

Sunday, March 21, 2010

Alkisah Menteri Bakar Jambatan ...


Ini apa punya temberang? Kononnya dulu dia dah bakar jambatan ....kali ini dia nak temberang lagi...
Hoi, engkau tu menteri – orang yang terlibat dengan penggubalan dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan mau pun parti . Apa yang sepatutnya engkau buat?

Janganlah jadi macam anjing yang hanya pandai menyalak kat orang ramai yang lalu lalang diluar pagar rumah tuannya!

Oh! Kau takut tuan engkau tak bagi kau cukup makan ? Dengarlah salakan anjing ini di sini

Monday, February 22, 2010

UPSR untuk orang Umno?

Orang Umno ni memang tidak cerdik. Tidak secerdik seperti orang Tok Guru yang sentiasa PAS.

Membaca ejaan u m n o pun tidak betul ; mereka baca amno! Walhal sebutan sebenarnya ialah …. ah! tak payah ajarlah puak-puak tu… memang tengin tak mahu dengar nasihat dan pandangan orang lain…

Menyedari hal tersebut,Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad menyeru ahli Umno supaya kini melipatgandakan usaha dengan membeli pensel 2B ……untuk duduk UPSR ke? Baca di sini

Friday, February 12, 2010

Siapa besar : Sultan atau Presiden?

Mentang-mentang dia seorang presiden, maka dia merasa dirinya cukup hebat - setaraf atau mungkin lebih tinggi darjatnya sehingga berani menggesa Sultan Perak , Sultan Azlan Shah supaya melucutkan gelaran ‘Datuk Seri’ yang diberi kepadanya Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Hoi! Awak tu cuma seorang ‘Presiden’ Gagasan Melayu Perak (GMP) satu badan NGO ; bukannya sebuah kerajaan negeri! Sedarlah diri kau tuh!

TVSelangor melaporkan : GMP Hina Institusi Kesultanan

Friday, January 29, 2010

Dulu, kini dan selamanya : Akai tak ada....

Nak masuk akai macam mana? Puak-puak ini sememangnya jenis spesis yang tidak punya akai!Dari dulu,kini dan selamanya asyik dengan alasan "ikut arahan" Nak buat macam mana? Akai tak ada... [klik sini]

Saturday, January 16, 2010

YB Hamidah Osman ketaq kena saman...

Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat , dalam entri terbarunya menulis : Pendatang Asing Hilang?

Beliau merujuk kepada media massa tempatan yang sedang heboh memperkatakan tentang 'kehilangan' 40,000 orang warga asing (India) di Malaysia.

Hoi Midah, biaq mai aku habaq kat hang sat, salah seekoq daripada depa yang hilang tu kau angkat jadi MB Perak itu apasal? Takkanlah hangpa semua tak sedaq?

Hang pi dok sibuk cakap pasai pendatang hilang, tu hah! blogger Al-Husseyn sedang dok tanya hang hoi Hamidah : Mana pi artikel yang ada gambaq YB Khalid Samad yang disuper impose sebagai padri dengan lambang PAS itu? Hang ketaq kena samankah? [kliksini]

Friday, January 15, 2010

Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya ...

Tengku Mohammad Faris Petra sedang mengimami solat hajat

Selama hidup saya yang lebih sedekad ini, belum lagi pernah melihat seorang Raja atau Pemangku raja menjadi imam.Apatah lagi untuk mengimami seorang Tuan Guru.Calang-calang orang tentu tidak mampu melakukannya.

Tengku Mohammad Faris Petra sedang khusuk berdoa

Tapi inilah yang berlaku di Kelantan.Pemangku Raja Kelantan Tengku Mohammad Faris Petra telah mengimami solat hajat, manakala makmumnya terdiri daripada MB Kelantan TGNA dan Datuk Husam Musa, Nik Amar dan entah berapa ramai lagi ustaz-uztaz Kelantan.Masya'Allah!

Kita berharap Tengku Mohammad Faris akan berterusan dapat bergaul dengan rakyat biasa supaya dapat mengenali hati budi rakyat dan masalah mereka serta mencerminkan lagi peribadi serta daulah raja dahulukala yang menyebabkan mereka disanjung masyarakat di mana-mana dan barullah seseorang raja itu boleh dikatakan Dzilullahi fil alam, bayangan Allah di alam ini. Beginilah yang dikatakan sebagai Ketua agama dan adat istiadat negeri.Bagaimana pula dinegeri-negeri lain?

Thursday, January 14, 2010

Penyanyi Malaysia mencuri di Singapura kena tangkap

SINGAPURA: Seorang penyanyi yang pernah popular, Mamat didenda S$1,000 pada Rabu lalu kerana mencuri telefon bimbit dan jamtangan.

Mamat, yang nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, merupakan penyanyi utama band Exist yang terkenal pada 1990an.

Penyanyi yang berumur 31—tahun itu melakukan jenayah tersebut pada 11 November 2009. Beliau melawat sebuah flat di Blok 291 Bishan Street 24 dan memasukan kedalam sakunya barangan tersebut yang terletak diatas meja kediaman tersebut.

Beliau ditangkap kemudiannya pada 26 November 2009 di rumah temanitanya dan mengaku telah mengambil barangan tersebut.

Beliau boleh dikenakan hukuman maksima 3 tahun penjara dan denda.

sumber

Thursday, January 7, 2010

Hamidah Ceroboh Surau : Penjelasan Pengerusi Surau



Perak Express melaporkan :

Adun Sungai Rapat, Hamidah Osman telah disifatkan sebagai penceroboh hak oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Surai Al-Falah, Taman Soon Choon di sini kerana mengadakan acara diperkarangan Surau tersebut tanpa mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Surau.

Bercakap kepada pihak kami, Pengerusi Surau Al-Falah menyifatkan tindakan Adun Sungai Rapat tersebut adalah melanggar hak pengurusan surau tersebut. Beliau telah mempergunakan tempat ibadah tersebut untuk meraih undi rakyat.

“Ini melanggar titah Sultan Perak agar tidak mempolitikkan rumah ibadah orang Islam” katanya lagi.

Memetik pernyataan dalam Akbar Sinar 1 Januari yang lalu, Hamidah Osman menyatakan bahawa acara yang dianjurkan itu merupakan sempena sambutan Maal Hijrah dan ia bertujuan menyatukan ukhwah dikalangan masyarakat setempat.

Namun membidas pernyataan tersebut, pihak pengurusan surau menyatakan kekesalan mereka kerana program yang dianjurkan itu adalah program Parti dan bukannya Program Pusat Khidmat Adun. Di samping itu ketika majlis berlangsung, hampir kesemua peserta memakai vest Parti iaitu pakaian rasmi bagi Skuad Sayang Wanita UMNO. Di samping itu, beliau juga mendakwa, Hamidah memutar-belitkan fakta dengan menyatakan program yang dilangsungkan merupakan anjuran anak surau tersebut sedangkan terang dan jelas ianya hanya program Parti dan hanya untuk meraih undi simpati di kalangan penduduk Taman Soon Choon.

Bersabit dengan itu, pengurusan surau juga sekeras-kerasnya akan menafikan apa jua tohmahan yang bakal diterima apabila Dato’ Seri Nizar yang memberikan kuliah Maghrib beliau semalam disini. Mereka telah cuba menjemput Dato’ Seri Nizar sejak dari bulan November 2009, baru la hari (semalam) beliau mempunyai masa terluang. Pihak pengurusan surau juga menyatakan, program malam ini hanyalah Kuliah Maghrib dan ia bukan berunsur ceramah politik dan mereka menjemput sesiapa sahaja boleh datang tanpa mengira mana-mana fahaman politik./

Picture by Al-Husseyn

Tuesday, January 5, 2010

Enjin Jet Hilang: Penjelasan Gani Tidak Meyakinkan!


Penjelasan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail di sidang medianya tidak meyakinkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Munasabahkah 4 sahaja dan 3 daripadanya kakitangan peringkat bawahan terlibat dalam kes ini? Sedangkan perbuatan ini dilakukan secara nekad dan licik.

Benarkah dua enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini sahaja dimengakui hilang pada 2007, sedangkan terdahulu media melaporkan 4, dan beberapa item termasuk dokumen transaksi turut lesap. Diketahui bahawa aset yang dibeli pada 1975 ini, kehilangannya hanya disedari pihak tentera pada 22 Mei, 2008 dan laporan polis hanya dibuat pada 4 Ogos, 2008. Tambahan pula umum belum dijelaskan cara bagaimana kehilangan ini berlaku.

Jaminan seperti keutamaan mengesan enjin yang hilang ini; kertas siasatan diserahkan kepada polis untuk siasatan lebih terperinci; mereka terlibat akan didakwa di mahkamah; pejabat Peguam Negara akan berusaha habis-habisan menyelesaikan kes ini; akankah tinggal sebagai cakap-cakap penyedap sahaja, sedangkan terdahulu terdapat kes besar dan "urgent" masih belum diselesaikan dengan sempurna.

Dapatkah bantuan pihak berkuasa luar negara mengembalikan enjin ini yang dikenali sebagai G J85-21A, aset berharga RM 50 juta setiap satu. Memang, asal tempat kehilangan pangkalan udara Sungai Besi, Kuala Lumpur. Destinasi terakhir Uruguay. Namun lokasi sebenar terkini tidak diketahui.

Ikut lanjutan laporan menyengat Detik Selangor, khususnya kenyataan bernas Timbalan Ketua AMK, Faris Musa. Serta kecurigaan Ahli Parlimen Sungai Petani, YB Johari Abdul perihal bagaimana kehilangan ini gagal dikesan Ketua Audit Negara. (Klik Video berkenaan dan Berita masih hangat di Arkib TVSelangor.com).

sumber: tvselangor

Wednesday, December 30, 2009

Teka berapa umur saya

Konon ceritanya, ada seorang lelaki yang sudah berumur yang berasa ‘tidak cukup kacak’ untuk berkahwin dengan seorang gadis yang comel dan muda , lalu beliau telah membuat keputusan untuk buat pembedahan plastik di mukanya supaya kelihatan ‘cukup kacak’ .

Dia sendiri berasa teruja dengan hasil pembedahan tersebut lalu bertanya dengan orang pertama yang ditemuinya.

“Cuba teka, berapakah umur saya?”

“Lebih kurang 35,” jawab orang yang ditanya itu.

"Saya sebenarnya 59,” terang lelaki itu dengan perasaan bangga sambil melebarkan senyum gembira.

Selepas itu dia pergi masuk ke McDonalds untuk makan , lalu bertanya kepada petugas yang menerima pesanan soalan yang sama, yang memberi jawapan , “ Oh! Anda kelihatan lebih kurang 29!”

"Saya sebenarnya 59." Bertambah yakin dan gembira lelaki tersebut.

Sewaktu sedang menunggu penerbangan pulang ke Sabah, beliau bertanya kepada seorang perempuan tua soalan yang sama.Perempuan tua itu menjawab :

“Saya sudah berumur 85 tahun dan mata saya pun sudah rabun,tidak berapa nampak. Tetapi saya ada cara saya sendiri untuk mengetahui umur seorang laki-laki ….

“Macamana pula tu?” tanya lelaki itu dengan penuh minat untuk tahu.

“Bagi saya pegang ‘anu’ kamu tu , pasti saya boleh tahu berapa umur kamu,” terangnya.

Oleh kerana pada masa itu tiada sesiapa pun yang kelihatan, lelaki tersebut pun membenarkan perempuan tua itu memasukan tangannya kedalam seluarnya lalu menggentel-gentul ‘anu’ lelaki tersebut buat beberapa ketika hingga berasa puas lalu berkata, “Ah! Umur anda 59 tahun!

Tergamam lelaki itu, “Bijak sekali! Tetapi bagaimana anda boleh tahu dengan tepat?” Tanyanya dengan penuh kehairanan.

Perempuan tua itu lalu menjawap, Saya dibelakang anda sewaktu diMcDonalds sebentar tadi!"

Tuesday, November 24, 2009

Apa punya bangang simamat ni

Polis telah menangkap seorang pemuda berumur 22 tahun kerana didakwa menggunakan hanfon kameranya merakam gadis 17 tahun yang sedang mandi.

Gadis tersebut tidak menyedari dirinya sedang dirakam sewaktu mandi di rumahnya di Taman Bunga Raya di Wangsa Maju jam 6.00 pagi.

Pemuda tersebut hampir selesai merakamkan penggambaran tersebut bila tiba-tiba tergelincir lalu terpecahkan cermin tingkap dan handfon itu tercampak masuk ke bilik mandi.
Bunyi bising cermin pecah tersebut menarik perhatian bapa gadis, seorang pegawai untuk menyiasatnya.

Gadis tersebut tersentak apabila mendapati terdapat rakaman dirinya yang sedang mandi dalam handfon tersebut.

Apa yang lebih memeranjatkan ialah, pemuda tersebut dengan begitu berani datang kerumah gadis itu kemudiannya lalu meminta supaya dipulangkan handfon yang katanya telah terjatuh kedalam bilik mandinya dengan tidak sengaja!

Bapa gadis yang telah melihat gambar rakaman tersebut marah lalu menangkap pemuda tersebut.

Polis sedang menyiasat kes tersebut dan jika didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara sehingga 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.




Monday, November 16, 2009

Nak Pasang Kipas siling?

Kawang aku upah buat wiring kipas di rumah baru dia………….. wire man yang dihantar adalah specialist dari Bangladesh …. Nah tengok sendiri.



mung pikir la sendiri....

Dengar khabar yang separuh resmi, specialist tersebut kini berada dalam wad kecemasan kerana berlaku kemalangan sewaktu cuba memperlahankan kelajuan kipas tersebut yang sedang ligat berputar...

Wednesday, September 30, 2009

Berita Hairan

Berita Harian berniat jahat bila menerbitkan berita kononnya Yusmadi Yusoff (gambar kiri, ehsan Merdeka review), Ahli Parlimen Malaysia (Balik Pulau), Ketua AMK Pulau Pinang , mahu jawatan KM Pulau Pinang digilirkan berdasarkan formula baru.

Yusmadi, menjelaskan bahawa dirinya ditelefon wartawan Berita Harian untuk bertanyakan pandangannya mengenai hari raya. Beliau tidak mengulas sama sekali berkenaan isu KM bergilir. Baca penjelasan beliau di sini

Tuesday, September 29, 2009

Kisah Lembu lagi...

Entah apa kena dengan negeri Selangopr ini; asyik-asyik cerita pasal lembu tidak habis-habis.Mula dulu , pasal lembu yang MB Khalid sedekahkan untuk kawasan parlimennya, kemudian ,timbul pula pasal kepala lembu yang puak Umno usong tu; terkini pula ceritanya kat sini

Terlanjur cerita pasal lembu ni, aku teringat juga tentang suatu kisah lembu yang diserang penyakit gila.Maka pergilah seorang pakar ke sebuah ladang lembu untuk membuat kaji selidik. Seminggu kemudian maka siaplah laporan daripada pakar tersebut.

"Lembu-lembu diladang tersebut didapati terlalu memendam rasa dan tersangat keciwa menyebabkan batin mereka tersiksa hingga menyebabkan mereka sudah tidak tertanggung lagi lalu menjadi gila!" lapor pakar tersebut.

"Macam mana boleh jadi begitu?" seorang yang kehairanan bertanya kepadanya.

"Siapa yang tidak jadi gila macam tu kalau puting susu mereka kena raba dan digentel setiap hari kemudian ditinggalkan begitu sahaja tanpa dise.....?

Monday, September 28, 2009

Alhamdulillah : Hanyalah pokok yang dapat berikan naungan kepada Pakatan Rakyat

TG Nik Aziz menjelaskan melalui sepotong hadis tentang pahala sedekah yang secara mudah boleh didapati hanya dengan berkat menanam pokok.

Katanya, Mana-mana orang Islam yang menanam satu tanaman maka sebarang benda yang keluar dari dia dikira sedekah.Burung hinggap atas dahan - sedekah; segala binatang-binatang buas , tupai makan buah tu, sedekah...Orang yang duduk bawah bayang dia sedekah ;

Itu pasal, atok-atok kita dulu tu, gemar gi nanam pokok buah-buah dok ingat nak bagi makan cucu cicit.La zaman kita ni, nak nanam pokok mana ada ngingat tentang itu semua! Lagi pun mana ada tanah kalau duduk kat perumahan macam sekarang nih!


Tu, Kalau tak ada pokok besar kat situ, macam mana DUN Perak nak bersidang ? Mujurlah ada orang yang nanamnya kat situ, dapat Pakatan Rakyat berlindung dibawah naungannya setelah Tuanku Sultan Perak macam tak pekenan nak beri naungan kat Pakatan Rakyat, maka terpaksalah gi cari naungan pokok....Tentu besar pahalanya orang yang menanamnya ... Jom dengar TGNA cakap pasal nanam pokok merupakan sedekah dan dapat pahala percuma...

Sunday, September 27, 2009

Kenapa dia tidak jadi lembu ajer?

Teman gi tengok kat blog Anuar Hashim tu lihat gambar DS Nizar tengah dok nyembleh lembu.Tetiba ajer teman tergamborkan 'lembu itam' macam kat bawah nih pula ! :


Nak buat macam maney? Perasaan teman sajer! Aper-aper pun teman minta maaf banyak-banyak.Bukan nak gamborkan DS Nizar tu macam seorang militen, tapi teman nak maghah sangat kat Zambry tu.Memang patut dia jadi lembu macam tu!

Teman tabik spring nengokan Nizar nolak lori tu! Ghopey nye nolak lori lebih mudah daripada nak nolak Zambri.Mudah-mudahan berjayey jugey tak lamaey lagi.Eh heh!