Showing posts with label EHWAL ISLAM. Show all posts
Showing posts with label EHWAL ISLAM. Show all posts

Friday, January 8, 2010

Gubal undang-undang cegah murtad jika benar Umno sayang Allah


KUALA LUMPUR, 7 Jan: Jika para pemimpin Umno benar-benar sayangkan Allah, mereka hendaklah menggubal undang-undang mencegah murtad untuk diluluskan oleh Parlimen, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.

"Dalam Dewan Rakyat kini terdapat 132 Ahli Parlimen yang beragama Islam. Saya yakin, kesemua mereka akan memberikan sokongan padu jika kerajaan yang diterajui Umno membentangkan rang undang-undang mengenai kesalahan murtad.

"Saya juga berharap mereka yang mahu berdemonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain turut mengemukakan tuntutan kepada kerajaan pimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) supaya menggubal undang-undang mencegah murtad," kata beliau ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai demonstrasi tersebut.

Ketika diminta mengulas mengenai rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah bagi agama lain, Hishammuddin berkata, kerajaan tidak menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah Herald-The Catholic Weekly.

"Oleh kerana kerajaan tidak menghalang demonstrasi tersebut dan tidak ada operasi seperti Operasi Lallang 1987 di mana saya dan rakan-rakan lain tidak fasal-fasal menjadi mangsa, tentulah kerajaan juga tidak menghalang mereka yang berdemonstrasi itu menuntut penggubalan undang-undang mencegah murtad," kata Mohamad.

PAS, kata beliau, bukan sahaja dizalimi ketika demonstrasi dan majlis-majlis ceramah, malah tidak dibenarkan membentang usul mengenai murtad atau rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad di Parlimen.

Menurut beliau, pada 25 Mac 1988, Presiden PAS kini, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, kata Mohamad lagi, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

"Oleh kerana PAS buat semua tak boleh, saya yakin orang-orang Umno yang hendak berdemonstrasi itu boleh menuntut kerajaan menggubal undang-undang mencegah murtad.

"Mereka sepatutnya berbuat demikian jika benar mereka sayangkan Allah," kata beliau.

Mohamad juga menyokong saranan Mursyidul Am, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin badan-badan Kristian bagi mencari jalan menyelesaikan pelbagai masalah.

"Saya harap dialog tersebut boleh disegerakan dan sebagai langkah awal, PAS boleh menginisiatifkan dialog tersebut.

"Saya yakin banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang termasuk Perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia yang melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam," katanya.

Beliau juga yakin perbincangan tersebut boleh menjadi agenda berterusan di pihak PAS, bukan sahaja dengan badan-badan Kristian malah dengan badan-badan agama lain juga.

sumber-Harakah

Saturday, December 26, 2009

Angkara Umno lagi....

Lagi angkara Umno - semua Imam dan Jawatankuasa meletakan jawatan.Campur tangan Umno dalam pengurusan surau berkenaan turut didalangi oleh Pengerusi JKKK yang juga orang kuat Datuk Seri Ali Rustam di tempat berkenaan.

Untuk makluman jawatankuasa surau yang telah lama berkhidmat itu tidak menunjukkan kecenderungan kepada mana-mana parti politik. [klik sini]

Monday, September 28, 2009

Alhamdulillah : Hanyalah pokok yang dapat berikan naungan kepada Pakatan Rakyat

TG Nik Aziz menjelaskan melalui sepotong hadis tentang pahala sedekah yang secara mudah boleh didapati hanya dengan berkat menanam pokok.

Katanya, Mana-mana orang Islam yang menanam satu tanaman maka sebarang benda yang keluar dari dia dikira sedekah.Burung hinggap atas dahan - sedekah; segala binatang-binatang buas , tupai makan buah tu, sedekah...Orang yang duduk bawah bayang dia sedekah ;

Itu pasal, atok-atok kita dulu tu, gemar gi nanam pokok buah-buah dok ingat nak bagi makan cucu cicit.La zaman kita ni, nak nanam pokok mana ada ngingat tentang itu semua! Lagi pun mana ada tanah kalau duduk kat perumahan macam sekarang nih!


Tu, Kalau tak ada pokok besar kat situ, macam mana DUN Perak nak bersidang ? Mujurlah ada orang yang nanamnya kat situ, dapat Pakatan Rakyat berlindung dibawah naungannya setelah Tuanku Sultan Perak macam tak pekenan nak beri naungan kat Pakatan Rakyat, maka terpaksalah gi cari naungan pokok....Tentu besar pahalanya orang yang menanamnya ... Jom dengar TGNA cakap pasal nanam pokok merupakan sedekah dan dapat pahala percuma...

Thursday, September 10, 2009

Hukuman Sebat:Kartika bukan yang pertama

Ekoran dari isu hukuman sebat terhadap bekas model Kartika Sari dewi Sukarno dan tindakan biadap The Joint Action Group for Gender Equality (JAG), Sisters in Islam (SIS) dan konco-konconya - Dewan Pemuda PAS Pusat wajar memperjelaskan bahawa :

1. Kartika (gambar di kiri) bukanlah orang pertama disebat atas kesalahan minum arak. Di Kelantan seramai 6 orang lelaki telah pernah disebat. Tahun 1997; 4 orang, tahun 2001; seorang dan 2003; seorang.

2. Kartika juga bukan wanita pertama dijatuhi hukuman sebatan. Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada tahun 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan.

3. YA Hakim Dato' Abdul Rahman yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika juga telah pernah menjatuhkan hukuman yang sama beberapa tahun lalu ke atas dua orang adik beradik yang melakukan kesalahan minum arak. Mereka juga memfailkan rayuan dan rayuan mereka belum didengar.

Tohmahan kononnya Kartika dijadikan target untuk disebat adalah fitnah besar terhadap institusi agama, kerana bukan hanya Kartika seorang yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian. Pada masa kejadian, selain dari Kartika, juga telah ditangkap dua orang lain - seorang lelaki dan seorang wanita. Keduanya juga dijatuhi hukuman yang sama denda 5000 dan enam sebatan, namun mereka telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pahang.

Justeru, bagi memastikan keadilan dan Kartika tidak dihukum lebih berat dari dua orang lagi yang merayu itu, kesnya telah diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie Pahang untuk disemak semula.

5. Hukuman ke atas Kartika belum dibatalkan, hanya digantung berikutan keputusan Ketua Hakim Syarie Pahang, YAA Dato' Abdul Hamid hendak membuat semakan terhadap hukuman ke atas Kartika.

6. Jabatan Penjara pula sudah pun mempunyai seramai 171 orang tukang sebat terlatih termasuk dua orang tukang sebat wanita. Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, Syariah dan Kanak-kanak.

7. Seorang penyebat wanita telah membuat demo sebatan Syariah dengan penuh bergaya di hadapan Hakim Rayuan JKSM YA Dato' Asri. YA kemudian mengesahkan dan berpuas hati dengan cara sebatan tersebut.

8. Prosedur sebatan Syariah adalah termaktub dalam sek.125 Tatacara Jenayah Syariah Pahang. Di gegeri lain pun ada tatacara yang sama. Gambarannya, apabila melakukan sebatan, hanya tangan yang terangkat tanpa menampakkan ketiak. Tidak seperti sebatan sivil yang memang bersifat cruel dan menyeksa pesalah, sebatan Syariah bersifat mendidik. Justeru adalah tidak wajar sebatan Syariah disamakan dengan sebatan sivil.

9. Kartika sendiri telah insaf dan bertaubat atas perbuatannya dan menuntut supaya beliau dikenakan hukuman berkenaan. Inilah bukti keberkesanan hukuman sedemikian di zaman ini. Keputusan sama ada hukuman sebat ke atas Kartika akan dilaksanakan atau sebaliknya terserah kepada Jawatankuasa Rayuan Syariah Pahang yang akan bersidang bagi menyemak hukuman YA Hakim Mahkamah Tinggi Phang itu tidak lama lagi.

10. JAG dan SIS melalui memorandum kepada PM telah mendesak Kerajaan Persekutuan untuk MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH YANG SEDANG berkuatkuasa di negeri-negeri. Tindakan yang sama juga pernah dilakukan melalui memorandum yang dikemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh 300 individu dan NGO termasuk Menteri-Menteri Kabinet beragama Islam yang sedang berkhidmat.

Dewan Pemuda Pas Pusat dengan ini menegaskan tindakan JAG, SIS dan konco-konco mereka ini adalah tindakan biadap menceroboh bidang kuasa jenayah syariah negeri-negeri yang telah kita warisi sejak zaman silam dalam Kanun Undang-undang negeri-negeri Melayu.

*Kenyataan media ini dikeluarkan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Hj Nasrudin Hassan Tantawi.

Monday, August 17, 2009

Ingatkan tersilap pakai kepala lutut! Rupa-rupanya .....

Ya, rupa-rupanya tersilap pakai kepala surat! Ingatkan silap terpakai kepala lutut! Buat malu dan nampak sangat dia sengaja mencari-cari alasan semata-mata dan menyangkakan kita semua ni serupa macam dia yang tidak tahu membezakan antara kepala lutut dan kepala hotak!

Samada dia gunakan kepala hotak atau kepala lutut, nampak seropa sahaja - kerana memang begitulah kebiasaannya mereka masuk campor dalam urusan pentadbiran masjid dan surau selama ini. Satu Malaysia; Semua orang kampong dah tahu!

"Saya mengakui kesilapan itu. Tidak sepatutnya saya menggunakan kepala surat kementerian berkenaan (untuk tujuan tersebut),"

Setiausaha politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan mengakui tersilap menggunakan kepala surat kementerian berkenaan yang dihantar kepada ketua Umno bahagian di negeri tersebut, berhubung pelantikan ahli jawatankuasa masjid di kariah masing-masing.

Sazali diminta mengulas kenyataan ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang membantah sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang didakwanya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Dr Lo' Lo' mendakwa, ia dilakukan melalui surat yang ditandatangani oleh setiausaha politik menteri berkenaan yang dikatakan ditujukan kepada JAWI berhubung penyusunan semula pentadbiran masjid dan

Wednesday, August 12, 2009

Menghina Islam : Kerja Umno dulu, kini dan selamanya

Akhbar Mstar berniat jahat bila memuatkan berita dengan tajuk : Nik Aziz tak bantah DAP hina Islam. Bila masanya DAP menghina Islam? Mungkin pemberita Mstar telah cuba mengeksploitasi berita yang kononya Ketua DAPSY Malaysia , Anthony Loke menghina Islam.

Tetapi TGNA terlebih bijak dan tidak mudah termakan jerat pemberita Mstar itu bila mana beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Bukankah pemimpin-pemimpin Umno yang menghina agama Islam bilamana tingkah laku mereka tidak mencerminkan perlakuan Islam sebenar. Mereka melakukan kerja-kerja mungkar rasuah , menipu dan menghalang kerja-kerja dakwah Islam.

Bukankah pimpinan Umno yang meluluskan judi dan kilang arak? Malah mereka mempunyai saham dalam syarikat perjudian dan kilang arak. Mereka yang hanya mengaku Islam inilah yang sebenarnya menghina kesucian Islam.Cuba tanya Najib berapa saham keluarganya yang ada dalam syarikat perjudian Genting Highland

Tuesday, August 11, 2009

Menteri campuri pentadbiran masjid WP

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali membantah sikap Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kanan) yang didakwanya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

"Saya difahamkan dari sumber yang sahih, surat tersebut dikatakan ditujukan kepada JAWI yang akan dibawa ke dalam mesyuarat MAIWP selasa ini, mengarahkan JAWI membatalkan arahan-arahan dan tindakan JAWI sebelum ini dalam penyusunan semula pentadbiran masjid/surau," kata Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Lo' Lo' (kiri) juga mendakwa beliau difahamkan surat dari menteri Wilayah Persekutuan itu menggunakan nama timbalan perdana menteriyang kononnya mengeluarkan arahan tersebut, hasil dari mesyuarat kabinet yang mengarahkan JAWI menerimapakai senarai AJK masjid dan surau dari ketua-ketua bahagian

"Jika benar arahan tersebut dari timbalan perdana menteri, saya membantah sekeras-kerasnya tindakan tidak bijak beliau kerana campurtangan politik Umno akan menghancurkan institusi masjid dan surau di Wilayah Persekutuan yang sedang dalam proses pemantapan dan menjadi lebih profesional," katanya..Baca lagi di sini