Wednesday, December 23, 2009

Bung Muktar tidak cukup kacaknya , tapi cukup koceknya...


Terlalu mahu dipandang cantik dimata manusia,tanpa berasa malu tetapi dengan megahnya dia mendedahkan : ``Sebab itulah Zie tidak kisah menghabiskan duit hampir RM10,000 dalam tempoh dua bulan untuk mencantikan wajah dan bentuk badan Zie,'' begitu kata Zizie Ezette dengan tawa cerianya ketika ditemui Mega di Pakar Kecantikan Dermedic, Sri Hartamas baru-baru ini.

Nampaknya tak lama lagi Bung Mukhtar yang mengaku : “Saya tidak cukup kacak” tentu akan kepingin kelihatan tampan melalui rawatan mencantikan wajah dan bentuk badan.Tentang kosnya tentu tidak jadi masalah.Kalau si isteri sanggup belanja RM10,000 sebelum ini sebagaimana dakwaannya itu, sudah tentu Bung Muktar punya kemampuan yang lebih lagi.

Tetapi, mungkin juga Bung Mukhtar akan ikut petua Khir Toyo dengan memakan tempe.Khabarnya, Khir Toyo makan tempe kerana mahu jimat untuk menampung belanja mahligainya yang RM24juta itu....

Apapun saya ucapkan 'Selamat pengantin Baru' kepada keduanya - The beast and The Beauty of Malaysia! Bung ingat, jangan main bila bocor....

1 comment:

  1. Salam sahabat,

    Tak cukup kacak tak apa. Cukup Handal, dan cukup ongkos itu yang zize mahu. keke keke

    ReplyDelete