Monday, October 26, 2009

Ganesan adalah penyamar dan penipu

Ganesan bukan sekadar speaker haram, malah terbukti ianya seorang penipu.Itu kata DS Nizar, merujuk kepada Datuk Ganesan, speaker lantikan Barisan Nasional.

“Ganesan telah mem ‘backdated’ kan surat perletakan jawatannya sebagai peguam,” terang Nizar sewaktu berucap di majlis Hari Terbuka Pakatan Rakyat di Medan Istana malam kelmarin.

"Kami dapat tahu sebab dimaklumi oleh Majlis Peguam Malaysia," kata Nizar.

“Ganesan memakai jubah speaker yang palsu, kerana jubah sebenar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak masih dipakai oleh speaker yang sah, V. Sivakumar.Ternyata , bahawa Ganesan cuba menyamar sebagai speaker yang sah walhal dia memakai jubah speaker yang palsu,” jelas Nizar diikuti dengan sorak ketawa orang ramai yang hadir pada majlis tersebut.

“Oleh kerana Ganesan adalah seorang speaker yang haram, maka notis panggilan persidangan itu pun haram, persidangan DUN yang dipegerusikannya itu pun haram, malah pembentangan bajet 2010 itu pun adalah tidak sah!” kata Nizar.

Nizar mendakwa bahawa kemelut ini akan terus berlanjutan dan akibatnya para pelabur tidak akan berani datang ke Perak untuk melabur kerana keadaan yang kelam kabut ini menakutkan mereka.
Nzar menyatakan , langkah yang sebaik-baiknya adalah membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya yang baru bagi mengatasi kemelut yang ada ini.

No comments:

Post a Comment