Saturday, March 13, 2010

Ini dia Pelakon Lelaki Terbaik yang kena cekup ...

Utusan Malaysia Online melaporkan : Seorang pelakon lelaki popular ditahan polis kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong, awal pagi ini.

Turut ditahan bersamanya seorang wanita berusia 24 tahun bagi membantu siasatan penemuan makmal memproses dadah jenis syabu dan kokain itu.

Pelakon tersebut yang juga merupakan anak kepada seorang artis wanita veteran ditahan bersama wanita itu di sebuah kondominium mewah, Jalan Segambut, Jinjang di sini.

Susulan tangkapan itu, polis membuat serbuan di sebuah rumah sewa di Kepong yang dipercayai dijadikan makmal mini memproses dadah tersebut dan menemui 800 gram kokain dan 1.4 gram syabu dengan nilai rampasan kira-kira RM650,000.

Dalam serbuan di makmal mini yang ketika itu tidak berpenghuni, polis turut menemui sejumlah dadah jenis ketamin.

Sumber polis memberitahu, kedua-duanya direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pelakon drama bersiri itu telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Pelakon itu juga pernah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik .

Komen : Jenuh juga nak tahu siapa gerangannya. Saya pun buat research dan korang buat belek-beleklah sendiri .Klunya ialah :

anak kepada seorang artis wanita veteran

Berikut merupakan senarai PELAKON LELAKI TERBAIK Festival Filem Malaysia

Festival Filem Malaysia Pertama
Jins Shamsudin(Tiada Esok Bagimu)

Festival Filem Malaysia Ke-2
Dato'Rahim Razali(Abang)

Festival Filem Malaysia Ke-3
Ahmad Yatim(Pemburu)

Festival Filem Malaysia Ke-4
Datuk Ahmad Mahmood(Dendam Dari Pusara)

Festival Filem Malaysia Ke-5
Eman Manan(Matinya Seorang Patriot)

Festival Filem Malaysia Ke-6
Azmil Mustafa(Ali Setan)

Festival Filem Malaysia Ke-7
Mustaffa Noor(Mawar Merah)

Festival Filem Malaysia Ke-8
A.R.Badul (Oh Fatimah)

Festival Filem Malaysia Ke- 9
Ridzuan Hashim(Hati Bukan Kristal)

Festival Filem Malaysia Ke- 10
Eman Manan(Bintang Malam)

Festival Filem Malaysia Ke-11
Nasir Bilal Khan(Perempuan,Isteri dan...)

Festival Filem Malaysia Ke-12
Sidi Oraza(Sayang Salmah)

Festival Filem Malaysia Ke-13
Sidi Oraza (Layar Lara)

Festival Filem Malaysia Ke-14
Khalid Salleh (Jogho)

Festival Filem Malaysia Ke-15
Afdlin Shauki (Soal Hati)

Festival Filem Malaysia Ke-16
Rosyam Nor (KL Menjerit)

Festival Filem Malaysia Ke-17
Eman Manan (Buai Laju-Laju)

Festival Filem Malaysia Ke-18
Zamarul Hisham (Di Ambang Misteri)

Festival Filem Malaysia Ke-19
Afdlin Shauki (Buli Balik)

Festival Filem Malaysia Ke-20
Rusdi Ramli (Waris Jari Hantu)

Festival Filem Malaysia Ke-21
Rosyam Nor (Kala Malam Bulan Mengambang)

Festival Filem Malaysia Ke-22
Afdlin Shauki (Papadom)

No comments:

Post a Comment