Tuesday, August 11, 2009

Umno buat demonstrasi biadab


11 Ogos, Ipoh: Jam 2.30 petang, kelihatan sekumpulan Melayu sedang berkumpul dibawah Wisma DAP. Mereka melaungkan takbir dengan semangat.Saya menyangkakan orang-orang PAS sedang berdemo membantah DAP ekoran isu arak di Selangor?


Rupa-rupanya puak-puak Umno! Kali ini mereka menggunakan Islam – kononnya mereka sayang dan perjuangkan Islam! Mereka mengadakan demo membantah kenyataan yang kononnya dibuat oleh Ketua Pemuda DAPSY Pusat , Anthony Loke Siew Fook.

Walaupun penafian dan laporan polis telah dibuat oleh Loke berkaitan kenyataan tersebut, segerombolan orang Umno yang tidak berpuas hati dan marah , telah pergi berkumpul di bahagian bawah Wisma DAP , jam 2.30 petang tadi.


Mereka yang tidak sampai jumlah 30 orang itu hanya sempat menggantung dua kain rentang kecil yang memaki hamun DAP berikutan isu kenyataan Loke keatas kenyataan Redhuan Tee.


Mereka sempat melaungkan takbir beberapa kali sewaktu berkumpul disitu dalam masa 10 minit dan segera beredar setelah 3 buah kereta peronda polis tiba di situ untuk menyuraikan keadaan. Tidak ada kejadian tangkapan berlaku.

Walaupun begitu, orang ramai boleh menilai sendiri bagaimana biadabnya mereka melalui tulisan-tulisan memaki hamun di kain rentang dan ‘poster’ yang mereka gunakan sewaktu demo kecil tersebut, langsung tidak melambangkan ciri-ciri Islam dan kesopanan bangsa Melayu.Seperti biasa, Umno menggunakan sentimen perkauman dan cuba memprovokasi etnik lain.

1 comment:

  1. UMNO mencarut menghina perempuan dan ibu2 yang melahirkan mereka. Secara tidak langsung mereka mengutuk diri mereka sendiri.

    ReplyDelete