Saturday, August 15, 2009

Topeng Muka : Cara mudah dan ekonomikal


Ajijoi, sahabat saya , menurut katanya dah mula pakai topeng dipejabatnya.Beliau mengadu harga topeng kini dah mahal berganda-ganda harganya.Baca ceritanya di sini

‘Safety-mask’ memang ada banyak jenis. Yang Ajijoi pakai itu adalah jenis yang di sebelah ni. Dulu harganya cuma 20-30sen satu . Kini dah mencecah 70 sen khabarnya. Entah!

Ada juga jenis seperti ini tetapi harganya agak mahal sedikit.Sewaktu saya jadi pembekal ke kilang-kilang dulu, harganya cuma 70sen sahaja satu – brand 3M. Hari ini entahlah berapa RM agaknya!Saya pun tak pernah ambil tahu sekarang.

Walau bagaimana pun , ada cara yang mudah dan murah untuk mendapatkannya.Ambillah coli isteri anda , kerat dua dengan gunting seperti gambar ; siap lengkap dengan tali dan anda dan isteri anda boleh terus memakainya.Selamat mencuba! dan anda pasti selamat!

2 comments:

  1. Satu lagi ambil tempurung kelapa.... jadikan topeng juga.....tapi jenis dari coli ni aku confirm kuman babi tu takut.....

    ReplyDelete