Wednesday, August 5, 2009

Husam : Percepatkan bayaran Royalti Kelantan.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Husam Musa mempersoalkan jarak pelantar minyak Kelantan jauh lebih dekat dengan perairan negeri itu berbanding dengan negeri Terengganu yang berjaya mendapatkan royalti mereka sebaik sahaja Pilihanraya Umum ke 12 lalu.

“Sekiranya diukur jarak pelantar tersebut dengan pantai Kelantan hanya 170 km berbanding dengan Terengganu 220 km. Dan nilai pengeluaran gas dan minyak dari pelantar tersebut sejak 2004 sehingga tahun lepas berjumlah RM46.8 bilion. Sedangkan di perairan Terengganu sebanyak RM36 bilion manakala Sabah (RM5 bilion). Ini bermakna jumlah pengeluaran dari perairan Kelantan lebih besar,” kata Husam.

Apa yang menjadi persoalan, jika benar negeri ini tidak layak mendapat habuan royalti ini, mengapa Jabatan Perangkaan dan Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) menyenaraikan Kelantan sebagai negeri pengeluar minyak ? Husam minta kerajaan persekutuan mempercepatkan pembayaran hasil cari gali itu secepat mungkin.

"Buat apa hendak dikaji benda yang sudah nyata. Perjanjian bertindih ini membabitkan Thailand, Vietnam dan Malaysia. Tetapi untuk mengesahkan tuntutan kerajaan malaysia keatas kawasan minyak itu mesti berdasarkan kepada kedudu kan negeri yang terhampir iaitu Kelantan. Kalau dia kata offshore ini bukan milik kelataan, maka offshore itu secara automatik milik kerajaan Thailand. Biar rakyat menentukan apa yang akan dibuat dengan duit itu. Serah cepat, supaya rakyat dapat nikmatnya," tambahnya.

"Kalau kerajaan pusat bersedia bayar royalti, salurkan wang rakyat kepada rakyat sebelum Hari Raya Aidilfitri untuk ringankan beban mereka," ujarnya lagi.

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah tidak menafikan hak negeri ini untuk mendapatkan royalti ini.

“Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan. Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkeras menafikan hak rakyat kelantan untuk mendapatkan royalti minyak dengan alasan kerajaan negeri tidak berhak menagih hasil cari gali bahan bakar itu kerana kawasan operasi bahan itu terletak di kawasan tuntutan pertindihan di bawah perjanjian perairan antarabangsa melibatkan negara jiran, Thailand dan Vietnam.

Kenyataan melulu menteri itu seraya menutup peluang hak kesamarataan yang diraih negeri -negeri lain yang sedang enak menikmati royalti minyak seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu.

-TVAntara

No comments:

Post a Comment