Wednesday, August 19, 2009

Mahfuz dapat Ganti Rugi setelah hampir 9tahun!

Harakahdaily melaporkan di sini bahawa Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini yang berkaitan dengan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Hanya setelah hampir 9 tahun baru Mahkamah Tinggi buat keputusan. Betapa sewaktu menangguhkan keputusan Mahkamah terhadap kes tuntutan DS Nizar terhadap Zambry dulu hanya mengambil masa 2 jam.

11 Mei, 2009 – Hakim Abd Aziz dengan beraninya telah mengeluarkan hujah penghakiman berpandukan perlembagaan yang ada mengesahkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

12 Mei, 2009 – Dalam masa 2 jam sahaja , Zambry boleh mendapat perintah oleh seorang hakim sahaja bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi

21 Mei , 2009 – Keputusan Mahkamah rayuan berpihak kepada Zambry dengan alasan yang lemah dan tidak menyakinkan orang ramai.Sehingga kini belum ada alasan bertulis dikeluarkan oleh panel hakim 3 orang itu. [klik]

No comments:

Post a Comment