Wednesday, October 14, 2009

Sekarang aku tahu kenapa pengundi Ladang Siliau belot!

Kita tidak boleh salahkan pengundi di Ladang Siliau.Cumanya, apakah benar janji-janji manis yang telah dihamburkan mulut Muhyiddin itu akan menjadi kenyataan?

Muhyiddin berjanji mahu memberikan 150 Rumah Mesra Rakyat kepada penduduk di Estet Ladang Siliau . Kenapa hanya mereka sahaja yang diberikasn keistimewaan untuk memiliki rumah? Bagaimana dengan yang lain?

PORT DICKSON, 7 Okt (Bernama) -- Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata tanah seluas enam hektar telah dikenalpasti di kawasan itu bagi membina 150 unit rumah, melibatkan peruntukan RM25 juta."Ini janji yang kita akan tunaikan," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Ladang Siliau dekat sini Rabu

Sebuah rumah yang begitu dhaif di Kg Bagan Pinang

Apa orang Melayu Kg Sirusa dan di Kg Bagan Pinang dapat ? Orang di Estet dapat kampung. Orang di kampung rumah tergadai , terutama yang duduk di tebing sungai di Kg Sirusa yang rumah nak roboh dek hakisan sungai.Masjid Kariah pun Kg Sirusa tidak ada !

6 comments:

  1. kita akan tengok janji manis mahyuni din.
    boleh pakai atau tidak !

    ReplyDelete
  2. Salah satu rukun munafik ialah orang yang berjanji tak tunai janji. Kita tunggu bro UMNO termasuk gulungan ini atau tidak

    ReplyDelete
  3. Banyak janji PAS di selangor juga tidak ditunaikan..MUNAFIK juga le pemimpin dan ahli PAS di Selangor ye

    ReplyDelete
  4. ape janji PAS di Selangor yop haizor yang tidak ditunaikan oleh PAS Selangor

    ReplyDelete
  5. macamana nak tunai kalau pusat kemut peruntukan

    ReplyDelete