Friday, February 12, 2010

Siapa jual rahsia negara - Mahfuz Omar


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mahu kerajaan keluarkan laporan lengkap walaupun Kementerian Pertahanan mahu menyelesaikan isu pembocoran rahsia pertahanan melalui saluran diplomatik.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata rakyat perlu diberi tahu siapa di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjual rahsiah penting tersebut.

“ Kecurian enjin jet, pembocoran serta penjualan rahsia penting negara menyebabkan rakyat berada dalam keadaan bimbang akan tahap pertahanan negara.

“Kebimbangan rakyat ada kewajarannya berasaskan pada tahap integriti institusi keselamatan dan pertahanan negara yang dilihat berada dalam keadaan yang sangat kritikal.

“Apatah lagi negara yang melakukan pengintipan dengan membeli rahsiah penting negara sudah tentu mempunyai niat jahat terhadap Malaysia,” katanya.

Tegas beliau penjelesan dan jawapan segera Menteri Pertahanan sangat penting bagi menjaga tahap integriti ATM.

Sumber

No comments:

Post a Comment