Thursday, March 4, 2010

Umno adalah dajal yang menggamit

Sehingga kini, melalui siri lompatan terbaru , kita dapat saksikan 3 AP PKR melompat ‘bebas’ (baca katak). Mereka semua telah memberi alasan yang sama - sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.

Ada juga yang mengaku kononnya atas alasan demi bangsa dan agama.Tetapi kami rakyat Malaysia tahu bahawa antara alasan sebenarnya adalah :

1. UMNO adalah dajal yang akan menggunakan apa sahaja cara – wang, kedudukan dan pangkat untuk membinasakan Anwar Ibrahim dan siapa sahaja yang lemah semangat perjuangannya.

2. Kalau alasan demi bangsa dan agama, kenapa mereka menyokong Umno/BN yang jelas menindas rakyat Kelantan dan Terengganu yang majoritinya adalah Melayu dan beragama Islam dan Menteri Besarnya seorang Ulama’

3. UMNO mengugut untuk mendedahkan mereka yang ada ‘masalah kewangan ’ dengan bank atau masalah peribadi dan mengumpan mereka supaya melompat.

4. UMNO mampu menyelamatkan mereka yang ada kes siasatan rasuah dengan syarat mereka melompat.

Perlu diingat bahawa mereka yang melompat ‘bebas’ (baca katak) ini adalah mereka yang gagal berperanan sebagai pemimpin atau sebagai seorang ahli parlimen di kawasan masing-masing.Mereka tidak berani untuk bertemu rakyat di kawasan masing-masing setelah melompat.

Mereka sanggup belot terhadap rakyat yang telah memilih dan memberikan kepercayaan dan amanah ketasa mereka mereka supaya meneruskan satu perjuangan menuntut keadilan dan menentang kezaliman.

Mereka sanggup menjadi kaldai tunggangan UBN yang akan menggunakan mereka untuk menentang Anwar Ibrahim dalam pilihan raya nanti.

Mereka lupa adanya Allah, yang Maha Mengetahui apa yang sebenarnya tersirat didalam dada-dada mereka.Mereka lupa akan balasan Allah yang pasti akan mereka temui samada didunia ini atau diakhirat nanti.

Kami tidak akan memaafkan kamu semua dan kami haramkan keatas kamu segala hasil yang kamu dapati kerana melompat itu.

Kami tetap dengan pejuangan kami yang diredhai Allah dan RasulNya, insya’ Allah.Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan; tetapi kini terbukti bahawa kamu yang melompat adalah mangsa korban nafsu dan kepentingan diri sendiri.

1 comment:

  1. Kah kah bila MP pembangkang keluar parti kau org semua bertempik setengah mati dan mcm2 panggilan kau berikan seperti katak dan pencacai,tapi bila Nuar Berahim nak beli MP BN untuk bentuk kerajaan pada 16 sep apa pasal semua ayat2 ni tak keluar pun.Ini sudah tradisi salah orang nampak tapi diri sendiri sentiasa betul.Jadi sebelum berkuburnya PKR bawalah banyak2 sembahyang hajat dan aku rasa Nuar lebih afdal jadi iman sebab dia "ORANG YANG TERANIYA".

    ReplyDelete