Tuesday, July 5, 2011

Apa ke jadahnya tuduh mangsa mahu tiru aksi 'Spiderman'!

Pelik dirasakan apabila membaca laporan perihal seseorang yang waras datang dengan sukarela dibawa ke dalam suatu bilik untuk menunggu seseorang yang ingin ditemuinya.

Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena, dia telah hilang kewarasannya dengan keluar dari bilik tersebut bukan melalui cara biasa sebagaimana ia datang pada mulanya iaitu melalui pintu...tetapi kali ini menerusi terjun tingkap di Bilik Pantri di Aras 3, bangunan SPRM itu!

Apakah mangsa yang malang tersebut berpakaian kostum 'Spiderman' ketika kejadian tersebut berlaku, tidak pula dimaklumkan! Kita hanya dimaklumkan seperti laporan berikut :

DSP Sharul Othman Mansor yang bertugas di Makmal Forensik Bukit Aman memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa beliau berpendapat penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed terjatuh dari tingkap di Bilik Pantri di Aras 3, bangunan SPRM itu ketika dia ingin keluar dari pejabat berkenaan melalui tingkap itu.

NONE"Saya percaya si mati (Ahmad Sarbani) cuba melompat ke bumbung di bangunan SPRM yang berhampiran dengan tingkap tersebut tetapi tidak sampai dan terjatuh di gelanggang badminton di aras satu bangunan itu," katanya ketika disoal timbalan pendakwa raya Hanim Mohd Rashid dalam inkues kematian Ahmad Sarbani.

DSP Sharul Othman berkata apabila seseorang berada di bilik pantri itu, dia boleh nampak bumbung berkenaan dekat dengan tingkap di Aras Tiga, namun apabila dibuat ukuran, jaraknya agak jauh iaitu sembilan kaki 11 inci.

NONEAhmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Koroner Aizatul Akmal Maharani, yang mendengar prosiding itu, dijadual melawat ke tempat kejadian di bangunan SPRM, Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 10 pagi esok.

- Bernama

1 comment:

  1. rupa2 nya tangguh perbicaraan sebab nak reka cite bohong... negaraku... oh... negarakuuu....

    ReplyDelete