Tuesday, February 23, 2010

Najib terima tekanan antara bangsa

Tekanan antarabangsa cukup besar dan akan merosakkan hubungan diplomatik dan ekonomi negara.

Negara-negara seperti seperti Amerika Syarikat dan Australia mula mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ekoran konspirasi politik terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Negara-negara Islam lain seperti Indonesia, Turki dan Qatar akan turut mendesak kerajaan memberi pengadilan wajar terhadap Anwar. Baca lagi di sini

Monday, February 22, 2010

UPSR untuk orang Umno?

Orang Umno ni memang tidak cerdik. Tidak secerdik seperti orang Tok Guru yang sentiasa PAS.

Membaca ejaan u m n o pun tidak betul ; mereka baca amno! Walhal sebutan sebenarnya ialah …. ah! tak payah ajarlah puak-puak tu… memang tengin tak mahu dengar nasihat dan pandangan orang lain…

Menyedari hal tersebut,Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad menyeru ahli Umno supaya kini melipatgandakan usaha dengan membeli pensel 2B ……untuk duduk UPSR ke? Baca di sini

Saturday, February 20, 2010

Abdullah Karim jawab Tuan Ibrahim


Setelah ditegur Tuan Ibrahim sebelum ini, Abdullah berkata, beliau telah menggunakan "saluran yang betul" dengan menghubungi sendiri naib presiden itu melalui panggilan telefon dan e-mel."

Namun, selepas seminggu berlalu, Tuan Ibrahim tidak menjawab e-mel saya dan tidak juga memperbetulkan tulisan tersebut yang masih kekal ada di dalam blognya di sini

"Saya bahkan bersumpah dengan nama Allah bahawa apa yang ditulis oleh Tuan Ibrahim itu adalah tidak benar sama sekali," katanya di sini

Thursday, February 18, 2010

Pakatan Rakyat tidak akan jadi "budak suruhan" di Perak

TAIPING: Pakatan Rakyat tidak akan mengalah dan mengikut telunjuk Barisan Nasional dalam arena politik Perak tetapi sebaliknya akan melaksanakan agenda politiknya sendiri bagi memenuhi aspirasi rakyat.

Menteri Besar yang digulingkan, Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata BN harus memberi ruang untuk Pakatan Rakyat (PR) bergerak jika mereka inginkan kerjasama untuk memastikan rakyat Perak mendapat faedah dari pembangunan ekonomi negeri.

Nizar menyatakan persetujuannya untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri BN dengan tiga pra-syarat:

* Jika setiap wakil rakyat PR diberi alaun tahunan berjumlah RM150,000 hingga RM200,000
* Jika BN membenarkan ahli politik PR menggunakan semua tempat awam seperti dewan orang ramai dan padang awam; dan
* Jika BN membenarkan wakil-wakil rakyat PR menganggotai semua majlis dan pejabat tanah di peringkat daerah untuk memastikan tanah kerajaan negeri diberi kepada orang-orang miskin dan yang memerlukan dan bukan kepada kroni BN.

Bagaimanapun, tiga pra-syarat Nizar ini ditolak oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin dengan menyatakan PR tidak harus meletakkan apa-apa pra-syarat untuk menghulurkan kerjasama jika mereka benar-benar jujur mahu bekerja untuk rakyat.

Menteri Besar Zambry Abdul Kadir juga menolak syarat-syarat ini dan dilaporkan berkata peruntukan alaun untuk ADUN-ADUN PR hanya akan disalurkan melalui agensi-agensi kerajaan pusat di negeri tersebut.

Mengenai hal ini, Nizar berkata, “kita tidak akan mengalah dan mengikut arahan atau terperangkap dengan propaganda politik BN untuk meraih kepentingan politik.

“Kita tidak akan mengalah dan dengan mudah membiarkan mereka meraih keuntungan politik dari hasil kerja yang kita laksanakan,” katanya kepada Malaysiakini selepas menghadiri perayaan Tahun Baru Cina anjuran PR negeri di sini semalam yang dihadiri lebih 1,000 orang.

Nizar, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyatakan adalah menjadi tugas berat untuk berinteraksi dengan rakyat tanpa peruntukan alaun bagi wakil-wakil rakyat.

“Tugas kami menjadi sukar jika tidak dibenar menggunakan dewan-dewan orang ramai untuk program-program untuk faedah 28 kawasan di bawah PR,” ujar beliau.

“Bagaimanapun, kemelut politik ini telah membuat kami lebih kuat dalam menyatukan parti-parti dalam PR bagi menjalin hubungan yang lebih kerap dengan rakyat Perak sebagai persediaan pilihan raya umum dan negeri akan datang.

Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi DAP Negeri, Ngeh Koo Ham; Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Mustaffa Kamil Ayub dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Abu Bakar Hussein. sumber

Saturday, February 13, 2010

Rakyat Kelantan tolak Wang Ehsan


(Harakah Daily) - Majoriti rakyat Kelantan menolak pemberian wang ehsan oleh kerajaan Pusat bagi menggantikan bayaran royalti petroleum terhadap negeri itu.

Dalam satu kaji selidik yang dibuat Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan berhubung tuntutan royalti negeri itu, 80.8 peratus atau 5,721 dari 7,077 responden tidak bersetuju menerima wang ehsan berbanding royalti.

Manakala 1,023 atau 15.5 peratus sahaja bersetuju dengan tindakan kerajaan pusat tersebut.

Berhubung tindakan kerajaan negeri menuntut royalti pula, 95.1 peratus dari jumlah keseluruhan responden menyokong tindakan kerajaan negeri dan hanya dua peratus tidak bersetuju manakala 2.8 peratus lagi memberikan jawapan tidak pasti.

Sekiranya, tuntutan royalti tidak mampu diselesaikan melalui meja rundingan, 83.2 peratus atau 5,886 dari responden bersetuju tuntutan tersebut dipanjangkan ke mahkamah.

Ketua Pegawai Penyelidik PKS, Zainal Abidin Hussin ketika merumuskan hasil kajian itu berkata, rakyat Kelantan sememangnya menyokong dan bersama kerajaan negeri dalam menuntut hak royalti tersebut.

"Rakyat Kelantan bersama kerajaan negeri dalam usaha menuntut hak royalti seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum (1974).

"Ini juga satu referendum rakyat negeri dan mereka menolak kaedah kerajaan pusat yang menukar royalti kepada wang ehsan," katanya.

Kaji selidik tersebut dibuat merangkumi sepuluh jajahan iaitu Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.

Responden pula adalah berumur 21 tahun ke atas mewakili pelbagai latar belakang kerjaya termasuk kakitangan kerajaan pusat, kerajaan negeri, swasta dan bekerja sendiri.

Kerajaan pusat sebelum ini mengumumkan akan memberi wang ehsan RM20 juta kepada Kelantan berbanding RM 2 bilion royalti yang dituntut kerajaan negeri itu.

Friday, February 12, 2010

Zahran Keluar PKR

Februari 12 - Datuk Seri Mohd Hashim Zahrain disahkan hari ini berhenti PKR dan akan mewakili orang-orang baik Bayan Baru sebagai Bebas di parlimen.


Kebelakangan ini, Zahrain, telah agak kritis terhadap para pemimpin PKR dan rakan dalam Pakatan Rakyat .


Zahrain, khabarnya sejak terlepas satu jawatan kanan kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak diberikan kontrak untuk Bukit Jambul Golf and Country Club, telah mengkritik hebat kerajaan negeri tersebut.


Bagi PKR, pemberhentian Zahrain itu adalah kesempatan untuk membersihkan parti tersebut dan menyingkirkan egois yang hanya mahu mendapat perhatian atau wang.

Siapa jual rahsia negara - Mahfuz Omar


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mahu kerajaan keluarkan laporan lengkap walaupun Kementerian Pertahanan mahu menyelesaikan isu pembocoran rahsia pertahanan melalui saluran diplomatik.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata rakyat perlu diberi tahu siapa di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjual rahsiah penting tersebut.

“ Kecurian enjin jet, pembocoran serta penjualan rahsia penting negara menyebabkan rakyat berada dalam keadaan bimbang akan tahap pertahanan negara.

“Kebimbangan rakyat ada kewajarannya berasaskan pada tahap integriti institusi keselamatan dan pertahanan negara yang dilihat berada dalam keadaan yang sangat kritikal.

“Apatah lagi negara yang melakukan pengintipan dengan membeli rahsiah penting negara sudah tentu mempunyai niat jahat terhadap Malaysia,” katanya.

Tegas beliau penjelesan dan jawapan segera Menteri Pertahanan sangat penting bagi menjaga tahap integriti ATM.

Sumber