Thursday, February 18, 2010

Pakatan Rakyat tidak akan jadi "budak suruhan" di Perak

TAIPING: Pakatan Rakyat tidak akan mengalah dan mengikut telunjuk Barisan Nasional dalam arena politik Perak tetapi sebaliknya akan melaksanakan agenda politiknya sendiri bagi memenuhi aspirasi rakyat.

Menteri Besar yang digulingkan, Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata BN harus memberi ruang untuk Pakatan Rakyat (PR) bergerak jika mereka inginkan kerjasama untuk memastikan rakyat Perak mendapat faedah dari pembangunan ekonomi negeri.

Nizar menyatakan persetujuannya untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri BN dengan tiga pra-syarat:

* Jika setiap wakil rakyat PR diberi alaun tahunan berjumlah RM150,000 hingga RM200,000
* Jika BN membenarkan ahli politik PR menggunakan semua tempat awam seperti dewan orang ramai dan padang awam; dan
* Jika BN membenarkan wakil-wakil rakyat PR menganggotai semua majlis dan pejabat tanah di peringkat daerah untuk memastikan tanah kerajaan negeri diberi kepada orang-orang miskin dan yang memerlukan dan bukan kepada kroni BN.

Bagaimanapun, tiga pra-syarat Nizar ini ditolak oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin dengan menyatakan PR tidak harus meletakkan apa-apa pra-syarat untuk menghulurkan kerjasama jika mereka benar-benar jujur mahu bekerja untuk rakyat.

Menteri Besar Zambry Abdul Kadir juga menolak syarat-syarat ini dan dilaporkan berkata peruntukan alaun untuk ADUN-ADUN PR hanya akan disalurkan melalui agensi-agensi kerajaan pusat di negeri tersebut.

Mengenai hal ini, Nizar berkata, “kita tidak akan mengalah dan mengikut arahan atau terperangkap dengan propaganda politik BN untuk meraih kepentingan politik.

“Kita tidak akan mengalah dan dengan mudah membiarkan mereka meraih keuntungan politik dari hasil kerja yang kita laksanakan,” katanya kepada Malaysiakini selepas menghadiri perayaan Tahun Baru Cina anjuran PR negeri di sini semalam yang dihadiri lebih 1,000 orang.

Nizar, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyatakan adalah menjadi tugas berat untuk berinteraksi dengan rakyat tanpa peruntukan alaun bagi wakil-wakil rakyat.

“Tugas kami menjadi sukar jika tidak dibenar menggunakan dewan-dewan orang ramai untuk program-program untuk faedah 28 kawasan di bawah PR,” ujar beliau.

“Bagaimanapun, kemelut politik ini telah membuat kami lebih kuat dalam menyatukan parti-parti dalam PR bagi menjalin hubungan yang lebih kerap dengan rakyat Perak sebagai persediaan pilihan raya umum dan negeri akan datang.

Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi DAP Negeri, Ngeh Koo Ham; Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Mustaffa Kamil Ayub dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Abu Bakar Hussein. sumber

2 comments:

  1. Ish…ish…ish… kalau dh kalah wat la cara orang dah kalah. Kan adat bertanding ada menang kalah…

    Kalau ye pun ada agenda sendiri tak payah la nk heboh satu dunia..senyap2 sudah la..yg penting satu hari nti tup2 jadi..

    Lagipn bukan ke kate redha dh kalah dan akan tetap bantu kerajaan baru tadbir negeri. Tapi kenapa plak nk kenekan macam2 pra syarat? Mcm x ikhlas je nak tolong..

    Bukan ke Nizar ngan Dr Zambry dua2 Islam. Apa nak jadi la sekarang ni Islam dgn Islam pn nk gaduh nk rampas kuasa. Kan ke lebih baik kalau Islam bersatu.

    ReplyDelete
  2. askum,salam zairah sila ke blog baru ana.insyallah kita boleh kerjasama untuk ummah.syukran
    http://niagawan.blogspot.com/

    ReplyDelete