Friday, July 29, 2011

DEWAN ULAMAK PAS KESAL DENGAN PERDANA MENTERI KERANA TERUS MEMPERALATKAN POLIS DAN SPR


Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh (gambar) kesal dengan sikap Perdana Menteri yang terus menerus memburukkan usaha murni BERSIH untuk membawa perubahan kepada sistem pilihanraya yang lebih telus dan bersih.

Menurut beliau , Perdana Menteri bukan sahaja menggunakan media milik kerajaan yang mana rakyat adalah pembayar cukainya bahkan sanggup menggunakan pihak polis dan SPR untuk meneruskan survival talian hayat UMNO - BN yang semakin semput. Pihak Polis secara berterusan memberikan gambaran yang buruk terhadap BERSIH. Manakala SPR pula terus bersahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku. "SPR bukan sahaja bersahaja bahkan langsung tidak melakukan sebarang bentuk perubahan yang diidamkan oleh seluruh rakyat Malaysia", kata beliau ketika mengulas sikap SPR yang seolah-olah menjadi lidah UMNO - BN.

"Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak SPR untuk melakukan tindakan segera untuk mewujudkan satu sistem pilihanraya yang adil dan tidak menjadi penghalang kepada perlaksanaan demokrasi yang lebih telus dan adil, dan kita mahu SPR tidak diperalatkan oleh UMNO-BN untuk mengkhianati amanah rakyat, ini adalah harapan seluruh rakyat Malaysia", ujar beliau lagi.

Menurut beliau lagi, PAS tidak pernah memusuhi polis dan SPR kerana itu adalah jentera kerajaan. Apa yang dikesali ialah sikap UMNO-BN yang terus memperkudakan jentera kerajaan untuk kepentingan mereka.sumber

No comments:

Post a Comment