Wednesday, July 27, 2011

Tamparan kepada Najib dan Hishamuddin

Kita patut ucapkan syabas kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang begitu berani dan tegas dalam menyatakan pandangan dan sikapnya terhadap realiti politik negara dimasa kini tanpa dipengaruhi kepompong kepartian.

Kenyataan terbaru beliau merupakan satu tamparan maut kepada PM Najib dan Hishamuddin Hussein yang begitu resah dengan perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.

Saifuddin walaupun mempunyai kedudukan baik dalam kerajaan dan parti Umno, beliau amat berbeza dengan Ibrahim Ali yang dipecat keahlian Umnonya tetapi masih terus mengending-ngending mengampu di kaki lima Umno!

Saifuddin yang turut sama menghadiri wacana 'Apa Selepas 9 Julai' anjuran akhbar Sinar Harian berkata, semua pemimpin parti politik harus bekerjasama untuk mematangkan sistem demokrasi negara.

Menurutnya kesedaran sosial rakyat disemua peringkat semakin semarak . Beliau turut memberi penghormatan kepada Sasterawan Negara, Pak Samad diatas sikap dan pendiriannya yang prihatin dengan kepincangan landscape negara.

Beliau turut menyatakan sokongan beliau terhadap perhimpunan Bersih 2.0 dengan mengatakan bahawa demonstrasi adalah dibenarkan dalam demokrasi.

Sambil meminta mereka yang hadir merujuk makna ‘demonstrasi’ dalam kamus Dewan, beliau menegaskan bahawa makna demonstrasi ialah perhimpunan, perarakan…

Beliau juga menegaskan keutamaan perlu diberikan terhadap masa depan negara bukan kepentingan politik.

“Kita perlu bersama-sama untuk mematangkan demokrasi negara, letakkan kepentingan negara bukan politik,” katanya yang mendapat tepukan gemuruh.

No comments:

Post a Comment