Wednesday, February 16, 2011

Soalan Parlimen Lisan dan Bertulis MP Kuala Selangor

Oleh Dr. Dzul

Soalan Lisan.

1. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Kewangan menjelaskan kedudukan dakwaan Global Financial Integriti (GFI) bahawa negara mengalami pengeluaran dana secara haram (illicit outflow) dalam tempoh 2000-2008 sebanyak RM888 bilion.

2. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Kewangan menjelaskan komitmen beliau kepada ’inclusivity-keterangkuman’ apabila menggugurkan cadangan Suruhanjaya Peluang Saksama (EOC) dalam Model Ekonomi Baru 2 kerana mencetuskan persepsi dan tanggapan buruk di pihak pelabur asing dan tempatan.

3. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Kewangan menjelaskan tentang pertikaian kehilangan RM52 bilion dari pegangan ekuiti Melayu dan bagaimana prestasi EKUINAS kini bagi memacu kembali pegangan ekuiti Melayu.

4. Dr Dzulkefly Ahmad minta Perdana Menteri menjelaskan apakah punca inflasi yang di alami di negara ini dan langkah-langkah konkrit bagi membantu rakyat berpendapatan rendah menjalani hidup dengan pertumbuhan yang diramalkan menguncup ke paras 4-5% untuk 2011, pengurangan daya beli, sedang kenaikan kos saraan terus meningkat.

5. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon penjelasan dari Perdana Menteri dalam membina pengangkutan awam, samada beliau telah merungkaikan pertentnagn untuk menjual lebih banyak kereta nasionalkah atau membina Mass Rapid Transport (MRT) serta LRT, Monorail, Bus, Taxi dan Komuter sistem yang benar-benar punya rangkaian dan ’interconnectivity’ yang baik dan berkesan.

6. Dr Dzulkefly Ahmad Perdana Menteri menjelaskan apakah kedudukan PROTON dalam usaha mendapatkan rakan kongsi berjenama antarabangsa dengan kadar segera sebagai usaha persediaan membuka pasaran automotif sesuai dengan tuntutan penguatkuasaan AFTA pada 2015.

7. Dr Dzulkefly Ahmad Perdana Menteri menjelaskan apakah persediaan kerajaan dalam menangani senario pasca AFTA 2015 ketika persaingan sektor automobil akan menjadi lebih sengit khususnya dalam menangani ’lambakan’ atau ’over-capacity’ di segi impak terhadap ’pembekal-vendor’ dan ’dealers’.

8. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Pertahanan menjelaskan pertikaian tentang perolehan enam kapal peronda generasi kedua jenis Littoral Combat Ships dari Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd yang tidak menggunakan kaedah Tender Terbuka dan harga yang sangat dipertikaikan.

9. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) meminta penjelasan terkini dari Menteri Pengangkutan tentang kedudukan laporan dakwaan ’irregularity’ dalam harga perolehan 38 unit Electric Multiple Unit (EMU)-6 koc untuk KTMB dari China South Locomotive sebanyak RM500 juta yang telah disiasat oleh SPRM.

10. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Sumber Manusia memahami bahawa banyak ladang terutamanya di Negeri Selangor sedang mengubah tanah mereka kepada pembangunan samada kepada projek perumahan, perniagaan atau industri. Apakah tindakan Kementerian bagi memastikan pekerja-pekerja ladang berkenaan tidak kehilangan hak asasi mereka dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan kemudahan sepertimana yang mereka perolehi semasa berkerja di ladang-ladang berkenaan?

Soalan Bertulis:

1. Dr Dzulkefly Ahmad minta penjelasan dari Menteri Kewangan apakah beliau bersedia untuk tidak mengizinkan pemimpin politik memegang kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) atas tuntutan urus-tadbir baik atau ’good goverance’.

2. Dr Dzulkefly Ahmad minta Menteri Pendidikan Tinggi menjelaskan kedudukan mutakhir tentang prestasi punggutan semula PTPTN dan langkah-langkah yang telah diambil bagi menangani pelbagai masalah seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara, 2010.sumber

Karpal gesa Peguam Negara gugurkan kes liwat Anwar

Bekas ketua, Unit Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan memberitahu mahkamah Saiful memberitahu pasukan perubatan bahawa dia telah diliwat dan dipaksa melakukan seks oral.

"Bagaiamana anda boleh kata ia liwat atau seks oral apabila laporan menyatakannya sebagai 'cubaan'?” soal Karpal.

Apabila ditunjukkan borang pro forma form, Khairul Nizam, bagaimanapun bersetuju borang itu mencatatkan 'cubaan liwat' dan 'cubaan seks oral'.

Setelah diasak bertalau-talu oleh Karpal, akhirnya Dr Khairul Nizam turut mengaku bahawa tiada bukti klinikal yang menunjukkan kemasukan berlaku di dubur Saiful Bukhari Azlan.

Ketika menjawab soalan Karpal, beliau akui tidak mengisi borang itu berhubung bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang lazim dilakukan ketika ujian liwat.

Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian.

'Maklumat penting' lain yang tidak dicatatkan itu termasuk keadaan yang menyebabkan dakwaan kejadian; sejarah perubatan pengadu kes; dan pemeriksaan dubur untuk menentukan sama ada mangsa telah membuang air besar ataupun tidak.

Di lobi Mahkamah, Karpal menggesa Peguam Negara menggugurkan dakwaan tersebut kerana sudah jelas keadaan.

"Menyambung kes ini hanya akan menambah lagi kos dan penggunaan wang rakyat," kata Karpal.

Tuesday, February 15, 2011

Adun Umno yang bodoh sombong ....


Akibat bodoh sombong yang tidak bertempat, Kerajaan Pulau Pinang akan menyaman ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia ekoran laporan yang mendakwa kerajaan negeri mengedarkan risalah yang memperlekeh sumbangan Melayu di Balik Pulau.

Syarikat guaman Karpal Singh & Co akan dilantik bagi menguruskan saman tersebut.

Walaupun kerajaan negeri sudah menjelaskan bahawa risalah “My Balik Pulau” sebenarnya dikeluarkan oleh kekerajaan BN negeri yang lama,dan meminta Farid, ADUN Umno itu meminta maaf, beliau masih enggan berbuat demikian malah meneruskan laporan yang terus membuat dakwaan itu (klik sini).

Utusan Malaysia telah terus mangadu-dombakan isu ini dengan laporan susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mahukan pinggirkan sumbangan orang Melayu.

Sunday, February 13, 2011

Karpal cabar Mahathir buktikan dia bercakap benar

Nampaknya rakyat Malaysia terpaksa hilang hormat kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed.Apa jenis negarawan yang sanggup membohongi rakyat disiang hari yang terang benderang begini?

Mungkin beliau lupa bahawa mangsa OPS LALANG 1987 seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mat Sabu dan beberapa nama lain (seratus lebih) yang masih lagi hidup. Mereka tentunya menyanggah dan menafikan dakwaan Mahathir yang cuba mengambing hitamkan polis dengan tindakan durjananya itu.

Dalam buku terbaru mengenai Dr Mahathir yang ditulis oleh wartawan Amerika Tom Plate, mantan perdana menteri dipetik sebagai berkata beliau telah bertemu dengan pemimpin pembangkang untuk memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Karpal, yang juga pengerusi DAP dan ahli parlimen Bukit Gelugor berkata, dakwaan Dr Mahathir itu "jauh dari kebenaran" dan mencabarnya menamakan pemimpin pembangkang yang ditemuinya, bersama masa dan tempatnya.

"Jika Dr Mahathir tidak menyahut cabaran saya kepadanya dalam masa tujuh hari, ia mesti dianggap bahawa Dr Mahathir tidak bercakap benar... Ini adalah perkara yang sangat serius bagi seorang mantan perdana menteri berbohong secara terbuka," tambahnya. Sumber

Saturday, February 12, 2011

Bangkitlah wahai pemuda!

Perbuatan melampau seorang pegawai keselamatan Universiti Malaya


Sekumpulan mahasiswa Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya hari ini berkumpul di Gazebo, Kompleks Perdanasiswa untuk mengadakan satu sidang media .

Namun beberapa pegawai keselamatan telah cuba menghalang mereka hingga salah seorang pegawai tersebut telah mengambil tindakan keterlaluan yang tidak patut terhadap seorang pelajar dengan menekap mulutnya ketika mahu memberikan ucapan.

Keadaan kemudiannya menjadi tegang apabila pihak keselamatan enggan bertolak ansur dan membunyikan siren kereta perondanya yang diletakkan berhampiran kawasan tersebut.

Bangkitlah wahai pemuda! Orang muda Mesir telah berjaya memjatuhkan rejim Mubarak! Inikan lagi pengawal keselamatan bertaraf 'Jaga!'. Cerita lanjutnya (klik sini)

Thursday, February 10, 2011

Polis perlu ambil iktibar dari kes ini!

Tahniah kepada Dr Hatta kerana menang dalam kes saman terhadap bekas Ketua Polis Daerah Rompin di Mahkamah Tinggi Kuantan (di sini) .Syabas kepada Hakim yang menghakimi kes ini.Bukan senang nak menemui seorang hakim yang berani dan tegas di Malaysia kebelakangan ini.

Harapan kita agar lain-lain kes pelanggaran hak asasi manusia yang dijamin oleh sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini mendapat keadilan saksama yang sewajarnya.

Semoga menjadi satu pengajaran kepada pihak polis yang sepatutnya menjaga undang-undang dan menghormati hak demokrasi semua orang.

Tuesday, February 8, 2011

Isa Samad - Pengerusi Poodah!

Pelantikan Isa Samad, bekas MB Negeri Sembilan yang terkenal korup, merupakan satu tamparan kepada reputasi baik Felda di kalangan negara-negara membangun. Pasaran saham menjadi tidak menentu. Demikian kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof turut berkata; rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran. “Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda,” kata Zainal Aznam. Lihat di sini