Friday, April 16, 2010

Mufti Harussani bersekongkol dengan akhbar Haram

Malaysiakini hari ini melaporkan, Mufti Perak Harussani berkata, bahawa "orang yang sokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, tidak beriman"

Beliau menafikan telah menamakan Khalid Samad secara khusus.Kenyataan tersebut dikeluarkan secara umum melalui sebuah akhbar tabloid haram

Maka adakah Yussuf Al-Qaradhawi itu tergulung sebagai orang yang tidak beriman kalau ikut piawaian sang Mufti ini? Lihat sini

Malah, Mufti ini turut menuduh PAS sebagai tidak beriman kerana PAS membuat ketetapan bahawa tidak ada halangan untuk masyarakat bukan Islam untuk menggunakan nama Allah.

Nampaknya, Mufti telah meletakan dirinya dalam keadaan dimana beliau telah menuduh orang lain tidak beriman; dan kalau orang tersebut sebenarnya beriman, maka kufur itu kembali kepada dirinya sendiri.

Apa yang jelas disini adalah penglibatan beliau sendiri dengan sebuah penerbitan akhbar tabloid yang haram.Kita tidak mahu pula beliau dicop sebagai Mufti Haramsani kerana sanggup bersekongkol dengan satu penerbitan akhbar haram

1 comment:

  1. "KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN" DIRUKUN NEGARA MALAYSIA PERLU DI UBAH KEPADA "KEPERCAYAAN KEPADA ALLAH" SEKIRANYA PERKATAAN ALLAH ITU BOLEH DIGUNAKAN OLEH BUKAN ISLAM.

    ReplyDelete