Saturday, April 24, 2010

Nik Aziz: Undilah calon PR Zaid Ibrahim


(Free Malaysia Today) - Perjuangan Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional adalah salah kerana mereka sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum.

"Akibat dari amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu," kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perutusannya kepada para pengundi Hulu Selangor.

Menurut beliau yang juga Mursyidul Am PAS, lebih menjadi kesalahan apabila membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS.

Beliau menambah, kemudian berlaku pula pengasingan hak Melayu dengan hak bukan Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS.

Paling teruk katanya, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-Barisan Nasional (BN) dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat.

"Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak terus diberi," terang beliau.

Apa yang berlaku katanya, ‘royalti’ ditukar kepada ‘ihsan’ dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.

No comments:

Post a Comment