Wednesday, March 23, 2011

Ini bukan kerja Umno/BN


Saya teringat kepada sebuah cerita lama masa saya budak-budak dahulu. Seorang tua kampung sangat risau wangnya dicuri orang.

Masa itu mana ada bank macam kita hari ini.Dia rasa tidak selamat menyimpannya di rumah. Setelah puas berfikir maka dia mendapat satu akal - lalu dia mengorek satu lubang dalam tanah dan wang itu ditanamnya.

Selepas selesai menimbus semula tanah itu dengan cermat, perasaannya masih lagi tidak tenteram.Dia tetap risau rahsianya itu akan diketahui orang lain nanti. Maka berfikirlah lagi orang tua ini...

Ah! apa susah-susah fikirnya setelah mendapat akal.Orang tua itu pun menulis atas lubang yang baru dikambus tadi : DI SINI TIDAK ADA WANG!

Itu cerita lama. Jalan cerita zaman ini adalah seperti di bawah :

Polis tidak terbabit isu video: PM
2011/03/22 KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, polis tidak terbabit dalam pembikinan video yang didakwa mengandungi aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita di sebuah hotel. “Saya ingin mengesahkan apa dikatakan oleh Hishammuddin, iaitu pihak polis tidak terbabit dengan rakaman video berkenaan,” katanya dalam laman Twitter malam tadi.

Tidak semena-mena mereka berdua ini buat kenyataan macam itu. Tidak ada sesiapa pun yang tuduh polis buat kerja tersebut! Polis pun belum buat siasatan; baru nak mula apabila Anwar buat aduan mengenainya, tetapi mereka berdua ini seolah-olah telah buat siasatan sendiri dan sudah mendapat kepastian!

Begitulah halnya apabila sudah terlampau risau tentang tanggapan orang ramai bila konspirasi video lucah ini mula nak makan tuannya sendiri!

Suka saya mengulangi ungkapan Najib dengan versi yang tersirat, "Saya ingin mengesahkan bahawa pihak Umno/BN tidak terbabit dengan rakaman video berkenaan"

Sementara itu, Anwar berkata,"Tayangan video lucah yang merupakan jenayah berat dibiarkan dan ini tidak mungkin berlaku tanpa penglibatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri termasuk pihak atasan Polis Diraja Malaysia," jelas Anwar selepas membuat laporan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersabit video itu. Baca lagi di sini

No comments:

Post a Comment