Saturday, March 5, 2011

Kalau inilah pemimpin berada di Mesir, dah lama dihumban ke dalam laut

Amalan menekan dan menyusahkan rakyat akan menyebabkan rakyat bangkit membenci dan menolak pemerintah, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali.

Azmin mengulas mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia dan Timur Tengah kerana tidak tahan dengan cara hidup pemimpin mereka yang bermewah dengan penyelewengan yang dilakukan dengan wang rakyat.

Justeru, beliau menolak tuduhan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa berkata tindakan pemimpin pembangkang membandingkan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi krisis politik adalah tidak bertanggungjawab.

"Saya nak ingatkan Najib, Rosmah dan Muhyiddin. jangan sombong. Saya tak kata sistem di Egypt sama di Malaysia tapi prinsipnya sama. Pemimpin jangan sombong. Pemimpin jangan rasuah. Kekayaan negara jangan berlegar di kalangan anak-anak dan rakan-rakan. Gunakan kekayaan untuk serah kembali kepada rakyat di bawah," ujarnya.

Azmin turut menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan terus menggunakan cara demokrasi bagi menewaskan Barisan Nasional.

"Saya bukan nak mengajak rakyat untuk adakan huru-hara. Rakyat Malaysia ni rakyat paling baik dalam dunia. Kalau inilah pemimpin seperti sekarang ni berada di Mesir, dah lama dihumban ke dalam laut oleh rakyat Mesir. Tapi kita baik. Kita menghormati demokrasi walaupun SPR itu agensi (berat sebelah). Tapi kita baik, kita pergi undi, ada kawasan kita menang, ada kawasan kita kalah," katanya.

Mengulas mengenai amaran Muhyiddin kepada rakyat agar tidak bermain dengan api dan menghancurkan negara, Azmin menjelaskan prinsip BN tidak memikirkan apa yang diinginkan oleh rakyat semata-mata kerana menjaga kepentingan sendiri.

"Apa yang saya nak sebut ialah ini langkah kerajaan. Dia tak fikir rakyat susah. Tak fikir harga barang naik. Tak fikir rasuah makin melarat dalam masyarakat dan pentadbiran. Ini mesej yang nak diberi (oleh kita) bukannya nak anjurkan huru-hara," katanya.

Memberi contoh kepada pengumuman 'mengejutkan' Perdana Menteri Najib Razak pada pembentangan belanjawan lalu, Azmin meminta rakyat menggunakan kebijaksanaan untuk membuat pilihan pada pilihan raya umum akan datang.

"Rakyat susah. Turunkanlah harga barang yang membebankan rakyat. Harga gula. Harga minyak, harga ikan, bukan harga seluar dalam.

"Cuba kalau kita pergi Singapura, jumpa pengurus dana yang bertanya bagaimana cara Malaysia menjana pertumbuhan ekonomi. Kita jawab 'Kami kurangkan cukai baju dalam berjenama. Saya malu," tegas Azmin.

No comments:

Post a Comment