Monday, August 31, 2009

Minyak Naik - Hadiah Hari Merdeka BN untuk rakyat

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS. Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi. [Klik di sini]

Sunday, August 30, 2009

Kepala lembu : lawak bodoh Umno dan PDRM



Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin jangan hanya pandai berdalih dan memohon maaf sahaja kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam.

Cukuplah buat lawak setakad itu! Jangan perbodohkan rakyat yang sedang melihat lawak bodoh Umno bersama PDRM.

Polis sepatutnya telah menangkap untuk soal siasat Pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam, Mahyuddin Manaf diatas tindakan yang menggugat ketenteraman awam, memalukan ummat Islam dan memprovokasi agama lain.

Mahyuddin Manaf (kiri) mendakwa kononnya beliau tidak tahu menahu bagaimana kehadiran kepala lembu sewaktu protes membantah pembinaan kuil di kawasan tersebut semalam; walhal beliaulah diantara mereka yang beriya-iya menginjak-injak kepala lembu tersebut.Lihat gambar diatas

Semakin ramai yang berebut-rebut nak buat lawak bodoh.Mereka sangka rakyat jelata berotak lembu macam mereka.Antara pelawak bodoh terkini ialah :

Utusan Malaysia melaporkan 200 penduduk Islam yang berarak membawa kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam . [klik sini]

Nizar ; Ganesan hina Sultan Perak

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato Seri Nizar mempersoal kredibiliti Ganesan yang berani menganggap Sivakumar dan Pakatan Rakyat negeri seolah-olah menghina Tuanku Sultan Perak serta cuba merampas kuasa (kudeta) kerajaan negeri; sekiranya tetap mahu meneruskan sidang Dun Rabu depan.

"Yang menghina Sultan bukannya Sivakumar, Yang hina Sultan dan kemuliaan Dun Perak adalah Ganesan sendiri. Barisan Nasional lah yang kudeta (merampas kuasa) kerajaan negeri Perak dari Pakatan; yang sah mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu." katanya.

Tambah Nizar lagi, Ganesan juga boleh dianggap sebagai perampas kuasa speaker Dun, kerana perlantikannya meragukan.

"Merujuk Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Nizar menegaskan bahawa apa-apa perlantikan pun (termasuk melantik Ganesan), mestilah selepas titah Tuanku (Sultan Azlan Shah). Dia (Ganesan) dilantik dalam kalangan mereka (Adun-Adun BN) di dalam dewan, sebelum Tuanku bertitah (setelah) dengan merampas kerusi Speaker, sedangkan Speaker (Sivakumar) masih ada dikerusinya. Itu yang meragukan.

Nizar turut mengumumkan bahawa kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.
Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.

Wednesday, August 26, 2009

Lima ribu penyokong raikan kemenangan Pakatan Rakyat


Lebih lima ribu rakyat Permatang Pasir membanjiri perkarangan Markaz Induk Pas di sini meraikan kemenangan bergaya wakil rakyat baru mereka Mohd Salleh Man yang menewaskan calon Umno-BN Rohaizat Othman.

Perkarangan markaz berkenaan mula dibanjiri seawal jam 9 malam. Ketibaan Mohd Salleh disambut dengan laungan ‘takbir’ di kalangan hadirin yang hadir selain ucapan taniah dari pelbagai kaum. Hadirin melaungkan hasrat untuk bertemu dan mendengar ucapan kemenangan dari Salleh Man.

Pimpinan Pakatan Rakyat turut turun meraikan kemenangan ini. Antara yang hadir termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden Pas Mahfuz Omar serta Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang Datuk Zahrain Hashim.

Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata, pengundi di Permatang Pasir telah membuktikan kebijaksanaan mereka dengan memilih Salleh Man untuk menjadi Adun di kawasan berkenaan.

“Ini bukti pengundi boleh membezakan mana yang palsu dan mana yang betul, boleh bezakan yang hitam dan yang putih.

“Hari ini kita boleh lihat BN sudah pecah tembelang, lidah biawak bercabang dua,” katanya.

Sementara itu, Lim Kit Siang menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai angin perubahan yang bertiup dalam politik Malaysia.

Menurutnya, kemenangan tersebut sangat bersejarah bagi Pakatan Rakyat di Pulau Pinang kerana membuktikan kekalahan teruk Perdana Menteri Najib Razak yang gagal dalam kempen 1 Malaysianya, lebih-lebih lagi Timbalan beliau, Muhyiddin Yassin.

“Ini memperlihatkan kekuatan Pakatan Rakyat untuh hingga berjaya mematahkan konspirasi Umno untuk pecah belahkan Pakatan Rakyat.

“Mereka gagal dan terus gagal kerana Pakatan Rakyat akan bersatu berjuang hingga berjaya dalam pilihan raya akan datang dan akan terus ke Putrajaya menggantikan BN,” katanya.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau kecewa dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika mengulas mengenai keputusan pilihan raya ini.

Mahfuz menjelaskan, sebagai seorang pemimpin Muhyiddin tidak boleh memaksa pengundi membuat keputusan kerana ia merupakan hak rakyat.

“Bila orang tidak mengundi mereka, dia kata tidak mahu berubah, rakyat Permatang Pasir tidak mahu perubahan. TPM kecewa sikap pengundi tidak mahu pembaharuan.

“Ini apa punya TPM bila rakyat tidak mengundi dia, dia kata rakyat tidak mahu pembangunan tidak mahu perubahan. Ini hak rakyat tidak boleh kata bila rakyat tolak BN rakyat tolak pembangunan,” katanya.

Mahfuz menambah, kenyataan yang dibuat seolah-olah memperlihatkan kerajaan cuba lari dari tanggungjawab membela rakyat seperti yang dijanjikan di Permatang Pasir.

Salleh Man yang berjaya menewaskan calon Umno-BN dengan majoriti 4551 undi dalam ucapannya yakin dengan sokongan dan kerjasama yang ditunjukkan dalam Pakatan Rakyat membuktikan kemenangan sebenar mereka dalam pilihan raya pada kali ini.

"Kemenangan ini kemenangan semua dan kemenangan bersama. Dengan semangat dan kekuatan besar Pakatan Rakyat di seluruh negara berkampung di di sini membolehkan kita mendapat kejayaan besar. Inilah kejayaan sebenar.

“Pas selaku satu-satu wakil parti dalam Pulau Pinang dan Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama dan membantu memantapkan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya
_TVAntara

Tuesday, August 25, 2009

Penyokong Umno tidak puas hati




>

Friday, August 21, 2009

Surat misteri dibawa ke balai


Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini membuat laporan di balai polis Brickfields berkaitan surat misteri yang muncul Rabu lalu di inkues kematian Teoh Beng Huat.

Manikavasagam berkata, beliau juga menerima salinan surat tersebut, yang mendakwa wujud perbuatan rasuah antara seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

“Kandungan surat tersebut menyatakan terdapat unsur-unsur penyelewengan salahlaku dan kegiatan rasuah oleh pegawai atasan SPRM Selangor,” dakwanya dalam laporan polis berkenaan.

“Saya percaya surat ini ditulis oleh orang dalam SPRM kerana dia kelihatan mengetahui secara terperinci mengenai apa yang berlaku,” katanya kepada wartawan selepas membuat laporan berkenaan pagi ini.

Dakwaan dalam surat berkenaan antara lain mengaitkan seorang pegawai kanan SPRM terlibat dalam usaha memulakan siasatan ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.


Surat yang ditulis dalam bahasa Malaysia itu juga menyebut, pegawai SPRM itu telah menyoal-siasat Teoh pada hari kematian pembantu politik berkenaan.

Manikavasagam juga berkata laporan polis hari ini dibuat atas kesedarannya sendiri tanpa menerima arahan daripada pemimpin-pemimpin PKR.

Surat tersebut dialamatkan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; dan salinanya dihantar kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Manikavasagam, setiausaha perhubungan PAS Selangor dan beberapa pihak lagi, termasuk akhbar Suara Keadilan dan Sinar Harian.

Dihubungi media

Apabila ditanya, beliau berkata tiada apa-apa perbincangan dibuat dengan mana-mana pihak yang dikatakan menerima surat berkenaan.

“Saya tidak bercakap dengan sesiapa mengenai surat ini. Saya tidak sebarkan surat ini, dan saya tidak tahu bagaimana surat ini sampai ke tangan media,” katanya lagi.

Beliau telah mengedarkan salinan surat bertarikh 5 Ogos itu kepada media hari ini.

Jelasnya lagi, beliau menerima surat sepanjang lima halaman itu pada 14 Ogos lalu di pusat perkhidmatannya di Kapar, Selangor.

Jelasnya, sebaik menerima surat berkenaan, beliau hanya membaca beberapa bahagian kandungannya tetapi mengenepikannya kerana khuatir ianya mungkin surat layang seperti yang pernah diterima olehnya sebelum ini berkaitan siasatan ke atas kematian VP Sujatha.

Manikavasagam juga berkata, pada awalnya beliau tidak membaca surat berkenaan sepenuhnya kerana ia dialamatkan kepada Khalid.

“Saya tidak baca kerana ia dialamatkan kepada menteri besar. Saya cuma baca sebahagian, kemudian saya simpan,” katanya.

Beliau bagaimanapun meneliti kembali kandungan surat berkenaan semalam apabila ditanya oleh beberapa orang wartawan, sama ada beliau menerima surat tersebut.

Jelasnya lagi, Malaysiakini, Malay Mail dan The Star telah menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan mengenai surat misteri itu.

“Tapi setelah saya baca kandungan surat ini (sepenuhnya, semalam), saya rasa perlu buat laporan polis kerana dakwaan ini serius,” katanya lagi.
-Malaysiakini

Thursday, August 20, 2009

Penjelasan Bekas rakan firma Rohaizat

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat, membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.

Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma mereka, waktu itu.

Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan Yusri dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

-Malaysiakini