Sunday, February 27, 2011

Sampai bila kita terus menikus?

Revolusi 2011 merebak keseluruh dunia arab - Mesir, Tunisia, Algeria, Libya, Jordan…. Kelihatan kaum wanita bersama di jalan-jalan raya.Kita boleh lihat mereka dimana-mana berganding bahu bersama kaum lelaki untuk berhadapan dengan Polis Pencegah Rusuhan malahan juga tentera.

Para demonstran bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan ledakan Gas Pemedih Mata dan air asid dari tembakan ‘Water Cannon’, malah peluru hidup yang membawa maut….

Lihatlah keberanian mereka menjadikan kita di Malaysia ini seolah-olah macam tikus yang bertempiaran diburu kucing bila berdemonstran ….Sebab itu dalam keadaan dunia yang kacau bilau begini, Najib dan Rosmah boleh melancung ke Turkey...



Wednesday, February 23, 2011

Orang nombor dua Gaddafi memihak revolusi rakyat

"Saya tidak akan lari. Saya akan syahid di sini ," katanya, sambil mengepal tangannya.

Ianya berkemungkinan satu ucapan terakhir versi putus asa Presiden Mesir Hosni Mubarak yang dibuat sehari sebelum beliau digulingkan.

Selepas ucapan tersebut, Menteri Dalam Negeri Libya – Orang nombor dua Gaddafi – telah secara rasmi belot.

Jeneral Abdel Fattah Younes Obeidi, seorang kawan seumur hidup Gaddafi, berkata pengeboman orang awam tidak boleh diterima dan mendesak tentera untuk bergabung dengan revolusi.

"Saya memohon Gaddafi tidak menghantar pesawat," katanya kepada TV Al Arabiya.
"Sekarang adalah rakyat yang berkuasa. Kami telah melewati titik yang tidak boleh berpatah balik."

Dia berkata, Gaddafi telah menghantar orang untuk menembak dirinya, dan membuatnya terlihat seperti dia dibunuh oleh penunjuk perasaan, tetapi dia selamat.

"Gaddafi tidak akan lari meninggalkan Negara. Dia akan tinggal sampai akhir .. Tetapi ia akan tinggal sendirian," kata Obeidi. "Dia mungkin membunuh diri."

Ironisnya, Gaddafi memuji Obeidi sebagai pahlawan dalam pidato yang panjang.Keganasan meningkat menyebabkan Jabatan Luar Negeri mengatakan ia akan mula mengevakuasi warga Amerika ke pulau Mediterranean Malta pada hari Rabu.

Pada hari Isnin, Gaddafi ditinggalkan oleh beberapa jeneral atasan dan pegawai-pegawai kerajaan, dan beberapa diplomat, selepas ia menggunakan artileri berat ,bahkan pesawat pejuang terhadap demonstran.

Bandar kedua Libya, pelabuhan Timur bandar Benghazi, berada di tangan pejuang revolusi sepenuhnya.

Al-Jazeera melaporkan bahawa dua kapal perang Libya lari tiba di perairan Malta, sehari selepas dua Tentera Udara mendarat pilot jet mereka di sana mengatakan mereka menolak arahan untuk mengebom rakyat.

Dilaporkan tentang adanya kubur massa komander tentera yang menolak untuk menembak demonstran.

Gaddafi, yang tidak mempercayai tenteranya dan menjadikannya lemah, dikatakan bergantung kepada pasukan tentera upahan yang diimport dari sub-Sahara Afrika yang tidak berbahasa Arab.

Tuesday, February 22, 2011

Dr Pornthip akan hadiri siasatan Suruhanjaya Diraja

Para pemerhati yang mengikuti siasatan Suruhanjaya Diraja kematian pembantu politik Teoh Beng Hock harus gembira kerana Suruhanjaya tersebut dilaporkan telah mengutus surat kepada Kedutaan Thailand bagi mendapatkan bantuan pakar patologi negara itu, Dr Pornthip Rojanasunand untuk memberi keterangan , tetapi masih belum mendapatkan jawapan.

Penyiasat Persendirian

Suruhanjaya berkenaan akan melantik penyiasat persendirian menjelang esok bagi menyemak bukti-bukti yang dikemukakan.Namun, beliau tidak menamakan identiti penyiasat persendirian itu.

Mengenai perkara yang sama, Chris Leong, yang bertindak bagi pihak Majlis Peguam memaklumkan kepada suruhanjaya itu bahawa mereka telah menghubungi polis Hong Kong bagi memohon bantuan mereka sebagai penyiasat persendirian.

SMS didedah

Mengenai data yang diperolehi dari telefon Teoh, Foong (kanan), pengerusi Pesuruhjaya tersebut berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama syarikat telekomunikasi, Digi bagi membekalkan rekod penuh termasuk panggilan dan SMS yang telah dipadamkan dari akaunnya.

Seorang jurubahasa Cina juga dibawa hari ini bagi menterjemahkan mesej yang dijumpai pada telefon Teoh.

Lebih kurang 30 khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon bimbit milik Teoh tidak pernah diterjemah atau disoal balas dalam inkues sebelum ini.

Siasatan akan bersambung dengan Leong meneruskan soalannya ke atas saksi kelapan, Inspektor Mohd Zaidi Abu Hassan, yang membina laporan data yang diperolehi daripada telefon Teoh.

Lebih 100 lagi maut diserang jet pujuang ....

LONDON, 22 Feb — Pesawat-pesawat perang Libya, negara terbaru di utara Afrika yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak seminggu lalu, menggugurkan bom di banyak lokasi di Tripoli semalam, demikian menurut laporan stesen TV Al-Jazeera.

Perkembangan ini disaksikan susulan tekanan meningkat ke atas pemimpin mereka Kol Muammar Gaddafi, yang memerintah sejak lebih empat dekad lalu.

Libya merupakan negara jiran Mesir, yang presidennya Hosni Mubarak digulingkan awal bulan ini.

Kelmarin anak lelaki Muammar memberi amaran kerajaannya akan mempertahankan negara itu daripada demonstrasi sehingga peluru dan anggota pasukan keselamatan terakhir, malah memberi amaran perang saudara akan tercetus.

“Apa yang kami saksikan hari ini tidak dapat dibayangkan langsung. Kapal perang dan helikopter menggugurkan bom demi bom. Ramai, ramai yang terbunuh,” kata seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Adel Mohamed Saleh.

Ketika ditanya sama ada tindakan mengebom masih diteruskan, dia yang juga seorang aktivis dipetik Reuters berkata: “Ia masih berterusan, (serangan) berterusan.”

Laporan itu diperoleh awal pagi ini (waktu Malaysia).Bagaimanapun tiada sumber bebas yang dapat mengesahkan kesahihan laporan itu.

Seorang lagi yang hanya dikenali sebagai “Victory” memberitahu msnbc.com bahawa “kami boleh mendengar serangan bom setiap 15 minit. Kami tidak tahu dari mana.”

Dalam pada itu, satu lagi laporan Reuters dari Valletta pula menyebut, dua juruterbang tentera udara Libya telah membelot semalam dan menerbangkan pesawat masing-masing ke Malta dengan tidak mahu mematuhi arahan pihak berkuasa kerajaan.

Laporan itu memetik pegawai Malta menyebut mereka telah memaklumkan pihak berkuasa negara itu bahawa diarahkan supaya mengebom penunjuk perasaan.

Kedua-dua juruterbang itu, berpangkat kolonel, meninggalkan sebuah pangkalan tentera udara di Tripoli.

Salah seorang daripada mereka memohon suaka politik di Malta.

Malah laporan berasingan Reuters juga menyebut pertempuran di ibu negara Libya semalam menyebabkan seramai 160 orang terbunuh.

Menurut badan pemerhati Human Rights Watch semalam seramai 233 orang telah terbunuh sejak demonstrasi yang bermula awal minggu lalu.

Friday, February 18, 2011

Peluang Mahathir buktikan dirinya seorang pencinta demokrasi

Ini adalah peluang Cepu Emas bagi mantan PM Mahathir untuk membuktikan kebenaran tentang dakwaannya bahawa beliau tidak suka ISA dan menentang Operasi Lalang dahulu.

NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad secara sukarela menyertai kempen menuntut akta kontroversi ISA dimansuhkan jika bekas perdana menteri itu berkongsi hasrat yang sama.

Jika dakwaan Dr Mahathir itu benar (bahawa polis menghalangnya mansuhkan ISA), kenapa dia ghairah mempertahankan ISA selama ini? Kenapa ISA terus digunakan meluas bertahun-tahun, menjelang Operasi Lalang pada 1987, gerakan reformasi 1999 hingga 2001 dan perang menentang keganasan selepas 11 September? Lihat di sini

Thursday, February 17, 2011

Rombakan Kabinet

Spekulasi mengenai pengumuman rombakan kabinet tersebar secara meluas melalui tweets dan SMS hari ini.

Antara yang bakal dilantik ke jawatan menteri penuh ialah Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz baru sahaja dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.Baca sini

Wednesday, February 16, 2011

Soalan Parlimen Lisan dan Bertulis MP Kuala Selangor

Oleh Dr. Dzul

Soalan Lisan.

1. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Kewangan menjelaskan kedudukan dakwaan Global Financial Integriti (GFI) bahawa negara mengalami pengeluaran dana secara haram (illicit outflow) dalam tempoh 2000-2008 sebanyak RM888 bilion.

2. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Kewangan menjelaskan komitmen beliau kepada ’inclusivity-keterangkuman’ apabila menggugurkan cadangan Suruhanjaya Peluang Saksama (EOC) dalam Model Ekonomi Baru 2 kerana mencetuskan persepsi dan tanggapan buruk di pihak pelabur asing dan tempatan.

3. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Kewangan menjelaskan tentang pertikaian kehilangan RM52 bilion dari pegangan ekuiti Melayu dan bagaimana prestasi EKUINAS kini bagi memacu kembali pegangan ekuiti Melayu.

4. Dr Dzulkefly Ahmad minta Perdana Menteri menjelaskan apakah punca inflasi yang di alami di negara ini dan langkah-langkah konkrit bagi membantu rakyat berpendapatan rendah menjalani hidup dengan pertumbuhan yang diramalkan menguncup ke paras 4-5% untuk 2011, pengurangan daya beli, sedang kenaikan kos saraan terus meningkat.

5. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) memohon penjelasan dari Perdana Menteri dalam membina pengangkutan awam, samada beliau telah merungkaikan pertentnagn untuk menjual lebih banyak kereta nasionalkah atau membina Mass Rapid Transport (MRT) serta LRT, Monorail, Bus, Taxi dan Komuter sistem yang benar-benar punya rangkaian dan ’interconnectivity’ yang baik dan berkesan.

6. Dr Dzulkefly Ahmad Perdana Menteri menjelaskan apakah kedudukan PROTON dalam usaha mendapatkan rakan kongsi berjenama antarabangsa dengan kadar segera sebagai usaha persediaan membuka pasaran automotif sesuai dengan tuntutan penguatkuasaan AFTA pada 2015.

7. Dr Dzulkefly Ahmad Perdana Menteri menjelaskan apakah persediaan kerajaan dalam menangani senario pasca AFTA 2015 ketika persaingan sektor automobil akan menjadi lebih sengit khususnya dalam menangani ’lambakan’ atau ’over-capacity’ di segi impak terhadap ’pembekal-vendor’ dan ’dealers’.

8. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Pertahanan menjelaskan pertikaian tentang perolehan enam kapal peronda generasi kedua jenis Littoral Combat Ships dari Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd yang tidak menggunakan kaedah Tender Terbuka dan harga yang sangat dipertikaikan.

9. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) meminta penjelasan terkini dari Menteri Pengangkutan tentang kedudukan laporan dakwaan ’irregularity’ dalam harga perolehan 38 unit Electric Multiple Unit (EMU)-6 koc untuk KTMB dari China South Locomotive sebanyak RM500 juta yang telah disiasat oleh SPRM.

10. Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) minta Menteri Sumber Manusia memahami bahawa banyak ladang terutamanya di Negeri Selangor sedang mengubah tanah mereka kepada pembangunan samada kepada projek perumahan, perniagaan atau industri. Apakah tindakan Kementerian bagi memastikan pekerja-pekerja ladang berkenaan tidak kehilangan hak asasi mereka dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan kemudahan sepertimana yang mereka perolehi semasa berkerja di ladang-ladang berkenaan?

Soalan Bertulis:

1. Dr Dzulkefly Ahmad minta penjelasan dari Menteri Kewangan apakah beliau bersedia untuk tidak mengizinkan pemimpin politik memegang kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) atas tuntutan urus-tadbir baik atau ’good goverance’.

2. Dr Dzulkefly Ahmad minta Menteri Pendidikan Tinggi menjelaskan kedudukan mutakhir tentang prestasi punggutan semula PTPTN dan langkah-langkah yang telah diambil bagi menangani pelbagai masalah seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara, 2010.sumber