Tuesday, February 22, 2011

Dr Pornthip akan hadiri siasatan Suruhanjaya Diraja

Para pemerhati yang mengikuti siasatan Suruhanjaya Diraja kematian pembantu politik Teoh Beng Hock harus gembira kerana Suruhanjaya tersebut dilaporkan telah mengutus surat kepada Kedutaan Thailand bagi mendapatkan bantuan pakar patologi negara itu, Dr Pornthip Rojanasunand untuk memberi keterangan , tetapi masih belum mendapatkan jawapan.

Penyiasat Persendirian

Suruhanjaya berkenaan akan melantik penyiasat persendirian menjelang esok bagi menyemak bukti-bukti yang dikemukakan.Namun, beliau tidak menamakan identiti penyiasat persendirian itu.

Mengenai perkara yang sama, Chris Leong, yang bertindak bagi pihak Majlis Peguam memaklumkan kepada suruhanjaya itu bahawa mereka telah menghubungi polis Hong Kong bagi memohon bantuan mereka sebagai penyiasat persendirian.

SMS didedah

Mengenai data yang diperolehi dari telefon Teoh, Foong (kanan), pengerusi Pesuruhjaya tersebut berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama syarikat telekomunikasi, Digi bagi membekalkan rekod penuh termasuk panggilan dan SMS yang telah dipadamkan dari akaunnya.

Seorang jurubahasa Cina juga dibawa hari ini bagi menterjemahkan mesej yang dijumpai pada telefon Teoh.

Lebih kurang 30 khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon bimbit milik Teoh tidak pernah diterjemah atau disoal balas dalam inkues sebelum ini.

Siasatan akan bersambung dengan Leong meneruskan soalannya ke atas saksi kelapan, Inspektor Mohd Zaidi Abu Hassan, yang membina laporan data yang diperolehi daripada telefon Teoh.

No comments:

Post a Comment